''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

duhai hati~

duhai hati
tetaplah kamu atas dasarmu
suburlah kamu dengan janji-janji nyata
jangan mudah tersungkur
jangan mudah menyerah
jangan mudah mengalah

mungkin bukan ketika ini
mungkin bukan saat ini
mungkin juga bukan hari ini

tapi mungkin esok
mungkin lusa
atau mungkin pada waktu yang tidak kau ketahui

natijahnya
kau hanya diberi sedikit ujian cuma
tak terbanding dengan keringat manusia terdahulu

dan kini apakah kau sudah letih?

apakah kau sudah futhur?

lupakah kau janji yang terpateri dahulu?

duhai hati
jalan itu masih sangat panjang
yang terluka masih boleh diubati
dibaluti
dan bisa menyembuh seperti asalnya
bedanya
ada sedikit gurisan yang meninggal bekas
supaya kamu lebih tegar
untuk terus tetap atas jalan ini

duhai hati
mengertilah kamu
tiada yang perlu diharap melainkan redhaNya
maka berserahlah kamu kepadaNya
cubalah sehabis mampu
maka kau akan dikasihiNya

duhai hati
usah terus menangis kerana kau gagal kali ini
usah terus bersedih andai kau disakiti kali ini

bangkitlah hati
bangkitlah jiwa
beserta bangkitnya iman
moga inilah perintis baru
yang mampu mendokong kau untuk terus mengejar
cinta yang Satu...


*ditujukan khas buat sahabat - sahabat tersayang yang mungkin ada sendu yang bertandang dikala ini

la tahzan, innallahama'ana~jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita...

sekadar contengan~~

hurm...

aku pandang sebelah kanan, ade dinding dan softboard. Atas softboard tu, ade jam dinding kaler blue yang aku beli sem lepas kat maidin dengan harga RM' tak ingat', huhu, yang pasti murah la..

it's 3.36 am already

ape yang aku buat ni? nape tak tido2 lagi?



mengimbas perjalanan hari semalam, 19 februari 2009



bukan satu tarikh yang penting pon,
sebab x penting la aku ingin menjadikan hari itu lebih bermakna~

malam semalam, bermulanya hari Khamis, 19 feb 2009, aku masih tetap di atas katil, memegang sebuah buku gemuk bernama 'marieb' dan nota2 kuliah fisioanatomy. wah, rajinnye...

sebenarnye pukol 11 pagi nanti ade exam..huhu~

penat membace, penat mengomel sorang2, dan penat mengingat facts, sekilas ku jeling ke laptop..

'emm, masih ramai yang online. mungkin serupe macam aku, membaca dan membaca..'
'nak kaco ke??'
'tak payah lah'

aku buka page friendster. owh, hari ni birthday ain

'selamat hari jadi ain, aku sayang ko'

tumpuan ku masih di sekitar chapter 'cardiovascular system-the heart'. masih banyak yang perlu di belek..aish...mule rase menyesal tak bace awal2, TT

menginjak ke jam 1 pagi, mas datang ke bilik. bersamanya toto, selimut dan bantal. untuk apa lagi kalau bukan untuk tidur di bilik aku. ingin stay up katanya. esok ade exam biochemistry...

'goodluck, mas'

lalu ku teruskan pembacaan ku. tamat chapter tersebut, aku beralih kepada 'cardiovascular system-blood vessels'.

'sabar aya, ko boleh buat nye...'

nak tak nak, terpaksa juga aku pujuk diri sendiri.

penat berada dalam posisi duduk, aku mula meniarap. aisshh, tanda2 awal la ni, hehehe...
lalu aku bingkas bangun semula, terus mencapai tuala muka dan ke toilet.

cuci muka
ambil wuduk

alhamdulillah, mate kembali membulat...

masuk semula ke bilik, ku lihat mas dah 'syahid'...

