''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

bahagia itu apa?


pernah satu waktu dulu, aku sangat minat kepada unsur2 hiburan, terutama nyanyian. segala macam rancangan ku tonton. paling minat, bila menjelangnya 'hari2 istimewa' seperti detik tahun baru dan merdeka. pastinya akulah yang melekat di depan tv itu.

sehinggalah satu hari itu, aku sekeluarga duduk2 di ruang tamu sambil menonton tv. terpapar satu iklan komersil di skrin. iklan itu menggambarkan kemeriahan sambutan tahun baru. sekeluarga berhimpit2 di atas satu sofa, membilang detik ke angka '0'. sehingga tiba detik itu, lalu sorak sorai termeterai. laungan MERDEKA! MERDEKA! diulang2 dengan lolongan dan jeritan. aku, hanye tersenyum sinis dengan gelagat semacam itu. dalam hati ada terdetik,

ade ke org smbut merdeka kat umah sampai camtu??hehe
~



'lepas tu, dapat apa?
'

satu komentar dari abah. pendek. tapi cukup buat akalku terbejat. pada waktu itu, aku tidak ambil pusing dengan kata2 abah itu. biasalah, komen2 iklan kat tv...

hari berikutnya, iklan yang sama sekali lagi terpapar. di akhir iklan itu, kata2 abah pada hari semalam muncul di fikiran.

a ah kan... lepas tu, dapat apa???

keghairahan itu hanya seketika. habis saja nombor dibilang membalik, laungan berkumandang. nyanyian demi nyanyian berlangsung. kemudian???

kemudian, segalanya seperti asal. bangun pagi, kerja, rutin harian dan di akhir harinya, tidur. lalu bersambung lagi untuk keesokan harinya.

kalaulah hidup ini hanya untuk itu, aku tak bahagia.


lalu bahagia itu apa?

mendapat segala yang diingini. kejayaan yang maksimum. bercinta. mengumpul harta sebanyak mungkin. bergaul mesra dengan rakan. buat perkara2 yang menggembirakan.

adakah itu bahagia??

*****

semenjak dua menjak kebelakangan ini, aku sering bertanyakan diri,

apa makna ku lakukan itu dan ini?
adakah bermanfaat?
atau hanya untuk kepuasan diri semata?
adakah aku telah menjadi aku?

dan akhirnya sedikit konklusi aku lakukan

ahh...aku tak bahagia

deskripsi bahagia itu terlalu subjektif bagiku. masing2 dengan pandangan masing2. malahan mungkin ada yang meletakkan bahagia itu sebagai objektif hidup.

aku suka melihat manusia. hidup mereka sangat indah. tak terlampias sedikit pun resah. penuh dengan warna2 ceria. bergelak ketawa. sehingga aku juga ingin ketawa dengan mereka. dalam diam aku cemburu, bahagianya mereka~

****

erti bahagia

bahagia itu jauh
terlalu sukar dicapai
terkadang hadirnya tanpa dikesan
saat kita menyedarinya, ia lari menyembunyikan diri

bahagia itu dekat
ada dalam hati
tapi masih belum terluah
lalu ia bungkam sendiri

di mana bahagia itu?

ada
pada semua yang ada pada kita

sabar
syukur
nescaya bahagia itu milik mu

beriku 1o minit-

10 minit kedengaran nya pendek amat. tapi sangat cukup untuk seorang sahabat dan sahabat.

10 minit itu akan ku guna hanya untukmu. berikan aku 10 minit itu, nescaya akan ku luangkan 10 minit itu untuk kita. untuk dua hati menjadi satu. untuk mulut dan telinga sama-sama memberi komitmen.

berikan aku 10 minit itu, akan ku kerah akalku mencari solusinya. dalam 10 minit juga, akanku lapangkan hatimu, mungkin bukan melalui bicara, tapi 10 minitku adalah untukmu meluahkan rasa. 10 minit ini juga untuk aku menjadi seorang pendengar yang paling setia.

