''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@
Showing posts with label cerita hati. Show all posts
Showing posts with label cerita hati. Show all posts

...[no tiltle]

Semalam 24 hb 8 tahun 2009
Semalam hari ke 3 berpuasa
Semalam saya dapat sesuatu dari Kakteh

Jam 843 malam, ada bunyi mesej masuk


Saya cek, cek..

>>Owh, dari Kakteh


Scroll sampai bawah

>>Panjang juga mesej ni

>>Tak pe lah, nanti baca


ade unsur jahat di situ
setan

Dan hari ini, saya teringat semula

Mahu baca balik


Nak tahu tentang apa??


********************



.:kak teh 2:.
24-aug-2009 8.43 pm


"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...


Kerana Allah teramat menyintainya ...


Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah untuk menjaga kita?

Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"


"Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya

Mengapa masih ragu2? "



"Kekuatan usah ditunggu, tapi harus dicari


Hargailah kesempatan yang Allah berikan..."


" Sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya "- Imam Ghazali




********************


termenung...

mesej yang betul2 kena pada masanya

susah ya menjadi yang terbaik?


kepada mereka,
maafkan atas segala kejengkelan kalian demi melihatku begini
aku butuh waktu untuk kembali...
xpasti


rindukan yang dulu~

...sAyA rInDu...[Mohon Doakan]

Hampir sejam saya belek semula semua entri yang saya tulis selama ini.

Tiba-tiba muncul 1 perasaan

Rindu amat~


ada 'sesuatu' yang bergoncang menanti roboh
TT



Bukan Rindu Yang Biasa...

Ya, ini rindu yang luarbiasa. Kalau boleh, saya mahu berjumpa dengan saya yang dulu. Mahu bertanya khabar, bertukar-tukar cerita

Mahu saling diingatkan, mahu ditarbiyyah!!


Ada lagi yang saya rindu..

Entah bila lagi saya dapat berjumpa dengan sekeping naluri yang selalu terusik dan sensitif dengan dosa dan noda...

Tak tahu, adakah saya mampu bertemu dengan air mata yang kerap berair menatap kalam suci?

Agaknya, dapatkah saya bersua dengan sang pencinta kebenaran yang kerap mengingatkan dan sering menasihati?

Dan yang paling dibimbangi, adakah saya masih berpeluang menemui seceruk ruang di dalam hati yang cintanya sering dikosongkan, semata-mata untuk yang Satu?


Harapnya Bertemu...

Satu yang saya pinta, agar jalan itu dibukakan sekali lagi

Saya mahu sentiasa ke arah itu, jalan yang selalu menerangi tiap jejak yang terkadang sering terhenti dan tertatih-tatih

Jalan itu juga ada yang menunggu untuk saya memohon tolong, untuk saya bertanya arah agar tidak tersesat

Jalan itu yang tidak pernah sunyi, sentiasa meriah dengan ucapan salam dan ingatan-ingatan yang menyenangkan hati


Ahh, rindu lagi yang amat~


********************************************


Wahai Tuhan
Tiada cinta yang teragung melain cintaMu
HambaMu ini merintih untuk mengecap cinta duniawi
Namun Engkau maha penyayang
Tidak mahu hambamu terus hanyut dengan cinta yang tak pasti

Lalu Engkau hadirkan gelisah menanggung perasaan bersalah agar aku mengerti akan kesilapanku


Lalu Engkau lembarkan ayat demi ayat supaya aku tersungkur dan tersedar dari mimpi


Lalu Engkau gamit akalku untuk berperang dan berfikir supaya aku menjadi lebih rasional


Lalu Engkau hadirkan dia untuk aku muhasabah supaya aku lebih kuat


Dan yakin hanya dengan cintaMu, ya Rabb

Tuhan sekalian alam....


