''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@
Showing posts with label kak teh. Show all posts
Showing posts with label kak teh. Show all posts

...[no tiltle]

Semalam 24 hb 8 tahun 2009
Semalam hari ke 3 berpuasa
Semalam saya dapat sesuatu dari Kakteh

Jam 843 malam, ada bunyi mesej masuk


Saya cek, cek..

>>Owh, dari Kakteh


Scroll sampai bawah

>>Panjang juga mesej ni

>>Tak pe lah, nanti baca


ade unsur jahat di situ
setan

Dan hari ini, saya teringat semula

Mahu baca balik


Nak tahu tentang apa??


********************



.:kak teh 2:.
24-aug-2009 8.43 pm


"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...


Kerana Allah teramat menyintainya ...


Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah untuk menjaga kita?

Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"


"Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya

Mengapa masih ragu2? "



"Kekuatan usah ditunggu, tapi harus dicari


Hargailah kesempatan yang Allah berikan..."


" Sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya "- Imam Ghazali




********************


termenung...

mesej yang betul2 kena pada masanya

susah ya menjadi yang terbaik?


kepada mereka,
maafkan atas segala kejengkelan kalian demi melihatku begini
aku butuh waktu untuk kembali...
xpasti


rindukan yang dulu~

kanak kanak DQ~

Kisah hari Sabtu lepas [2 Mei 09]

Bukan sebarang Sabtu, tapi Sabtu yang bermakna untuk mereka, kanak2 DQ~

DQ, atau penuhnya Darul Quran, adalah satu tempat yang aku paling ingin untuk pergi. Aku mula mengenali DQ semasa di TAHAP, terkesan dengan cerita2 senior yang berkesempatan belajar di sana, tentang suasana, pemandangan, biah solehah...

Seronoknya

Sehingga kanak2 DQ ini telah merealisasikan impian ku. Aku pulang juga untuk hantar mereka ke DQ pada hari Sabtu itu walaupun hari Isninnya aku akan menempuhi exam Genetik.

Berkorban apa saja~

Tertarik dengan program pendaftarannya, buat aku ingin berkongsi kelainan dengan anda.

------------------

Kami bertolak dari Rawang sekitar jam 0930. Rawang ke KKB tak jauh. Kurang sejam sudah sampai. Kanak2 DQ di hadapan bersama wan [nenek], kak long dan aku di belakang. Aqielah menyempit sahaja di mana ada ruang kosong. Di rumah, abang ngah dan kak chik ditinggalkan [bukan sebab tak muat]. Yang memandu, abah, dan ummi di sebelah.

kanak2 DQ di depan~

Setibanya di DQ, aku lihat hijau~

Walaupun terik mentari pagi agak memeritkan kulit muka, tapi mata tetap sejuk melihat 'jubah dan tudung labuh' di mana2. Cantiknya Islam~

Kami disambut oleh senior mereka. 2 orang, berjubah dan bertudung labuh. oh ye, di DQ sememangnya tiada fenomena berbaju kurung. Jadi aku juga memilih jubah untuk ke sana [huhu~] Lalu gambar kami sekeluarga di snap. Untuk pembikinan cd, kata mereka. oklah...

Bergerak ke dewan, sesi taklimat dan perasmian bakal dijalankan sebentar lagi. Nampaknya, pendaftaran mereka ditangguhkan selepas taklimat. Dan aku berjumpa seorang sahabat TAHAP, Aisyah Ibrahim.

Masuk ke dewan, pelajar diasingkan dengan ibubapa. Yang perempuan, berjubah biru tua dan bertudung labuh putih. Manakala lelaki, berbaju melayu putih dan berseluar slack hitam, tak lupa kopiah di kepala.

Sesi taklimat dimulakan dengan alunan ayat suci Al Quran mengikut bacaan Imam Warsh [kalau tak silap la]. Alunan surah Toha...

