''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

untukmu...


Terima kasih pada Lina atas pemberian berharga ini.

Kalau ia tentang friendship, pastinya tiada kata pen
ghargaan terulung buatmu melainkan doa moga dikau sentiasa berbahagia di bawah lembayung rahmatNya. Amin

Rasanya aku mahu 'break the rules'. Boleh tak?
Aku hadiahkan award ini pada semua followers. Mungkin ada yang dah ada. Anggaplah ini tanda huluran cinta dan ukhuwah dari diri yang tak seberapa ini.

Hanya untuk mu :
  • Kirana
  • Farhah Zaidah
  • NadF
  • Siti Nur Huda Husna Zulkarnain
  • Tukang Tulis
  • Ace Azam
  • NuR
  • Cahaya Keindahan
  • Ameen
  • Joegrimjow
  • Ain
  • Alwani Iberahim
  • Cambesje
  • Layona Akiko
  • Farah Najwa
  • Aimie
  • Anis
  • Iceq
  • Kucing Kegirangan
  • GugukBesar1407
  • Syeikh Mohd Azizi
  • Dee
  • Bro Mie
  • DeqDa
  • Asyraff1995
Aku tidak sertakan 'rule' sepatutnya. Kalian boleh lihat di blog Lina untuk maklumatnya. Kemudian, terpulang kepada kalian untuk teruskan atau tidak. Untuk melihat award ini tertampal di blog kalian sudah cukup memberikan kepuasan pada diri, tanda huluran sudah diterima.

Akhir kata, terima kasih Lina, terima kasih semua, terima kasih Tuhan atas anugerah persahabatan...

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik -pembantu Rasulullah saw- dari Nabi saw, beliau bersabda: ''tidak beriman salah seorang di antara kalian sehingga dia mencintai sesuatu bagi saudaranya sebagaimana dia mencintai sesuatu bagi dirinya sendiri.''
[diriwayatkan oleh al-Bukhari no
13 dan Muslim no 45]




kenangan main congkak dengan lina. teka siapa menang?

huhuhu~

selingan di Medan Juang~

Salam

Sekadar selingan.
Terkadang tidak sempat untuk menjengah ke 'rumah' sendiri, apa lagi untuk 'menyapu sawang-sawang'.


Masih di belenggu 3 kertas dalam tempoh 2 minggu.

Tambah lagi dengan buku-buku yang beratur menunggu giliran.

Doa buat diri dan teman-teman:

Mohon niat dan amal adalah konsisten keranaNya. Tidak hanya berura-ura menadah doa di waktu sempit. Mohon dicerahkan hati yang kian hitam dengan tompok noda. Moga jihad ini diterimaNya, seangkatan dengan jihad qital. amin...

kEmBali G*la TT

-baca dengan nada informal-

Cerita hari ini berkisar tentang aku yang tak mampu mengawal diri. Kegilaan dah kembali lagi. Tiba-tiba saja aku menjadi pengumpul plastic beg, bookmark, notes, sticker, pamplet dan resit.