'ait, kate nak stay up?'
'tak pe la, esok die exam pagi'
'hope aku tak tergoda untuk turut serta'
'hehehe'

setelah menepek ape yang patot kat muke, aku kembali ke katil. termenung sekejap. ambik mood la katakan~

once mood dah datang, tak tunggu lama, aku terus capai pensil, buku gemuk dan lecture note. mula berimaginasi tentang blood vessel...

tamat sudah...

tiba2 semangatku menaik rapidly. mana tak nye, hanya tinggal satu chapter lagi yang perlu di cover. 'lymphatic system'.

'sempat ke ni?'
'dah pukul 3 lebih'

terpaksa aku sempatkan juga. untuk chapter ni, tiada hard copy untok lecture notes, so, terpaksa la aku buat lecture note aku sendiri. berbekalkan kertas kajang dan powerpoint presentation hari tu, ku gagahkan juga untuk menulis.

tangan ku capai bekas alat tulis.

ambil pen purple
ambil pen hijau
pen hitam sekali
eh, jangan lupe pensil...


pen kesayangan~


hmm... ada part yang aku tak faham. macam mane ni? siapa yang boleh terangkan kat aku?

ha..nasib baik karl online. tapi kalo die da tdo, camne?
x pe, buzz dulu...

alhamdulillah, ada pon geng aku untuk stay up malam ni...
terima kasih, karl
aku dah faham =)

uish, mate da makin pedih. di YM, aku masih bersembang dengan karl.

'x nak tdo ke mamat ni??'

jam dah menghampiri pukul 53o. notes aku pon da hampir siap. cume tinggal untuk revise semula.

'x pe, tu aku tinggal untuk esok'
'yang penting sekarang, aku btol2 kene tdo'
'atau aku akan tdo mase jawab exam esok'
'huhu, sadis..sadis~'


light-off


jam 615, azan berkumandang di KTSN. ah, rase macam baru tidur satu saat yang lalu. tak tunggu lame, terus aku capai towel dan mandi,dengan harapan 'lepas mandi da tak ngantuk...'

mas pon dah bangkit, lipat2 toto dan selimut, angkut bawak pulang ke biliknya.

siap mandi, solat subuh, wirid sekejap...tanpa disedari, mata aku terpejam tatkala berwirid...tak boleh jadi ni.. cepat2 aku berdoa dan selesai...

'mungkin boleh tido sekejap kot'
'nanti mintak mas kejutkan mase die nak pegi exam'

dan aku pon,

zzzzzzzzzz...

'Aya!!'
'aku nak pergi da ni'
'ko da bangun blom?'

dalam mamai2 aku mengiyakan. nanti lambat pulak mas pegi exam semata2 kejut aku yang susah nak bangun~

mas da pergi, aku ape lagi...

'1o minit ag la'

akhirnya aku tersedar pukul 9.

'adeish, sempat ke nak revise empat2 chapter ni?'

aku sempat kan jugak. bace dan bace. nasib baik perasaan mengantuk da hilang.

jam 1030, aku bersiap. pilihan aku untuk hari ini, baju kurung latar hitam bunga2 pink, dipadankan dengan tudung pink.

kemas barang2 yang nak dibawak...

alat tulis:
pen hitam,pen biru,pensel kayu,pensel picit,lead,eraser,pembaris,kalkulator
kad matrix
purse
handphone
kunci bilik
nota

semua aku sumbat dalam beg yang aku beli kat pasar malam masa balik kampung dulu2...

bismillahitawakkaltu 'alallah~

sampai kat DSG, aku nampak intan. then dila datang. pastu da ramai2 berkumpul..

'NX! NX!'

itu kod kursus kami, sains forensik

maka perjuangan pun bermula. masenye untuk aku uji, berbaloikah pengorbanan yang aku lakukan semalam (tak tdur semalam)?

tamatlah ujian yang berlangsung selama 1jam 40 minit itu...

seterusnya, makan time!
pilihan aku masih sama. seperti hari2 yang lepas, nasi ayam cafe jadi pilihan. turut sama ngan aku, tak lain dan tak bukan, shida, zu, dan kak shima...

pulang ke bilik. sudah masanya untuk ku balas dendam...
siap solat, aku bersiap2 untuk tido

'KRINGGGG!

telepon berbunyi...

oh, syikin rupanya..