atau 10 minit itu terlalu singkat untuk memahami? maka aku sedia peruntukkan lebih dari tu, sahabat. sepanjang hidupku adalah untuk memahami mu.

atau 10 minit itu terlalu lama? jika begitu, cukuplah untuk hanya 1 detik. aku takkan tamak untuk meminta lebih, teman.

kadang2 kita lupa perasaan sahabat kita. kita tak perasan, mereka memerlukan kita. luangkan lah walau hanya 10 minit. mereka perlukan hanya sedikit perhatian dari kita, hanya sedikit. hanya 10 minit. 10 minit dari 24 jam. pandang lah dia dalam2, jangan sehingga dia tiada lagi untuk kita, baru mula terasa,
ahh, kenapa aku tak perasan...

lihat, dengar, teliti, faham, beri solusi jika mampu. lakukan dalam 10 minit~~

moga ukhuwah ini keranaMu ya Allah.

huhu, konon da tak nak tulis, tibe2 muncul lagi post baru...
ini instant punye, terpikir dalam masa 10 minit
dan tulis pon dalam mase 10 minit
moga mesejnya adalah selama2nya....

pen-0Ff~~

bukan malas
bukan tak ade idea
bukan tak suka
bukan tak sudi
bukan tak taw
bukan tensen
bukan takde mood
bukan, bukan semuanya....

tapi

cukuplah disini dulu
mahu menggapai yang lebih ulung
mahu mencari yang lebih utama
mahu fokus pada yang satu


hati ini terlalu kecil
terlalu kecil, untuk mengumpul dua cinta
terlalu kecil untuk bergelumang dosa dan noda
hati ini juga terlalu besar
terlalu besar untuk satu ikatan
terlalu besar untuk sebuah persahabatan

*rasenye aku akan stop menulis untuk blog ini dalam tempoh mase sebulan kot. sebabnye da nak exam, plus ade masalah hati, jiwa dan perasaan yang blom setel, plus lagi nak menjauhkan diri dari internet. sekian, adios~~ :D

pengembaraan ke LuKuT~~~

IT'S time TO ENjOyyyy~~~
buang semua kisah sedih, sekarang adalah mase berseronot2..huhu~


pengembaraan bermula...


alkisahnya kami student first year ada program ke muzium Kota Lukut, bertempat di Negeri Sembilan. tujuannya adalah sebagai pengenalan awal pasal anthropology (tulang). kami ditemani miss LC, en Zuhri, Kak Sri, n Abe...

kami bertolak dari kampus seawal jam 830(ye ke 830?lwt lagi kot~~). bile semua da ready, bas pon meluncur pergi. babai kl, nak g jauh2 ni...huhu

sepanjang perjalanan, tak ade ape yang aku bole ceritakan berikutan keadaan mata yang tidak mengizinkan. ngantuk le, zzzzz...

1030...here we comes~~

new environment, sunyi. relax n tenang amat. kami diberikan briefing awal oleh en zuhri tentang perjalanan program kami pada hari itu. blablabla...


muzium kota Lukut...

emm...nak citer lebih2 pon aku tak reti, just briefly, merupakan muzium yang mengumpul barang2 peninggalan sejarah Kota Lukut yang mana merupakan salah satu kawasan melombong yang agak terkenal dulu. sejarahnya begitu menarik. paling aku suka bile cerita pasal penentangan terhadap golongan pemerintah time tu, Raja Busu. beliau ditentang oleh golongan cina yang pada masa tu melombong kat sana berikutan kenaikan cukai yang dikenakan terhadap mereka. ye la, sape tak bengang kan..da elok2 hidup tibe2 ade plak yang mengganggu ketenteraman. da elok2 murah, tibe2 nak naik tak pasal2..sadis2~~~

cara penentangan dasat amat, Raja Busu dan famili di bakar hidup2 dalam rumahnya sendiri. fuh, serammmm~~~

lalu tamatlah tempoh pemerintahan Raja Busu yang x bertimbang rasa itu...