Sekali lagi ya ALLAH
Hati ini membentak ingin pada dunia
Walau dia tahu
Setinggi mana gunung di daki
Sejauh mana redah diharungi
Sedalam mana lautan diterokai
Takkan dapat mengatasi akhirat abadi

Sekali lagi ya ALLAH
Hati ini dihujani perasaan
Segala macam rasa mula membelenggu
Hingga sesak nafas terasa
Hingga kelu lidah berkata
Hingga lelah melewati masa

Aku dalam kerinduan lagi
Sudah kerap benar aku dilanda ribut ini
Seakan surutnya tidak
Bagai tiada ruang untuk aku hentikan gelora hati

Sekali lagi ya ALLAH
Aku bersyukur kerna dikurniakan rasa hati ini
Buat aku terus ke depan mencariMu
Untuk aku maju setapak menggapai cintaMu
Sungguh ia telah membuat aku sedar akan rahimMu
Betapa kasih sayangMu lebih berbaloi
Untuk aku lebih kuat melangkah

Sekali lagi ya ALLAH
Alhamdulillah...

Dia Derita...

Kalau sebelum ini saya bawakan entri yang tidak difahami orang

Saya minta maaf sembahAlign Center



sengihnampakgigi




Bismillahirrahmanirrahim

Saya mohon dengan Allah, Tuhan semesta alam untuk sentiasa menaungi mereka yang selalu ikhlas dalam perjuangan mereka, tidak bermuka-muka apalagi hanya menyeru kepadaNya bila datangnya ujian.


Amin



Boleh saya bicara soal cinta?



Indah


Saya akui, rata-rata menangggapi maksud cinta dengan mengaitkan ia dengan keindahan hidup.

Hidup sepi tanpa cinta

Sering saya terbaca, malahan sering juga mengesaninya apabila cinta dikatakan anugerah. Bukan setiap insan berpeluang merasai mencintai dan dicintai. Sebagaimana yang sering diulang-ulang dalam syair jahili, cinta itu adalah kehendak, dan yang pertama tidak sama dengan yang kedua.

Anda pernah bercinta? Indah bukan?





Tetapi dia tidak..


Saya kenal dia sebagai seorang yang kuat. Kurang akur pada ketentuan cinta. Tapi, anggapan itu rupanya hanyalah diadakan oleh dia sahaja.

Ketika melihat dia yang tidak bermaya, ada pula lebam dibawah mata, sering juga saya risikkan perihal khabar berita.

Apa khabar kamu? Apa khabar imanmu?

Ternyata, soalan itu mengundang air matanya bercucuran. Pelik.
Melihat dia begitu, sakit pula hati saya yang melihat. Dia kesakitan dan saya yang sentiasa dengannya tidak dapat mengurangi deritanya.

Oh, rupanya dia bukan saja kesakitan, derita juga bertandang. Kurang tidur, makan juga tidak, lesu setiap hari

Ya, dia amat sakit


'Aku rindukan dia tapi aku tahu aku tak boleh begitu'


Siapa dia?

'Seorang yang tidak patut untuk ku rindui'

Aku faham, sahabat...



Cintanya derita

Melihatnya yang sering berjingkit ke bilik air, dan masuk semula ke bilik dengan kesan air yang membasahi anggota diwaktu dinihari membangkit rasa kagumku

Setiap malam


Kadang terdengar dia merintih, teresak di situ


'Aku tak kuat, dan aku tak mampu'

Rindunya membunuh. Dan dia sentiasa resah diburu rasa cinta.
Bimbang, andai lari tak keruan, kakinya akan terjerlus ke lubuk yang paling dalam dan tidak mampu di tolong lagi.


Tapi aku lihat kamu sangat kuat

'Kamu lihat aku begini, sungguh aku tidak bahagia. Aku sudah lama hilang, dan aku mahu menemui aku yang dulu. Kamu mungkin tak mengerti rasa ini.

Cinta yang indah bukan untuk semua, sahabat...
'



Ceritanya berbeza


Sakit apabila mencintai yang tidak sepatutnya. Aku jadi tambah sakit bila aku tidak mampu mencintai yang berhak seumpama itu.
Apabila aku diburu resah, itulah yang menjadi sebab hidupku serba tak menjadi.

Aku bimbang, aku takut murkaNya


Tambah lagi, aku ini tidak kuat. Mahu meminjam kekuatan dariNya. Kerana itu saban hari aku begitu.

Kamu lihat aku kuat, padahal aku tidak...


Air mata ini kering. Tapi kenapa aku tidak juga berhasil keluar dari lingkungan ini?