Teringat pula sesi pendaftaran tingkatan 1 di TAHAP. Kami juga di alunkan dengan bacaan qiraat oleh saudara arwah Farham. Belajar qiraat as-sab'ah, unik dan seronok :)

Seterusnya alunan nasyid dan taklimat. Satu yang menarik, pengacara majlis mengumumkan sesi penyerahan pelajar kepada pengetua DQ. Awalnya aku tertanya2, bagaimana sesi penyerahan ini berlangsung? Belum pernah ditemui di mana2 institusi...

Begitu rupanya, ibubapa membawa naik anak mereka ke pentas, berjabat dengan pengetua dan minta di didik anaknya itu. Barulah terzahir keikhlasan dan kesungguhan ibubapa dan pihak pentadbiran untuk melahirkan para huffaz.


Seterusnya sesi pendaftaran dan bergerak ke kolej penginapan masing2. Sebelum dapat menjenguk ke kamar kanak2 DQ, mereka perlu selesaikan beberapa borang.

isi borang

Dan sesi mengangkut barang. Ada 2 orang senior membantu.


angkut barang

Dan aku membantu membawa barang paling penting


Atau kanak2 DQ tidak tidur malam tanpanya... uhuhu~

Dan tiba ke kamar mereka

A209

B203

Sekarang sesi makan. Kanak2 DQ melangkah ke dewan makan.



Sempat lagi bertaaruf dengan senior mereka.



Melangkah ke masjid DQ. lihat pemandangan sekeliling. nyaman, kan?


Dan, lambaian terakhir kanak2 DQ.


---------------

Melihat kesungguhan mereka, buat aku terasa malu mengimbas kisah lalu. Ada juga ak
u ajukan pada kaklong,

'agak2 awak la, kalau kakde masuk DQ dulu, sekarang ni, ape yang kakde tengah buat ye?'

dan kaklong jawab,


'jangan berkalau2, masa dah lepas...'

Ya, aku punya harapan untuk ke sana. Tapi gara2 tidak mendapat borang semasa di sekolah, aku putus asa. Keinginan itu kuat, sehingga aku menelefon abah, ummi dan kak long untuk mendapatkan kepastian.

Dan mereka jawab, terserah pada ku. Aku yang berhak untuk memilih. Hingga aku pohon doa,


'kalau aku mulakan langkah pertama ini, mudahkanlah aku dan permudahkanlah hingga ke akhirnya, atau Kau susahkan di awalnya, agar aku tidak susah diakhirnya.'

Dan ketika keyakinan itu mantap, aku dikhabarkan borang terakhir baru sahaja di ambil mereka yang lain. Kekecewaan itu aku sambut dengan tangisan. Seperti sebahagian impian sudah hilang. Aku maklum dengan doaku. Aku tahu itu bukan jalanku. Aku tahu itu bukan rezekiku.

Dan untuk menoleh ke arah itu tidak sekali2, walaupun masih ada cara lain. Abah katakan, boleh saja untuk abah dapatkan borang itu. Itu pun, kalau aku benar berkehendakkannya. Tapi aku geleng, hati sudah tawar.


Padahal aku rindu untuk ke sana...



Salam mujahadah buat kanak2 DQ.
Jadi insan kamilah
Jadi kebanggaan keluarga
Jadi tonggak agama

kanak2 DQ : kak teh dan achik [mak sedara bongsu]

family update!

its all about family...

abah

Buat masa ni, aku sendiri kurang mendapat update tentang abah. Mungkin makin busy, atau berputar-putar dalam kesibukan harian. Tetapi, yang pastinya, abah memang menjalani gaya kerja yang terikat dengan jadual waktu pejabat. Sama seperti warga kota lain, keluar ke pejabat seawal 630 pagi ( abah kata tu pun dah cukup lewat sebenarnya) dan pulang ke rumah menjelang senja. Abah lah yang ajar aku tentang solat semasa terperangkap dalam traffic jammed. Apabila malam, abah akan ke surau untuk solat maghrib dan isyak, dan hanya akan stay di rumah melainkan apabila menyertai program usrah atau lain-lain.