lepas tu, aku pon da tak ingat Kota Lukut tu dapat kat sape. tapi yang pastinya dijaga oleh Raja Abdullah. pastu pas kat Raja Jumaat. Raja Jumaat ni bagus. tu je yang aku ingat. anak die name Raja Bot. mengikut cerita ceriti lisan, Raja Bot tu dilahirkan dalam bot, sebab tu name die Raja Bot..hihi

ada satu mende yang ak baru taw. kenal yap ah loy? ala..yang mule2 bukak kl tu..
rupe2nye die tu asalnya adalah chef kepada Raja Abdullah je..huhu...

da abes sesi ceramah sejarah, kami dibebaskan untuk melihat barang2 dalam muzium tu. macam2 ade... ni tengok gambar kat bawah ni...

setelah abes satu muzium tu kami geledah, kami dibawa ke port ke 2 iaitu perigi diraja. ni la tempat raja dan permaisuri berehat2, minum2, releks2... ape yang istimewanya x taw la...

naik atas lagi, kami disajikan dengan perigi beracun. wah, menakutkan. perigi yang mempunyai kedalaman lebih kurang 31 kaki ni merupakan tempat menghumban pesalah2 time tu..
urmmm.....rase2 nye mesti ade tulang kat dalam tu kan...??

makan time...

da penat berjalan dan mendaki, kami pon diberi rehat. makan mi hun ngan air teh. n tak lame pastu, kami di beri sedikit brief pasal tulang n how to diffrences between tulang manusia n haiwan. mula2, en zuhri n the geng soh kami identify tulang yang kami dapat tu samada tulang manusia or tak. kene tengok kat structure die, besar die, pe yang pelik, then conclude tu tulang pe. agak susah la sbb pendedahan yang kami trime stakat ni x ckop ag untuk kami wat conclusion. so, men hantam saja la.....

seterusnya kami dibawa ke stor muzium. haaa...mase tu semua mate bersinar2..ye la kan, curious ni nak tengok da real thing...

ape yang kami tengok adalah kesan peninggalan kapal karam Nassau di selat melaka. ini adalah kapal perang antara portugis ngan belanda. aku pon da lupe Nassau ni yang mane.. adessss...
cerita pasal kapal ni sangat menarik. kami ditunjukkan tulang2 yang ditemui, kebanyakkannnya adalah tulang haiwan. pastu ada peluru bom, kemudi kapal, sauh yang besar amat(juz imagine how big that kapal), batu penimbang n macam2 agi...


balik time...


abes pusing2, its time tu balik. mase tu da dkat kol 130. huhu
satu pengalaman yang agak best. sambil2 blaja sambil2 tu main.

tata Lukut..ku bawa bersama memori mu...


yang kelakar~~


  • aku, zu n shida pakai kain. haha.. imagine la camne kitorang panjat tangge n so on ngan kain.
  • 'tu la tadi x dengar', ayat bese Abe bile ditanyekan ape yang berlaku..huhu.. mase ceramah td kitorang x fokus sangat. mane taknye, sejarah kan....
  • serangan nyamuk kat perigi beracun. fuh~ memang btol2 be'racun' la perigi itu. kami bawak balik kesan2 bintat akibat gigitan nyamuk
  • semua tulang yang kitorang identify sume salah. dengan confident teo, yew n ys mengexplain the structure of bone, then conclude it is human bone.. but then, rupe2 nye itu semua tulang lembu...hahaha~ by da way, it's good try, guys....
  • macam2 posing ade, baru ku taw mereka2 ini adalah model sambilan..huhuhuhu~
p/s= awalnya kak sri mintak kami wat repot. tp disebabkan ter'pengaruh' ngan kate2 manis kami, at last we free..hoye hoye~~

nah, diz is my repot =P

Hati Seorang Aku~

sudah hampir seminggu, tapi aku masih belum temui jawapannya. lalu aku kembali ke titik tolak permulaannya. juga tiada jawapan.

hati sudah segan berbicara. seakan tiada didengari. seakan terhijab. dimana silapku??
ku benar2 butuh bicaraMu.

