''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Reunion

"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung"

Awan,
Kalau dapat kucapai,
Maka saktilah hamba

-Bagaikan Puteri-


Cinta Sang Ratu
Laksana langit mencengkam purnama
Ibarat mutiara di lautan biru
Saujana mata memandang
Seluas langit terbentang

Tatkala cinta berbisik
Suaranya memuji Tuhan
Pabila rindu terusik
Rasulnya jadi pilihan

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian

"Sebagai manusia, aku sayang padamu"

-Cinta Sang Ratu-


Mati itu pasti
Hidup insya Allah

Dendam itu bara
Marah itu api!

-Hijab Sang Pencinta-


Sekali ku rebah
Sejuta kali kubangkit

-Cinta Sufi-


## aku harap muncul kesinambungan yang ke 5

currently reading...

Mula-mula sekali

Sedikit petikan dari Yop Saif (anak Ustaz Hasrizal)…’tak baik cakap aku’.

hihi... Bukanlah nak prejudis dengan perkataan ini, sedangkan ini juga adalah kata-kata dalam seharian kita. Tetapi memandangkan usia dah makin jauh memanjat tangga, lebih elok untuk ditukar kepada yang lebih formal.

Kata ganti yang paling sesuai apalagi kalau bukan,

saya.

Dah lama saya fikirkan hal ini, walaupun hanya kecil isunya, tapi bagi saya agak besar. Supaya saya lebih suka untuk baca semula apa yang saya dah tulis, dan supaya saya tidak malu membaca kembali entri-entri ini apabila sudah bergelar 'ibu' atau 'nenek orang' nanti.

wallahu'alam

Jadi, merujuk kepada tajuk di atas, saya berkenan untuk share dengan sesiapa yang sudi singgah di sini dengan apa yang saya baca sekarang ni. Bagi sesiapa yang pernah scroll down page ini, mereka-mereka ini akan mendapati ada satu gambar buku yang saya sedang baca.

Buku itu tajuknya Syarah Hadits Arbain dari IBnu Daqiiqil 'Ied

Dalam buku ini terkandung 42 hadits berserta keterangan. Dan secara jujur, saya masih belum khatam sepenuhnya buku ini, walaupun nampak nipis.

Banyak halangannya

ops, saya tukar kepada cubaan.

Untuk membaca buku ini, saya perlukan ketenteraman. Itu adalah satu kondisi yang sangat susah untuk saya dapatkan. Kalau di kolej dulu mungkin ya, tapi tiba di rumah, banyak lagi perkara yang sibuk ingin menjadi prioriti.

Jadi, apalah yang saya dapat kalau saya masih teruskan tetapi tidak jelas dan tidak faham apa yang ingin disyarahkan.

Tapi, apa yang best, hadits yang terkumpul sangat hebat. Maksud saya setiap kandungan dan penjelasan adalah mencukupi dan merangkumi kehidupan sehari-harian. Kalau selama ini saya hanya mendengar hadits-hadits ini dari ustaz ustazah, akak naqibah, pembelajaran dalam kelas [sekolah menengah] dan lain-lain, tapi kini saya sudah ada satu sumber rujukan yang tersusun.

Ibaratnya seperti ini:

Kita berjalan di dalam hutan. Kita mampu mengutip daun-daun yang berserakan, tapi tidak tahu entah dari mana asal daun itu. Dari pokok itu kah, pokok ini kah? Tapi kalau kita mengutip daun yang ada pada ranting, kita akan tahu daun itu asalnya dari situ, itu dahannya, pohonnya dan akarnya.

Lebih seronok lagi, saya tahu apa yang saya sampaikan ini bukan lah taqlid semata-mata.

Saya tertarik untuk berkongsi satu hadits. Saya pasti ramai yang pernah membaca, atau sangat fasih dengan hadits ini. Tapi tak salah kan untuk baca dan faham sekali lagi?

Bagi yang belum pernah baca, nah! Ini peluang anda. Tak rugi rasanya menimba ilmu yang sedikit ini, apalagi ilmu yang didatangkan khas dari Baginda, Rasulullah saw.