ummi

Ummi seorang guru. Jadi, sekarang mungkin agak sibuk dengan data-data peperiksaan yang lepas, dan persediaan untuk peperiksaan pertengahan tahun. Tambah pula ummi mengajar tahun 6, mestilah padat dengan kelas tambahan dan tuisyen yang perlu ummi kendalikan. Di rumah, hanya penuh dengan buku-buku pelajar sahaja. Kalau mengikut rutin harian ummi, setiap hari ummi akan hantar Aqielah ke taska dulu, barulah ummi ke sekolah. Sekarang, di rumah hanya ada abah, ummi, dan Aqielah. Jadi, kerja-kerja rumah tidak banyak yang perlu diambil kira (tunggu kami semua pulang baru setelkan semua kerja, huhu). Ummi mengajar pagi, dan pulang tengah hari. Petangnya, masa ummi terisi dengan kegiatan sekolah. Lewat petang, barulah ummi akan ambil Aqielah, dan pulang ke rumah. Malamnya pula, ummi akan sibuk untuk menghadiri kelas mengaji, usrah, selain mengajar tuisyen di sekolah.


kak long

Ini kakak sulung ku, (mungkin juga pembaca setia tulisan ku..??) hehehe... Apa yang aku tahu dari kak long, dia baru sahaja tamat exam untuk final year nya dalam bidang Accounting di UIA. Sekarang, sudah pun mula bercuti. Agak-agak berapa ye umur kaklong ni? 27 haribulan 4 ni, genaplah umur kak long 23 tahun. [tak sabar nak tunggu kaklong kerja, nanti boleh 'pau' gaji pertama, huhu~]




abang ngah

Ini satu-satunya kaum lelaki dalam adik beradikku. Abang ngah muda setahun dari kak long dan sekarang masih lagi dalam musim exam untuk final semester 2 bagi tahun pengajiannya yang ke 2. Abang ngah belajar di UIA sama macam kaklong, tapi dalam bidang Egineering major Bioteknologi. Bila habis examnya, tak sempat pula untuk aku bertanya. Tapi harapnya, balik rumah nanti akan ada banyak lagi movie2 yang abang ngah download untuk tatapan kami adik beradik =).




kak de

Ini aku. Sekarang musim exam. Tapi belum start lagi. Hanya akan pulang ke rumah selepas 7 Mei nanti =(











kak teh

Kak teh pula sekarang masih menjadi penganggur setia di rumah. Habis sahaja SPM dan PLKN, kak teh menjadi 'bibik' kami yang baru. Ada lagi, kak teh sempat belajar menjahit dengan ummi. Tapi, agak-agaknya, boleh di pakai kah baju yang kakteh jahit tu? =P. Baru sebentar tadi aku mendapat update dari kakteh. Katanya, dia sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Darul Quran! Katanya lagi, dia akan mula mendaftar masuk pada 2 mei ini (i wonder if i can go along...). Tercapai juga hasrat ummi untuk melihat seorang anaknya bergelar hafizah, insya allah. Nampaknya, rumah akan kembali kosong...


kak chik

kak chik masih di tingkatan 2 di SMK Sungai Pusu, Gombak. Jujur saja, aku tidak tahu banyak update tentang kak chik. Dia tinggal di asrama sekolah, jadi kami jarang bertemu di hujung minggu. Cuma, kali terakhir aku jumpa kak chik, dia demam sehingga terpaksa ambil cuti sakit setelah pitam. Mungkin dah sihat agaknya, sebab itu adalah hal 2 minggu lepas...