Untuk meringkaskan kisah, aku 'point-form'kan saja. Lebih padat, cepat dan kalian tidak berbinar membaca ;)
  • Kami berenam melangkah ke PWTC membawa satu tujuan [Lina, Intan, Shaza, Zu, Shida, aku]. Bergerak dari fakulti menaiki cab, bertiga-tiga.
  • Aku, Zu dan Shida tiba dulu. Aku tertarik dengan rombongan sekolah. Berjubah merah, bertudung labuh krim. Sweet~~
  • Buku 'wajib beli' dalam list di fikiran aku ialah 'Aku Terima Nikahnya' by Ustaz Hasrizal dan mana-mana buku yang ditulis oleh Hilal Asyraf.
  • Kami menuju ke booth pertama, Galeri Ilmu dan di situ aku sambar dua [setelah berpening-pening untuk memilih yang mana harus menjadi prioriti, aaiiihh!]. Apa yang dibeli? 'Aku Terima Nikahnya' dan 'VT'.
  • Seterusnya aku dan Shida lesap dari mereka yang lain [huhu~]. Mencari karya Tok Guru Nik Aziz [Shida yang kepingin~]
  • Sesi pencarian mencari mereka yang terpisah. Oh, dah 'tersangkut' di Alaf 21 rupanya! Aku pun men'join'kan diri sama =) [membelek-belek karya terbaru Ramlee Awang Murshid-Mikhail. Tapi, tak beli pun. Nak pinjam dengan Shaza je la...]
  • Teringat tujuan asal. Mencari trilogi 'Makrifat cinta'. [Aku baru tahu Syahadat Cinta yang aku cari itu adalah trilogi dibawah tajuk Makrifat Cinta ]. Tidak berhasil menemukan novel tersebut di 'Alaf 21'
  • Beranjak ke booth lain. Sekali lagi terpisah dengan mereka. Tak sanggup mengganggu konsentrasi mereka yang sedang mengenal pasti buku mana yang sudah dibeli, perlu dibeli, dan mahu dibeli. Di sini aku hanya menemui novel terakhir dari trilogi tersebut. Kata si penjual, buku tu saja yang tinggal. TT
  • Tunggu Shida menyelesaikan urusannya [bersama short list nya, hehe~] sambil-sambil aku menjeling-jeling buku yang best. Akhirnya sambar lagi satu novel. Tajuk tak ingat, tapi yang pasti sebuah novel adaptasi dari kisah cinta Yusuff dan Zulaikha dalam al-Quran. Sekarang buku itu ada pada Zu, tanda terima kasih tolong bawakan buku aku yang bertimbun. Thanx Zu =)
  • Di booth ini aku terserempak dengan mereka yang dikenali. Pertama, senior semasa di TAHAP. Kak Zuraida namanya. Rupa-rupanya rombongan pelajar yang berjubah merah bertudung labuh krim itu adalah pelajar-pelajarnya. Dari Maahad tahfiz Hulu Langat. Kedua, terserempak dengan kak long [aish, macam dah tak ada orang lain kan?? =P]
  • Kemudian aku dah tak tahu nak pergi booth mana. Trilogi tak jumpa lagi. Aku tanya pada salah seorang penjual, katanya ada dijual di hall sebelah, bawah PTS Production.
  • Kembali ke booth Galeri Ilmu. Lina mahu beli Asuh untuk adik tersayang.
  • Oh ye, lupa pula, aku ke bahagian Karangkraf, mencari Majalah i edisi April 2009.
  • Kami bergerak ke hall sebelah. Sekarang, tujuan yang tinggal adalah trilogi, dan buku yang di cari Shida, 'Syarah 3 Landasan Utama - Syeikh Muhammad bin Abd Wahab'. Ada sesiapa tahu dimana boleh dijumpai buku ini?
  • Di PTS, aku borong ketiga-tiga novel. Syahadat Cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta. Harga? -aku puas hati-
  • Singgah di tengah ruang legar. Ada persembahan kanak-kanak. Comel!
  • Tiba-tiba dengar suara yang macam dikenali, toleh-toleh, la.... Izni, Lin dan Dayah. [keadaan gamat seketika, macam tak jumpa kat kolej je, huhu~]
  • Shaza dan Intan bawa haluan ke Times Square, gian menonton sudah datang. Wayang apa? -Coming Soon- (tapi Intan kata tak seram pon...)
  • Terpaku seketika dengan persembahan anak-anak sebelum singgah di hall yang lain.
  • Naik ke level 2. Masih dalam misi mencari buku impian Shida.
  • Setelah berputar-putar, akhirnya putus asa. Lagi pun dah Zuhur.
  • Masuk The Mall sekejap untuk cari apa-apa yang patut.
  • Pulang dengan niat, "nak datang lagi tahun depan". huhu~

Apa yang ingin aku 'highlight'kan di sini bukanlah episode pencarian buku di Book Fair, tetapi apakah yang dibeli. Perasan atau tidak, aku hanya mengumpul segala yang berkaitan dengan satu konsep.