Dari Wabishah bin Ma'bad r.a, ia berkata : Aku mendatangi Rasulullah saw lalu Baginda tiba-tiba bersabda: 'Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?' Aku menjawab: 'Benar'. Beliau bersabda: 'Mintalah fatwa kepada hatimu, kebaikan adalah apa-apa yang jiwamu tenang dengannya dan hatimu tenang dengannya, sedangkan dosa adalah apa-apa yang meragukan jiwamu dan bimbang di dadamu, sekalipun orang-orang memberikan fatwa untukmu dan menasihatimu.'

Hadits ini sangat direct dan mudah difahami. Saya mula berkenalan dengan hadits ini apabila terjerumus dalam satu masalah hati, dan seseorang yang menasihati saya ketika itu minta saya refer pada fatwa hati.

Saya jahil pada masa itu.

Dan dia tunjukkan saya ayat ini.

Dan sehingga kini saya masih berpegang dengan fatwa ini.

Apa yang kita baca menjadi lebih menarik apabila kita mengamalkannya. Betullah 'ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah'.

Mana mahu merasakan manisnya buah kalau pohonnya tidak menghasilkan buah.

Jom kita sama-sama baca dan hayati, moga manfaat yang hadir itu bertimbun, bak buah yang masak ranum, indah di mata, manis terasa.

=)

kEmBali G*la TT

-baca dengan nada informal-

Cerita hari ini berkisar tentang aku yang tak mampu mengawal diri. Kegilaan dah kembali lagi. Tiba-tiba saja aku menjadi pengumpul plastic beg, bookmark, notes, sticker, pamplet dan resit.

Untuk meringkaskan kisah, aku 'point-form'kan saja. Lebih padat, cepat dan kalian tidak berbinar membaca ;)
  • Kami berenam melangkah ke PWTC membawa satu tujuan [Lina, Intan, Shaza, Zu, Shida, aku]. Bergerak dari fakulti menaiki cab, bertiga-tiga.
  • Aku, Zu dan Shida tiba dulu. Aku tertarik dengan rombongan sekolah. Berjubah merah, bertudung labuh krim. Sweet~~
  • Buku 'wajib beli' dalam list di fikiran aku ialah 'Aku Terima Nikahnya' by Ustaz Hasrizal dan mana-mana buku yang ditulis oleh Hilal Asyraf.
  • Kami menuju ke booth pertama, Galeri Ilmu dan di situ aku sambar dua [setelah berpening-pening untuk memilih yang mana harus menjadi prioriti, aaiiihh!]. Apa yang dibeli? 'Aku Terima Nikahnya' dan 'VT'.
  • Seterusnya aku dan Shida lesap dari mereka yang lain [huhu~]. Mencari karya Tok Guru Nik Aziz [Shida yang kepingin~]
  • Sesi pencarian mencari mereka yang terpisah. Oh, dah 'tersangkut' di Alaf 21 rupanya! Aku pun men'join'kan diri sama =) [membelek-belek karya terbaru Ramlee Awang Murshid-Mikhail. Tapi, tak beli pun. Nak pinjam dengan Shaza je la...]
  • Teringat tujuan asal. Mencari trilogi 'Makrifat cinta'. [Aku baru tahu Syahadat Cinta yang aku cari itu adalah trilogi dibawah tajuk Makrifat Cinta ]. Tidak berhasil menemukan novel tersebut di 'Alaf 21'
  • Beranjak ke booth lain. Sekali lagi terpisah dengan mereka. Tak sanggup mengganggu konsentrasi mereka yang sedang mengenal pasti buku mana yang sudah dibeli, perlu dibeli, dan mahu dibeli. Di sini aku hanya menemui novel terakhir dari trilogi tersebut. Kata si penjual, buku tu saja yang tinggal. TT
  • Tunggu Shida menyelesaikan urusannya [bersama short list nya, hehe~] sambil-sambil aku menjeling-jeling buku yang best. Akhirnya sambar lagi satu novel. Tajuk tak ingat, tapi yang pasti sebuah novel adaptasi dari kisah cinta Yusuff dan Zulaikha dalam al-Quran. Sekarang buku itu ada pada Zu, tanda terima kasih tolong bawakan buku aku yang bertimbun. Thanx Zu =)
  • Di booth ini aku terserempak dengan mereka yang dikenali. Pertama, senior semasa di TAHAP. Kak Zuraida namanya. Rupa-rupanya rombongan pelajar yang berjubah merah bertudung labuh krim itu adalah pelajar-pelajarnya. Dari Maahad tahfiz Hulu Langat. Kedua, terserempak dengan kak long [aish, macam dah tak ada orang lain kan?? =P]
  • Kemudian aku dah tak tahu nak pergi booth mana. Trilogi tak jumpa lagi. Aku tanya pada salah seorang penjual, katanya ada dijual di hall sebelah, bawah PTS Production.
  • Kembali ke booth Galeri Ilmu. Lina mahu beli Asuh untuk adik tersayang.
  • Oh ye, lupa pula, aku ke bahagian Karangkraf, mencari Majalah i edisi April 2009.
  • Kami bergerak ke hall sebelah. Sekarang, tujuan yang tinggal adalah trilogi, dan buku yang di cari Shida, 'Syarah 3 Landasan Utama - Syeikh Muhammad bin Abd Wahab'. Ada sesiapa tahu dimana boleh dijumpai buku ini?
  • Di PTS, aku borong ketiga-tiga novel. Syahadat Cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta. Harga? -aku puas hati-
  • Singgah di tengah ruang legar. Ada persembahan kanak-kanak. Comel!
  • Tiba-tiba dengar suara yang macam dikenali, toleh-toleh, la.... Izni, Lin dan Dayah. [keadaan gamat seketika, macam tak jumpa kat kolej je, huhu~]
  • Shaza dan Intan bawa haluan ke Times Square, gian menonton sudah datang. Wayang apa? -Coming Soon- (tapi Intan kata tak seram pon...)
  • Terpaku seketika dengan persembahan anak-anak sebelum singgah di hall yang lain.
  • Naik ke level 2. Masih dalam misi mencari buku impian Shida.
  • Setelah berputar-putar, akhirnya putus asa. Lagi pun dah Zuhur.
  • Masuk The Mall sekejap untuk cari apa-apa yang patut.
  • Pulang dengan niat, "nak datang lagi tahun depan". huhu~

