''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

cuti dah nak habis, saya???

Ya,
Cuti tinggal lagi sehari
Kalau dikira sekali dengan Sabtu dan Ahad,
bermakna cuti masih berbaki 3 hari...

Hurm...

Jurnal..
Buku..
dan blog..

Bila saya berblog, saya lupa buku...

Bila saya membaca, saya lupa blog...

Lupa ke malas??

Jurnal?

Adoii,
sory Kak Ila..

Tak tercilok artikel
Sebab tak baca paper

Rasa macam nak ambil statement dalam buku2 itu je

Tapi

Malasnya nak tulis

atau hanya perlu fotostat??

Oh, maaf..

Tulisan yang berserabut
Kerana ada neuron yang terputus

Saya mahu baca buku itu saja


K.O.M.B.A.T

i'm coming~
senyumkenyit

dari aimie : tentang 2 perkara

hari kelmarin saya minta pada seorang sahabat menjawab persoalan mengenai 2 perkara.

maaf menyusahkan awak, aimie.

padahal saya sengaja sebenarnya
ihikhik

gurau je..

ini bicaranya..
maaf, saya linkkan saja

berkunjung,
baca,
fikir...

maknanya dalam
refleknya adalah diri sendiri

selamat membaca

nak Masin ke Pahit???

Entri kali ini tak agak berat. [adekah entri saye selama ini berat??]
Tambah dengan malasnya saya untuk berfikir dan kurangnya input-input ilmiah yang dikumpul. Lalu hanya sekadar ini yang mampu dihidangkan
xpasti

2002

Saya sudah 13 tahun, seangkatan dengan batch 1989. Lebih tepat lagi, saya sudah memasuki tingkatan 1 di TAHAP. Semasa di TAHAP, banyak aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk 'freshies'. Dan cerita air garam saya dengar di sini.

Begini, bagi pelajar tingkatan 1 dan 2, ada satu aktiviti khusus untuk kami, iaitu Karnival Usrah, di mana para fasilitatornya terdiri daripada senior tingkatan 3.

Aktiviti yang menarik, tetapi saya tidak tertarik. Kenapa? Malas pastinya. Aktiviti itu mengambil waktu cuti kami, iaitu hari Sabtu, dan dibuat pada waktu pagi yang panas. Sungguh, saya sangat malas pada masa itu.

Tapi, ada satu acara yang menarik perhatian saya.

Kami telah dibahagi-bahagikan kumpulan. Lebih kurang 10 orang satu kumpulan. Untuk acara ini, kami diberikan segelas air yang berwarna jernih untuk setiap kumpulan dalam cawan polisterine.

Syarat permainan?
  • Pemenang dikira berdasarkan kepantasan air dalam gelas dihabiskan
  • Semua ahli kumpulan kena minum
Itu saja. Bagi kami itu senang. Ya, minum air saja.

Dan rupa-rupanya air itu sangat masin! hah

Saya yang berada dikedudukan kedua akhir bimbang,

'janganlah air tu banyak lagi bila sampai kat aku'

Dan entah apa dosa saya pada hari itu, doa saya tidak dimakbulkan. Saya tak sanggup lagi untuk tegukan kedua.

Mujur akak dibelakang saya [senior form 2], sudi menghabiskan air 'laut' tersebut..

Terima kasih Kak Najihah...


2006

Kini saya sudah di tingkatan 5, di SBPIK.

Setiap Sabtu, kami [naqibah form 5] akan membawa adik-adik form 1 bermain-main. Mengisi waktu usrah di waktu pagi, menggantikan teori di surau dengan praktikal di Dataran Integrasi.

Sehinggalah kami hampir kebuntuan idea, apalagi yang boleh kami lakukan untuk adik-adik ini.

Lalu, terfikirlah kami untuk mengadakan games. Lebih kepada game berhalangan.

Syarat permainan:
  • Setiap group ada 5 atau 6 orang
  • Perlu ke stesen yang telah ditetapkan untuk group masing-masing
  • Habiskan semua stesen mengikut turutan
  • Siapa cepat, dia menang.
Kami cuba mencari game apa yang boleh kami sediakan. Yang penting, mestilah kami ada bahan-bahan tersebut, selamat dan murah.

Ketika kebuntuan lagi, saya teringat game yang pernah saya main dulu.

Cuma, dimana kami harus dapatkan garam??

Dan terima kasih pada kinah kerana sudi me'wakaf'kan kopi-kopinya ihikhik

2 botol 1.5 litre kopi siap!!

Diringkaskan cerita games untuk adik-adik tingkatan satu tamat. Sebelum berkumpul untuk sesi reflek dan bersurai, ada beberapa orang datang kepada kami. Sebetulnya, saya bertanya kepada sahabat, ada sesiapa yang sanggup habiskan air kopi tu?

Dan adik-adik itu datang menawarkan diri!

Terkejut betul saya bila mereka mengatakan kopi itu sedap, dan mereka habiskan sekelip mata~

Oh, adik-adikku...

Jadi, saya boleh faham kenapa mereka sangat cepat menghabiskan games ini gatai


Ibrah Dari Pengalaman

Disitu letaknya kemanisan bersahabat. Kenapa itu conclusion saya?

