Ramai yang bertanya

Ramai yang mengagak

Ramai yang, 'ada apa-apa ke??' sambil mengangkat-angkat kening

Tak kurang yang bertanyakan asal usulnya

Korek-korek rahsia sang pemberi

Huhu
Saya jawab dengan senyuman
Lebih kurang macam ni

Tak pun, macam ni

Haha~
Okey, ada part yang saya tambah-tambah

Pada saya ia bukan apa yang perlu dikecohkan. Jadi biarkan mereka dengan andaian mereka. Saya izinkan. Cuma jangan disebar-sebarkan pula ya...
Ianya Sebentuk Cincin
Itulah yang sekian lama tersemat di jari hantu saya. Awalnya saya bukanlah seorang pemakai cincin tegar. Pakai bila tiba raya, atau bila rasa nak pakai. Tapi, sejak hari itu, saya tekad untuk pakai sentiasa.

Pernah juga ditegur abang ngah. Katanya, saya kelihatan macam orang yang sudah bertunang
ooppss...
Saya gelak saja. Malas ambil pusing.
Biar Saya Beritahu
Ramai yang suspicious. Dulu saya biarkan saja apa yang mereka fikirkan. Tapi, bila dengar komen abang ngah, tak mustahil bila mereka curiga.
Adakah saya telah 'create' situasi yang mendatangkan fitnah?
Oh,
Minta dijauhkan
Minta diampunkan Tuhan
Minta fitnah jauh dan menjauh lagi
Rasa Dimiliki
Terkadang saya lupa siapa saya.
Lupa asal usul
Lupa tujuan hidup
Lupa syukur nikmat
Lupa milik siapa
Saya harap cincin itu dihadiahkan dengan penuh kasih sayang.
Sebagaimana kasihnya Muhammad kepada ummat, ibu kepada anak, bapa kepada keluarga, guru kepada pelajar, teman kepada sahabat.
Saya harap saya sentiasa ingat bahawa ada Pemilik Cinta yang sedang mengasihi makhluknya.
Setiap kali saya usap cincin itu, saya cuba merasai kasih itu, saya cuba meresapi sayang itu.
Supaya saya tidak lupa lagi, bahawa masih ada yang perlukan saya di sini, dan masih ada yang sentiasa ingin disisi saya.
Ya,
Saya mahu merasai kehangatan cintaNya
Saya mahu rasa dimilikiNya
Terima kasih kak long~
4 sebok mengomen:
sy pon suka pkai cincin tp xsuka emas.sy suka pkai emas putih.
:)
eh, same la kite cik ayin
huhu
lawakla aya nih..
selalu wat gimik..
yang paling tak tahan biler aya kater..
biler saya cuba mengusap cincin itu..sedang merasai kehangatan cinta itu..
memang lawak la..adoilaaa..
letih berjiwang..tengok2..adoilaa
hehehe..
ema tertipu..
kikikiki~
Post a Comment