''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

Suke! Suke! =)

Saya mahu buat satu announcement.
Kalau anda masih ingat,
saya ada post satu entri yang mengarut tentang
Anak-Anak Kami.

Dalam entri itu,
Cik Shazot ada meluahkan perasaan berkenaan anaknya,
Sugar,
yang sudah lama hilang.

Dan saya baru diberitahu tadi,
Sugar sudah ditemui.

Wah,
anak-anak kami boleh kembali bersatu
sengihnampakgigi

Untuk berita lebih lanjut dan untuk lebih mengenali Sugar,
anda boleh melawat blog Cik Shazot.


kenalkan...

Inilah Sugar
huhuhu~



Jantina: Female~

Saya merajinkan diri untuk ambil masa selingan untuk jawab soalan demi sekeping award..huhu

Oh, sebelum tu, saya mahu beritahu award ini datangnya dari cik Cambesje a.k.a. Cik Syirai

Sebenarnya saya tak nak, tapi dia paksa saya
nangih

Sesungguhnya saya tipu
siul


********************


1. Pastikan jantina anda adalah perempuan.
Saya pasti saya bukan lelaki

2. Copy badge sebagai award anda


3. Nyatakan 2 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan
  • Sebab yang pilih saya sebagai perempuan adalah Allah swt
  • Sebab perempuan boleh kawin dengan lelaki [pinjam ayat dari kaunselor saya masa kat sekolah dulu..uhuhu~]
4. Passkan award ni pada girl-friends anda
sesiapa yang folow saya dan yakin bahawa anda perempuan...


SILA AMBIL ATAU SERAHKAN NYAWA ANDA


ini amaran keras taw..hehesengihnampakgigi

Jumpa Seminggu Lagi =)



Setelah Sebulan


Akhirnya short sem dah tamat dengan jayanya, Insya Allah. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan. Hanya Tuhan mampu membalas ikhlas kalian.

Ameen...

Selepas ini, kemungkinan yang teramat besar adalah saya bakal menjauhi laptop dan mendekat kepada agenda lain. Menjauhi bukanlah bererti melupakan. Cuma ambil masa supaya mata sihat seperti sediakala setelah bertungkus-lumus bekerjasama dengan laptop 25 jam sehari selama sebulan. Pheww~

Mikhail, nantikan daku!!

Hehe~



Last Day

Hari terakhir di Plaza Rah, hari terakhir di fakulti, hari terakhir di UKM KL. Lepas ni, UKM Bangi pula menanti.

Inilah aktiviti kami dalam menyambut detik-detik terakhir di UKM KL.

Mereka hanya berpura-pura tekun.
3 pelakon handal, Cik Zukha, Cik Shazot dan Cik Shidot~


Gaya bebas Cik Syirai dan Cik Linot~


Soalan cepu emas,
kenal pasti lokasi sebenar Cik Ayot berdasarkan gambar di atas.

Lalalala~

Penerangan mengenai gambar:

Kami berhadapan dengan konflik assignment yang sangat memeningkan kepala setelah berpeningan menghadapi exam. Apa yang best, dengan terhantarnya cd-cd asignment itu, dengan ini saya mengisytiharkan short sem berakhir dengan rasminya =)

Kepada mereka, kita jumpa lagi seminggu ye...



Al Fatihah

Baru dapat tahu cerita tentang kematian saudara baru kita, MJ. Kalau abah tak cerita, mesti saya hanya akan tahu cerita ni sebulan kemudian kot.

Huhu~

Hari mulia bulan mulia, moga rohnya sentiasa dikasihi Illahi dan diangkat bersama mereka yang dicintaiNya. Ameen...

Pun saya dapat tahu dari abah, MJ ada nyanyi satu lagu tentang Asmaaul Husna. siapa-siapa yang baik hati, boleh carikan untik saya? sengihnampakgigi



Ubat Hati

Saya dengan baik hatinya ingin mengingatkan anda yang berpenyakit hati atau yang mengalami sindrom hati parah untuk segera mengubat hati anda itu.

Rentetan terdengar lagu yang dimainkan di IKIM.FM, sejuk saja hati yang mendengar.

