''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

currently reading...

Mula-mula sekali

Sedikit petikan dari Yop Saif (anak Ustaz Hasrizal)…’tak baik cakap aku’.

hihi... Bukanlah nak prejudis dengan perkataan ini, sedangkan ini juga adalah kata-kata dalam seharian kita. Tetapi memandangkan usia dah makin jauh memanjat tangga, lebih elok untuk ditukar kepada yang lebih formal.

Kata ganti yang paling sesuai apalagi kalau bukan,

saya.

Dah lama saya fikirkan hal ini, walaupun hanya kecil isunya, tapi bagi saya agak besar. Supaya saya lebih suka untuk baca semula apa yang saya dah tulis, dan supaya saya tidak malu membaca kembali entri-entri ini apabila sudah bergelar 'ibu' atau 'nenek orang' nanti.

wallahu'alam

Jadi, merujuk kepada tajuk di atas, saya berkenan untuk share dengan sesiapa yang sudi singgah di sini dengan apa yang saya baca sekarang ni. Bagi sesiapa yang pernah scroll down page ini, mereka-mereka ini akan mendapati ada satu gambar buku yang saya sedang baca.

Buku itu tajuknya Syarah Hadits Arbain dari IBnu Daqiiqil 'Ied

Dalam buku ini terkandung 42 hadits berserta keterangan. Dan secara jujur, saya masih belum khatam sepenuhnya buku ini, walaupun nampak nipis.

Banyak halangannya

ops, saya tukar kepada cubaan.

Untuk membaca buku ini, saya perlukan ketenteraman. Itu adalah satu kondisi yang sangat susah untuk saya dapatkan. Kalau di kolej dulu mungkin ya, tapi tiba di rumah, banyak lagi perkara yang sibuk ingin menjadi prioriti.

Jadi, apalah yang saya dapat kalau saya masih teruskan tetapi tidak jelas dan tidak faham apa yang ingin disyarahkan.

Tapi, apa yang best, hadits yang terkumpul sangat hebat. Maksud saya setiap kandungan dan penjelasan adalah mencukupi dan merangkumi kehidupan sehari-harian. Kalau selama ini saya hanya mendengar hadits-hadits ini dari ustaz ustazah, akak naqibah, pembelajaran dalam kelas [sekolah menengah] dan lain-lain, tapi kini saya sudah ada satu sumber rujukan yang tersusun.

Ibaratnya seperti ini:

Kita berjalan di dalam hutan. Kita mampu mengutip daun-daun yang berserakan, tapi tidak tahu entah dari mana asal daun itu. Dari pokok itu kah, pokok ini kah? Tapi kalau kita mengutip daun yang ada pada ranting, kita akan tahu daun itu asalnya dari situ, itu dahannya, pohonnya dan akarnya.

Lebih seronok lagi, saya tahu apa yang saya sampaikan ini bukan lah taqlid semata-mata.

Saya tertarik untuk berkongsi satu hadits. Saya pasti ramai yang pernah membaca, atau sangat fasih dengan hadits ini. Tapi tak salah kan untuk baca dan faham sekali lagi?

Bagi yang belum pernah baca, nah! Ini peluang anda. Tak rugi rasanya menimba ilmu yang sedikit ini, apalagi ilmu yang didatangkan khas dari Baginda, Rasulullah saw.




Dari Wabishah bin Ma'bad r.a, ia berkata : Aku mendatangi Rasulullah saw lalu Baginda tiba-tiba bersabda: 'Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?' Aku menjawab: 'Benar'. Beliau bersabda: 'Mintalah fatwa kepada hatimu, kebaikan adalah apa-apa yang jiwamu tenang dengannya dan hatimu tenang dengannya, sedangkan dosa adalah apa-apa yang meragukan jiwamu dan bimbang di dadamu, sekalipun orang-orang memberikan fatwa untukmu dan menasihatimu.'

Hadits ini sangat direct dan mudah difahami. Saya mula berkenalan dengan hadits ini apabila terjerumus dalam satu masalah hati, dan seseorang yang menasihati saya ketika itu minta saya refer pada fatwa hati.

Saya jahil pada masa itu.

Dan dia tunjukkan saya ayat ini.

Dan sehingga kini saya masih berpegang dengan fatwa ini.

Apa yang kita baca menjadi lebih menarik apabila kita mengamalkannya. Betullah 'ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah'.

Mana mahu merasakan manisnya buah kalau pohonnya tidak menghasilkan buah.

Jom kita sama-sama baca dan hayati, moga manfaat yang hadir itu bertimbun, bak buah yang masak ranum, indah di mata, manis terasa.

=)

3 sebok mengomen:

joegrimjow at: May 12, 2009 at 11:40 PM said...

ku pon tengah2 skrg ni
moge2 istiqamah

ayaharith at: May 13, 2009 at 1:12 AM said...

ade kwn kate, jgn istiqamah je

yg penting ikhlas

bile ikhlas, istiqamah pon mari...

yeah!

encik joe boleh!

Ben Sedqi at: May 14, 2009 at 8:12 AM said...
This comment has been removed by the author.