-CINTA-

Kenapa ya? Banyak sekali persoalan cinta yang susah untuk dileraikan. Kalau dihitung dengan akal yang kurang isi ini, pastinya hanya berbalik kepada soalan yang tak terjawab. Cukuplah untuk aku katakan, aku mahu belajar erti cinta.

Tersesat dalam era remaja yang penuh warna membutuhkan aku mencari makna cinta. Justeru, membawa aku ingin tahu apa itu tulus dan ikhlas dalam percintaan. Adakah cukup dengan cinta seorang manusia? Bilamana dipersoalkan dengan cinta Illahi, aku cari pengertian itu.

Adakah dengan mencintaiNya, bermakna cinta kepada manusia itu sifar? Bagaimana pula anjuran agama dalam bercinta? Songsangkah kita apabila merindui yang selain dariNya? Bagaimanakah untuk kita belajar mencintaiNya?

Jadi aku memilih novel-novel ini. Tapi mengapa novel, dan bukannya wacana motivasi atau kitab-kitab?

Aku mahu menemukan pro dan kontra yang sekaligus. Aku mahu larut sekali dalam kisah itu. Mahu turut merasai apa itu cinta, sehingga berhasil sampai ke benteng yang memisahkannya, jika ada.

Tentu sekali aku ada satu 'guide line' dalam lingkungan cinta di novel-novel itu. Kalau tidak, tiada yang ku bakal dapati melainkan sebuah susur galur cerita cinta, epik manusia.

Aku bersandarkan pada satu lagi buku yang ku beli kali lepas. 'Panduan Bercinta dan Memendam Rindu', sebuah terjemahan dari karya asal Ibnu Qayyim Al-Jauziah.

~selamat membaca untuk aku, juga pada mereka yang lain.




di pojok ini...


'awak beli buku ape?' (sambil menelek ke dalam plastic beg)

'kite ni banyak betul beli, padahal kat umah tu bersepah buku yang tak baca lagi'

'taw tak pe, hehe...'




Syahadat Cinta



Menjelang hari peperiksaan untuk kertas pertama -Fisioanatomy II- pada esok pagi, aku masih sempat 'membelek-belek' youtube di malamnya. Asalnya mahu mencari video klip 'edCoustic' setelah terpikat dengan 'Muhasabah Cinta'.

Sehinggalah aku bertemu dengan video klip 'Berubah' yang mana video klipnya di ambil dari sebuah filem -Syahadat Cinta-

Sebuah video klip yang sangat menarik bagiku, sehingg
a aku mencari pula filem berkenaan. Pada awalnya, hanya berhajat untuk di download sahaja ke sebelas siri tersebut. Tetapi memandangkan ada sedikit masalah dari sedikit 'coding' [aku pun x faham sangat TT], jadi aku putuskan untuk menonton secara online sahaja. Habis sahaja menonton, aku tiada reaksi lain selain terkebil-kebil...

Aku bukanlah seorang yang arif dalam kritik mengkritik, lebih-lebih lagi dalam hal-hal perfileman. Tapi, cukuplah untuk aku nyatakan, aku sangat KECEWA dengan jalan ceritanya, sama kecewa dengan filem Ayat-Ayat Cinta.

Syahadat Cinta adalah salah satu filem yang di adaptasi dari novel tempatan indonesia karya Taufiq Rahman Al-Azizy. Dan secara jujur, aku belum pernah membacanya, [nampaknya, kunjungan aku ke bookfair nanti akan ada matlamatnya] tetapi amat pasti membaca adalah lebih menyenangkan.

Menonton Syahadat Cinta, di plot permulaannya sangat jelas dan tidak bersimpang siur. Aku seperti dapat merasakan bagaimana jiwa seorang anak muda (Iqbal) yang kosong dengan ilmu dan agama, tiba-tiba terbuka pintu hatinya untuk mencari hidayah setelah insiden yang terjadi ke atas keluarganya, atau lebih tepat, ibunya.

Tetapi, semakin pengakhiran, tiba-tiba sahaja jalan ceritanya seolah-olah terkejar-kejar dan banyak sekali plot yang 'tidak semena-mena'. Beberapa kali juga aku mengangkat-angkat kening tanda tidak faham. Mungkin itu kesilapan teknikal. Tapi bagaimana pula halnya dengan motif dan objektif yang hendak disampaikan kepada penonton?