Aku sentiasa cari jalan keluar itu. Kadang aku merintih, kadang aku hanya tenggelam dengan tangisan bila tak mampu mengucap kata

Bila ku tak temui hikmahnya, aku jadi tambah bingung. Dan pada siapa lagi untuk ku mengadu?

Aku hanya mahu kasihNya, dan bukan dia..

Dan cinta ini menutup kasihku untukNya


Sahabat, doakan aku...

-tolong-


Penatnya bila hilang
Banyak sangat yang tertinggal
Ada awan yang biru juga tak nampak


Sakit hati bila sedar
Aku yang bodoh atau hanya pura-pura

Mohon limpah ampunanMu ya Allah
Kadang aku tumpas jua

Astaghfirullah




********************




begitulah manusia. bila terkena baru mula sedar. lalu akal terpinga-pinga...

begitulah aku. terlepas pandang yang utama. lalu tertatih-tatih toleh ke belakang

begitulah...





********************




tolong saya doakan yang terbaik



jangan pandang macam tu~



Kenapa pandang macam tu?
Tak puas hati lagi?

Kamu yang tak nak dengar kata.
Aku dah pesan banyak kali, kenapa susah nak dengar cakap?

Degil!

Sekarang, kamu nak salahkan aku sebab tak ingatkan kamu?

Kamu lupa yang kamu sendiri buat keputusan ni?
Kamu lupa yang kamu sendiri kata nak tanggung risiko?

Jangan sekarang baru kamu nak terngadah.

Aku tahu, sakitkan?

Sebab tu dulu aku suruh kamu fikir betul-betul.
Jangan terlalu 'overdose'.

Aku sakit bila tengok kamu macam ni.
Tapi aku nak ingatkan supaya kamu sentiasa bersyukur.
Jangan mudah letakkan kesalahan di bahu orang lain.
Dah masanya kamu belajar untuk serik.

Aku suruh kamu bersyukur supaya kamu ingat ini semua ujian.
Moga ini bukan bala dariNya.
Berterima kasihlah kerana kamu diingatkanNya melalui dugaan ini.
Jangan keluh kesah lagi.

Kamu jangan lupa, hari tu baru aku beritahu kamu.
Bila ditimpa ujian jangan berkeluh kesah.
Sudah lah kamu sakit, tambah pula tidak redha.
Makin menjadilah sakit kamu tu.

Sebaiknya kamu redha.
Jangan di ulang, jangan di sesal.
Tapi selalu bersyukur.

Moga Allah sentiasa mengampuni dosa kita.
Aku tahu, kamu bukan tak tahu, tapi terlupa.
Taubat sama Allah dan minta dirahmati selalu.
Semoga kamu aman dunia akhirat...

Dah, jangan pandang aku macam tu lagi~

-SayaDanMarah-

Saya tak pandai marah. Bila masa saya marah juga susah untuk saya kenalpasti. Tapi sekarang saya tahu saya sangat marah.

Definisi marah bagi saya adalah berbagai. Semua emosi yang negatif bergabung dan akhirnya menghurai ciri marah yang tertampak pada karakter saya.

Huh!

Minta maaf jika entri ini dipenuhi emosi yang tidak senang. Bimbang juga saya andai aura marah itu terpancar hingga ke luar sana. Minta dijauhkan...

Menyatakan punca kemarahan saya, mungkin itu tidak saya lakukan. Tapi saya ingin berkongsi dengan anda hal ehwal marah dan saya yang mengalami.


Bila Saya Marah...

Ya, saya sangat sensitif. Perkara kecil juga saya anggap besar, lagi-lagi bila berkaitan dengan harga diri. Saya ego? Terserah...

Tapi, apa yang saya lakukan adalah pendamkan saja. Harapnya redalah perasaan tu, hilang kabut dan muncullah pelangi, secepat mungkin.

Semua perkara pun saya setelkan dengan cara itu. Diam dan senyap, fikir positif, dan hilang...
Namun masih ada kesan yang saya gagal selesaikan.

Akibat terlalu ambil remeh, semuanya nampak biasa bagi saya. Buatlah apa saja, dan saya akan marah. Tapi apa saja yang saya mampu buat selain senyap dan diam...


Ujian EQ

Pernah ambil ujian EQ atau emotional qualities?

Saya pernah. Dan saya terkejut dengan keputusan yang saya dapati.