Aqielah

Aqielah hanya ada rutin harian yang sama setiap hari. Tapi, rutin itu akan berubah apabila ada antara kami yang bercuti. Katanya, dia mahu bercuti sama. Di rumah, dia adalah penonton setia televisyen. Aku rasa, semua rancangan di semua channel sudah di hafalnya. Cuma baru-baru ini aku dapat tahu, Aqielah dah pencen dari menonton channel ceria, dan bertukar kepada tv9. Tahu kenapa? semata-mata mahu menonton 'Dora the Explorer'. Jangan tak tahu, adik ku ini salah seorang 'kipas-susah-mati' Dora. Dari cadar, selimut, tuala, buku, cd, semuanya Dora dan pink! Sekarang Aqielah dah pandai mengeja dan mula membaca sikit-sikit. Mengira? Entah, setakat 1 + 1 mungkin lepas...



di pojok ini...
'kenapa tulis pasal ni?'
'tiba2 je dtg idea, lagipun bile lagi nak cerita pasal diorang, kan? satu lagi nak dedicate kat kakteh 'tahniah' atas tawaran tu..lepas ni kene rajin2 menghafal...'

kamu harus KUAT!!

Result SPM keluar hari ini. oh, baru teringat, terlupa bertanyakan khabar kakteh dan achik. bagaimana agaknya dengan keputusan mereka? adakah membuahkan hasil sebagaimana yang diharap2kan?

pantas sahaja jari2 menekan punat2 telefon.

'macam mana result?'

lalu satu jawapan hambar ku terima.

setelah berkali2 berbalas mesej, aku mula merasakan emosi yang terbit di seberang sana.

'ok la tu, da usaha kan...'

antara ayat pemanisku. sudah pastinya sukar dicerna oleh dirinya.


kak teh

merupakan anak keempat dari enam orang adik beradik ku. sifatnya yang sedikit berbeza kadang2 membuatkan aku merasa dialah kakak kepada ku. keperibadiannya cukup matang berbanding dengan usianya yang bakal melangkau ke angka 18.

awal2 dahulu, aku merasakan dirinya sangat tertutup, lebih2 lagi di masa awal remajanya. tetapi kemudiannya aku sedar bahawa dia mempunyai potensi yang lebih besar dalam hidupnya.

aku terkadang terkesan dengan pembawakan imejnya. seorang yang lembut tapi penuh ketegasan. kata2nya juga seringkali membuatkan aku berfikir. masih tersemat di fikiran, bagaimana akhirnya dia lah yang merupakan salah satu faktor untukku berhijrah. sehingga kini tudung labuh 'pink' itulah yang menjadi tudung kesayangan ku, yang mana merupakan hadiah pemberiannya sewaktu ulangtahun kelahiranku yang ke 19.

apabila diimbas kembali, kakteh semasa kecilnya seorang yang sangat pasif, sukar mengeluarkan kata2, hanya mengikut aku yang pada masa itu sangat 'mengarut'. namun tak disangka, di awal persekolahan peringkat menengah, banyak sekali tertonjol keperibadiannya, satu persatu. pada masa itu, semasa kakteh di tingkatan satu, aku sudah berada di tingkatan 3. dari situ, ku dapat perhatikan perkembangannya, di mana hanya bermula sebagai pelajar panggilan ke 2, kemudiannya menjadi penolong ketua kelas semasa di tingkatan 2, dan menjadi ketua tingkatan 3, sehingga akhirnya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan barisan kepimpinan, baik di sekolah mahu pun asrama.

'aku bangga dengan kamu, dik'


lalu kamu di uji

benar, kamu sedang di uji. sejauh mana tahap kesabaran kamu mendepani mehnah dunia ini, yang sebenarnya hanyalah daki akhirat. kamu merasakan kamu telah berusaha, bertawakkal, lalu mengharapkan sesuatu yang terbaik berlaku, tapi kamu jangan lupa, dik, manusia merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik2 perancang.

kamu melihat liku hidupmu bagaikan tidak memihak kepadamu. selalu sahaja apa yang dihajati tidak kesampaian. sering juga kamu merasakan tiada gunanya hasil kerja kerasmu itu. tapi lupakah kamu, segala kegagalan itulah yang membentuk dirimu sehingga menjadi seperti ini.

kamu bimbang dengan pandangan orang. bimbang kerana kamu pasti akan dibanding2 kan. lalu siapakah mereka yang mampu membuatkan dirimu lemah? ingatlah, pandangan Tuhan itu bukanlah pada hasilnya, malahan usaha kamu itulah yang utama.