ku cari hatiku. di alam zikir, di tikar sembahyang, di bait2 kalamullah. lalu apa yang ku dapati?

kosong. tidak berpenghuni.

renung kembali. terngiang2 di halwa telinga,
jagalah 2 hubungan, hablumminallah wa hablumminannas
di situ silap ku. seringkali terkejar2 hanya pada satu perkara sehingga mengabaikan disekitarnya. mana mungkin dapat ku capai ke destinasi andai jambatannya tidak ku lalui.

tapi apa yang harus ku lakukan selain menunggu?

heh, penantian yang sia2...

tidak mungkin akan terbuka sebuah pintu melainkan dimulai dengan ketukan pertama. sekadar melihat dan menanti, apakah ia akan terbuka sendiri?

tanya hati itu. kamu tidak tegar sebenarnya. malah mungkin boleh dikatakan sebagai pengecut. kamu kata kamu bersabar.
sesungguhnya sabar itu 3 kali, dan yang keempat adalah penakut...
ya, aku penakut. terlalu takut untuk melukakan hati sendiri. terlalu takut dikatakan 'show off'. tapi adakah aku juga terlalu takut untuk mengatakan kebenaran?

marah.geram.tertekan.sedih.keliru.
semuanya berbaur menjadi satu. pecah. tiada lagi yang tinggal melainkan rasa bungkam.

perjuangan apa ini andai di awalnya sudah menyerah kalah?


HATI!!

kamu harus KUAT!!

kamu harus KUAT!!

Result SPM keluar hari ini. oh, baru teringat, terlupa bertanyakan khabar kakteh dan achik. bagaimana agaknya dengan keputusan mereka? adakah membuahkan hasil sebagaimana yang diharap2kan?

pantas sahaja jari2 menekan punat2 telefon.

'macam mana result?'

lalu satu jawapan hambar ku terima.

setelah berkali2 berbalas mesej, aku mula merasakan emosi yang terbit di seberang sana.

'ok la tu, da usaha kan...'

antara ayat pemanisku. sudah pastinya sukar dicerna oleh dirinya.


kak teh

merupakan anak keempat dari enam orang adik beradik ku. sifatnya yang sedikit berbeza kadang2 membuatkan aku merasa dialah kakak kepada ku. keperibadiannya cukup matang berbanding dengan usianya yang bakal melangkau ke angka 18.

awal2 dahulu, aku merasakan dirinya sangat tertutup, lebih2 lagi di masa awal remajanya. tetapi kemudiannya aku sedar bahawa dia mempunyai potensi yang lebih besar dalam hidupnya.

aku terkadang terkesan dengan pembawakan imejnya. seorang yang lembut tapi penuh ketegasan. kata2nya juga seringkali membuatkan aku berfikir. masih tersemat di fikiran, bagaimana akhirnya dia lah yang merupakan salah satu faktor untukku berhijrah. sehingga kini tudung labuh 'pink' itulah yang menjadi tudung kesayangan ku, yang mana merupakan hadiah pemberiannya sewaktu ulangtahun kelahiranku yang ke 19.

apabila diimbas kembali, kakteh semasa kecilnya seorang yang sangat pasif, sukar mengeluarkan kata2, hanya mengikut aku yang pada masa itu sangat 'mengarut'. namun tak disangka, di awal persekolahan peringkat menengah, banyak sekali tertonjol keperibadiannya, satu persatu. pada masa itu, semasa kakteh di tingkatan satu, aku sudah berada di tingkatan 3. dari situ, ku dapat perhatikan perkembangannya, di mana hanya bermula sebagai pelajar panggilan ke 2, kemudiannya menjadi penolong ketua kelas semasa di tingkatan 2, dan menjadi ketua tingkatan 3, sehingga akhirnya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan barisan kepimpinan, baik di sekolah mahu pun asrama.