Semenjak dua menjak ini, hati yang saya miliki kurang tenteram dan sentiasa berada dalam kondisi berbahaya. Jadi, saya berkeputusan untuk mengambil ubat yang hati saya sendiri sarankan untuk saya dan anda semua senyum

Ubat hati ada 5:
  • Baca Al-Quran sekali dengan makna
  • Qiamullail @ solat malam
  • Banyak-banyakkan puasa
  • Sedekah sokmo-sokmo
  • Panjangkan zikir malam


Moga tenang selalu, wahai hati.
Jangan datang lagi keluh kesah,
Pergi menjauh resah...

Ingatkan Aku!!

Ingatkan aku bila aku lupa
Ingatkan aku bila aku kecewa
Ingatkan aku bila aku duka
Ingatkan aku bila aku terluka

Ingatkan aku
Bahawa di atas masih ada
Dia yang maha Kuasa

**********

25 dan 26 Jun 2009 akan ada exam
Saya pula

hurm...


Doakan ya

Doakan moga saya tenang
Doakan moga saya tenteram
Doakan juga moga doa saya dimakbulkan

Maaf, kalau saya minta lebih
Sebab saya takut sangat~

-terimakasihdaunkeladi-


**********

Jadual Exam

25 jun 2009 [Khamis]
NX 1062
Teknologi Maklumat & Elektronik
[Bertulis]
8.30 - 10.30 am

25 jun 2009 [Khamis]
NX 1062
Teknologi Maklumat & Elektronik
[OSPE]
11.00 - 1.oo pm

26 jun 2009 [Jumaat]
NX 1082
Forensik Imejan
[Bertulis]
8.30 - 10.30 am

26 jun 2009
NX 1082
Forensik Imejan
[OSPE]
11.00 - 1.00 pm

Selamat Berusaha Kawan-Kawan!
-bitaufiq wannajah-
peace

Tak Payah Baca, Mengarut Saja~

Entri ini dibuat dalam kadar yang tak semena-mena.

Cuma mahu war-warkan

Saya semakin rajin berblog sekarang

Lalalalala~

Okey, seterusnya tengok gambar ni



Detail :

  • Diambil oleh Cik Fady
  • Guna kamera Cik Zukha
  • Diberi judul Saka [ape kaa??]
  • Lokasi, Taman Tasik Titiwangsa
Sekian~

Di Jari Hantu...

Gara-gara kewujudannya, pernah juga menjadi persoalan di kalangan mereka-mereka yang perasan.

Ramai yang bertanya soal
Ramai yang mengagak ihikhik
Ramai yang, 'ada apa-apa ke??' sambil mengangkat-angkat kening angkatkening

Tak kurang yang bertanyakan asal usulnya fikir
Korek-korek rahsia sang pemberi senyumkenyit

Huhu

Saya jawab dengan senyuman
Lebih kurang macam ni senyum
Tak pun, macam ni sengihnampakgigi

Haha~

Okey, ada part yang saya tambah-tambah siul

Pada saya ia bukan apa yang perlu dikecohkan. Jadi biarkan mereka dengan andaian mereka. Saya izinkan. Cuma jangan disebar-sebarkan pula ya...


Ianya Sebentuk Cincin

Itulah yang sekian lama tersemat di jari hantu saya. Awalnya saya bukanlah seorang pemakai cincin tegar. Pakai bila tiba raya, atau bila rasa nak pakai. Tapi, sejak hari itu, saya tekad untuk pakai sentiasa.


Pernah juga ditegur abang ngah. Katanya, saya kelihatan macam orang yang sudah bertunang
ooppss...

Saya gelak saja. Malas ambil pusing.


Biar Saya Beritahu

Ramai yang suspicious. Dulu saya biarkan saja apa yang mereka fikirkan. Tapi, bila dengar komen abang ngah, tak mustahil bila mereka curiga.

Adakah saya telah 'create' situasi yang mendatangkan fitnah?

Oh,
Minta dijauhkan
Minta diampunkan Tuhan
Minta fitnah jauh dan menjauh lagi


Rasa Dimiliki


Terkadang saya lupa siapa saya.

Lupa asal usul
Lupa tujuan hidup
Lupa syukur nikmat
Lupa milik siapa

Saya harap cincin itu dihadiahkan dengan penuh kasih sayang.

Sebagaimana kasihnya Muhammad kepada ummat, ibu kepada anak, bapa kepada keluarga, guru kepada pelajar, teman kepada sahabat.

Saya harap saya sentiasa ingat bahawa ada Pemilik Cinta yang sedang mengasihi makhluknya.

Setiap kali saya usap cincin itu, saya cuba merasai kasih itu, saya cuba meresapi sayang itu.