Banyak sekali adegannya berlatar belakangkan pesantren, dan sudah tentu skrip-skrip bagi setiap watak adalah berupa hikmah, nasihat, ayat Quran, hadith dan sebagainya [ini aku suka]. Tapi aku terkejut sekali apabila tiba satu adegan di mana Iqbal meminta Rahmat supaya diajarkannya solat [gara-gara dia tidak disuruh belajar di pesantren, tetapi di minta mengangkat air selama beberapa bulan]. Jawabnya Rahmat, Iqbal perlu meminta izin kepada pak kiyai mereka dahulu!

Anehkan?

Tapi akhirnya Rahmat ajarkan juga solat, tapi mengikut gaya mukanya, aku tengok macam terpaksa. Dan, melihat cara Iqbal solat apabila bersendirian juga aneh. Anda boleh lihat sendiri nanti.

Apa yang aku mahu katakan disini, bagaimana sebuah pesantren tidak mengajarkan solat dan alquran kepada pelajarnya, walaupun mereka tidak mengikuti secara formal? Untuk berbaik sangka dengan produksi filem ini, aku berpendapat mungkin kiyai tersebut mahu Iqbal sendiri yang menyatakan keinginannya untuk belajar, tapi kenapa sehingga pelajar lain tidak mahu mengajarkan?

Aku geleng kepala...

Masuk pertengahan hingga akhir filem ini, banyak sekali kaitan dengan cinta. Awalnya, Iqbal bertemu dengan Aisyah, anak pak kiyai, kemudian dengan Percilia, gadis kristian yang taat dan baik hati, dan akhirnya jatuh cinta dengan Zainab, juga salah seorang gadis yang belajar di pesantren yang sama.

Konflik terjadi apabila Iqbal tidak menjaga muamalat [ini konklusi aku sendiri] antara dia dan Aisya sehingga menimbulkan fitnah. Belum pun selesai konflik tersebut, Iqbal jatuh cinta pandang pertama dengan Zainab. Jatuh cinta itu tidak salah, tapi melihat cara masing-masing meluahkan cinta, secara jujur, betul-betul buatkan aku meluat. Mungkin agaknya mereka mahu menunjukkan inilah 'cinta dalam islam'?

Dalam hal ini aku semakin ingin berpihak kepada Rahmat dan rakan-rakannya. Tetapi, apabila tiba di akhir cerita, aku sudah hilang kejelasan untuk berpihak kepada siapa-siapa. Kenapa sampai begitu?

Aku hanya suka pada satu watak. Iaitu Esan. [tak berapa pasti apa nama sebenar, mungkin Ehsan?]
Bagi aku, dia seorang sahabat yang bagus. Tidak takut menyatakan kebenaran hatta kepada kawan baik sendiri. Tahu mengambil sikap bila mahu marah atau menasihati.

Akhir ceritanya agak tergantung. Sempat pula si kiyai berpesan untuk Iqbal 'pasang dua'. hihihi...

Kesimpulannya, apakata anda semua tonton sendiri?


Doakan aku esok...



di pojok ini...


'esok nak pergi kol berapa?'
'kol 73o, sempat tak?'

family update!

its all about family...

abah

Buat masa ni, aku sendiri kurang mendapat update tentang abah. Mungkin makin busy, atau berputar-putar dalam kesibukan harian. Tetapi, yang pastinya, abah memang menjalani gaya kerja yang terikat dengan jadual waktu pejabat. Sama seperti warga kota lain, keluar ke pejabat seawal 630 pagi ( abah kata tu pun dah cukup lewat sebenarnya) dan pulang ke rumah menjelang senja. Abah lah yang ajar aku tentang solat semasa terperangkap dalam traffic jammed. Apabila malam, abah akan ke surau untuk solat maghrib dan isyak, dan hanya akan stay di rumah melainkan apabila menyertai program usrah atau lain-lain.