'aku bangga dengan kamu, dik'


lalu kamu di uji

benar, kamu sedang di uji. sejauh mana tahap kesabaran kamu mendepani mehnah dunia ini, yang sebenarnya hanyalah daki akhirat. kamu merasakan kamu telah berusaha, bertawakkal, lalu mengharapkan sesuatu yang terbaik berlaku, tapi kamu jangan lupa, dik, manusia merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik2 perancang.

kamu melihat liku hidupmu bagaikan tidak memihak kepadamu. selalu sahaja apa yang dihajati tidak kesampaian. sering juga kamu merasakan tiada gunanya hasil kerja kerasmu itu. tapi lupakah kamu, segala kegagalan itulah yang membentuk dirimu sehingga menjadi seperti ini.

kamu bimbang dengan pandangan orang. bimbang kerana kamu pasti akan dibanding2 kan. lalu siapakah mereka yang mampu membuatkan dirimu lemah? ingatlah, pandangan Tuhan itu bukanlah pada hasilnya, malahan usaha kamu itulah yang utama.


ini cerita kak de...

kak teh, awak tahu tak, kak de tak pernah fikir pon boleh sampai ke tahap ini. kalau dulu semua yang kakde cita2 kan tu sebenarnya hanyalah angan2. kak de sendiri pon dapat rasakan(pada masa tu) semua kak de nak tu takkan tercapai.

kak de jugak bermula dari bawah. pernah merasa yang diri ni sangatlah tak pandai. selalu berada di kedudukan yang corot. sampaikan kak de rasekan, alah, biar je la...

tapi semua tu dah berubah. kak de macam dapat satu cahaya bahawa kak de pon boleh buat cam orang lain buat, malahan mungkin lebih baik. pemikiran macam tu lah yang mampu membuatkan kakde rase yakin dengan diri sendiri. awak pon da tengok kan, ape yang kakde dah dapat.

tapi pada masa tu, kak de akui, kak de ni sangat lah jahil. selalu mengharapkan sesuatu yang melampaui dari apa yang kakde usahakan. kalu nak ikot logik, kak de tak rase akan sampai kat tahap macam ni sekiranya di compare kan ngan usaha yang kak de da lakukan selama ni.

tapi itu lah namenye rezeki Allah. itu juga adalah qada' dan qadarnya sebagaimana yang sewajibnya kita imani. selepas dapat result spm, kak de betul2 frust, dah tak tau apa jalan seterusnya. seakan dah berjumpa dengan jalan mati. kalau dulu kakde asyik bercita2 nak jadi seorang pakar forensik, rase2nye impian itu dah tersangatlah jauhnya untuk dicapai.

futhur. itu lah yang berlaku kat diri kakde. rasenye usaha(kalau boleh dikatekan usaha) yang dilakukan selama ni takde maknenye. mula rase terasa diri ini jauh dari rahmat Allah. padahal kak de sedar, mungkin ini adalah khilaf atas perbuatan kak de yang selama ni seringkali melupakanNya. tapi kak de tak buat apa2 tindakan pon, malahan semakin jauh, dan jauh...

sehinggalah kak de mula 'tersedar' kembali ke dunia nyata. rahmat Allah itu sangat luas, kite ini yang perlu mencarinya. segala yang berlaku kat kakde rasenye macam mimpi. tapi kemudiannya kak de berfikir semula, apa agaknya hikmah yang tersembunyi. pasti ada sesuatu yang akan berlaku seterusnya.

ya, kak de dah dapat hikmahnya. awak pon mungkin akan beroleh perkara yang sama, cumanya jalan kita sedikit berbeza. awak diuji dengan pelbagai kesusahan, kak de pulak di uji dengan kesenangan. sedangkan kesusahan itu adalah lebih ketara hikmahnya, wallahu'alam...