Saya merasakan emosi saya adalah dalam kawalan dan saya yang berkuasa penuh mengendalikan sikap dan tingkah laku di waktu emosi dalam keadaan darurat sekalipun.

Rupanya saya silap.

Keputusan saya adalah di bawah paras EQ yang standard!

Bagaimana saya boleh mendapat keputusan seperti itu sedangkan saya sentiasa berusaha menonjolkan emosi yang terbaik untuk diri dan semua orang?

Gagal mengenal pasti emosi.
Itu kelemahan saya

Gagal bereaksi dengan berkesan terhadap situasi yang berkenaan.
Saya belum pandai mengambil sikap.

Dan banyak lagi.

Hurm....


Marah Adalah Kifarah

Kenapa saya anggap demikian?

Siapa saja tidak suka berada dalam keadaan marah.

Jiwa kacau, hati tidak tenang, fikiran berserabut, rasa tidak aman dan tenteram.

Kerana itu saya anggap kifarah, 'punishment' ke atas diri yang selalu lupa apabila bertingkah dan berakhlak. Atau satu peringatan buat jiwa yang kurang pengisian atau lari dari kebenaran. Malah mungkin satu penganiayaan diri yang mana diri sendirilah yang mengakibatkannya.

Tambah lagi, saya yakin dengan firmanNya, dimana hanya hati yang mengingatiNya lah yang wajar berjiwa damai.


Maafkan saya kalau ada yang terasa dan terkena.

Sungguh saya hanya manusia biasa
Kerap kalah dengan pelbagai mainan perasaan
Cuma mampu memohon dan meminjam kekuatan
Hanya dari yang Esa

bahagia itu apa?


pernah satu waktu dulu, aku sangat minat kepada unsur2 hiburan, terutama nyanyian. segala macam rancangan ku tonton. paling minat, bila menjelangnya 'hari2 istimewa' seperti detik tahun baru dan merdeka. pastinya akulah yang melekat di depan tv itu.

sehinggalah satu hari itu, aku sekeluarga duduk2 di ruang tamu sambil menonton tv. terpapar satu iklan komersil di skrin. iklan itu menggambarkan kemeriahan sambutan tahun baru. sekeluarga berhimpit2 di atas satu sofa, membilang detik ke angka '0'. sehingga tiba detik itu, lalu sorak sorai termeterai. laungan MERDEKA! MERDEKA! diulang2 dengan lolongan dan jeritan. aku, hanye tersenyum sinis dengan gelagat semacam itu. dalam hati ada terdetik,

ade ke org smbut merdeka kat umah sampai camtu??hehe
~



'lepas tu, dapat apa?
'

satu komentar dari abah. pendek. tapi cukup buat akalku terbejat. pada waktu itu, aku tidak ambil pusing dengan kata2 abah itu. biasalah, komen2 iklan kat tv...

hari berikutnya, iklan yang sama sekali lagi terpapar. di akhir iklan itu, kata2 abah pada hari semalam muncul di fikiran.

a ah kan... lepas tu, dapat apa???

keghairahan itu hanya seketika. habis saja nombor dibilang membalik, laungan berkumandang. nyanyian demi nyanyian berlangsung. kemudian???

kemudian, segalanya seperti asal. bangun pagi, kerja, rutin harian dan di akhir harinya, tidur. lalu bersambung lagi untuk keesokan harinya.

kalaulah hidup ini hanya untuk itu, aku tak bahagia.


lalu bahagia itu apa?

mendapat segala yang diingini. kejayaan yang maksimum. bercinta. mengumpul harta sebanyak mungkin. bergaul mesra dengan rakan. buat perkara2 yang menggembirakan.

adakah itu bahagia??