Supaya saya tidak lupa lagi, bahawa masih ada yang perlukan saya di sini, dan masih ada yang sentiasa ingin disisi saya.

Ya,
Saya mahu merasai kehangatan cintaNya
Saya mahu rasa dimilikiNya

Terima kasih kak long~

Anak-anak kami~

Mereka yang selain kami. Mari kenal...sengihnampakgigi



Dari Kiri
Belakang : Patty, Spongy
Depan :Donny, Beryl, Chippy

Patty si Patrick - Cik Ayot punye
Spongy si Spongebob - Cik Shidot punye
Donny si Donald - Cik Shidot punye lagi
Beryl si Bear - Cik Lynet punye
Chippy si Chipmunk - Cik Linot punye


Tiada Dalam Gambar

Chenta si Panda - Cik Syirai punye
Sugar si Bear - Cik Shazot punye
Mr. Bean si Bear - Cik Ayot punye jugak

Tunggu kelahiran anak Cik Zukha pulak. Bila la agaknya ye???
Hehe


Entry yang spontan. Mengisi kekosongan dan kebosanan
nerd

jangan pandang macam tu~



Kenapa pandang macam tu?
Tak puas hati lagi?

Kamu yang tak nak dengar kata.
Aku dah pesan banyak kali, kenapa susah nak dengar cakap?

Degil!

Sekarang, kamu nak salahkan aku sebab tak ingatkan kamu?

Kamu lupa yang kamu sendiri buat keputusan ni?
Kamu lupa yang kamu sendiri kata nak tanggung risiko?

Jangan sekarang baru kamu nak terngadah.

Aku tahu, sakitkan?

Sebab tu dulu aku suruh kamu fikir betul-betul.
Jangan terlalu 'overdose'.

Aku sakit bila tengok kamu macam ni.
Tapi aku nak ingatkan supaya kamu sentiasa bersyukur.
Jangan mudah letakkan kesalahan di bahu orang lain.
Dah masanya kamu belajar untuk serik.

Aku suruh kamu bersyukur supaya kamu ingat ini semua ujian.
Moga ini bukan bala dariNya.
Berterima kasihlah kerana kamu diingatkanNya melalui dugaan ini.
Jangan keluh kesah lagi.

Kamu jangan lupa, hari tu baru aku beritahu kamu.
Bila ditimpa ujian jangan berkeluh kesah.
Sudah lah kamu sakit, tambah pula tidak redha.
Makin menjadilah sakit kamu tu.

Sebaiknya kamu redha.
Jangan di ulang, jangan di sesal.
Tapi selalu bersyukur.

Moga Allah sentiasa mengampuni dosa kita.
Aku tahu, kamu bukan tak tahu, tapi terlupa.
Taubat sama Allah dan minta dirahmati selalu.
Semoga kamu aman dunia akhirat...

Dah, jangan pandang aku macam tu lagi~

...assigment dari Dr Nur...

Lagi tag yang saya terima. Sebenarnya saya dah pernah baca soalan ni dari blog Encik Dee. Ada juga fikir-fikirkan jawapan, tapi rasanya sangat susah nak jawab soalan-soalan ber'stail' kalau-kalau ni...
nerd

Saya cuba, tapi harapnya yang membaca jangan ambil kira sangat apa yang saya tulis ni. saja-saja memenuhi 'assigment' dari Dr. Nur sengihnampakgigi

1. If u can be an animal, what will you be?
Animal tu binatang kan? Saya bersyukur diciptakan sebagai manusia. Tapi bila difikirkan beratnya amanah sebagai manusia, ada juga rasa 'alangkah baiknya jadi burung'.

Seperti yang pernah di ucapkan oleh Saidina Umar r.a

2. If you robbed a bank, what you want to do with the money?
Apa saja yang saya lakukan dengan duit itu, hanya satu yang saya dapat iaitu kemurkaan Allah. Tak nak lah saya, dah lah dosa dah banyak, buat apa nak tambah dosa lagi.

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why?
In the world je ke?
Saya berharap dapat pergi ke syurga Allah.

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? Why?
Saya setuju dengan Kak Nur. Siapalah yang ada selera bila tahu masa kematiannya. Masing-masing mestilah berusaha tambah amal. Tak pun, menangis je memanjang [untuk orang yang tak dapat terima qada' qadar la...]