~####~

kak teh,
kegagalan ini bukanlah penentu hidup dan mati. tak salah berasa kecewa, tetapi jangan sehingga tergadai iman di dada. sungguh Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk orang2 yang bersabar. jika bukan di dunia, akhirat itu pasti. Allah tidak akan mengabaikan hamba2 nya yang sering membantu agamaNya. kalau bantuan itu lambat terasa, yakinlah, sesungguhnya Allah itu rindu akan rayuan hambanya.

paling penting, mengadulah kepadaNya, solat dan berdoalah. husnuzon dengan setiap janji Allah. moga kamu bersama mereka yang dicintai Allah

amin~~

solat VS jammed

hari itu hari selasa. seperti biasa, mengikut jadual, ada lab kimia dari jam 2 hingga 5.
pukul 5, bas sudah menanti untuk membawa kami pulang ke ktsn. hujan sudah mula turun renyai2, malahan semakin lebat...

lalu aktiviti biasa dilakukan dalam bas..ketiduran~

bila saja tersedar, terlihat di pandangan kiri kanan kereta berjela2, tambah pula dengan hujan yang masih belum berhenti..

menghampiri jam 7

adakah sejarah bakal berulang?


keadaan jalan pada jam 725 pm. hati sudah mula berdebar. sesal tidak menelaah dengan lebih lanjut. tidak mengambil pengajaran dari perkara silam. kekhuatiran ini diluahkan pada sahabat.

'so, macam mane?'
'nanti saya try cal mak saya'


tuttt..tuttt...

'umi, macam mane ni? terperangkap dalam jem. maghrib x solat lagi. x taw sempat ke tak sampai kolej sebelum isyak. baru separuh jalan'

lalu umi pun jawab sekadarnya

'lakukan solat. kalau ada sumber air, wudhu'lah. itu yg pentingnya sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'. kalau x ada, tayammum pon boleh. tapi kalau x yakin, solat juga sebagai menghormati waktu maghrib. nanti da sampai bilik, solat cepat2...'

maka, berbekalkan ilmu yang sedikit, aku mula berijtihad. harapnya diterima Ilahi.

'kalau 815 tak sampai lagi, baru saya solat'


perancangan Allah itu lebih baik, keadaan semakin teruk..

jam 0802 malam. tiada tanda2 traffic jammed berkurangan. lagu di radio pula makin rancak.
sahabat juga sudah risau.

aku teringat kembali, pada suatu waktu yang dulu, kami juga berada dalam situasi yang sama. lalu kami mengambil inisiatif untuk berniat solat sesudah sampai di kolej. apabila hal itu ku utarakan kepada keluarga

'ish, mana boleh mcm tu, selagi boleh lakukan solat, kena solat juga. abah pon selalu mcm tu, tgh drive pon boleh solat lagi. mende ni kena blaja. atau nnt kita juga yang akan ambil mudah, lagi2 dalam hal solat ni..'

ya, itulah yang membuatkan dudukku tidak lagi senang. debar di hati hanya Dia yang tahu. batas waktu solat maghrib juga sudah hampir ke penghujung. tanda2 untuk sampai ke kolej masih tiada kelihatan. bimbang di hati,

'bagaimana kalau ini adalah akhir saat ku?'
'aku tidak mahu pergi dalam keadaan melupakanNya'
'aku tidak mahu menghabisi hayatku tanpa tunduk padaNya'


lalu ku berwudhu' sekadarnya, cukup dengan keyakinan. moga ijtihadku tidak salah, ya Allah.
tapi bagaimana untuk ku teruskan dengan bersolat?
radio masih rancak. kawan2 sedang bercloteh.

mujur sahabat itu memahami.

sejurus keadaan sepi.

masya ALLAH, zuknya lain terasa. tidak seperti yang ku dapati dalam solat2 seharian yang lain. mengingatkan ku akan Rahman dan Rahim Nya. tiada suatu perintahNya yang menyusahkan, malahan segalanya adalah kurniaan, menjadikan kita sebagai hamba yang bersyukur

subhanallah~

usai solatku, kelihatan sahabat2 yang lain juga tunduk menunaikan ibadah mutlak ini, walau tidak kesemuanya...

'x mengapa, mungkin ada yang menjadi penghalang'

kami tiba di kolej hampir jam 1000. ini lah yang mungkin akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. pengalaman di atas bas...

'izni di corong radio'
hehe~


di bilik, aku teruskan pencarian. masih banyak persoalan yang membelenggu.