Saya terfikir, kenapa air kopi itu boleh jadi sedap? Padahal bukan sikit serbuk kopi yang kami bancuh. Pekatnya sehingga saya terfikir 2 kali, wajarkah stesen kopi ini diteruskan? Bimbang pula kalau ada yang 'diarrhea' gara-gara kopi kami.

Jangan tak tahu, kami sendiri tak sanggup mencuba sengihnampakgigi

Dan kenapa saya sudah tak sanggup teguk air garam itu untuk kali kedua, padahal saya tahu, akan ada yang perlu berkorban lebih?

Kerana hilang perasaan berukhuwah. Sungguh, saya sedang marah ketika itu. Saya juga belum mengikat ukhuwah yang benar ketika itu. Siapa mereka juga saya tak kenal. Dan saya betul-betul tak peduli siapa mereka.

Lain halnya dengan adik-adik saya. Seingat saya, games itu adalah antara aktiviti-aktiviti hari Sabtu kami yang terakhir. Dan bermakna, sudah banyak kali mereka bersama dan bermain. Boleh jadi, masing-masing sudah sangat kenal dengan masing-masing.

Kerana itu kopi jadi sedap. Masing-masing rela berkongsi bersama.

Atau mungkin berkat air tangan kami yang membancuh dengan penuh kasih sayang? kenyit

bergambar setelah lelah 'mencari harta karun'

Terima kasih pada sahabat-sahabat itu.
Kinah, Aimie, Ainul, Saleha, Zarin, Afifah, Aishah,Pana, Ammar
cium

5 orang saja. siapa tu??

Firstly

senyum

-senyumselalu-

Post ini adalah post khas dimana saya akan mengkompilasikan semua tag2 yang telah diamanahkan. Walaupun saya tahu mereka-mereka ini tidak kisah samada saya buat atau tidak, tapi beban hutang buat saya rasa tak selesa.

Mereka-mereka?

Cik Farah Najwa
Encik Dee
Cik Syira a.k.a. cambesje
Cik Shaza
Cik Nur
Cik Anis
Cik Norlina

Kepada anda yang membaca, teruskan membaca hingga ke akhir post ini. Saya telah membuat keputusan untuk mengedit sedikit tag-tag ini. Edit - buang soalan yang sama tanpa menambah soalan baru. Dan saya akan limitkan kekejaman saya kepada 5 orang.

Awas!
Mungkin anda adalah diantara 5 orang yang bertuah itu.



SATU

Copy gambar amal islam di atas
Kemudian pilih 10 orang dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama
Itu sahaja, senang dan mudah



DUA

Anda perlu printscreen wallpaper yang anda sedang guna sekarang
Bagitahu kenapa anda suka wallpaper tersebut
tag 10 orang


Saya tak reti nak printscreen sebagaimana yang diarahkan.
Ampun..

Jadi, itulah wallpaper saya sejak zaman berzaman. Macam yang anda lihat, itu gambar mawar merah. Saya ambil sebagai simbol seorang muslimah. Sekaligus mengingatkan saya, mawar merah yang berduri bukan sebarangan bunga.

Semekar mawar berduri
Indah diteliti
Awas dihampiri



TIGA

adakah anda rasa anda HOT?

Tidak, sekarang saya kesejukan


upload gambar kegemaran anda




kenapa anda suka gambar ini?

Ini gambar Fariz, adik kawan saya. Saya suka gambar ni sebab saya suka tengok orang dalam gambar ni. Comel kan?? Lagi pun saya tak ada adik lelaki. Jadi dengan tak malunya saya minta pada kawan saya untuk ambil dia sebagai adik saya.

Tapi dia kata, nanti dia tanya mak dia dulu
-sayakeciwa-


bilakah kali terakhir anda makan pizza?

Masa study week.
Bersama coursemate dan jiran-jiran.


lagu terakhir yang anda dengar

Lagu yang saya dengar sekarang adalah lagu dari band Jepun.
TOKIO.
Tajuk lagu, saya tak taw.


apa yang anda buat selain buat tag ini?

Dengar lagu.
Tadi saya nak print something,
tapi saya telah dikecewakan oleh printer



EMPAT

senaraikan 5 hadiah yang anda impikan

professionally, saya teringin:

>> Melancong ke tempat yang saya belum pergi
>> Buku-buku yang ditulis Ramlee Awang Murshid
>>Belikan saya cd Conan dan Kindaichi!!
>> ??
>> ??
[saya kosongkan dulu, belum mahu apa-apa]


alasan terhadap pilihan tersebut

>> Saya suka berjalan
>> Saya suka membaca, lagi-lagi karya RAM. Sebab apa? Thrill!!
>> Saya sedang mengumpul cd-cd Conan dan Kindaichi. Ok, macam budak-budak...
>> ??
>> ??


5 impresi kepada orang yang diminati

oh, kalaulah saya ada orang yang diminati xpasti

.....

[saya ambil masa yang lama untuk menjawab soalan ini, dan saya dapati saya tidak meminati sesiapa]


5 ciptaan yang paling disukai

>> Saya suka tengok manusia. Perfect!!
>> Bila buka tingkap, saya nampak langit. Cantiknya
>> Saya suka tengok air sungai mengalir. Tarian yang semulajadi
>> Saya suka tengok bulan. Malam menenangkan
>> Matahari? susah nak tengok, tapi saya suka lukis 'matahari Nobita'


5 perkara yang dibenci

>> Saya tak suka dipaksa
>> Saya tak suka bila Aqielah menangis. Bising. Bukan menangis, tapi melalak
>> Benci bila saya yang paling lambat
>> Saya benci saya yang tak pernah tahu cara nak bagi printer berjalan lancar
>> Benci bila sandal putus.
Untuk semester 2 sahaja, saya terpaksa membeli sandal sebanyak 3 kali



LIMA

apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

Saya takkan hidup tanpanya

-nyawa-
-islam-
-iman-


apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?

