''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

3 hari lepas...


jalan-jalan di rantau orang~


hikhikhik..
malas lagi nak tulis
idea tak mari

lagipon tumpang sedih dengan kawan-kawan di kl

saya juga mahu cuti...
nangih

...sAyA rInDu...[Mohon Doakan]

Hampir sejam saya belek semula semua entri yang saya tulis selama ini.

Tiba-tiba muncul 1 perasaan

Rindu amat~


ada 'sesuatu' yang bergoncang menanti roboh
TT



Bukan Rindu Yang Biasa...

Ya, ini rindu yang luarbiasa. Kalau boleh, saya mahu berjumpa dengan saya yang dulu. Mahu bertanya khabar, bertukar-tukar cerita

Mahu saling diingatkan, mahu ditarbiyyah!!


Ada lagi yang saya rindu..

Entah bila lagi saya dapat berjumpa dengan sekeping naluri yang selalu terusik dan sensitif dengan dosa dan noda...

Tak tahu, adakah saya mampu bertemu dengan air mata yang kerap berair menatap kalam suci?

Agaknya, dapatkah saya bersua dengan sang pencinta kebenaran yang kerap mengingatkan dan sering menasihati?

Dan yang paling dibimbangi, adakah saya masih berpeluang menemui seceruk ruang di dalam hati yang cintanya sering dikosongkan, semata-mata untuk yang Satu?


Harapnya Bertemu...

Satu yang saya pinta, agar jalan itu dibukakan sekali lagi

Saya mahu sentiasa ke arah itu, jalan yang selalu menerangi tiap jejak yang terkadang sering terhenti dan tertatih-tatih

Jalan itu juga ada yang menunggu untuk saya memohon tolong, untuk saya bertanya arah agar tidak tersesat

Jalan itu yang tidak pernah sunyi, sentiasa meriah dengan ucapan salam dan ingatan-ingatan yang menyenangkan hati


Ahh, rindu lagi yang amat~


********************************************


Wahai Tuhan
Tiada cinta yang teragung melain cintaMu
HambaMu ini merintih untuk mengecap cinta duniawi
Namun Engkau maha penyayang
Tidak mahu hambamu terus hanyut dengan cinta yang tak pasti

Lalu Engkau hadirkan gelisah menanggung perasaan bersalah agar aku mengerti akan kesilapanku


Lalu Engkau lembarkan ayat demi ayat supaya aku tersungkur dan tersedar dari mimpi


Lalu Engkau gamit akalku untuk berperang dan berfikir supaya aku menjadi lebih rasional


Lalu Engkau hadirkan dia untuk aku muhasabah supaya aku lebih kuat


Dan yakin hanya dengan cintaMu, ya Rabb

Tuhan sekalian alam....


Sekali lagi ya ALLAH
Hati ini membentak ingin pada dunia
Walau dia tahu
Setinggi mana gunung di daki
Sejauh mana redah diharungi
Sedalam mana lautan diterokai
Takkan dapat mengatasi akhirat abadi

Sekali lagi ya ALLAH
Hati ini dihujani perasaan
Segala macam rasa mula membelenggu
Hingga sesak nafas terasa
Hingga kelu lidah berkata
Hingga lelah melewati masa

Aku dalam kerinduan lagi
Sudah kerap benar aku dilanda ribut ini
Seakan surutnya tidak
Bagai tiada ruang untuk aku hentikan gelora hati

Sekali lagi ya ALLAH
Aku bersyukur kerna dikurniakan rasa hati ini
Buat aku terus ke depan mencariMu
Untuk aku maju setapak menggapai cintaMu
Sungguh ia telah membuat aku sedar akan rahimMu
Betapa kasih sayangMu lebih berbaloi
Untuk aku lebih kuat melangkah

Sekali lagi ya ALLAH
Alhamdulillah...

-ku hargainya-

Mahu cerita tentang peristiwa Khamis lepas

huhu

Cerita berkaitan tentang kolej baru. Kolej Burhanuddin Helmi


=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=


Sebenarnya entri ini khas untuk menghargai usahasama Cik Shidot dan Cik Zukha kerana menjadi jurufoto yang 'bertauliah'

Mekasih korang
sengihnampakgigi



Hari Khamis Hari Tu...

