''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

(^-^)

"mak kite kate, kalau nak pakai tudung kena ikhlas. sebab tu la kite tak nak pakai tudung lagi sebab kalau pakai pon tapi tak ikhlas pon tak guna..."

"ala, actually depends pade hati orang tu la, tak kisah la tudung tu macam mane, asalkan hati baik..."

"asal tutop ok la kan??..."

"rimas la tudong la
buh, susah nak wat keje..."

"budak yang pakai tudung laboh pon lagi teruk dari budak free hair, baik tak yah pakai tudong..."

-------------------------------------@@@@@--------------------------------------------------

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau perempuan-perempuan(sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki(tua) yang tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung" (An-Nur 24:31)

Tu la antara komen-komen yang aku pernah dengar dengan telinga ku ini, bilamana dipersoalkan tentang aurat dan jilbab. Sedangkan Allah dah lame terangkan berkenaan wajibnya menutup aurat...

aurat, topik basi y
ang dah banyak kali diutarakan, tapi still x ada improvement. segala puji bagi Allah yang mengurniakan hidayah pada ku untuk memahami akan mafhumnya.




aku pun suatu masa dulu dah cuba semua jenis tudung. cakap je la fashion ape, semua aku dah cuba. tapi akhirnya, alhamdulillah, back to the basic. tiada yang lebih tenang melainkan melakukan apa yang diperintahkanNya dan menjauhi laranganNya.

aku selalu berfikir, kenapa masih ada yang mahu melakukan maksiat walaupon die tahu die sedang mem'promosi'kan agamanya? kemudian terlintas ilham, mungkin ke mereka rasa apa yang mereka sarung di kepala itu sekadar ikut-ikutan? ataupon terpaksa pakai takot mak ayah marah? ntah la...kemungkinan memang sangat banyak.
tapi sebenarnya x boleh nak salahkan tudung tu bila sang pemakainya yang membuat onar. depends kepada mereka yang memakai. tu kena tanya hati balik, apa sebab aku pakai tudung? sebab nak cantik ke? atau sebab pakweku yang suruh, kalo x, x nak masuk meminang? kalau la die cakap macam tu, memang rugi besar. x ade guna melakukan sesuatu tanpa niat kerana Allah. Allah yang mewajibkan kita menutup aurat, maka tutuplah kerana Dia..

satu lagi masalah, pakai tudung je dikira menutup aurat ke? macam mane dengan lengan dan kaki? refer balik pada ayat Allah..

"dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya)..."

apa yang biasa terlihat tu? sebagaimana hadis nabi ada menyebut, kecuali muka dan tapak tangan...so?

inilah masalahnye masyarakat kite, selalu sangat merase ringan akan perkara yang menjadi kewajipan...

bagi aku, dalam hati setiap mereka yang sanggup berkorban menutup perhiasan mereka yang cantik ni, akan ada terase malu yang amat untuk melakukan larangan Nya. seharusnya rase malu tu la yang prevent dirinya dari melakukan perkara mungkar, tapi apa jadi pada malu kalu nafsu pulak yang ambil alih??

renung-renungkan, dan selamat beramal...~

cantik sangat....

tadi aku sempat lagi jalan2 kat titiwangsa ngan kawan2, lin, zu, kak shima na shida...cam da x de org lain kan..? huhu~

subhanallah, view waktu ptg memang mengasyikkan, kami pon sempat lagi posing2 disamping menghilangkan stress exam, hehe...sape lagi yang paling semangat kalo bukan lin...sonotnye bukan main, sekali tengok cam banduan terlepas dari jail pon ade...

tengah jalan tu nampak plak labi-labi...actually not sure labi-labi ke kura-kura, bantai je la, tapi yang pastinya haiwan yang ada 4 kaki n satu kepala, blakang ade ekor, n cengkerang besar ats badan, tengah berenang kegembiraan. kitorg pon 'chow' dari situ n decide x jadi nak ganggu kebahagiaan makhluk lain..hi.....

actually, pergi tasik pon serampang due mate. disamping jalan2 tu, tujuan sebenar nak cari burger. budak lin la ni ngidam plok petang2 ni..alkisahnye tempat burger yang sedikit murah tu x buka plak, so terpakse la patah balik ke gerai yang kami dah jumpe pade awlnye. tp b4 angkat kaki tu, aku awl2 da cop buah nenas cicah asam ngan kicap...urm, cedapnye....

jalan n jalan, tunggu orang tu wat burger(termakbul gak hajat lin makan burger daging special), matahari pon da nak terbenam, dah terbenam pon sebenarnye....kami pon jalan laju2 nak sampai kolej cepat. takot dowh senja2 ni, aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam...at last selamat gak sampai tepat 7 15.emm... x senonoh tol anak dare balik senja2...pen-off



syukran ya akh...

6.29 pm

aku da faham, ape yang aku rase selama ni tak ade salah nye. sekadar perasaan yang memenuhi fitrah seorang manusia. cume macam mane aku nak disiplinkan perasaan tu saje, depends on me...
and aku da yakin, sengaja Allah turunkan rasa ni supaya aku lebih mengerti tentang cinta, supaya aku lebih belajar untuk merindu dan merasai kehadiran orang yang disayang, supaya aku praktikkan segala rasa ni hanya kepada Dia yang satu, Allahuakbar...

semalam, aku dah ubah semua conception aku. dalam hati dan fikiranku, yang terlakar hanyalah, betapa Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui akan apa yang terpendam jauh di lubuk hati hambanya. Dia tahu hambanya dalam resah gelisah, maka dihadirkan rasa ingin merintih dan bersujud lebih lama, Dia juga tahu hambanya memerlukan sokongan, maka didatangkan ayat-ayatNya, Dia juga tahu hambanya perlukan peringatan, maka dihadirkan insan menjadi pendengar setia, terima kasih akh coz sudi dengar rintihan hati ini...