Apa yang ingin aku 'highlight'kan di sini bukanlah episode pencarian buku di Book Fair, tetapi apakah yang dibeli. Perasan atau tidak, aku hanya mengumpul segala yang berkaitan dengan satu konsep.

-CINTA-

Kenapa ya? Banyak sekali persoalan cinta yang susah untuk dileraikan. Kalau dihitung dengan akal yang kurang isi ini, pastinya hanya berbalik kepada soalan yang tak terjawab. Cukuplah untuk aku katakan, aku mahu belajar erti cinta.

Tersesat dalam era remaja yang penuh warna membutuhkan aku mencari makna cinta. Justeru, membawa aku ingin tahu apa itu tulus dan ikhlas dalam percintaan. Adakah cukup dengan cinta seorang manusia? Bilamana dipersoalkan dengan cinta Illahi, aku cari pengertian itu.

Adakah dengan mencintaiNya, bermakna cinta kepada manusia itu sifar? Bagaimana pula anjuran agama dalam bercinta? Songsangkah kita apabila merindui yang selain dariNya? Bagaimanakah untuk kita belajar mencintaiNya?

Jadi aku memilih novel-novel ini. Tapi mengapa novel, dan bukannya wacana motivasi atau kitab-kitab?

Aku mahu menemukan pro dan kontra yang sekaligus. Aku mahu larut sekali dalam kisah itu. Mahu turut merasai apa itu cinta, sehingga berhasil sampai ke benteng yang memisahkannya, jika ada.

Tentu sekali aku ada satu 'guide line' dalam lingkungan cinta di novel-novel itu. Kalau tidak, tiada yang ku bakal dapati melainkan sebuah susur galur cerita cinta, epik manusia.

Aku bersandarkan pada satu lagi buku yang ku beli kali lepas. 'Panduan Bercinta dan Memendam Rindu', sebuah terjemahan dari karya asal Ibnu Qayyim Al-Jauziah.

~selamat membaca untuk aku, juga pada mereka yang lain.




di pojok ini...