Hari Khamis lepas ada buat solat hajat dan bacaan yasin kat blok K12D. Kami pakat-pakat join sekali. Selain mengimarahkan solat jemaah dan menyedekahkan yasin, mahu jugalah kami melihat-lihat wajah penduduk KBH ni.

huhu

Bukan selalu dapat berjemaah di padang badminton yang tak berapa luas ni

*ohh...teringat pada gelanggang badminton ciptaan kami di KTSN...
uhuk99



Dan Seterusnya...

Kita tengok gambar je ye...

Oh ye, tak banyak yang dapat di upload. Nikmatilah sekadarnya~

...blurr version...


...tu la rupe kolej kami...


...2 orang yang masbuk...



=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=



Tak nak tulis panjang-panjang, takut ada yang tak terbaca nanti..hu3..

Selamat maju ke minggu ke 3~
Tak ada kene mengena dengan solat hajat tu pon
siul

masih ada yang sayang~





err..tajuk tu sangat tragis ke??




" Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai."
HR. Al-Bukhari

" Penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak hadiah..."
HR. Ahmad dan Al-Bukhari

ibn Hibbân menjelaskan;
" Dalam hadith ini, Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam mengecam tindakan menolak hadiah dikalangan sesama muslim. Bila seseorang diberi sebuah hadiah, wajib baginya untuk menerimanya dan tidak menolaknya. Saya menganjurkan orang-orang untuk saling mengirim hadiah kepada sesama saudara. Sebab hadiah dapat melahirkan kecintaan dan menghilangkan rasa dendam."


Ini antara hadith-hadith yang sempat saya cari melalui encik google
Terima kasih banyak!
sengihnampakgigi


Oh ye, kenapa saya sangat rajin mencari, men'copy' dan meng'paste' hadith-hadith ini?

Kerana






Tadaaa~


Walaupun hari lahir saya dah lebih sebulan berlalu, tapi rupanya masih ada yang ingat dan ingin memberi sesuatu

Wa, sukenye saye~~~

Sehingga terharu
gigil


Hadiah ini dari jiran saya di UKM KL dulu, atau lebih tepat di KTSN dulu. Namenye?


Tu kat bawah tu..

Cik Mastura Rahmat

Kotak yang comel, buat saya terlalu sayang nak buka.
Siap ada riben biru lagi..
hu3...




Gambar atas ni macam terbalik sikit...
Ampun~

Apa isinya?


Penuh hati-hati saya buka, tak nak rosakkan kotak yang somel itu...

Dan di dalamnya terdapat lagi bungkusan warna putih


Oh, saspennye~

Dan saya buka lagi..

Dan...


Wa..suke2!!!
sengihnampakgigi

Boleh teka apa benda ni??

Ini lah kain sembahyang aka telekong


Huhhuhuhu~

Saya dah lama nak telekong baru.
Telekong yang sekarang pun cilok-cilok je dari rumah
Wa, tak sabar nak pakai...

Dan seterusnya, saya pakaikan dulu telekong ni pada model sampingan..
Siapa lagi kalau bukan...

Patrick!!

Oh, saya rasa mungkin gambar yang ditunjukkan nanti agak entah apa-apa,
maklumlah,
Patrick memang tak sesuai sebagai model telekong.

Anda pun tahu kenapa kan??

Err..ni la Patrick..
tengok betol2 ye...

Hehehe..

Patrick tak ada dagu, so, saya terpaksa pakaikan macam tu

Maaf ye Patty sayang~


************************************

Buat Mas Uya,
Terima kasih banyak333x...

Bukan untuk hadiah ni jek,
Tapi sbb bagi tumpang bilik ko


Tumpang katil ko
Tumpang meje stadi ko
Tumpang iron ko
Tumpang cemin ko
Minum air ko
Gune bantal, selimut, cadar, tilam, telekong, selipar ko
aku mintak sikit sabun ngan ubat gigi..hehe

And satu lagi,
aku tertinggal pencuci muke ngan berus gigi

Huwaa~


Aku sayang ko
cium

ehe~

Hurm
Sekarang saya dapat rasakan betapa susahnya nak menulis

Susah yang sangat
Sangat yang susah
Yang susah sangat
Sangat susah yang
Yang sangat susah


ok, dah mengarut
nerd

Bila saya dapat komen blogger lain tentang entri-entri saya yang terdahulu, baru saya sedar rupa-rupanya entri itu sangat susah nak faham
xpasti



Bila saya dapat shout dari Cik Shidot aka Sheday di ruang shoutbox, baru saya per
asan dah banyak hari saya tak menulis
angkatkening



Bila saya dapat tuntutan sur
uh buat tag dari Encik Dee, baru saya rasa yang saya ada hutang tag yang berlambak-lambak
nangih


Adoi~


Kenapa saya tak update??