wahai Tuhan
tiada cinta yang teragung melain cintaMu
hambaMu ini merintih untuk mengecap cinta duniawi
namun Engkau maha penyayang
tidak mahu hambamu terus hanyut dengan cinta yang tak pasti
lalu Engkau hadirkan gelisah menanggung perasaan bersalah agar aku mengerti akan kesilapanku
lalu Engkau lembarkan ayat demi ayat supaya aku tersungkur dan tersedar dari mimpi
lalu Engkau gamit akalku untuk berperang dan berfikir supaya aku menjadi lebih rasional
lalu Engkau hadirkan dia untuk aku muhasabah supaya aku lebih kuat
dan yakin hanya dengan cintaMu, ya Rabb
Tuhan sekalian alam....

sekali lagi...

sekali lagi ya ALLAH
hati ini membentak ingin pada dunia
walau dia tahu
setinggi mana gunung di daki
sejauh mana redah diharungi
sedalam mana lautan diterokai
takkan dapat mengatasi akhirat abadi

sekali lagi ya ALLAH
hati ini dihujani perasaan
segala macam rasa mula membelenggu
hingga sesak nafas terasa
hingga kelu lidah berkata
hingga lelah melewati masa

aku dalam kerinduan lagi
sudah kerap benar aku dilanda ribut ini
seakan surutnya tidak
bagai tiada ruang untuk aku hentikan gelora hati

sekali lagi ya ALLAH
aku bersyukur kerna dikurniakan rasa hati ini
buat aku terus ke depan mencariMu
untuk aku maju setapak menggapai cintaMu
sungguh ia telah membuat aku sedar akan rahimMu
betapa kasih sayangMu lebih berbaloi
untuk aku lebih kuat melangkah

sekali lagi ya ALLAH
alhamdulillah...

jom bace cerpen...

ni aku amek dr satu website, walaupon ramadhan da berlalu, tp mesej yang di bawe dlm citer ni, insya allah bergune untuk masa2 akan datang...enjoy ya....

Written by syauqah 'asrar
Wednesday, 27 August 2008 00:44

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”

Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.

“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.

Najwa terkedu.

“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.

“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.

“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).

Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”

Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”

Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”

“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”

“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.

“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”

“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.

Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”

Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”

Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”

Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”

“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..

..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

lesu nye ari ni, rase semue mende buat pon x kena... actlly, lately aku ni da makin menjadi2 kepelikannye...x leh tdoq, makan, jantung rs cam nak terkeluaq...hish, mcm2 la....ntah ape yg x kena, juz wait n see la what's the problem...

em, idop ni very complicated kan? kadang2 mende2 yg kite avoid beriye tu la yang selalu datang... penat tu x yah cakap la, tp seronok gak..huhuhu~ ye la, kalo x, x mencabar la idop kan?! x gitu...?

untuk ari ni, everything going out of plan...maybe silap aku gak yg x penah pqndai merncang, huhu...TT..until dis moment, rse x best tu masih menyelubungi, rase camne ek nak describe? emm(thinking...) macam perasaan nak sangat kat something n takot x dapat...camtu la...

boley ke ak nak share ngan org ???

exam ku exam mu jua..

alhamdulillah, tadi dah lepas satu killer subjek , lagi 4 sedang menanti...huhuhu

susah nak ckp perasaan ni, bukannye lega sebab boleh jawab dengan betul, ak rase bnyk lagi yang x boleh jawab(huhu...), tp rasa tenang masa menjwab exm tu la yang wat ak satisfied yang amt... result tu maybe citer kedua la kot, insya Allah, aku yakin Dia sentiasa bersama ku..

...(kekeringan idea)


emmm, ntah la nak tulis ape pon x taw, maybe da saturated sangat dengan exam yang 3 jam td tu..hihi..
thanx for ur guys yang sentiasa mendoakan kejayaan ku, insya Alla dengan doa kalian, aku lebih kuat untuk maju terus ke depan. moga kalian sentiasa berada dalam kebaikan dan inayahNye.., aminn..

4.00 am

susah nak tidur...
bukan sebab fikir masalah negara, tapi sekecil-kecil masalah, yang kalau tak dibendung, bakal merebakkan virus yang sangat berbahaya...apa lagi kalau bukan mengenai hati dan perasaan

jarang sangat sekarang ni aku explore jiwa manusia, means dah kurang mendengar dan memperdengarkan luahan hati. so, makin lama, dah hilang perasaan untuk ditarbiyah. alhamdulillah, mungkin malam ni adalah malam untuk kesekian kali hati aku kembali hidup dengan segala macam perasaan.

perempuan,
setegas mana pun dia,
selemah manapun...
tetap wanita
yang dianugerahkan Allah lebih berperasaan
lebih merasai kasih sayang
dan lebih mengharapkan kasih sayang

andai lihat dia ketawa, ketahuilah hatinya tidak serupa
tapi tangisnya juga bukanlah kerana hatinya yang sengsara

untaian katanya, setiap butir bukanlah tanpa buah
tiap satunya mempunyai cerita hati yang berlainan
luah bicaranya mengandung makna jiwa
raut mimiknya bukan jua lakonan
hanya hati berfirasat mampu mentafsir

lihatlah dia dengan pancaindera yang bersih
kemudian peliharalah dia
kerana asal kejadiannya yang unik
maka dialah insan istimewa
yang punya rasa dan naluri yang terlalu biasa
biasa untuk difahami
biasa untuk dimengerti
juga biasa untuk lindungi...


be strong, ukhti...