Hari rabu lepas, saya keluar dengan kak long, dan saya beli

-tudung 3 helai-
-jajan 2 bungkus-
-100 plus-
-kentang goreng beku-
-sosej beku-


dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?

oohh, hehhe..

Saya nak buat majlis kat rumah je.
Ada sentimental value.
Lagipun, jimat dan selamat


berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?

Dalam konteks hubungan dengan kawan, saya gagal nak pastikan selama mana.
Harapnya, selama-lamanya


adakah anda dilamun cinta?

Sekarang?
Tidak...

tapi saya sedang merasai perasaan cinta seorang Iqbal
[trilogi Syahadat Cinta, Musafir Cinta, Makrifat Cinta]


dimanakah restorans terakhir kamu makan malam?

Sebulan yang lepas,
dinner ngan family di Restoran Kapal, Kampung Baru


namakan buku terakhir kamu beli

Kisah Cinta Dalam Al-Quran by Tok Guru Nik Aziz
[saya belum buka sampul plastiknya lagi]


apakah nama penuh kamu?

Roqaiyah binti Harithuddin
[seperti yang tertulis dalam kad pengenalan]


kamu lebih senang dengan mak atau ayah?

Mak kot
Ayah kot

Entah, tengok pada keperluan.

Senang lagi dengan adik beradik


sebutkan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup

Kekasih agung
Sahabat sejati
Pencinta ummah

Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasssalam


sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu

Shidah Comot
Zukha Tarius

[lagi 6 orang, saya kosongkan. terlalu ramai, dan sayang saya pada semua adalah sama]


adakah kamu mencuci pakaian kamu sendiri?

Secara jujur saya mengaku, tidak

Sebab saya ada mesin basuh yang setia membasuh semua pakaian saya.


tempat yang paling seronok kamu mahu pergi

Banyak tempat saya nak pergi.
Tapi saya tak tahu tempat-tempat itu menyeronokkan atau tidak

Jadi, saya berpendapat tempat yang paling seronok dan saya nak pergi adalah
Rumah saya


pelukan atau ciuman?

Pelukan
peluk


butirkan 5 perkara orang yang tag kamu

Saya terima tag ni dari Cik Anis

-xclassmate form 4&5 SBPIK-
-skang ni belajar kat UPM-
-amek TESL-
-specky-
-comel-


8 perkara yang amat saya gilai

-buku-
-menulis-
-mengelamun-
-Conan & Kindaichi-
-horror movie-
-bercakap-
-tak tau-
-tak tau-


8 perkataan yang sering diucapkan

-ok-
-ye la-
-emm-
-ala-
-ya allah-
-ishh-
-adik!!!!-
-jap-


8 buah buku yang paling terbaru di baca

-Syahadat Cinta-
-Musafir Cinta-
-25 Persoalan Dalam Islam-
-Rindu Bau Pohon Tin-
-Travelog Seorang Da'ie-
-Syarah Hadits Arba'in-
-Reader's Digest-
-Majalah i-


8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali

>> Mirwana - Keampunan
>> EdCoustic - Muhasabah Cinta
>> EdCoustic - Berubah
>> EdCoustic - Menjadi Diriku
>> EdCoustic - Sejuta Arif
>> TOKIO -....
>> Brothers - Selamat Berjuang
>> Irsyadee - Azab Illahi


8 perkara yang saya pelajari tahun lalu

>> pendapat orang berbeza, hak masing-masing mengutarakan pendapat sendiri
>>bukan semua orang dapat menerima teguran
>> jangan selalu lambat, ada yang tak suka menunggu
>> cakap jangan sebarang, bimbang menyakitkan hati orang lain
>> kalau masak apa-apa sup pun kena letak sup bunjut
>> cek betul-betul, dah tutup suis iron ke belom?
>> sediakan payung sebelum hujan, kes bilik terkunci dan kunci ada dalam bilik
>> jimat-jimat guna duit



ENAM

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Qalam Zikr

Sebenarnya bagi sesiapa yang belum tahu, dulu saya menggunakan nama
Mujahadah Solehah
Tapi nampaknya entri-entri saya tak kena dengan namanya

dan saya pilih qalam zikr
yang maksudnya
Pena yang mengingatkan[ lebih kurangla..]

Untuk mengingatkan saya, anda, dan semua


Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

Macam anda lihat di atas,
http://ayaimaninside.blogspot.com


Saya tak fikir panjang untuk pilih nama link tersebut
Sebab saya belum tahu apa-apa tentang blog masa tu
Jadi, hanya pilih yang terlintas je
Asalkan tak sama dengan link lain, ok je la kan...


Apakah method penulisan dalam blog anda?