*****

semenjak dua menjak kebelakangan ini, aku sering bertanyakan diri,

apa makna ku lakukan itu dan ini?
adakah bermanfaat?
atau hanya untuk kepuasan diri semata?
adakah aku telah menjadi aku?

dan akhirnya sedikit konklusi aku lakukan

ahh...aku tak bahagia

deskripsi bahagia itu terlalu subjektif bagiku. masing2 dengan pandangan masing2. malahan mungkin ada yang meletakkan bahagia itu sebagai objektif hidup.

aku suka melihat manusia. hidup mereka sangat indah. tak terlampias sedikit pun resah. penuh dengan warna2 ceria. bergelak ketawa. sehingga aku juga ingin ketawa dengan mereka. dalam diam aku cemburu, bahagianya mereka~

****

erti bahagia

bahagia itu jauh
terlalu sukar dicapai
terkadang hadirnya tanpa dikesan
saat kita menyedarinya, ia lari menyembunyikan diri

bahagia itu dekat
ada dalam hati
tapi masih belum terluah
lalu ia bungkam sendiri

di mana bahagia itu?

ada
pada semua yang ada pada kita

sabar
syukur
nescaya bahagia itu milik mu

Hati Seorang Aku~

sudah hampir seminggu, tapi aku masih belum temui jawapannya. lalu aku kembali ke titik tolak permulaannya. juga tiada jawapan.

hati sudah segan berbicara. seakan tiada didengari. seakan terhijab. dimana silapku??
ku benar2 butuh bicaraMu.

ku cari hatiku. di alam zikir, di tikar sembahyang, di bait2 kalamullah. lalu apa yang ku dapati?

kosong. tidak berpenghuni.

renung kembali. terngiang2 di halwa telinga,
jagalah 2 hubungan, hablumminallah wa hablumminannas
di situ silap ku. seringkali terkejar2 hanya pada satu perkara sehingga mengabaikan disekitarnya. mana mungkin dapat ku capai ke destinasi andai jambatannya tidak ku lalui.

tapi apa yang harus ku lakukan selain menunggu?

heh, penantian yang sia2...

tidak mungkin akan terbuka sebuah pintu melainkan dimulai dengan ketukan pertama. sekadar melihat dan menanti, apakah ia akan terbuka sendiri?

tanya hati itu. kamu tidak tegar sebenarnya. malah mungkin boleh dikatakan sebagai pengecut. kamu kata kamu bersabar.
sesungguhnya sabar itu 3 kali, dan yang keempat adalah penakut...
ya, aku penakut. terlalu takut untuk melukakan hati sendiri. terlalu takut dikatakan 'show off'. tapi adakah aku juga terlalu takut untuk mengatakan kebenaran?

marah.geram.tertekan.sedih.keliru.
semuanya berbaur menjadi satu. pecah. tiada lagi yang tinggal melainkan rasa bungkam.

perjuangan apa ini andai di awalnya sudah menyerah kalah?


HATI!!

kamu harus KUAT!!

duhai hati~

duhai hati
tetaplah kamu atas dasarmu
suburlah kamu dengan janji-janji nyata
jangan mudah tersungkur
jangan mudah menyerah
jangan mudah mengalah

mungkin bukan ketika ini
mungkin bukan saat ini
mungkin juga bukan hari ini

tapi mungkin esok
mungkin lusa
atau mungkin pada waktu yang tidak kau ketahui

natijahnya
kau hanya diberi sedikit ujian cuma
tak terbanding dengan keringat manusia terdahulu

dan kini apakah kau sudah letih?

apakah kau sudah futhur?

lupakah kau janji yang terpateri dahulu?

duhai hati
jalan itu masih sangat panjang
yang terluka masih boleh diubati
dibaluti
dan bisa menyembuh seperti asalnya
bedanya
ada sedikit gurisan yang meninggal bekas
supaya kamu lebih tegar
untuk terus tetap atas jalan ini

duhai hati
mengertilah kamu
tiada yang perlu diharap melainkan redhaNya
maka berserahlah kamu kepadaNya
cubalah sehabis mampu
maka kau akan dikasihiNya

duhai hati
usah terus menangis kerana kau gagal kali ini
usah terus bersedih andai kau disakiti kali ini

bangkitlah hati
bangkitlah jiwa
beserta bangkitnya iman
moga inilah perintis baru
yang mampu mendokong kau untuk terus mengejar
cinta yang Satu...