'KRINGGG!' untuk kali ke 2

kaklong pulak telepon.
ingatkan ada urgent ape la, rupe2 nye nak tanye alamat rumah..ish3x

terdengar bising2 kat luar bilik. oh ye, aimi dan awin akan 'bertempur' sekejap lagi.

'goodluck, korang'

akhirnya aku tidur...



ALAMAK!!!!!!

da pukul 7???!!!!!
'tapi kenapa nampak cerah lagi kat luar???'
'adesh, asarku???'

maka, solat asar ku diwaktu kritikal~


adik2, perbuatan ini tidak elok untuk dicontohi, harap maklum


masa bersiap2..rutin harian setiap malam bermula

mandi
solat maghrib
baca quran (yasin)
solat isyak
makan

lepas makan ada agenda yang best

MAIN BOLA!!!

pilihan aku, badminton.
terasa bebasnya bergerak, ketawa je puas2, btol2 release tension, haha~
penat main badminton sampai stokin ku koyak
huhu~


amaran: sekiranya anda sayang akan stokin anda, elakkan bermain tanpa memakai kasut, sekian~


pass raket kat orang lain, aku main plak bola keraring
*(keranjang + jaring = keraring)

hehe...

habis main dan bergosip, sempat lagi tu, kitorang bergegas meninggalkan court.

da nak dekat pkol 12, bahaya anak dara dok kat luar, haha~

balik bilik, mandi lagi untuk kesekian kali nya, dan online...



sampai sekarang, 4.37 am..


bile aku nak tidur nie?

jawapan: lepas post ini di publish kan...

adios~~~

LeLaKi sUKe pOmPuAn sExY??!! think twice...

salam~
artikel ni copy paste dari blog seorang sahabat.
tertarik ngan dedahan berani mati ni..hehe..
akhir kate, slamat membace~~~

--------------------------------------------------
Assalamualaikum,

(minta admin padam nama saya sebelum release)

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

-------------------------------------------------

nak yg lebih hott?? bace kat sini

~~daku malu dengan kaum ku, huuuwaaa

hanya menyampaikan sekadar yang termampu-

kebuntuan yang AMATT!!

adeish, nak mengeluh lebih2, x elok plak... hmmm, mungkin keserabutan yang datang ni disebabkan diri ini juga, huhuhu...

-tiada nukilan buat mase ini,harap maaf-
mintak maaf kat diri sendiri daaa..~

ooo yee... daku baru sahaje membeli buke genetic tadi pagi, hehe.. just nak kecoh2.. sbb exm genetik adelah satu minggu dr skan
g...kwang3x..~x ley bla btol, plastik pon x bkak ag, huhu...

ala~~
better late than never kan..??!! hehe...


k, wa cow cincau lu..^_^

surat untuk kau...

assalamualaikum..

firstly aku mohon maaf sebb terpakse menggunakan wadah ini. bukan ape, aku ni fail sket bab2 nak bg teguran or nasihat secare direct. aku arap, dgn care ni, x byk, siket pon x pe, sampai gak la mesej tu kat ko...

sebelom aku trus kat main point aku, aku nak gtaw yang aku da anggap ko ni kawn aku, kawn yang bersahabat, bukan kawan yang mkn kawan, atau kawan yang hanya bersama dikala senang, bile kwnnye menangis, tanpa rase simpati ditinggalkan begitu sahaja. aku punya tanggungjawab atas kwn2 aku, sebagai mane tanggungjwb aku pada agama. ape tanggungjawb tu? mestila membuatkan sahabat2 aku merasa sentiasa dilindungi dan di ingatkan setiap mase...