  • apakah kami tidak perlu qadha'?
  • bagaimana yang seharusnya dilakukan apabila terperangkap dalam situasi begini?
  • boleh kah kami hanya jamakkan sahaja setelah sampai di bilik?
  • atau solat itu dimestikan untuk dilakukan pada waktu itu juga?
  • bagaimana bagi yang tidak mendapatkan wudhu'?
  • juga arah kiblat kami?

aku temui sesuatu di sini

kalau di ikutkan artikel ini, kami tidak perlu untuk qadha'. memadai dengan solat yang telah dikerjakan.

lalu ku temui ini

percanggahan fakta. was2 sudah bertandang. bagaimana ini?
lalu ku memilih untuk bertanya kepada murabbi ku. katanya...

'for the time being, pe kate qada' je...'


dia juga x pasti. aku lalu qadha' saja. mungkin itu yang terbaik.

namun begitu aku masih mahukan penjelasan. apakah solusinya?

aku berkesempatan bertanya kepada senior yang lebih arif. alhamdulillah, mungkin itulah hikmahnya berada di samping mereka2 yang arif akan hal2 agama...

katanya, soal qiblat tak menjadi masalah. lalu dia membacakan riwayat di mana saat Nabi menerima wahyu bahawa bertukarnya qiblat ke kaabah, bukan lagi masjidil aqsa.

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” (Al-Baqarah: 144).

namun begitu, di saat kita tidak mampu menentukan arah qiblat itu, maka ayat ini adalah jawapannya:

“Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah maha luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui.” (QS.Al-Baqarah 2:115)

Jabir memaparkan latar belakang turunnya ayat ini, “Kami telah di utus Rasulullah saw. ke Syria. Saat di tengah perjalanan, kegelapan menyelimuti kami sehingga tidak tahu arah kiblat.” Segolongan di antara kami berkata, “Kami telah mengetahui arah kiblat yaitu di sana, arah utara!” Sebagian kami berkata:, “Arah kiblat di sana, arah selatan!” Dan mereka membuat garis di tanah. Tatkala matahari terbit, ternyata garis itu tidak mengarah ke kiblat. Maka ketika kembali dari perjalanan, kami tanyakan kepada Rasulullah saw. tentang peristiwa itu, Nabi saw diam hingga turunlah ayat ini (Al-Baqarah 2:115).”


*kesimpulannya telah ku cerna, keyakinan itu lah yang utama.

HiMaWaRi=)


seindah himawari

indah lagi kuntuman mawar. harum lagi bauan mawar. menarik hati sesiapa yang melihatnya. merubah hati sang kekasih. malahan mungkin mengusir pergi resah yang bertandang...

seindah himawari

indah lagi si lavender. ungunya memukau. mengubat kegalauan. membawa ketenangan. haruman yang membuai mimpi...

seindah himawari

indah lagi seri pagi. menyambut matahari penuh girang. bersama meraikan alam. membawa sejuta perasaan bahagia. hiburan kalbu di pagi hari...

seindah himawari

bagai indahnya persahabatan. rajuknya dipujuk. resahnya ditenteram. tangisnya diseka. tawanya dirai. kebahagian adalah bersama. kepahitan adalah perkongsian. setiap padanya juga adalah ketenangan.

biarlah ukhuwah ini persis himawari. walau tidak seindah mawar, merah yang menarik hati. walau tidak seindah lavender, harumnya membuai lena. walau tidak seindah seri pagi, memeriahkan hari baru.

biarlah ukhuwah ini persis himawari. tidak tertipu dengan warnanya, tidak tergoda dengan harumannya, tidak terkesima dengan meriahnya.