*ditujukan khas buat sahabat - sahabat tersayang yang mungkin ada sendu yang bertandang dikala ini

la tahzan, innallahama'ana~jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita...

ampunkan aku ya ALLAH...

a'uzubillahiminasyaitanirrajim...
bismillahirrahmanirrahim...
astaghfirullahal'azim...astaghfirullahal'azim...
astaghfirullahal'azim...


maha suci Tuhan yang menghidupkan dan mematikan, maha suci Engkau yang mampu mentakdirkan apa yang Engkau kehendaki, segala puji dan puja hanya padaMu, Tuhan sekalian alam, ALLAHU RABBUL 'ALAMIN..

post ini di tulis dalam keadaan penuh ketakutan, bimbang dan risau dengan fitnah luar dan dlam, hanya kepada Allah tmpat ku memohon dan meminta-minta, sungguh diri ini hanya inginkan yang terbaik buat sahabat2 sekalian. moga kite tergolong dalam umat yang mendapat lindungan rahmat dan inayahNya..amin

subhanallah, maha suci Tuhan... tiada kata2 yang lebih tepat untuk ku ungkapkan, melainkan memuji2 keagunganMu dan kekuasaan Mu..ampunkan aku, Ya ALLAH..

salam,
selawat dan salam untuk Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w. moge kite tergolong dalam golongn yang mendapat syafaat baginda di hari akhirat kelak..

kawan2 se'forensik' sekalian, juga kepade mereka yg berkenaan, diri ini ingin mengingatkan, dan mungkin sedikit teguran untuk kite semua yang mungkin lupe atau terlena. berkenaan dengan result experiment blood tempoh hari, diri ini benar2 rase x selese, bukan kerana ingin mnafikan kekuasaanNya (na'uzubillahiminzalik), tp sikap kite yg mane mungkin tanpa kite sedari, seolah2 hanya terperasan akan kewujudanNya di ketika itu... moga kite semua bukanlah mereka2 yang hanya tersedar dari anganan dunia di ketika berlakunya keajaiban..nastaghfiruka wa atubuilaik...kami memohon kemaafan dariMu, dan terimalah taubat kami..,

x nak bercerita panjang, ade baiknya kawan2 baca dan hayati tulisan ni...
http://saifulislam.com/

da bace? ape pendapat kawan2?

mungkin ade antare pembace yang x paham, dan tertanye2 ape yg berlaku?
asal die tulis mcm ni? ape kaitannye?

alkisahnye...

kami pelajar forensik dikehendaki wat xperiment pasal blood, nak taw jenis darah ape.. korang pon maybe ramai yg penah wat xperiment ni...
nak dijadikan cerite, setiap org dikehendaki test sendiri darah masing2 n kenal pasti yg kite ni darah jenis ape. diri ini memang da taw darah jenis o+, teringat lak time derma darah dulu, huhu~

so, hasilnye mestilah berlaku penggumpalan darah kat antigen D, sebab darah 0+ boleh terime antigen A and B only...

hasil ujian tu kitorg kene masukkan dalam repot yg akan di anta, so sampel darah tu perlu la dikeringkan. tunggu dan tunggu dan tunggu, skali lagi tunggu..hehe, at last nak kering la gak darah tu. diri ini pon cek la darah tu, da bole seal k blom sampel tu... tibe2 nampak something yg menarik perhatian, kat bahagian darah yang bergumpal tu. tertera jelas kalimah Allah..

maha suci Allah, sungguh hamba ini lemah dan kerdil skali di pandanganMu, hanya sekejap2 menyedari akan kekuasaan Mu ya Allah, ampunkan aku, Ya Allah...

diri ini x berape nak pasti, so tunjuk la kat member yg paling bole dipercayai...masya Allah, die pon menyedari hal yang same... sekejap saje kecoh klas tu...subhanallah, subhanallah...

but, the main point kat sini bukanla diri ini nak menunjuk2 atau ujub akan diri ini, sedangkan diri ini tidak ade alasan untuk berbuat demikian. cume sekadar menginsafi diri ini dan mengajak rakan2 bermuhasabah,

apakah kite hanya akan sedar tentang k
eesaan, kekuasaan Allahurabbi hanya apabila kejadian sedemikian berlaku?

bukan kah setiap degup jantung itu yang patut hadir bersamanya detak nama Tuhannya?

bukankah lidah itu yang sepatutnya sentiasa dibasahi alunan zikir yang hanya memuja muji Tuhannya?

bukan kah setiap langkah itu yang perlu diiringi dengan perasaan yang penuh dengan rasa bertuhan?


mohon maaf buat rakan2 sekalian andai ade yg tidak dapt menerima teguran ini, ketahuilah setiap kejadian itu x akan disengajakan Allah untuk ia berlaku, melainkan beserta hikmah dan rahsia yang mungkin hanya Dia yang tahu...

wallahu'alam...

syukran ya akh...