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? Why?
I never have a tout to kill anyone. Sejahat-jahat manusia juga ada hak untuk hidup dan bertaubat.

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than hundred years, what is your choice? Why?
Hidup lama pun tak guna kalau asyik bergelumang dengan maksiat. Lebih baik hidup sekejap yang dipenuhi keredhaan Nya.

7. If you can date celebrities, who is that person? Why?
Celebrities?
Tak pe la, terime kasih...

8. If you can only have one thing in this world, what should that be? Why?
Tak nak yang lain, hanya cinta Dia...

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? Why?
Hurm...
Dalam dilemma..
Ok lah, siapa yang nak buat tag ni, boleh cakap kat saya.
Ok?


Kak Nur, da setel~
sengihnampakgigi

tarikh untuk siapa??

12 Jun 2009
CSI team berikan saya surprise!

Terkejut
Seronok
Speechless
Terharu

Macam-macam

Thanks gurls~
love u ols..


12 Jun 2008
Ummi tempahkan mee hun goreng dengan air oren untuk rakan-rakan cikgu sesi petang. Segan juga nak menjawab bila ada yang bertanya perihal makan-makan hari Khamis.

"Hari apa hari ni?"

Heh, nak mengaku saya segan, jadi orang lain yang tolong jawabkan. Mengikut kebiasaan, cikgu-cikgu sesi petang hanya akan mengadakan makan-makan atau masak yang best-best pada hari Jumaat saja, selain hari-hari special yang lain.

Terima kasih kat ummi [psst, saya tak nak, tapi ummi nak buat jugak senyum]


12 Jun 2007
Di matrik. Pertama kali saya dapat kejutan dari sahabat-sahabat tersayang : Erma, Aimie, dan Shida. Tepat jam 12 [atau mungkin lewat seminit duasiul], mereka terpa ke bilik saya bersama kek dan kad.

Tapi yang saya tak puas hati, mereka kata saya dah agak mereka akan datang.
Betul, saya sangat tak sangka! Surprise korang menjadi sengihnampakgigi


12 Jun 2006
Hari itu adalah hari Isnin. Semalam, hari Ahad, saya pulang ke sekolah setelah cuti hujung bulan di rumah selama 2 hari. Sangka saya semua orang dalam family saya lupa tarikh hari ini. Sedih tak payah cakap, tapi saya buat macam tak ada apa-apa.

Bila dah sampai kuantan, ummi yang bertanya,

"Esokkan?"

Saya segan, tak suka bila ada yang bertanya meminta kepastian. Seolah saya ini sangat desperatexpasti

Dan ummi minta abah belikan KFC sebagai ganti kek. Kebetulan semua adik beradik turut sama hantar ke Kuantan.

Di sekolah, malam Isnin, Ammar dan Tiqah panggil saya keluar ke satu tempat. Saya tahu apa rancangan diorang, cuma apa dia belum pasti. Sebab mereka kerap menunjuk-nunjuk ke satu tempat [atas public phone]. Saya pun sekilas menjeling, tapi tetap berpura-pura tak nampak.

Sengaja, tak ada mood untuk hari itu.

Maaf kawan-kawan, sekarang saya menyesal...nangih


12 Jun 2005
Baru sangat pindah sekolah, dan peperiksaan tengah tahun baru sangat berlalu. Sedih berpisah masih kuat tertinggal. Kali ini, tarikh itu jatuh pada hari Sabtu. Dan saya sangat pasti tiada yang tahu apa erti tarikh itu. Nak gembar gemburkan? Saya malu...

Tapi hari isnin berikutnya, saya rasa sayalah yang paling bahagia.

Waktu itu kelas Bahasa Inggeris, dan tiba-tiba seorang pengawas menengah rendah bertamu ke kelas kami, seperti biasa menyerahkan surat-surat yang diterima oleh pihak sekolah. Jangan jeles, sampul-sampul surat yang berwarna warni itu semua untuk saya.

Dari siapa? Tentu saja dari mereka yang saya sangat sayangi di TAHAP Terima kasih sahabatsenyumkenyit


12 Jun 2004
Saya kurang ingat apa yang berlaku. Rasanya macam tak ada apa kelainan untuk tahun ni. Atau mungkin sedang dalam cuti sekolah.