Kalau boleh saya ingin hasilkan entri-entri yang membina
Saya suka guna ayat penuh dan skema.
Jadi, penulisan saya tampak serius

Tapi, saya lebih suka entri saya hadir dalam bentuk cerita
Kesimpulannya, saya gunakan pendekatan cerita pendek [cerpen]


Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

Secara jujur, pernah juga
Sebab takut dengan komitmen
Takut tak tertulis
Tapi, saya ambil sebagai cabaran
-think positive-


Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?

Saya di tag oleh Cik Shaza dan Cik Syira

Cik Shaza
Entrinya selalu yang sangat abstrak
Dan bagi saya yang agak lembab, ini sedikit menyukarkan
Tapi saya salute dengan kelainan itu

Teruskan walau ada yang tidak faham
huhu

Cik Syira
Entri yang berkisar cerita hidupnya, rasa saya lah..

Dan saya suka baca


-mereka berdua adalah coursemate saya-



...habis...



Sekarang,
dengan menggunakan kuasa veto,
saya dengan ini mengumumkan 5 orang yang bertuah


Oh, sebelum itu, biar saya nyatakan kenapa saya pilih anda

>>saya suka baca blog anda<<
>>anda seperti kebosanan sejak kebelakangan ini<<
>>nak tahu lebih tentang anda<<
>>sengaja menunjukkan kekejaman pemurahnya saya<<

dan mereka yang bertuah itu adalah

Cik Fatin Aimie

Encik Bro Mie
Cik Deqda
Cik Adibunsaufa
Cik Mastura

nak buat yang mana?

buat semua, boleh?

haha

selamat ber'tag..

saya tahu saya kejam, tapi israel lagi kejam
kejam kah saya bila saya memberi peluang untuk anda reflek diri?

ye, saya baik...
siul

saya suke =)

try test...

bile sedih
sedih

bile marah
bising

bile suke
gelakguling





ape ape pon kite mesti

sengihnampakgigi

-smile-

hari untuk semua - hari guru

Entri ini sempena Hari Guru. Jadi, saya khaskan untuk mereka-mereka yang pernah mengajar saya semasa:
  • Tadika KEMAS [1995]
  • Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad – 1 Khadijah / 1 Abu Bakar [1996], 2 Umar [1997], 3 Uthman [1998]
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Isap – 4 Cemerlang [1999], 5 Bestari [2000], 6 Bestari [2001]
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang – 1 Ibnu Khaldun [2002], 2 Ibnu Rusyd [2003], 3 Ibnu Hazim [2004]
  • SBP Integrasi Kuantan – 4&5 Ibnu Sina [2005-2006]
  • Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan – H3P6 [2007/2008]
  • Semua tenaga pengajar di UKM KL, UKM Bangi, terutama tutor-tutor dan lecturer-lecturer program Sains Forensik

Saya tahu, menjadi seorang pengajar sangat susah, lagi-lagi bila berhadapan dengan murid nakal seperti saya yang :

  • Selalu senyap dalam kelas
  • Kadang-kadang tak buat kerja sekolah [tak siap, bukan tak buat langsung =P]
  • Borak masa cikgu mengajar
  • Conteng buku tulis
  • Tido dalam kelas [tersengguk-sengguk selalu, heh…]
  • Tak masuk kelas [upps, yang ni bukanlah dengan tanpa sebab]
  • Tak bawak buku [kes salah tengok jadual]
  • Dan lain-lain…

Walaupun balasan yang saya dapat itu kadang-kadang membuatkan saya rasa geram yang amat pada kalian [terlalu jujur ke??], tapi at last kalian jugalah yang saya cari untuk pohon ampun dan restu.

Dan tak lupa juga saya ucapkan Selamat Hari Guru buat ummi, sahabat-sahabat yang bakal bergelar guru, kawan-kawan yang sudi mengajar saya, dan mereka-mereka yang banyak beri sikit input bermakna untuk saya.

Tak lupa buat sahabat blogger yang bergelar pengajar. Setakat yang saya dapat detect: bro Mie dan kak Nur

Arigato gozaimasu =)

GRADUASI SPM 2006



Out of topic:

Sejak saya membaca blog kak Nur, saya selalu terkenang pengalaman ketika saya bergelar seorang guru. Guru ganti pastinya. Jadi, saya akan manfaatkan pengalaman itu di sini, dan akan menulis mengikut kacamata dan hati saya. Harapnya, bakal menjadi panduan buat jiwa-jiwa yang mendidik. Walaupun saya bukanlah seorang yang layak memberi input tentang etika pengajaran, saya mohon agar entri yang ditulis masih terkandung ilmu dan ilham buat guru-guru di luar sana =)

gembira ke?

Ya, saya gembira semasa menulis entri ini. Kenapa?

Entah.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas.

Saya baru sahaja usai membelek-belek 'Reader's Digest' keluaran Ogos 2005.

Ooh, dah basi agaknya sekalian artikel. Tapi saya masih suka untuk baca selalu =)

Dan saya ada terbaca satu ruangan. 'Know Yourself'

Saya pasti ramai yang sukakan kuiz 'sempoi' macam ni. Jadi, saya suggest anda baca dan jawab statement-statement berikut. Oh ya, jangan lupa sertakan pen dan kertas kalau anda ragu-ragu dengan kekuatan ingatan anda.

Artikel ini saya convert kepada malay.

bahasa jiwa bangsa~

@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@

Sejauh Mana Anda Rasa Gembira???