Sebab ada personal matter
Sebab idea yang tak mari
Sebab terkena jangkitan virus M
Sebab kurang buka blog sendiri [eheee~]

Dan lain-lain yang tak berapa nak menjadi faktor penting

Oh, ini sekadar pemberitahuan
At least, ada juga entri yang saya publish untuk hari ini

siul


Kesimpulannya...
Saya ada satu perkongsian untuk dikongsi

Apa dia??

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~
sengihnampakgigi
assalamualaikum

nampaknya kadar kemalasan mengupdate blog dah sampai ke paras kritikal

rasanya saya kena cari PA untuk selalu ingatkan atau bagi idea apa yang perlu saya tulis

anda ada idea?

mungkin boleh beritahu saya

sekian~

sengihnampakgigi

Dia Derita...

Kalau sebelum ini saya bawakan entri yang tidak difahami orang

Saya minta maaf sembahAlign Center



sengihnampakgigi




Bismillahirrahmanirrahim

Saya mohon dengan Allah, Tuhan semesta alam untuk sentiasa menaungi mereka yang selalu ikhlas dalam perjuangan mereka, tidak bermuka-muka apalagi hanya menyeru kepadaNya bila datangnya ujian.


Amin



Boleh saya bicara soal cinta?



Indah


Saya akui, rata-rata menangggapi maksud cinta dengan mengaitkan ia dengan keindahan hidup.

Hidup sepi tanpa cinta

Sering saya terbaca, malahan sering juga mengesaninya apabila cinta dikatakan anugerah. Bukan setiap insan berpeluang merasai mencintai dan dicintai. Sebagaimana yang sering diulang-ulang dalam syair jahili, cinta itu adalah kehendak, dan yang pertama tidak sama dengan yang kedua.

Anda pernah bercinta? Indah bukan?





Tetapi dia tidak..


Saya kenal dia sebagai seorang yang kuat. Kurang akur pada ketentuan cinta. Tapi, anggapan itu rupanya hanyalah diadakan oleh dia sahaja.

Ketika melihat dia yang tidak bermaya, ada pula lebam dibawah mata, sering juga saya risikkan perihal khabar berita.

Apa khabar kamu? Apa khabar imanmu?

Ternyata, soalan itu mengundang air matanya bercucuran. Pelik.
Melihat dia begitu, sakit pula hati saya yang melihat. Dia kesakitan dan saya yang sentiasa dengannya tidak dapat mengurangi deritanya.

Oh, rupanya dia bukan saja kesakitan, derita juga bertandang. Kurang tidur, makan juga tidak, lesu setiap hari

Ya, dia amat sakit


'Aku rindukan dia tapi aku tahu aku tak boleh begitu'


Siapa dia?

'Seorang yang tidak patut untuk ku rindui'

Aku faham, sahabat...



Cintanya derita

Melihatnya yang sering berjingkit ke bilik air, dan masuk semula ke bilik dengan kesan air yang membasahi anggota diwaktu dinihari membangkit rasa kagumku

Setiap malam


Kadang terdengar dia merintih, teresak di situ


'Aku tak kuat, dan aku tak mampu'

Rindunya membunuh. Dan dia sentiasa resah diburu rasa cinta.
Bimbang, andai lari tak keruan, kakinya akan terjerlus ke lubuk yang paling dalam dan tidak mampu di tolong lagi.


Tapi aku lihat kamu sangat kuat

'Kamu lihat aku begini, sungguh aku tidak bahagia. Aku sudah lama hilang, dan aku mahu menemui aku yang dulu. Kamu mungkin tak mengerti rasa ini.