Tapi, kad dan hadiah itu sentiasa ada hehe~


12 Jun 2003
Di tingkatan 2. Tarikh itu jatuh pada musim exam.
umm...
Pasti lah tiada siapa yang nak ingat. Saya pun kurang ingat apa yang dah jadifikir


12 Jun 2002
Pertama kali berada jauh dengan family. Sedih. Agak sedih Sekadar wish dari teman, Alhamdulillah Terima kasih semua

Kemudian saya berlari ke public phone, telefon rumah sekadar saja-saja. Mahu beritahu bila mahu pulang ke rumah. Dan abah beriya-iya mahu datang ke TAHAP pada hari esoknya. Pelik.

Esok abah datang, bawa banyak barang yang saya tak pernah kirim pun. Ada coklat, makanan-makanan, dan kad yang sangat sweet...

Lagi sweet bila semua tandatangan ada dalam tu. Suke..suke!

Oh ya, saya yang pertama jauh dari keluarga, mungkin sebab itu saya dapat keistimewaan itu kot kenyit

hehe


12 Jun 2001
Tahun UPSR. Kali ini tarikh itu disambut dengan agak mewah.

Mewah?

Biasa je kot. Cuma ummi sediakan 2 biji kek. Satu di rumah dan satu di tuisyen. Sejak itu saya mula sukakan kek vanilla =)


12 Jun 1990 - 12 Jun 2000
Untuk tempoh 10 tahun ini, saya sangat lupa apa yang dah terjadi. Rasanya saya sendiri pun belum tahu apa makna tarikh tersebut.


12 Jun 1989

1.03 am

Saya sangat menyusahkan ummi. Pagi-pagi buta sudah kejutkan ummi, paksa ummi untuk ke hospital.

Tak cukup lagi agaknya saya susahkan ummi untuk 9 bulan itu. Dan itu lah yang paling klimaks.

Mengikut sumber yang tak tahu boleh atau tidak dipercayai [kaklong dan abang ngah], mereka diminta tinggal bersama penjaga, hanya aku yang dibawa sama.

Betul-betul menyusahkan!

**********************************

Saya insaf bila melihat rentetan yang saya tulis sendiri. Sangat kejam rupanya seorang anak itu. Hanya tahu berseronok-seronok setiap kali tibanya ulangtahun keperitan ibu melahirkan.

Maafkan kakde, ummi.
Terima kasih abah atas segalanya.
Sayang ummi sangat-sangat...
Sayang abah sangat-sangat...
cium
peluk

-SayaDanMarah-

Saya tak pandai marah. Bila masa saya marah juga susah untuk saya kenalpasti. Tapi sekarang saya tahu saya sangat marah.

Definisi marah bagi saya adalah berbagai. Semua emosi yang negatif bergabung dan akhirnya menghurai ciri marah yang tertampak pada karakter saya.

Huh!

Minta maaf jika entri ini dipenuhi emosi yang tidak senang. Bimbang juga saya andai aura marah itu terpancar hingga ke luar sana. Minta dijauhkan...

Menyatakan punca kemarahan saya, mungkin itu tidak saya lakukan. Tapi saya ingin berkongsi dengan anda hal ehwal marah dan saya yang mengalami.


Bila Saya Marah...

Ya, saya sangat sensitif. Perkara kecil juga saya anggap besar, lagi-lagi bila berkaitan dengan harga diri. Saya ego? Terserah...

Tapi, apa yang saya lakukan adalah pendamkan saja. Harapnya redalah perasaan tu, hilang kabut dan muncullah pelangi, secepat mungkin.

Semua perkara pun saya setelkan dengan cara itu. Diam dan senyap, fikir positif, dan hilang...
Namun masih ada kesan yang saya gagal selesaikan.

Akibat terlalu ambil remeh, semuanya nampak biasa bagi saya. Buatlah apa saja, dan saya akan marah. Tapi apa saja yang saya mampu buat selain senyap dan diam...


Ujian EQ

Pernah ambil ujian EQ atau emotional qualities?

Saya pernah. Dan saya terkejut dengan keputusan yang saya dapati.

Saya merasakan emosi saya adalah dalam kawalan dan saya yang berkuasa penuh mengendalikan sikap dan tingkah laku di waktu emosi dalam keadaan darurat sekalipun.

Rupanya saya silap.

Keputusan saya adalah di bawah paras EQ yang standard!

Bagaimana saya boleh mendapat keputusan seperti itu sedangkan saya sentiasa berusaha menonjolkan emosi yang terbaik untuk diri dan semua orang?