weh ko,
kalo ko masih ingat, mlm tu aku bertanye kan ciri2 perempuan yang baik pade ko. dan jawapan yang ko berikan , maaf kan aku kerana tak berterus terang ngan ko time tu, actually aku masih belom berpuas hati. ko menginginkan yang sempurna, sgt sempurna. aku taw yang ko taw kat dunia ni tiada manusia yang sempurna. tp, maafkan aku sekali lagi, aku taw ape pilihan ko, dan aku x rase ko akan bahagia kalo ko masih menginginkan dia. aku cme nak ko buka sedikit je mata n hati ko, bahawasanye di luar sane masih ramai yang layak digelar wanita solehah. cume, mcm yang aku ckp, kalo ko ikot saluran yang betul, insya allah, dia yang ko idam2 kan akan muncul. pastinya yang bukan sahaja cantik di pandangan, malahan sampai ke hati...

bile ko mengatakan kaum aku kini tidak lagi punye ciri2 yang kewanitaan, aku juge ingin mengatakan yang same terhadap kaum ko. tp aku taw, aku masih bole menemui 'ghuraba' di kalangan kaum adam, sebagaimana aku menemui mereka2 seperti itu dikalangan kaum aku...

bile ko mengatakan ko sudah pasrah, dan x mahu mengulang sejarah lagi, aku nak sgt jerit dekat ko, JANGAN!!!. kalo ko berhenti sekarang, bermakne ko adalah seorang pengecut yang lari dari medan jihad.maafkan aku andai kata2 aku ni membuatkan ko sakit ati, tapi aku hanya ingin ko truskan. jgn mudah putus asa hanya kerana disebabkan dia yang sebenarnya x layak untok ko. ak rase aku ckop kenal hati budi ko, jadi aku taw tahap kelayakan ko..

tp ko jangan salah faham, aku tak bermaksud menafikan keinginan hati ko dengan mengongkong setiap kemahuan ko. aku jugak x bermaksud memakse ko untok meneruskan sesuatu yang ko tak sukai. aku cume ingin ko mule skali lagi, dan sudah tentu ia bermula dengan diri ko sendiri..

ko tahu kan surah an-nur ayat 26?

"perempuan2 yg keji utk lelaki2 yg keji, dan lelaki2 yg keji untuk perempuan2 yg keji (pula), sedangkan perempuan2 yg baik untuk lelaki2 yg baik, dan lelaki2 yg baik untuk perempuan2 yg baik (pula). mereka itu bersih dr apa yg dituduh org. mereka memperoleh ampunan dan rezeki yg mulia(syurga)."

'mereka itu bersih dari ape yang dituduh org', x pernah sampai fitnah yang mampu menjatuhkan maruah org2 ni. itu la lelaki2 dan perempuan2 yg baik..

ko taw, bile ko berckp tentang cinta ilahi, demi Allah, hati aku tertegun. seriously,coz dari situ aku taw, ko masih punye keinginan cinta fitrah, yg mane mungkin tak semua dpt merasainya, apatah lagi menginginkannya. aku suke ulang balik kate2 aku, kate2 yg sebenarnye memotivasikan diri aku sendiri..

cinta itu adalah fitrah manusia. pemurahnya Allah menganugerahkan kita perasaan yang sebegini hebat kepada makhluk yang lemah. tp x malu ke kita bila sanggup menodai perasaan yang murni ini dengan menghalakan cinta ini ke arah yang tidak diredhainya? padahal ini semua hanya pinjaman semata, dan semestinya rasa cinta ini menuntun kita untuk lebih mengenali Pencipta yang Maha Agung..

weh, ko nak aku kongsi satu secret pasal pompuan? ini adalah pandangan peribadi aku sendiri, jadinye kalo ade yang silap tu, amponkan je la ek...