Saya boleh fokus sehingga saya lupa masa-masa yang berlalu
  • setuju : A
  • tak setuju : B
Saya ada banyak perkara yang, sekiranya diketahui orang lain, mereka akan kurang menyukai saya
  • setuju : B
  • tak setuju : A
Kalau ada orang tak suka saya, itu disebabkan oleh masalah mereka sendiri
  • setuju : A
  • tak setuju : B
Saya ada rahsia di masa silam yang saya simpan sendiri dan tak kan berkongsi dengan orang lain
  • setuju : B
  • tak setuju : A
Sekiranya saya ada masa yang lebih, saya akan mengulang semua yang telah saya lakukan dengan cara yang sama.
  • setuju : A
  • tak setuju : B
Ada banyak cara untuk saya 'improve as a person'
  • setuju : B
  • tak setuju : A
Ibubapa saya rasa mereka bertuah mempunya anak seperti saya
  • setuju : A
  • tak setuju : B
Hidup saya lebih baik pada masa dulu berbanding sekarang
  • setuju : B
  • tak setuju : A
Saya dilahirkan dengan bakat yang pelbagai yang mana kurang dimiliki oleh orang lain
  • setuju : A
  • tak setuju : B
Saya lebih banyak kecewa dengan diri sendiri berbanding dengan orang disekitar.
  • setuju : B
  • tak setuju : A
abes~

Result?

Anda kira berapa banyak 'A' yang anda perolehi, dan tinggalkan jawapan anda. Saya dengan berbesar hati akan reply jawapan anda untuk memberitahu tahap kegembiraan anda.

Deal?
Yeah...

****************

Oh ye, masih ingat saya mahu mencari cinta? Saya sudah mulakan kajian itu. Buku pertama adalah novel trilogi yang pertama, 'Syahadat Cinta'.Banyak rupanya pencabulan filem itu ke atas karya asal. Usai baca nanti, saya mungkin akan berkongsi apa yang 'kureng' itu, Insya Allah.

p/s : Minta tolong semua, bagaimana cara mengubat mata yang bengkak? Mata kiri saya masih tertutup walaupun sudah berjaga dari tidur TT

currently reading...

Mula-mula sekali

Sedikit petikan dari Yop Saif (anak Ustaz Hasrizal)…’tak baik cakap aku’.

hihi... Bukanlah nak prejudis dengan perkataan ini, sedangkan ini juga adalah kata-kata dalam seharian kita. Tetapi memandangkan usia dah makin jauh memanjat tangga, lebih elok untuk ditukar kepada yang lebih formal.

Kata ganti yang paling sesuai apalagi kalau bukan,

saya.

Dah lama saya fikirkan hal ini, walaupun hanya kecil isunya, tapi bagi saya agak besar. Supaya saya lebih suka untuk baca semula apa yang saya dah tulis, dan supaya saya tidak malu membaca kembali entri-entri ini apabila sudah bergelar 'ibu' atau 'nenek orang' nanti.

wallahu'alam

Jadi, merujuk kepada tajuk di atas, saya berkenan untuk share dengan sesiapa yang sudi singgah di sini dengan apa yang saya baca sekarang ni. Bagi sesiapa yang pernah scroll down page ini, mereka-mereka ini akan mendapati ada satu gambar buku yang saya sedang baca.

Buku itu tajuknya Syarah Hadits Arbain dari IBnu Daqiiqil 'Ied

Dalam buku ini terkandung 42 hadits berserta keterangan. Dan secara jujur, saya masih belum khatam sepenuhnya buku ini, walaupun nampak nipis.

Banyak halangannya

ops, saya tukar kepada cubaan.

Untuk membaca buku ini, saya perlukan ketenteraman. Itu adalah satu kondisi yang sangat susah untuk saya dapatkan. Kalau di kolej dulu mungkin ya, tapi tiba di rumah, banyak lagi perkara yang sibuk ingin menjadi prioriti.

Jadi, apalah yang saya dapat kalau saya masih teruskan tetapi tidak jelas dan tidak faham apa yang ingin disyarahkan.

Tapi, apa yang best, hadits yang terkumpul sangat hebat. Maksud saya setiap kandungan dan penjelasan adalah mencukupi dan merangkumi kehidupan sehari-harian. Kalau selama ini saya hanya mendengar hadits-hadits ini dari ustaz ustazah, akak naqibah, pembelajaran dalam kelas [sekolah menengah] dan lain-lain, tapi kini saya sudah ada satu sumber rujukan yang tersusun.

Ibaratnya seperti ini:

Kita berjalan di dalam hutan. Kita mampu mengutip daun-daun yang berserakan, tapi tidak tahu entah dari mana asal daun itu. Dari pokok itu kah, pokok ini kah? Tapi kalau kita mengutip daun yang ada pada ranting, kita akan tahu daun itu asalnya dari situ, itu dahannya, pohonnya dan akarnya.

Lebih seronok lagi, saya tahu apa yang saya sampaikan ini bukan lah taqlid semata-mata.

Saya tertarik untuk berkongsi satu hadits. Saya pasti ramai yang pernah membaca, atau sangat fasih dengan hadits ini. Tapi tak salah kan untuk baca dan faham sekali lagi?

Bagi yang belum pernah baca, nah! Ini peluang anda. Tak rugi rasanya menimba ilmu yang sedikit ini, apalagi ilmu yang didatangkan khas dari Baginda, Rasulullah saw.