biarlah ukhuwah ini persis himawari
ikhlasnya membuahkan kepercayaan
menyimpul padu sebuah ikatan
lalu terbina jambatan persahabatan

biarlah ukhuwah ini persis himawari
warnanya menarik hati
menghadirkan keceriaan
disambut dengan sejuta penghargaan

aku ingin ukhuwah ini persis himawari, hamparan matahari dunia

MaSa yang tak KEtAhUaN ke mana~

ini dia buku2 yang tak ketahuan, kapan mahu di bace~


majalah i bil.76 Februari 2009

dah hampir sebulan majalah ini dibeli. mase awal2 bulan 2 lagi kot. tapi sampai sekarang, susah betul nak khatamkan.. ape masalahnye? ntah la...

sekarang ni masih tercari2 majalah i bil 77, edisi mac..
semalam sudah merayau sampai ke times square mencari i, namun tak ketemuan juge..hmmmm~


ADAM by Ramli Awang Murshid

buku ni sudah lama release, tapi masih belum berkesempatan membacanya. kekangan masa dan juga susah nak mencari. mujur hari tu jumpa kat pusanika UKM bangi~

masih bersampul, menandakan tuan punya buku ni masih belum membelek2nya.. sabar, tiba masanya akanku bedah semua isinya... haha~


Dalang di Palestin... Hamas atau Israel? written by Dr Hafidzi Mohd Noor, pengarah PACE

Buku ini dibeli semasa mengikuti satu ceramah berkaitan Palestina, bersama2 bonda tersayang. ku kebas 2 buah buku, satu lagi berjudul

'Biarkan Aku Jadi Orang Palestin',



yang mana merupakan himpunan cerpen yang ditulis oleh remaja dan mahasiswa. sebuah buku yang menarik hati, mampu menyentap jiwa, lalu membaurkan tangisan...

hmm, ape kes dengan buku yang ke 2 ni??
baru sahaja menginjak ke bahagian kedua. menunggu peluang untuk dihabiskan pembacaannya...


Tokoh2 Di Ranjang Kematian oleh Yusuf Ali Budaiwi

jatuh cinta dengan tajuk buku ini semasa mengikuti Daurah. rupa2nya bukan aku saja yang ingin memilikinya, hampir berebut juga dengan Kak Ana, kalau x silap la..huhu~

setiap kali terpandang buku ini, berkobar2 hasrat untuk membacanya. tapi apakan daya, terlalu banyak perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu.

majalah yang nipis tu pon terkontang kanting nak habiskan, inikan pulak buku setebal 141 muka surat ni..haha~


1511H [KOMBAT] oleh Faisal Tehrani

mula mencari buku ini setelah tertarik dengan satu artikel yang ku dapati semasa di mukhayyam dulu. Alhamdulillah, baru sahaja menemuinya semalam, semasa di Karnival 4KL...

kalau nak ditimbang2 kan, hampir sahaja buku ini tidak dibeli, memandangkan terlalu banyak koleksi yang tidak terusik, uhu~

tapi, bila memikirkan, "mane lagi aku nak cari buku ni kalau bukan kat sini"

lalu disambar juga buku ini...

tunggu turn untuk dibaca~



Travelog Seorang Daie oleh Abdul Rahman

kisah benar liku2 perjalanan seorang pendakwah, guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangan.

tanpa sengaja tangan ini membelek buku ini, yang mana dipunyai oleh Kak Syaza. terbaca sedikit, kemudian membelek isi kandungan, lalu terus membuat keputusan untuk memiliki sendiri.

masih lagi dalam bungkusan plastik...ehe~~~


Al-quranul karim, by Allah swt

pon masih tak khatam2 lagi.masih belom lekat di ingatan cerita2 Nya. belom dihayati lagi mafhum2 Nya.

padahal sudah release lebih seribu tahun yang lalu.

mohon dikurniakan masa, peluang, dan istiqamah untuk ku habisinya, amin~



@+++++@

itu belum lagi dicampur-tolak-bahagi-darab dengan buku2 dan lecture notes ilmiah yang lain:
  • physioanatomy
  • physic chem
  • analytical chem
  • genetic
  • bla bla bla...

#masih mencari buku seterusnya, 'travelog dakwah by prof kamil'. semalam ku dikhabarkan bukunya sudah kehabisan, uhuhuhu~