''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

m@s@ + al-w@qt

em...da sampai masa yang paling aku tak suke...time ni la perasaan dan tertekan, masa dah semakin suntuk, dan kekangan waktu dah membataskan aktiviti harian aku selama ni. tapi kadang-kadang best jugak, ada cabaran sikit hidup, huhu...

selalu sangat aku fikir, berbaloi ke apa yang aku buat kat dunia ni untuk masa depan dan , of course, akhirat yang kekal abadi? adakah aku terlalu mengejar dunia yang pastinya tak kekal, atau aku yang tak pernah pandai nak seimbangkan kedua-duanye? ke aku sendiri yang tak prihatin atas matlamat yang tak pernah aku tetapkan? em...macam-macam soalan yang sebenarnya aku sendiri boleh jawab...pen-off

usr@ti...

alhamdulillah..ade lagi mase nak menulis.

keluarga, usrati, family..ape lagi ek? walau ape pon namenye, ia tetap satu perkataan yang menunjukkan hubungan yang erat sesama manusia...





bahagia
seluruh semesta bermula dari keluarga
dari titisan susu ibu tercinta
mengalirlah sungai kasih abadi

tumbuh dari keringat
ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
derai air matanya mengalir
di darah kita membina cita-cita

rentaslah seluruh lautan
kembaralah ke seluruh alam
takkan kau temui
semurni cinta
keluarga...

tawakkal tu 'alallah...

bismillahirrahmanirrahim
maha suci Tuhan yang mengurniakan aku pancaindera yang elok dan Engkau kuatkanlah keinginanku untuk emneruskan jalan dakwah-Mu, moga aku tergolong dalam kalangan mereka yangEngkau redhai hidupnya dunia dan akhirat...amin

hari ni aku biarkan jari aku menari untuk kedua kalinya, bukan senang nak curi masa. lagi-lagi bile exam da makin hampir. apa2 pon, kembali ke niat asal, aku berjuang melalui pena digital, aku tak nak hanya membenci dalam hati, at least, buatlah sesuatu untuk agama, walaupun sangat kecil untuk dibandingkan dengan atom.

peluang dah terbentang luas depan mata, tunggu aku untuk mulakan langkah pertama, maha suci Allah yang mentakdirkan segala-galanya. kadang-kadang rasa tak mampu nak pikul sendiri. bukan mata yang tak larat nak pandang, bukan bahu yang tak mampu memikul, bukan mulut yang enggan berbicara, tapi hati yang belum mampan untuk menerima. astaghfirullah...

insya-Allah, akan hadir satu masa nanti, bila hati ini sudah tegar, juang tetap juang...

wahai hati
dengarlah nalurimu berbisik
bisikannya tidak mencelamu
lakukan apa yang termampu
moga Dia tetap bersamamu...

salam buat dunia...

sedingin embunan di hari
sejernih sungai mengairi
selembut bauan kasturi
semekar mawar berduri...



Assalamualaikum dunia, maha suci Tuhan yang mengurniakan aku ilham, datangnya bertimbun-timbun bagai tiada batasan, pemurahnya Tuhan buat hamba yang mahu mengerti.

hati ini sekian lama menginginkan belaian
bukan cinta
yang diimpikan

apa lagi harta semata

hanya mengharap nikmat terulung

hati in
i menangis lagi
buat kesekian kalinya

meratap merayu
bilakah mungkin kan ketemu
apakah nanti masanya tiba

mampukah aku terus menunggu

semekar mawar berduri

indah diteliti
awas dihampiri