Dari Wabishah bin Ma'bad r.a, ia berkata : Aku mendatangi Rasulullah saw lalu Baginda tiba-tiba bersabda: 'Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?' Aku menjawab: 'Benar'. Beliau bersabda: 'Mintalah fatwa kepada hatimu, kebaikan adalah apa-apa yang jiwamu tenang dengannya dan hatimu tenang dengannya, sedangkan dosa adalah apa-apa yang meragukan jiwamu dan bimbang di dadamu, sekalipun orang-orang memberikan fatwa untukmu dan menasihatimu.'

Hadits ini sangat direct dan mudah difahami. Saya mula berkenalan dengan hadits ini apabila terjerumus dalam satu masalah hati, dan seseorang yang menasihati saya ketika itu minta saya refer pada fatwa hati.

Saya jahil pada masa itu.

Dan dia tunjukkan saya ayat ini.

Dan sehingga kini saya masih berpegang dengan fatwa ini.

Apa yang kita baca menjadi lebih menarik apabila kita mengamalkannya. Betullah 'ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah'.

Mana mahu merasakan manisnya buah kalau pohonnya tidak menghasilkan buah.

Jom kita sama-sama baca dan hayati, moga manfaat yang hadir itu bertimbun, bak buah yang masak ranum, indah di mata, manis terasa.

=)

mari baca ini~

-bertemukembali-

Dah agak lama blog ini sunyi. Aku sekadar menjadi silent reader di blog sendiri. Mahu update, idea seakan merajuk.

rajuk la labu~

Mungkin merajuk dengan aku. Setiap kali buka laptop, hajatnya mahu mencoret sesuatu. Tapi, gara-gara mengutamakan yang lebih utama [ye ke??], aku singgah dulu di blog mereka. Dan idea itu hilang begitu sahaja~

Okey, tak nak cakap banyak.

Aku sedikit ter'influence' dengan satu cerita yang aku pernah baca. Actually, cerita ini aku baca semasa alam sekolah rendah [darjah 5/6 mungkin~]. Cerita yang berbentuk komik. Bagi siapa-siapa yang masih ingat, buku itu tajuknya siri pengembaraan...

aisey, tak ingat...

Aku cerita dulu. Siapa-siapa ingat, boleh bagitahu ye. Terima kasih~

psst...
aku guna ayat pasar malam ye =)


Komik tu pasal 2 orang sahabat. Seorang alim [mantap dalam hal agama] dan seorang lagi hanyalah seorang pemuda yang dibebaskan dari hukuman mencuri, dan diberi ehsan untuk ikut pengembaraan sang alim tadi.

Sepanjang perjalanan, banyaklah kisah yang sang alim tadi tu cerita pada pemuda tu. Salah satunya berkaitan dengan aqidah.

Cerita sang alim tersebut:

Ada satu tempat. Penduduknya hidup aman harmoni dalam sebuah negara Islam. Setiap hari, penduduk akan diberi peringatan dan pengajaran tentang Islam oleh ulama-ulama di tempat tersebut. Tetapi, lama kelamaan keharmonian mereka terganggu gugat dengan kedatangan seorang lelaki yang berkefahaman atheis. Di setiap ceramah. lelaki tadi akan hadir dan menyanggah setiap kata-kata ulama yang berucap.

Keadaan ini berlarutan hingga menyebabkan penduduk terkeliru dan mula mempercayai fahaman lelaki tadi yang kononnya logik dan masuk akal. Pihak pentadbiran negara mula bimbang. Ulama-ulama juga sudah takut untuk memberi ceramah-ceramah.

Di negara tersebut terdapat seorang lelaki tua alim yang berpengaruh. Sepanjang kontroversi yang diadakan oleh lelaki atheis tadi, lelaki tua itu hanya diam, tidak bertindak selagi tidak diberi arahan. Sehinggalah pihak pentadbiran meminta lelaki tadi berdialog dengan lelaki atheis itu.

Pada hari yang dijanjikan, lelaki atheis sudah sampai terlebih dahulu. Kawasan perdebatan semakin ramai dengan manusia. Ramai yang mahu melihat perdebatan yang bakal hebat ini.

Matahari makin lama makin tinggi. Kelibat lelaki tua tadi tidak kelihatan lagi. Anak-anak murid lelaki tua itu sudah bimbang. Adakah lelaki tua itu sudah berputus asa dan gentar untuk berhujah? Pada masa yang sama, sang atheis semakin bongkak dan mewar-warkan kedayusan lelaki tua itu, takut untuk berhadapan dengannya kerana tahu dia bakal kalah.

Ketika majlis bakal bersurai, akibat terlalu lama menunggu, tiba-tiba muncul sosok lelaki tua itu. Terbongkok-bongkok memegang tongkat. Lalu dengan angkuh, lelaki atheis bertanya:

'Hai orang tua, atas alasan apa kamu lewat menghadiri majlis ini? Adakah kamu takut hujah-hujah kamu bakal di sangkal?'

Lelaki tua menjawab:

'Wahai pemuda dan sekalian penduduk. Aku tiada niat untuk membuat kalian ternanti-nanti, apalagi tidak menepati janji itu adalah satu perkara yang sangat di benci Allah dan RasulNya. Sekiranya diizinkan, aku ingin menceritakan apakah yang menyebabkan aku terlewat.'