ummi

Ummi seorang guru. Jadi, sekarang mungkin agak sibuk dengan data-data peperiksaan yang lepas, dan persediaan untuk peperiksaan pertengahan tahun. Tambah pula ummi mengajar tahun 6, mestilah padat dengan kelas tambahan dan tuisyen yang perlu ummi kendalikan. Di rumah, hanya penuh dengan buku-buku pelajar sahaja. Kalau mengikut rutin harian ummi, setiap hari ummi akan hantar Aqielah ke taska dulu, barulah ummi ke sekolah. Sekarang, di rumah hanya ada abah, ummi, dan Aqielah. Jadi, kerja-kerja rumah tidak banyak yang perlu diambil kira (tunggu kami semua pulang baru setelkan semua kerja, huhu). Ummi mengajar pagi, dan pulang tengah hari. Petangnya, masa ummi terisi dengan kegiatan sekolah. Lewat petang, barulah ummi akan ambil Aqielah, dan pulang ke rumah. Malamnya pula, ummi akan sibuk untuk menghadiri kelas mengaji, usrah, selain mengajar tuisyen di sekolah.


kak long

Ini kakak sulung ku, (mungkin juga pembaca setia tulisan ku..??) hehehe... Apa yang aku tahu dari kak long, dia baru sahaja tamat exam untuk final year nya dalam bidang Accounting di UIA. Sekarang, sudah pun mula bercuti. Agak-agak berapa ye umur kaklong ni? 27 haribulan 4 ni, genaplah umur kak long 23 tahun. [tak sabar nak tunggu kaklong kerja, nanti boleh 'pau' gaji pertama, huhu~]




abang ngah

Ini satu-satunya kaum lelaki dalam adik beradikku. Abang ngah muda setahun dari kak long dan sekarang masih lagi dalam musim exam untuk final semester 2 bagi tahun pengajiannya yang ke 2. Abang ngah belajar di UIA sama macam kaklong, tapi dalam bidang Egineering major Bioteknologi. Bila habis examnya, tak sempat pula untuk aku bertanya. Tapi harapnya, balik rumah nanti akan ada banyak lagi movie2 yang abang ngah download untuk tatapan kami adik beradik =).




kak de

Ini aku. Sekarang musim exam. Tapi belum start lagi. Hanya akan pulang ke rumah selepas 7 Mei nanti =(











kak teh

Kak teh pula sekarang masih menjadi penganggur setia di rumah. Habis sahaja SPM dan PLKN, kak teh menjadi 'bibik' kami yang baru. Ada lagi, kak teh sempat belajar menjahit dengan ummi. Tapi, agak-agaknya, boleh di pakai kah baju yang kakteh jahit tu? =P. Baru sebentar tadi aku mendapat update dari kakteh. Katanya, dia sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Darul Quran! Katanya lagi, dia akan mula mendaftar masuk pada 2 mei ini (i wonder if i can go along...). Tercapai juga hasrat ummi untuk melihat seorang anaknya bergelar hafizah, insya allah. Nampaknya, rumah akan kembali kosong...


kak chik

kak chik masih di tingkatan 2 di SMK Sungai Pusu, Gombak. Jujur saja, aku tidak tahu banyak update tentang kak chik. Dia tinggal di asrama sekolah, jadi kami jarang bertemu di hujung minggu. Cuma, kali terakhir aku jumpa kak chik, dia demam sehingga terpaksa ambil cuti sakit setelah pitam. Mungkin dah sihat agaknya, sebab itu adalah hal 2 minggu lepas...






Aqielah

Aqielah hanya ada rutin harian yang sama setiap hari. Tapi, rutin itu akan berubah apabila ada antara kami yang bercuti. Katanya, dia mahu bercuti sama. Di rumah, dia adalah penonton setia televisyen. Aku rasa, semua rancangan di semua channel sudah di hafalnya. Cuma baru-baru ini aku dapat tahu, Aqielah dah pencen dari menonton channel ceria, dan bertukar kepada tv9. Tahu kenapa? semata-mata mahu menonton 'Dora the Explorer'. Jangan tak tahu, adik ku ini salah seorang 'kipas-susah-mati' Dora. Dari cadar, selimut, tuala, buku, cd, semuanya Dora dan pink! Sekarang Aqielah dah pandai mengeja dan mula membaca sikit-sikit. Mengira? Entah, setakat 1 + 1 mungkin lepas...



di pojok ini...
'kenapa tulis pasal ni?'
'tiba2 je dtg idea, lagipun bile lagi nak cerita pasal diorang, kan? satu lagi nak dedicate kat kakteh 'tahniah' atas tawaran tu..lepas ni kene rajin2 menghafal...'

saye rajin...

