''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

nak Masin ke Pahit???

Entri kali ini tak agak berat. [adekah entri saye selama ini berat??]
Tambah dengan malasnya saya untuk berfikir dan kurangnya input-input ilmiah yang dikumpul. Lalu hanya sekadar ini yang mampu dihidangkan
xpasti

2002

Saya sudah 13 tahun, seangkatan dengan batch 1989. Lebih tepat lagi, saya sudah memasuki tingkatan 1 di TAHAP. Semasa di TAHAP, banyak aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk 'freshies'. Dan cerita air garam saya dengar di sini.

Begini, bagi pelajar tingkatan 1 dan 2, ada satu aktiviti khusus untuk kami, iaitu Karnival Usrah, di mana para fasilitatornya terdiri daripada senior tingkatan 3.

Aktiviti yang menarik, tetapi saya tidak tertarik. Kenapa? Malas pastinya. Aktiviti itu mengambil waktu cuti kami, iaitu hari Sabtu, dan dibuat pada waktu pagi yang panas. Sungguh, saya sangat malas pada masa itu.

Tapi, ada satu acara yang menarik perhatian saya.

Kami telah dibahagi-bahagikan kumpulan. Lebih kurang 10 orang satu kumpulan. Untuk acara ini, kami diberikan segelas air yang berwarna jernih untuk setiap kumpulan dalam cawan polisterine.

Syarat permainan?
  • Pemenang dikira berdasarkan kepantasan air dalam gelas dihabiskan
  • Semua ahli kumpulan kena minum
Itu saja. Bagi kami itu senang. Ya, minum air saja.

Dan rupa-rupanya air itu sangat masin! hah

Saya yang berada dikedudukan kedua akhir bimbang,

'janganlah air tu banyak lagi bila sampai kat aku'

Dan entah apa dosa saya pada hari itu, doa saya tidak dimakbulkan. Saya tak sanggup lagi untuk tegukan kedua.

Mujur akak dibelakang saya [senior form 2], sudi menghabiskan air 'laut' tersebut..

Terima kasih Kak Najihah...


2006

Kini saya sudah di tingkatan 5, di SBPIK.

Setiap Sabtu, kami [naqibah form 5] akan membawa adik-adik form 1 bermain-main. Mengisi waktu usrah di waktu pagi, menggantikan teori di surau dengan praktikal di Dataran Integrasi.

Sehinggalah kami hampir kebuntuan idea, apalagi yang boleh kami lakukan untuk adik-adik ini.

Lalu, terfikirlah kami untuk mengadakan games. Lebih kepada game berhalangan.

Syarat permainan:
  • Setiap group ada 5 atau 6 orang
  • Perlu ke stesen yang telah ditetapkan untuk group masing-masing
  • Habiskan semua stesen mengikut turutan
  • Siapa cepat, dia menang.
Kami cuba mencari game apa yang boleh kami sediakan. Yang penting, mestilah kami ada bahan-bahan tersebut, selamat dan murah.

Ketika kebuntuan lagi, saya teringat game yang pernah saya main dulu.

Cuma, dimana kami harus dapatkan garam??

Dan terima kasih pada kinah kerana sudi me'wakaf'kan kopi-kopinya ihikhik

2 botol 1.5 litre kopi siap!!

Diringkaskan cerita games untuk adik-adik tingkatan satu tamat. Sebelum berkumpul untuk sesi reflek dan bersurai, ada beberapa orang datang kepada kami. Sebetulnya, saya bertanya kepada sahabat, ada sesiapa yang sanggup habiskan air kopi tu?

Dan adik-adik itu datang menawarkan diri!

Terkejut betul saya bila mereka mengatakan kopi itu sedap, dan mereka habiskan sekelip mata~

Oh, adik-adikku...

Jadi, saya boleh faham kenapa mereka sangat cepat menghabiskan games ini gatai


Ibrah Dari Pengalaman

Disitu letaknya kemanisan bersahabat. Kenapa itu conclusion saya?

Saya terfikir, kenapa air kopi itu boleh jadi sedap? Padahal bukan sikit serbuk kopi yang kami bancuh. Pekatnya sehingga saya terfikir 2 kali, wajarkah stesen kopi ini diteruskan? Bimbang pula kalau ada yang 'diarrhea' gara-gara kopi kami.

Jangan tak tahu, kami sendiri tak sanggup mencuba sengihnampakgigi

Dan kenapa saya sudah tak sanggup teguk air garam itu untuk kali kedua, padahal saya tahu, akan ada yang perlu berkorban lebih?

Kerana hilang perasaan berukhuwah. Sungguh, saya sedang marah ketika itu. Saya juga belum mengikat ukhuwah yang benar ketika itu. Siapa mereka juga saya tak kenal. Dan saya betul-betul tak peduli siapa mereka.

Lain halnya dengan adik-adik saya. Seingat saya, games itu adalah antara aktiviti-aktiviti hari Sabtu kami yang terakhir. Dan bermakna, sudah banyak kali mereka bersama dan bermain. Boleh jadi, masing-masing sudah sangat kenal dengan masing-masing.

Kerana itu kopi jadi sedap. Masing-masing rela berkongsi bersama.

Atau mungkin berkat air tangan kami yang membancuh dengan penuh kasih sayang? kenyit

bergambar setelah lelah 'mencari harta karun'

Terima kasih pada sahabat-sahabat itu.
Kinah, Aimie, Ainul, Saleha, Zarin, Afifah, Aishah,Pana, Ammar
cium

8 sebok mengomen:

joegrimjow at: May 21, 2009 at 7:14 AM said...

berkongsi amalan muliaa

Eazy Izzuddin at: May 21, 2009 at 7:38 AM said...

ni masam ni
=D

fatin aimie at: May 21, 2009 at 6:21 PM said...

waaaa...
rindunyeeee
ingat x ad adik grup pana smpai pth kaki?
sian dy
sy pn mnyesal gak
tp y pnting pngajarn 2
ad jgak adik y mnangis2
haish..
sronoknye zman itu..

aya harith at: May 21, 2009 at 8:15 PM said...

en joe, insya allah

en eazy, pe yg masam..huhu~

oh fatin aimie, hampir2 lupe yg patahkaki tu..

huhu, dasat tol kite ni..

rindu, rindu gak, camne la diorg skang kan..

tp, kan sy rse cm kurang sorang la. ada lagi satu name yg sy lupa sgt nak tulis. kite sume 10 org kan? sape ek??

fatin aimie at: May 22, 2009 at 10:32 AM said...

aya ni
lupe lak kat
cik ammar syahidah abdullah zawawi
hehehe~

aya harith at: May 23, 2009 at 5:34 AM said...

a ah la..

adoi, cmne ley lupe ni..

toink..toink..

shauqah89' at: June 5, 2009 at 2:15 AM said...

salam kak de....
siyez...sy dh hmpr lupa tntg nie
mmg seronok coz terasa smkn syg kat adik usrah sy.
tp, sorang adik usrah sy yg mmg takkan sy lupakn tntg kisah perjalanan hidup dia yg sgt mencabar...
pepun....rindu sangat shbt spt kalian

aya harith at: June 7, 2009 at 2:36 AM said...

btol kinah, da kuar ni baru la nak syg kat adik2 tu,saye la cmtu
huhu

nway, mayb bole share citer adik usrah kinh tu kot..
*wink*

sy baru perasan tajuk sy salah rupe nye

actly its masin, bkn masam

hehe