Lelaki atheis bersetuju. Masing-masing bersedia mendengar cerita lelaki tua itu.

Cerita lelaki tua itu:

'Aku tinggal jauh dari sini. Untuk ke mari, aku perlu menyeberangi sungai. Lalu, pagi-pagi lagi aku sudah keluar ntuk menanti perahu. Lama aku menanti, namun aku tidak melihat satu pun perahu yang belayar. Ketika aku sedang berkeluh kesah kerana tidak dapat datang pada waktu yang dijanjikan, berlaku sesuatu yang ajaib.

Tiba-tiba sahaja, pohon tamar tempat aku bersandar bergegar. Gegarannya sangat kuat sehingga batang pohon tersebut tercabut dari tanah dan menampakkan akar-akarnya yang berselirat. Lebih memeranjatkan, pohon itu terbelah dengan sendiri. Membentuk badan perahu, siap dengan ukiran yang cantik. Dan ada juga pendayung yang bagus ukirannya.

Dan dengan perahu itulah aku berhasil sampai ke sini.'

Suasana senyap seketika, tetapi kemudian riuh dengan gelak ketawa manusia. Lelaki atheis tadi tertawa terbahak-terbahak, memperlekehkan cerita lelaki tua yang alim itu.

'Cerita apa yang kau kisah kan ini wahai lelaki tua? Apa kamu ingin memperbodoh-bodohkan kami? Mana mungkin ada satu perkara yang terjadi sendiri tanpa ada yang menciptanya. hahaha...'

Lelaki tua itu tersenyum dan bertanya sebelum berlalu,

'Mengapa kamu ketawakan diri sendiri?'



abes...

Dulu aku tak faham apa yang mahu disampaikan dalam cerita ini. Tapi, setelah baca dua tiga kali, baru aku nampak mesejnya.

Menarikkan...

Share ur opinion =)


gambar saje2
abang ngah yang lukis...

terakhir untuk kali ini...

Salam semua...

Firstly aku mohon maaf kepada semua, bimbang terlanjur kata, bikin ada hati yang merana dan terasa.

Lagi kemaafan kerana tidak dapat menyedi
akan entri yang membina. Aku cuba untuk mencari idea-idea bernas, tapi agaknya ter'block' dengan exam yang sedikit menggugah. Tambah lagi dengan refreshment diri yang sangatlah kurang. Jadi, hanya kehidupan seputar sahaja yang mampu aku coretkan di sini. Juga adalah salah satu faktor kenapa jarang sekali untuk ku mampir menulis.

Maaf juga buat sahabat-sahabat yang 'sudi' men'tagged' aku. Aku akan simpan semua tagged itu dan masukkan dalam satu entri khas, insya Allah.

Dan kepada yang menganugerahkan award padaku, masya Allah, rasanya hilang sudah kata-kata yang ingin diucap sebagai tanda terima kasih yang amat. Hanya Dia yang agung mampu membalas kebaikan kalian. Amin

Sedikit update tentang aku dan sekitar:
  • Esok adalah paper terakhir-Pengurusan Emosi. Moga dapat dijawab dengan jayanya, amin...
  • Pulang ke rumah 09 hb nanti, jadi aku declare ini adalah post aku yang terakhir di bumi KTSN
  • Aku teringin berkongsi suka duka hidup di sini, tambah pula tiada lagi hari-hari ku di sini melainkan untuk 3 hari yang masih berbaki.
  • Tapi memandangkan kesibukan itu sentiasa mengintai, nampaknya tiada post untuk slot itu. Lagi pun, sahabat seangkatan nampaknya sudah ramai yang telah sediakan entri yang berkaitan. Jadi, aku link kan saja entri tersebut : cambesje-sudah setahun rupanya


Sedikit untaian buat jiran-jiranku


*Aku sayang kamu semua- Mas, Awin, Aimi

*Maaf jika akhir-akhir ini aku kerap menyepi
*Maaf lagi andai ada yang belum langsai - berkenaan hati atau apa2

*Aku kenal kalian kerana ukhuwah, aku harap ukhuwah ini yang mengikat kita
*Jangan lupakan aku, aku tahu kata-kata ini tidak berhak untuk kalian, hak masing-masing siapa yang mahu diingati dan dilupai], sekadar harapan agar masih berserpih ingatan bahawa aku pernah menjadi teman kalian

Akhir kata,
kamu sahabat, kamu teman, kamu segalanya. Salah ku adalah silap ku, mohon di maafkan. Tiada kata lagi yang mampu aku zahir melainkan


uhibbukum fillah
Aku Cintakan Kalian Kerana Allah

...mas...

...awin...

...aimi...

kanak kanak DQ~

Kisah hari Sabtu lepas [2 Mei 09]

Bukan sebarang Sabtu, tapi Sabtu yang bermakna untuk mereka, kanak2 DQ~

DQ, atau penuhnya Darul Quran, adalah satu tempat yang aku paling ingin untuk pergi. Aku mula mengenali DQ semasa di TAHAP, terkesan dengan cerita2 senior yang berkesempatan belajar di sana, tentang suasana, pemandangan, biah solehah...

Seronoknya

Sehingga kanak2 DQ ini telah merealisasikan impian ku. Aku pulang juga untuk hantar mereka ke DQ pada hari Sabtu itu walaupun hari Isninnya aku akan menempuhi exam Genetik.

