''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@
Showing posts with label aqielah. Show all posts
Showing posts with label aqielah. Show all posts

lagi tentang Aqielah...

Saya pulang lagi ke rumah setelah seminggu di Plaza Rah. Memangnya saya tak berhasrat untuk pulang dalam kadar yang kerap, tapi apakan daya, ada saja yang perlu di'setel'kan.

Tapi pulangnya saya kali ini disambut dengan kepelikan sikap sang Aqielah. pPelik yang macam mana?


Sang Hantu TV

Macam yang pernah saya cerita dulu, Aqielah seorang yang sangat rapat dengan tv. Tapi, kali ini dia mula menjauhi tv dan merapat kepada kak chik. Apa kaitan dengan kak chik?

Biar saya cerita dulu. Kebiasaan apabila saya pulang ke rumah, Aqielah akan setia di ruang tamu dengan channel kegemarannya, 611 - Astro Ceria. Tapi hari kelmarin, saya tak menemui manusia itu di ruang tamu. Mengikut sumber yang dipercayai [ummi], manusia itu lari ke atas setelah di suruh solat. Aish, benar-benar Aqielah~

Setelah diselidiki, saya faham kenapa Aqielah jadi macam tu. Gara-gara game barbie online rupanya. Kalau dulu semasa saya bercuti menunggu result SPM dia asyik menyendeng dengan saya semata-semata game barbienya, kini giliran kak cik pula yang jadi mangsa.

Haha, nasib la labu~


Photographer Cilik

Aqielah pantang nampak kamera. Dia boleh jadi dua-dua, model atau cameragirl. Kamera mana lagi yang jadi mangsa kalau bukan kamera merah brand BenQ itu. Bukan itu saja, saya punya fon camera turut jadi mangsa rakusan sang kenit itu.

Ketika saya membelek-belek gambar dalam telefon, saya jumpa beberapa gambar yang dia ambil sendiri. Saya tunjuk, anda judge, boleh?

Saya tak edit [ok, saya tipu, tapi saya cuma edit gambar tu jadi cerah], itu adalah hasil gambar yang Aqielah ambil sendiri. Sorry, 2 gambar sahaja kerana gambar lain adalah 'private' sengihnampakgigi




True Acting

Haha...
Sebelum tu, tengok gambar ini


Saya akan pergi dari rumah ini. Hari esok saya akan pergi betul-betul. Percayalah. Saya tidak tahu ke mana. Selamat tinggal Aqielah.

Yang pergi dari sini, Aqielah


Kertas ini di carik dari buku saya. Kemudian diletakkan atas meja di ruang tamu supaya dijumpai oleh ummi [kononnya~]

Mengikut cerita kak cik, selepas dia menulis surat tersebut, dia tersedu-sedan di tepi kerusi. Kes apa ya agak-agak?

Sebab kak chik mungkir janji. Kata si kak chik, dia akan buka game barbie selepas kerjanya siap.

Heh, agak hiperbola merajuk sang Aqielah kali ini.


Tapi apa yang bagus, saya baru tahu Aqielah dah boleh menulis surat. Bagus2...

Cuma rasanya saya kena ajar dia tanda baca dan reka ayat yang lebih puitis~

family update!

its all about family...

abah

Buat masa ni, aku sendiri kurang mendapat update tentang abah. Mungkin makin busy, atau berputar-putar dalam kesibukan harian. Tetapi, yang pastinya, abah memang menjalani gaya kerja yang terikat dengan jadual waktu pejabat. Sama seperti warga kota lain, keluar ke pejabat seawal 630 pagi ( abah kata tu pun dah cukup lewat sebenarnya) dan pulang ke rumah menjelang senja. Abah lah yang ajar aku tentang solat semasa terperangkap dalam traffic jammed. Apabila malam, abah akan ke surau untuk solat maghrib dan isyak, dan hanya akan stay di rumah melainkan apabila menyertai program usrah atau lain-lain.