ini cerita kak de...

kak teh, awak tahu tak, kak de tak pernah fikir pon boleh sampai ke tahap ini. kalau dulu semua yang kakde cita2 kan tu sebenarnya hanyalah angan2. kak de sendiri pon dapat rasakan(pada masa tu) semua kak de nak tu takkan tercapai.

kak de jugak bermula dari bawah. pernah merasa yang diri ni sangatlah tak pandai. selalu berada di kedudukan yang corot. sampaikan kak de rasekan, alah, biar je la...

tapi semua tu dah berubah. kak de macam dapat satu cahaya bahawa kak de pon boleh buat cam orang lain buat, malahan mungkin lebih baik. pemikiran macam tu lah yang mampu membuatkan kakde rase yakin dengan diri sendiri. awak pon da tengok kan, ape yang kakde dah dapat.

tapi pada masa tu, kak de akui, kak de ni sangat lah jahil. selalu mengharapkan sesuatu yang melampaui dari apa yang kakde usahakan. kalu nak ikot logik, kak de tak rase akan sampai kat tahap macam ni sekiranya di compare kan ngan usaha yang kak de da lakukan selama ni.

tapi itu lah namenye rezeki Allah. itu juga adalah qada' dan qadarnya sebagaimana yang sewajibnya kita imani. selepas dapat result spm, kak de betul2 frust, dah tak tau apa jalan seterusnya. seakan dah berjumpa dengan jalan mati. kalau dulu kakde asyik bercita2 nak jadi seorang pakar forensik, rase2nye impian itu dah tersangatlah jauhnya untuk dicapai.

futhur. itu lah yang berlaku kat diri kakde. rasenye usaha(kalau boleh dikatekan usaha) yang dilakukan selama ni takde maknenye. mula rase terasa diri ini jauh dari rahmat Allah. padahal kak de sedar, mungkin ini adalah khilaf atas perbuatan kak de yang selama ni seringkali melupakanNya. tapi kak de tak buat apa2 tindakan pon, malahan semakin jauh, dan jauh...

sehinggalah kak de mula 'tersedar' kembali ke dunia nyata. rahmat Allah itu sangat luas, kite ini yang perlu mencarinya. segala yang berlaku kat kakde rasenye macam mimpi. tapi kemudiannya kak de berfikir semula, apa agaknya hikmah yang tersembunyi. pasti ada sesuatu yang akan berlaku seterusnya.

ya, kak de dah dapat hikmahnya. awak pon mungkin akan beroleh perkara yang sama, cumanya jalan kita sedikit berbeza. awak diuji dengan pelbagai kesusahan, kak de pulak di uji dengan kesenangan. sedangkan kesusahan itu adalah lebih ketara hikmahnya, wallahu'alam...

~####~

kak teh,
kegagalan ini bukanlah penentu hidup dan mati. tak salah berasa kecewa, tetapi jangan sehingga tergadai iman di dada. sungguh Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk orang2 yang bersabar. jika bukan di dunia, akhirat itu pasti. Allah tidak akan mengabaikan hamba2 nya yang sering membantu agamaNya. kalau bantuan itu lambat terasa, yakinlah, sesungguhnya Allah itu rindu akan rayuan hambanya.

paling penting, mengadulah kepadaNya, solat dan berdoalah. husnuzon dengan setiap janji Allah. moga kamu bersama mereka yang dicintai Allah

amin~~

usr@ti...

alhamdulillah..ade lagi mase nak menulis.

keluarga, usrati, family..ape lagi ek? walau ape pon namenye, ia tetap satu perkataan yang menunjukkan hubungan yang erat sesama manusia...





bahagia
seluruh semesta bermula dari keluarga
dari titisan susu ibu tercinta
mengalirlah sungai kasih abadi

tumbuh dari keringat
ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
derai air matanya mengalir
di darah kita membina cita-cita

rentaslah seluruh lautan
kembaralah ke seluruh alam
takkan kau temui
semurni cinta
keluarga...