Cinta yang indah bukan untuk semua, sahabat...
'



Ceritanya berbeza


Sakit apabila mencintai yang tidak sepatutnya. Aku jadi tambah sakit bila aku tidak mampu mencintai yang berhak seumpama itu.
Apabila aku diburu resah, itulah yang menjadi sebab hidupku serba tak menjadi.

Aku bimbang, aku takut murkaNya


Tambah lagi, aku ini tidak kuat. Mahu meminjam kekuatan dariNya. Kerana itu saban hari aku begitu.

Kamu lihat aku kuat, padahal aku tidak...


Air mata ini kering. Tapi kenapa aku tidak juga berhasil keluar dari lingkungan ini?

Aku sentiasa cari jalan keluar itu. Kadang aku merintih, kadang aku hanya tenggelam dengan tangisan bila tak mampu mengucap kata

Bila ku tak temui hikmahnya, aku jadi tambah bingung. Dan pada siapa lagi untuk ku mengadu?

Aku hanya mahu kasihNya, dan bukan dia..

Dan cinta ini menutup kasihku untukNya


Sahabat, doakan aku...

-tolong-


Penatnya bila hilang
Banyak sangat yang tertinggal
Ada awan yang biru juga tak nampak


Sakit hati bila sedar
Aku yang bodoh atau hanya pura-pura

Mohon limpah ampunanMu ya Allah
Kadang aku tumpas jua

Astaghfirullah




********************




begitulah manusia. bila terkena baru mula sedar. lalu akal terpinga-pinga...

begitulah aku. terlepas pandang yang utama. lalu tertatih-tatih toleh ke belakang

begitulah...





********************




tolong saya doakan yang terbaik



apa dah jadi ni??



Entah. Saya sendiri pun tak tahu nak describe macam mana. Tapi saya tahu, ada yang tak kena.


Yang selalu ada dalam otak ni

cepatlah hari Isnin
cepatlah bukak sem baru
cepatlah kelas stat
cepatlah assignment bertimbun-timbun

Supaya saya boleh buka semula telinga yang saya tutup selama ni dengan senang

*Saya tak mengarut, cuma perlu berkias-kias~



Kak Long


Kak Long dah start busy. Dengan menyandang jawatan 'guru relief yang sementara', nampaknya saya akan sendirian menghadapi baki-baki cuti yang tinggal.

Sadis~

*kak long dah tidur sekarang, penat menjerit depan budak-budak la tu~



Abang Ngah


Tempat saya bersepak terajang.

ooopps, saya x ganas yee...

Tiap malam menyendeng dengan Abang Ngah dan Kak Long [sebelum Kak Long start busy].

Atas kerusi yang muat untuk tiga orang:

Saya kat tengah peluk Patrick. Abang Ngah kat sebelah kanan berselimut ngan toto sengihnampakgigi. Kak Long kat sebelah kiri pegang cawan berisi air Nescafe susu sambil peluk bantal [korang imagine la macam mana]

Tiap malam tengok muvi

Coming Soon
Angel and Demon
The Mentalist [sekarang baru episode 10 out of 23]

*Abang Ngah perasan kot saya bosan. Sebab tu setiap hari dia tak abes-abes paksa saya tengok 'Saw dari episod 1 sampai 5' sama-sama.

Tapi saya malas...
siul



Tag


Saya tak mampu nak perah otak menjawab tag yang 'mencabar tu.

'komenne'

Nanti, bila emosi dah stabil, bila saya boleh buka telinga dengan senang hati, bila saya dah mula sibuk,

saya janji saya buat!



Cepatlah Jumaat, Sabtu dan Ahad


Hari Jumaat, rumah ni akan bertambah meriah.

Kak Teh dan Achik pulang bercuti midsem
Kak Chik pulang bercuti 'setiap 2 minggu'

Saya mungkin tak bosan lagi~

Hari Sabtu, saya nak ke UKM Bangi
sambil berjalan-jalan lepaskan tension

Hari Ahad, saya ke UKM Bangi lagi
tapi kali ni dengan family



Ampunkan Saya


minta maaf
saya tak tahu nak tulis apa

sebetulnya
saya tak tahu apa dah jadi dengan saya!

ampun
sembah