ummi

Ummi seorang guru. Jadi, sekarang mungkin agak sibuk dengan data-data peperiksaan yang lepas, dan persediaan untuk peperiksaan pertengahan tahun. Tambah pula ummi mengajar tahun 6, mestilah padat dengan kelas tambahan dan tuisyen yang perlu ummi kendalikan. Di rumah, hanya penuh dengan buku-buku pelajar sahaja. Kalau mengikut rutin harian ummi, setiap hari ummi akan hantar Aqielah ke taska dulu, barulah ummi ke sekolah. Sekarang, di rumah hanya ada abah, ummi, dan Aqielah. Jadi, kerja-kerja rumah tidak banyak yang perlu diambil kira (tunggu kami semua pulang baru setelkan semua kerja, huhu). Ummi mengajar pagi, dan pulang tengah hari. Petangnya, masa ummi terisi dengan kegiatan sekolah. Lewat petang, barulah ummi akan ambil Aqielah, dan pulang ke rumah. Malamnya pula, ummi akan sibuk untuk menghadiri kelas mengaji, usrah, selain mengajar tuisyen di sekolah.


kak long

Ini kakak sulung ku, (mungkin juga pembaca setia tulisan ku..??) hehehe... Apa yang aku tahu dari kak long, dia baru sahaja tamat exam untuk final year nya dalam bidang Accounting di UIA. Sekarang, sudah pun mula bercuti. Agak-agak berapa ye umur kaklong ni? 27 haribulan 4 ni, genaplah umur kak long 23 tahun. [tak sabar nak tunggu kaklong kerja, nanti boleh 'pau' gaji pertama, huhu~]




abang ngah

Ini satu-satunya kaum lelaki dalam adik beradikku. Abang ngah muda setahun dari kak long dan sekarang masih lagi dalam musim exam untuk final semester 2 bagi tahun pengajiannya yang ke 2. Abang ngah belajar di UIA sama macam kaklong, tapi dalam bidang Egineering major Bioteknologi. Bila habis examnya, tak sempat pula untuk aku bertanya. Tapi harapnya, balik rumah nanti akan ada banyak lagi movie2 yang abang ngah download untuk tatapan kami adik beradik =).




kak de

Ini aku. Sekarang musim exam. Tapi belum start lagi. Hanya akan pulang ke rumah selepas 7 Mei nanti =(











kak teh

Kak teh pula sekarang masih menjadi penganggur setia di rumah. Habis sahaja SPM dan PLKN, kak teh menjadi 'bibik' kami yang baru. Ada lagi, kak teh sempat belajar menjahit dengan ummi. Tapi, agak-agaknya, boleh di pakai kah baju yang kakteh jahit tu? =P. Baru sebentar tadi aku mendapat update dari kakteh. Katanya, dia sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Darul Quran! Katanya lagi, dia akan mula mendaftar masuk pada 2 mei ini (i wonder if i can go along...). Tercapai juga hasrat ummi untuk melihat seorang anaknya bergelar hafizah, insya allah. Nampaknya, rumah akan kembali kosong...


kak chik

kak chik masih di tingkatan 2 di SMK Sungai Pusu, Gombak. Jujur saja, aku tidak tahu banyak update tentang kak chik. Dia tinggal di asrama sekolah, jadi kami jarang bertemu di hujung minggu. Cuma, kali terakhir aku jumpa kak chik, dia demam sehingga terpaksa ambil cuti sakit setelah pitam. Mungkin dah sihat agaknya, sebab itu adalah hal 2 minggu lepas...






Aqielah

Aqielah hanya ada rutin harian yang sama setiap hari. Tapi, rutin itu akan berubah apabila ada antara kami yang bercuti. Katanya, dia mahu bercuti sama. Di rumah, dia adalah penonton setia televisyen. Aku rasa, semua rancangan di semua channel sudah di hafalnya. Cuma baru-baru ini aku dapat tahu, Aqielah dah pencen dari menonton channel ceria, dan bertukar kepada tv9. Tahu kenapa? semata-mata mahu menonton 'Dora the Explorer'. Jangan tak tahu, adik ku ini salah seorang 'kipas-susah-mati' Dora. Dari cadar, selimut, tuala, buku, cd, semuanya Dora dan pink! Sekarang Aqielah dah pandai mengeja dan mula membaca sikit-sikit. Mengira? Entah, setakat 1 + 1 mungkin lepas...



di pojok ini...
'kenapa tulis pasal ni?'
'tiba2 je dtg idea, lagipun bile lagi nak cerita pasal diorang, kan? satu lagi nak dedicate kat kakteh 'tahniah' atas tawaran tu..lepas ni kene rajin2 menghafal...'