6.29 pm

aku da faham, ape yang aku rase selama ni tak ade salah nye. sekadar perasaan yang memenuhi fitrah seorang manusia. cume macam mane aku nak disiplinkan perasaan tu saje, depends on me...
and aku da yakin, sengaja Allah turunkan rasa ni supaya aku lebih mengerti tentang cinta, supaya aku lebih belajar untuk merindu dan merasai kehadiran orang yang disayang, supaya aku praktikkan segala rasa ni hanya kepada Dia yang satu, Allahuakbar...

semalam, aku dah ubah semua conception aku. dalam hati dan fikiranku, yang terlakar hanyalah, betapa Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui akan apa yang terpendam jauh di lubuk hati hambanya. Dia tahu hambanya dalam resah gelisah, maka dihadirkan rasa ingin merintih dan bersujud lebih lama, Dia juga tahu hambanya memerlukan sokongan, maka didatangkan ayat-ayatNya, Dia juga tahu hambanya perlukan peringatan, maka dihadirkan insan menjadi pendengar setia, terima kasih akh coz sudi dengar rintihan hati ini...

wahai Tuhan
tiada cinta yang teragung melain cintaMu
hambaMu ini merintih untuk mengecap cinta duniawi
namun Engkau maha penyayang
tidak mahu hambamu terus hanyut dengan cinta yang tak pasti
lalu Engkau hadirkan gelisah menanggung perasaan bersalah agar aku mengerti akan kesilapanku
lalu Engkau lembarkan ayat demi ayat supaya aku tersungkur dan tersedar dari mimpi
lalu Engkau gamit akalku untuk berperang dan berfikir supaya aku menjadi lebih rasional
lalu Engkau hadirkan dia untuk aku muhasabah supaya aku lebih kuat
dan yakin hanya dengan cintaMu, ya Rabb
Tuhan sekalian alam....

tawakkal tu 'alallah...

bismillahirrahmanirrahim
maha suci Tuhan yang mengurniakan aku pancaindera yang elok dan Engkau kuatkanlah keinginanku untuk emneruskan jalan dakwah-Mu, moga aku tergolong dalam kalangan mereka yangEngkau redhai hidupnya dunia dan akhirat...amin

hari ni aku biarkan jari aku menari untuk kedua kalinya, bukan senang nak curi masa. lagi-lagi bile exam da makin hampir. apa2 pon, kembali ke niat asal, aku berjuang melalui pena digital, aku tak nak hanya membenci dalam hati, at least, buatlah sesuatu untuk agama, walaupun sangat kecil untuk dibandingkan dengan atom.

peluang dah terbentang luas depan mata, tunggu aku untuk mulakan langkah pertama, maha suci Allah yang mentakdirkan segala-galanya. kadang-kadang rasa tak mampu nak pikul sendiri. bukan mata yang tak larat nak pandang, bukan bahu yang tak mampu memikul, bukan mulut yang enggan berbicara, tapi hati yang belum mampan untuk menerima. astaghfirullah...

insya-Allah, akan hadir satu masa nanti, bila hati ini sudah tegar, juang tetap juang...

wahai hati
dengarlah nalurimu berbisik
bisikannya tidak mencelamu
lakukan apa yang termampu
moga Dia tetap bersamamu...

salam buat dunia...

sedingin embunan di hari
sejernih sungai mengairi
selembut bauan kasturi
semekar mawar berduri...



Assalamualaikum dunia, maha suci Tuhan yang mengurniakan aku ilham, datangnya bertimbun-timbun bagai tiada batasan, pemurahnya Tuhan buat hamba yang mahu mengerti.

hati ini sekian lama menginginkan belaian
bukan cinta
yang diimpikan

apa lagi harta semata

hanya mengharap nikmat terulung

hati in
i menangis lagi
buat kesekian kalinya

meratap merayu
bilakah mungkin kan ketemu
apakah nanti masanya tiba

mampukah aku terus menunggu

semekar mawar berduri

indah diteliti
awas dihampiri