''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

Bisnes Punye Pasal

sangat penat. sangat penat. sangat penat.

full STOP!

bisnes punye pasal, kadang2 aku lupe nak jenguk ke belakang. mane la taw kot2 ade mende yang tercicir, tertinggal.

agak2 ape la yang tercicir tu...

memang ade - lupe untuk berhenti.


bahaye nye bisnes ni pade aku bukan sebab tak terkejarnye mase, bukan sebab merudum nye untung, dan bukan sebab lari nye customer

tapi bimbang bile diri jadi terlalu memikirkan duit

makan , ckp pasal duit
masuk klas, duit lagi
masuk surau, teringat jualan di luar
tengah solat, terpikir idea2 baru

materialistik kah aku?
x sure
tp yg sure, solat da makin tak khusyuk

adoi3!!

jadi, ape patot kite buat???

take time n dont forget to stop sometimes
*smile2

bila menulis...

ini entry di awal pagi. take note, it's 12.55 already :)

saya baru setel go through semua entry2 yang pernah saya tulis. pelik. rasa macam bukan saya yang tulis. tapi kalau ikutkan hakikatnya, ye, saya lah penulis tegar itu, dahulunya.

sekarang?
rasa susah dan sukar nak mencoret ayat yang serupa. mungkin lebih kurang sama tapi lain rasanya.

sebab acuannya tak sama.

ok, sudah mula melalut yang tak difahami nampaknya =.=



according to the title...

bila dia menulis, aku tertegun dengan hikayat hidupnya yang bagaikan satu dalam sejuta. cerita hidup yang tidak diungkap dalam mana2 riwayat hidup. aku jadi teringin menulis sepertinya. aku jadi terikut dengan penulisannya. aku mengaguminya kerana tulisannya. tapi, siapa pula yang akan mengagumi penulisan ku?

bila lelaki menulis, aku tertarik dengan humor nya. idea kreatifnya membuat ku tak kering gusi tertawa sendirian. kisah seramnya buat aku termimpi di dalam lena. aku jadi teruja mengikuti cerita coretannya yang seterusnya. aku jadi tidak lelah memetik tetikus untuk menggeledah isi perut 'rumah'nya. cerita yang menarik, aku juga tidak bosan. tapi aku jadi tercabar, mahu tulis yang sama juga. mahu buat orang tertarik juga. tapi, di mana originality entry ku? aku akan membuat cerita fake yang menarik, lalu apa impaknya? aku buat orang tersenyum atau menyampah?

bila perempuan mennulis, sering dilantun lantun kan kisah cinta seperti kisah cinta di alam fantasy. heroin yang serba serbi sempurna dan diidami semua putera. kisah nya membuatku terhanyut dengat ayat2 'magic' yang membuai. boleh jadi membuat aku ingin menikmati situasi yang sama. melihatnya bahagia buat aku iri. jadi, apakah aku perlu menaip yang sama? perlukah untukku membuat karangan yang indah2 tentang percintaan yang tidak pasti?

tetapi bila Dia 'menulis', kalamnya menusuk kalbu, panahan ilmu berombak2, berebut2 menuju ke lubuk hati. tafsirnya tercari2 ketenangan yang selalu diam di dalam hati. perlahan2 auranya mengelus tubir mata, mula menumpah sejernih air. itulah sebaik2 tulisan yang selalu ku dambakan. itulah selembar ayat yang sering membuat ku tertegun. itulah senaskhah kitab yang semakin ku peluk ku sedar getaran yang terhasil darinya.


kerja, kerja juga
study jangan lupa

dunia, dunia juga
akhirat lebih utama

=)

Selamat Menjengah Dunia =)

tok..tok..tok..

Minta keizinan untuk saya mulakan lembaran baru, [again n again.. =.=]

Rasanya tak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 [dah bulan safar ok~] dan Tahun Baru Masihi 2011.

Wah, rasa macam masuk dan terjah kat blog orang je. Bagi sape2 yang tak perasan saya, saya still orang yang sama dengan title blog yang sama =)

Bila belek2 blog orang lain, semua dah canggih manggih. Rasa segan pula nak menulis lagi. Blog yang old skul dengan template dan design yang downtodate.

tapi..tapi..tapi..

Saya nak tulis juga!!

Oh ya, terima kasih yang teramat amat amat sangat pada yang sudi folow, sudi jengah dan sudi tinggalkan jejak di inbox. Nanti ada masa [betul2 akan diusahakan. janji!!] saya akan balas balik folowan2, jengahan2, dan inboxan2 itu di blog anda, insya Allah.

apa lagi nak bebel??