Aqielah???






nama dia Aqielah Harithuddin

eh, same la nama ayah kita~~

memang lah, sebab dia adik aku...

huhu...


apabila Aqielah mengeja


petang itu, abah menelefonku. aku, seperti biasa sedang dalam misi menyihatkan badan bersama teman-teman seperjuangan di atas jalan raya (gara2 court sudah dimonopoli student medic, TT). aku sangkakan abah mahu bertanya kalau2 aku mahu pulang lagi pada minggu ini atau tidak. tak pernah ada dalam rekod familyku, pulang ke rumah setiap minggu untuk 3 kali berturut-turut. aiiiihhh~~

abah ajak dinner diluar...

ok, set~

dan malamnya, setelah hampir sejam aku menunggu, barulah kereta Unser yang mampu memuatkan keseluruhan family aku itu muncul. dari luar, aku boleh dengar celoteh seorang budak ni, sape lagi kalau bukan Aqielah.

tengah 'exam' ejaan rupanya..
hihihi~~


yang menjadi pembuat soalan adalah abang dan kakak-kakaknya ini. soalan pertama apabila aku masuk ke dalam kereta ialah

cuba eja nama kakde

dan dia mengeja K.A.K.D.E


bukan..bukan. nama betul kak de ape?

hahaha~
tak perlu lah beritahu di sini sebab semua pun da taw name gue...


yang pastinya, ejaan manusia bernama Aqielah ini sedikit tercabar dek ejaan nama aku yang mencabar..hehehe.. aku berani cakap macam ni sebab masih ada kawan aku yang dah kenal dari kecik still tak boleh eja btol2 name aku yang best ini...aiisshhh~

kemudian, setelah dia tension dengan bahasa melayu, konon-konon nya mahu mengeja dalam english plak...

susahlah adik nak eja. adik nak eja '1' plak.


ok2, eja la...

W.A.N. = one

ahahahahahaha~

sungguh, adikku ini memang sangat lawak =D


kemudiannya lagi, atas permintaannya sendiri dia nak mengeja sesuatu

T.U.D.U.N.G = tudung

wah..mantop2!!

big applause for her... lalu kekembangan pun berlaku (^0_o^)

abah pun usik sikit

Aqielah
cuba eja ' Aqielah tak pakai tudung'

hahaha~


terus mencuka je manusia itu. sambil mulutnye tercebik-cebik...


di sini aku dapat sesuatu.

budak kecil pun, kalau di dedahkan dengan agama, boleh tahu malu apabila di soal tentang aurat. oh yee, adik ku berusia 6 tahun. rasa-rasanya sudah menghampiri tahap mumaiyyiz. lalu, aku reflek diri. rupa-rupanya masih ramai mereka-mereka yang bergelar 'kakak-kakak' atau 'makcik-makcik' yang masih mahu jadi lebih muda dari kanak-kanak yang berusia 6 tahun ini...

sampai sini je~




di pojok ini...

'kenapa adik tak pergi sekolah?'
'sebab kakde ada kat rumah'

'kenapa pulak kalau kakde ada kat rumah, adik tak pergi sekolah?' 'sebab nanti adik kena jaga kakde'

'aiyyark...'

sekolah = tadika

usr@ti...

alhamdulillah..ade lagi mase nak menulis.

keluarga, usrati, family..ape lagi ek? walau ape pon namenye, ia tetap satu perkataan yang menunjukkan hubungan yang erat sesama manusia...





bahagia
seluruh semesta bermula dari keluarga
dari titisan susu ibu tercinta
mengalirlah sungai kasih abadi

tumbuh dari keringat
ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
derai air matanya mengalir
di darah kita membina cita-cita

rentaslah seluruh lautan
kembaralah ke seluruh alam
takkan kau temui
semurni cinta
keluarga...