pada wanita ni ade satu sifat yang sebenarnya x dpt dicompare ngan lelaki. ape sifat tu? perasaan malu.. bukan malu yang langsung x nak berckp, tapi malu pade tempatnye.. sebb ape aku kate cmtu? sebb ak teringat hadis nabi, yg lebih kurang bunyi cmni,

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

mcm skang ni, ko kate ko da tkot nak pilih pompuan skang.. ketahuilah, mereka2 yg ko takut itula yg da mule pupus rase malu dari dlm diri..ko sendiri da tengok dengan mate kepala ko sendiri ape yg da mereka wat... aku x segan nak berbicara soal ini sebab aku taw ini adalah perkara yang benar. cume masih ade yang x taw, atau lebih truk wat2 tak taw... tapi ko jgn risau, masih ramai 'mawar berduri di taman larangan' yg mungkin dengan izin Allah, akn menghuni pula dlm taman hati ko...

hmmm, da byk sgt aku mengomel, maghrib pon da masuk...aku arap ko ade respon yang baik untok kate2 aku ni..aku x suruh ko trime bulat2, tp fikir2 kan..mane baik dan mane yang kurang.. insya Allah, kite same2 baiki diri dan mudah mudahan tergolong bersama mereka yang dicintaiNya...

ooohh yee.... kat sini ak nk tunaikan janji ak... ak memang x usik ape2 pon, just copy n paste.. mungkin bile ak kekal kan originality kate2 ko ni, insya allah ia mampu merubah hati2 mereka yg sekaum ngan ko kat luar sane..

___________________________________________________________

aya : pompuan yg baik
aya : pd pndgn ko mcm mane?
aya : ape kriteria yg sepatutnye?
ko : lelaki msti nk yg lawa,cntik kn...
aya : ntah la, yg tu ak x taw...
aya : ko send mcm mne?
ko : kalu aku la...
ko : aku nk cntik segala2 nye...
ko :tp pempuan skung myb xde da...
ko : kalu ade bonus la wat aku...
aya : nak cr yg perfect memg la tak de pakcik ooi...
aya : demand gak ko ni ek..
ko : ko yg tnye nk mcmne kn...
aya : huhu
aya : uish...
aya : btol2 menjwb soalan...
ko : kriteria tu akn muncul bile kte da mule mengenali dr seseorg...
aya : em...stuju2..
aya : lg?
ko :kte akn mule jatuh cinta dgn kriteria seseorg tu tnpe die sedari...
aya : perghhh
aya : ayat...
aya : hhehhe
aya : pon ak stuju gak...
ko : hehe...
ko : tp...adakah kte hanye bertepuk sebelh tgn sajer?
aya : maksudnye??
ko : tnye kate hati.....
aya : hati kate ape?
ko : hati hanye boleh berdebar bile cinta semakin hmpir.....
aya : hmmmmm...?
aya : then..?
ko : seterusnye hanye berserah kepada allah...
aya :=)
aya :kesimpulannya?
ko : belajar lah mncintai allah sebelom mncintai seseorg....
______________________________________________________________

akhir kalam, aku tinggalkan kate2 kat bwh ni wat renungan kiter bersame... n by da way, wat mase ni aku rase cam x sempat nak lunaskan satu lg janji aku ari tu untok listkan pasal ko, kalo ko ingt la kan. maybe next time kot, insya allah.. tp aku rase from diz post pon, da agak byk aku dpt describe pasal ko, tol x??!! heheh... last but not least, adiosszzz, wassalam...

from, ayaharith~

"Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih sakit bila mencintai dan tidak pernah menemukan keberanian untuk memberitahu mereka apa yang kamu rasakan. Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi membutuhkan seumur hidup untuk melupakan seseorang. Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat sebelum kita bertemu dengan yang tepat. Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat, kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut"


post kali ni ak tujukan khas kpd seseorg, hanya Allah dan die yang mengetahui siape org tu. pape hal pon bukan masalah siape, tp ape yg aku nak share, itu yg lebih penting...dudu~