'awak beli buku ape?' (sambil menelek ke dalam plastic beg)

'kite ni banyak betul beli, padahal kat umah tu bersepah buku yang tak baca lagi'

'taw tak pe, hehe...'




MaSa yang tak KEtAhUaN ke mana~

ini dia buku2 yang tak ketahuan, kapan mahu di bace~


majalah i bil.76 Februari 2009

dah hampir sebulan majalah ini dibeli. mase awal2 bulan 2 lagi kot. tapi sampai sekarang, susah betul nak khatamkan.. ape masalahnye? ntah la...

sekarang ni masih tercari2 majalah i bil 77, edisi mac..
semalam sudah merayau sampai ke times square mencari i, namun tak ketemuan juge..hmmmm~


ADAM by Ramli Awang Murshid

buku ni sudah lama release, tapi masih belum berkesempatan membacanya. kekangan masa dan juga susah nak mencari. mujur hari tu jumpa kat pusanika UKM bangi~

masih bersampul, menandakan tuan punya buku ni masih belum membelek2nya.. sabar, tiba masanya akanku bedah semua isinya... haha~


Dalang di Palestin... Hamas atau Israel? written by Dr Hafidzi Mohd Noor, pengarah PACE

Buku ini dibeli semasa mengikuti satu ceramah berkaitan Palestina, bersama2 bonda tersayang. ku kebas 2 buah buku, satu lagi berjudul

'Biarkan Aku Jadi Orang Palestin',



yang mana merupakan himpunan cerpen yang ditulis oleh remaja dan mahasiswa. sebuah buku yang menarik hati, mampu menyentap jiwa, lalu membaurkan tangisan...

hmm, ape kes dengan buku yang ke 2 ni??
baru sahaja menginjak ke bahagian kedua. menunggu peluang untuk dihabiskan pembacaannya...


Tokoh2 Di Ranjang Kematian oleh Yusuf Ali Budaiwi

jatuh cinta dengan tajuk buku ini semasa mengikuti Daurah. rupa2nya bukan aku saja yang ingin memilikinya, hampir berebut juga dengan Kak Ana, kalau x silap la..huhu~

setiap kali terpandang buku ini, berkobar2 hasrat untuk membacanya. tapi apakan daya, terlalu banyak perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu.

majalah yang nipis tu pon terkontang kanting nak habiskan, inikan pulak buku setebal 141 muka surat ni..haha~


1511H [KOMBAT] oleh Faisal Tehrani

mula mencari buku ini setelah tertarik dengan satu artikel yang ku dapati semasa di mukhayyam dulu. Alhamdulillah, baru sahaja menemuinya semalam, semasa di Karnival 4KL...

kalau nak ditimbang2 kan, hampir sahaja buku ini tidak dibeli, memandangkan terlalu banyak koleksi yang tidak terusik, uhu~

tapi, bila memikirkan, "mane lagi aku nak cari buku ni kalau bukan kat sini"

lalu disambar juga buku ini...

tunggu turn untuk dibaca~



Travelog Seorang Daie oleh Abdul Rahman

kisah benar liku2 perjalanan seorang pendakwah, guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangan.

tanpa sengaja tangan ini membelek buku ini, yang mana dipunyai oleh Kak Syaza. terbaca sedikit, kemudian membelek isi kandungan, lalu terus membuat keputusan untuk memiliki sendiri.

masih lagi dalam bungkusan plastik...ehe~~~


Al-quranul karim, by Allah swt

pon masih tak khatam2 lagi.masih belom lekat di ingatan cerita2 Nya. belom dihayati lagi mafhum2 Nya.

padahal sudah release lebih seribu tahun yang lalu.

mohon dikurniakan masa, peluang, dan istiqamah untuk ku habisinya, amin~



@+++++@

itu belum lagi dicampur-tolak-bahagi-darab dengan buku2 dan lecture notes ilmiah yang lain:
  • physioanatomy
  • physic chem
  • analytical chem
  • genetic
  • bla bla bla...

#masih mencari buku seterusnya, 'travelog dakwah by prof kamil'. semalam ku dikhabarkan bukunya sudah kehabisan, uhuhuhu~