Gagal mengenal pasti emosi.
Itu kelemahan saya

Gagal bereaksi dengan berkesan terhadap situasi yang berkenaan.
Saya belum pandai mengambil sikap.

Dan banyak lagi.

Hurm....


Marah Adalah Kifarah

Kenapa saya anggap demikian?

Siapa saja tidak suka berada dalam keadaan marah.

Jiwa kacau, hati tidak tenang, fikiran berserabut, rasa tidak aman dan tenteram.

Kerana itu saya anggap kifarah, 'punishment' ke atas diri yang selalu lupa apabila bertingkah dan berakhlak. Atau satu peringatan buat jiwa yang kurang pengisian atau lari dari kebenaran. Malah mungkin satu penganiayaan diri yang mana diri sendirilah yang mengakibatkannya.

Tambah lagi, saya yakin dengan firmanNya, dimana hanya hati yang mengingatiNya lah yang wajar berjiwa damai.


Maafkan saya kalau ada yang terasa dan terkena.

Sungguh saya hanya manusia biasa
Kerap kalah dengan pelbagai mainan perasaan
Cuma mampu memohon dan meminjam kekuatan
Hanya dari yang Esa

lagi tentang Aqielah...

Saya pulang lagi ke rumah setelah seminggu di Plaza Rah. Memangnya saya tak berhasrat untuk pulang dalam kadar yang kerap, tapi apakan daya, ada saja yang perlu di'setel'kan.

Tapi pulangnya saya kali ini disambut dengan kepelikan sikap sang Aqielah. pPelik yang macam mana?


Sang Hantu TV

Macam yang pernah saya cerita dulu, Aqielah seorang yang sangat rapat dengan tv. Tapi, kali ini dia mula menjauhi tv dan merapat kepada kak chik. Apa kaitan dengan kak chik?

Biar saya cerita dulu. Kebiasaan apabila saya pulang ke rumah, Aqielah akan setia di ruang tamu dengan channel kegemarannya, 611 - Astro Ceria. Tapi hari kelmarin, saya tak menemui manusia itu di ruang tamu. Mengikut sumber yang dipercayai [ummi], manusia itu lari ke atas setelah di suruh solat. Aish, benar-benar Aqielah~

Setelah diselidiki, saya faham kenapa Aqielah jadi macam tu. Gara-gara game barbie online rupanya. Kalau dulu semasa saya bercuti menunggu result SPM dia asyik menyendeng dengan saya semata-semata game barbienya, kini giliran kak cik pula yang jadi mangsa.

Haha, nasib la labu~


Photographer Cilik

Aqielah pantang nampak kamera. Dia boleh jadi dua-dua, model atau cameragirl. Kamera mana lagi yang jadi mangsa kalau bukan kamera merah brand BenQ itu. Bukan itu saja, saya punya fon camera turut jadi mangsa rakusan sang kenit itu.

Ketika saya membelek-belek gambar dalam telefon, saya jumpa beberapa gambar yang dia ambil sendiri. Saya tunjuk, anda judge, boleh?

Saya tak edit [ok, saya tipu, tapi saya cuma edit gambar tu jadi cerah], itu adalah hasil gambar yang Aqielah ambil sendiri. Sorry, 2 gambar sahaja kerana gambar lain adalah 'private' sengihnampakgigi




True Acting

Haha...
Sebelum tu, tengok gambar ini


Saya akan pergi dari rumah ini. Hari esok saya akan pergi betul-betul. Percayalah. Saya tidak tahu ke mana. Selamat tinggal Aqielah.

Yang pergi dari sini, Aqielah


Kertas ini di carik dari buku saya. Kemudian diletakkan atas meja di ruang tamu supaya dijumpai oleh ummi [kononnya~]

Mengikut cerita kak cik, selepas dia menulis surat tersebut, dia tersedu-sedan di tepi kerusi. Kes apa ya agak-agak?

Sebab kak chik mungkir janji. Kata si kak chik, dia akan buka game barbie selepas kerjanya siap.

Heh, agak hiperbola merajuk sang Aqielah kali ini.


Tapi apa yang bagus, saya baru tahu Aqielah dah boleh menulis surat. Bagus2...

Cuma rasanya saya kena ajar dia tanda baca dan reka ayat yang lebih puitis~

JANGAN BACA!!

HARAP ANDA TIDAK MEMBACA ENTRI INI ATAS DASAR KESELAMATAN.
HARAP MAKLUM,
TERIMA KASIH.