Berkorban apa saja~

Tertarik dengan program pendaftarannya, buat aku ingin berkongsi kelainan dengan anda.

------------------

Kami bertolak dari Rawang sekitar jam 0930. Rawang ke KKB tak jauh. Kurang sejam sudah sampai. Kanak2 DQ di hadapan bersama wan [nenek], kak long dan aku di belakang. Aqielah menyempit sahaja di mana ada ruang kosong. Di rumah, abang ngah dan kak chik ditinggalkan [bukan sebab tak muat]. Yang memandu, abah, dan ummi di sebelah.

kanak2 DQ di depan~

Setibanya di DQ, aku lihat hijau~

Walaupun terik mentari pagi agak memeritkan kulit muka, tapi mata tetap sejuk melihat 'jubah dan tudung labuh' di mana2. Cantiknya Islam~

Kami disambut oleh senior mereka. 2 orang, berjubah dan bertudung labuh. oh ye, di DQ sememangnya tiada fenomena berbaju kurung. Jadi aku juga memilih jubah untuk ke sana [huhu~] Lalu gambar kami sekeluarga di snap. Untuk pembikinan cd, kata mereka. oklah...

Bergerak ke dewan, sesi taklimat dan perasmian bakal dijalankan sebentar lagi. Nampaknya, pendaftaran mereka ditangguhkan selepas taklimat. Dan aku berjumpa seorang sahabat TAHAP, Aisyah Ibrahim.

Masuk ke dewan, pelajar diasingkan dengan ibubapa. Yang perempuan, berjubah biru tua dan bertudung labuh putih. Manakala lelaki, berbaju melayu putih dan berseluar slack hitam, tak lupa kopiah di kepala.

Sesi taklimat dimulakan dengan alunan ayat suci Al Quran mengikut bacaan Imam Warsh [kalau tak silap la]. Alunan surah Toha...

Teringat pula sesi pendaftaran tingkatan 1 di TAHAP. Kami juga di alunkan dengan bacaan qiraat oleh saudara arwah Farham. Belajar qiraat as-sab'ah, unik dan seronok :)

Seterusnya alunan nasyid dan taklimat. Satu yang menarik, pengacara majlis mengumumkan sesi penyerahan pelajar kepada pengetua DQ. Awalnya aku tertanya2, bagaimana sesi penyerahan ini berlangsung? Belum pernah ditemui di mana2 institusi...

Begitu rupanya, ibubapa membawa naik anak mereka ke pentas, berjabat dengan pengetua dan minta di didik anaknya itu. Barulah terzahir keikhlasan dan kesungguhan ibubapa dan pihak pentadbiran untuk melahirkan para huffaz.


Seterusnya sesi pendaftaran dan bergerak ke kolej penginapan masing2. Sebelum dapat menjenguk ke kamar kanak2 DQ, mereka perlu selesaikan beberapa borang.

isi borang

Dan sesi mengangkut barang. Ada 2 orang senior membantu.


angkut barang

Dan aku membantu membawa barang paling penting


Atau kanak2 DQ tidak tidur malam tanpanya... uhuhu~

Dan tiba ke kamar mereka

A209

B203

Sekarang sesi makan. Kanak2 DQ melangkah ke dewan makan.



Sempat lagi bertaaruf dengan senior mereka.



Melangkah ke masjid DQ. lihat pemandangan sekeliling. nyaman, kan?


Dan, lambaian terakhir kanak2 DQ.


---------------

Melihat kesungguhan mereka, buat aku terasa malu mengimbas kisah lalu. Ada juga ak
u ajukan pada kaklong,

'agak2 awak la, kalau kakde masuk DQ dulu, sekarang ni, ape yang kakde tengah buat ye?'

dan kaklong jawab,


'jangan berkalau2, masa dah lepas...'

Ya, aku punya harapan untuk ke sana. Tapi gara2 tidak mendapat borang semasa di sekolah, aku putus asa. Keinginan itu kuat, sehingga aku menelefon abah, ummi dan kak long untuk mendapatkan kepastian.

Dan mereka jawab, terserah pada ku. Aku yang berhak untuk memilih. Hingga aku pohon doa,


'kalau aku mulakan langkah pertama ini, mudahkanlah aku dan permudahkanlah hingga ke akhirnya, atau Kau susahkan di awalnya, agar aku tidak susah diakhirnya.'

Dan ketika keyakinan itu mantap, aku dikhabarkan borang terakhir baru sahaja di ambil mereka yang lain. Kekecewaan itu aku sambut dengan tangisan. Seperti sebahagian impian sudah hilang. Aku maklum dengan doaku. Aku tahu itu bukan jalanku. Aku tahu itu bukan rezekiku.

Dan untuk menoleh ke arah itu tidak sekali2, walaupun masih ada cara lain. Abah katakan, boleh saja untuk abah dapatkan borang itu. Itu pun, kalau aku benar berkehendakkannya. Tapi aku geleng, hati sudah tawar.


Padahal aku rindu untuk ke sana...



Salam mujahadah buat kanak2 DQ.
Jadi insan kamilah
Jadi kebanggaan keluarga
Jadi tonggak agama

kanak2 DQ : kak teh dan achik [mak sedara bongsu]