Sekiranya anda masih membaca, sila hentikan pembacaan anda sekarang!

Anda yang membaca, BERHENTI!!

Kenapa anda masih mahu terus membaca?
Bukankah saya sudah beri amaran supaya anda tidak membaca demi keselamatan?

Jadi, sila berhenti membca selepas titik ini.

Oh, sangat susah menangani orang yang masih lagi mahu membaca entri ini.
Bagaimana lagi harus saya katakan pada anda supaya jangan teruskan pembacaan anda?

Kenapa anda masih mahu terus membaca?
Apakah yang anda cari dalam tulisan saya ini?

Rahsia negara?
Rahsia global?
Atau rahsia anda?

Tahukah anda, semasa anda membaca entri ini, sesuatu perkara penting sedang berlaku?

Bagi sesiapa yang menyedari perkara itu, diharap anda segera berhenti.

Nampaknya masih ada yang tidak menyedarinya.
Sebab itu anda masih membaca hingga ke akhir ayat ini.

Sesungguhnya, anda telah kehilangan masa yang berharga kerana membaca entri yang tidak bermanfaat ini.

Baiklah, kerana anda masih berdegil untuk membaca, biarlah saya beritahu anda satu rahsia tentang anda yang mungkin anda tidak tahu atau pura-pura tak tahu.






ANDA DEGIL!!!







hehehe, sekadar entri suke2
siapa2 yang tak abes baca, please let me know, k.
ada present menanti..

huhu~

culas!!

Kelmarin saya berlaku culas. Menaip sekadar mennghilangkan rasa bersalah terhadap blog. Atau lebih tepat dikatakan melakukan tanggungjawab sekadarnya.

Ah, blog yang membebankan saya atau saya yang terbeban kerana blog??

Lama tidak berblog buat saya buntu bila kembali untuk mmenulis. Tak ter'catch up' cerita-cerita blogger yang lain.

Rasa bersalah lagi!
Padahal saya sendiri yang follow mereka secara sukarela...

Maaf, ini bukan entri meluahkan perasaan.

Bercerita tentang culas, saya selalu terkesan dengan ayat

"rugilah bagi mereka yang culas dalam solat"

Bersolat sekadar melepaskan batuk di tangga.

Menyedapkan hati bahawasanya 'aku sudah solat'


Ini Nabi Cerita...

Saya ikut ummi ke kelas mengaji. Alang-alang berbosan-bosan di rumah, sekali sekala perlu juga membuka minda.

Ustazah berkenaan bercerita tentang hari akhirat,

Dimana ummat islam akan terpecah kepada 12 golongan, dan hanya 1 golongan yang akan ke syurga tanpa hisab [betulkan saya kalau salah]

Bercerita tentang golongan yang gagal mendapat tiket direct ke syurga, antaranya adalah mereka-mereka yang selalu ambil mudah akan hal-hal solat. Mereka ini sering melewat-lewatkan solat tanpa alasan yang munasabah.

Apa yang menggerunkan, ketika dikumpulkan di mahsyar, mereka ini dalam keadaan wajahnya menyerupai babi [maaf kalau ada yang tak suka dengan perkataan ini]

Saya telan air liur.

Itu untuk mereka yang melengah-lengahkan solat. Bagaimana halnya dengan mereka yang langsung tidak bersolat. Wallahu'alam

Taubat,
Maka Allah maha penerima taubat


Terkejut + Sedih...

Kadang-kadang saya juga akan ke ruang-ruang chatting di mana room yang saya temui. Teringin berkongsi perasaan dan kisah dengan chatters tegar. Biasanya saya akan gunakan nama yang sukar ditentukan jantinanya.

Atas dasar keselamatan..huhu~

Pernah saya ber'chatting' dengan golongan chatters yang usianya sebayadengan kakcik. dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun. Oh, terasa saya sangat tua di situ..

Dan tiba waktu azan, di ruang chatting masih hangat dengan usik mengusik dan pelbagai cerita. Sengaja saya mengajak mereka berhenti dan solat

Ramai juga yang berhenti
Ramai juga yang 'kejap lagi'

Dan saya terkejut bila ada yang sangat berterus terang

"Tak nak solat boleh tak"

Heh, ingin saja saya sekeh kepala budak tu kalau dia di depan mata.

Ye, saya marah, dan keluar dari chatroom itu.

Apa alasan mereka untuk tidak solat ye???