Baca tajuk di atas?

sekadar motivasi untuk diri dan rakan-rakan sempena musim exam yang sedang menggila ini~

ini details tentang exam kami...

  • Fisioanatomi II - 20042009, 0830 am
  • Amali Kimia II - 21042009, 0830 am
  • Kimia Analisis Asas - 21042009, 1530 pm
  • Kimia Fizik I - 26042009, 0830 am
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia - 28042009, 1530 pm
  • Biologi Molekul - 04052009, 1200 pm
  • Pengurusan Emosi - 07052009, 1530 pm

Doakan kami, moga-moga lulus dengan cemerlang. Dan moga-moga ilmu itu bukan lah yang terpaksa dipelajari melainkan untuk di amalkan sepanjang hidup. Juga kepada sahabat-sahabat di UKM, atau mana-mana IPT lain yang bakal maju ke medan yang sama, salam mujahadah ku ucapkan. akhir kata, majulah belia untuk agama!

chaiyyok!!




di pojok ini...

'hari ni kol berapa?'
'cam bese, kol 230 ptg, then sambung mlm. pastu ley layan movie. hiii~'

apabila demam...

Sudah masuk hari raya ke 2, bermakna sudah 2 hari aku demam. Pelik demam kali ini. Lengkap semua pakej
badan panas
sakit kepala
selsema(ni yang paling tak tahan)
batuk
Mengikut perancangan, kami akan bertolak ke kelantan setelah berlama-lamaan di Jengka, Pahang. Kenapa kelantan? Sebab itu kampung abah. Memang kami akan pulang ke sana walaupun tok ayah dan wan dah lama tiada. Pulang sekadar berziarah ke kubur mereka. al-fatihah

Perjalanan dari Pahang ke Kelantan mengambil masa kira-kira 7 hingga 8 jam. Abah ikut jalan manual, means kena merentasi Terengganu dulu. Dan itu adalah satu perjalanan yang amat memeritkan bagi seorang yang tengah demam macam aku ini. Dalam kereta, aku sengaja biarkan kepalaku terhantuk-hantuk pada cermin dengan harapan moga-moga sakit kepala itu berkurangan, tapi kesannya lain pula. nasib baik tak benjol je...

Kami tiba di Kelantan, atau lebih tepat di rumah cik long kira-kira pukul 1 pagi. Selepas bersalam-salaman dengan mereka-mereka yang belum tidur lagi, aku terus ke bilik yang disediakan untuk meletakkan kepala. wahh..nyaman terasa.
Tapi tak lama

Menjelang tengah malam, badan mula kebas-kebas, selsema pula makin teruk terasa. Ditambah pula dengan batuk yang tidak berhenti. Aku tahu aku tak boleh terus pura-pura baring. Lalu aku letakkan matlamat untuk ke dapur dan buat air milo panas dengan tujuan mengurangkan kesejukan.

lega...

Esoknya, aku diberitahu abah akan ke bandar. Cepat-cepat kakteh ku gamit

'tolong cakap kat abah, belikan kak de panadol boleh?'
'pegi klinik la, lagi senang'
'tak nak..tak nak..'

Kemudian kakteh keluar. Dan seperti yang ku jangkakan, abah pula yang masuk ke bilik, mengajak ku ke klinik.

'makan panadol pun bukannya boleh baik demam. jumpa doktor terus. boleh die cakap sakit kat mana'

Abah memang seorang yang apabila bercakap akan bertegas. Aku senyap, menolak dalam diam. Dan sudah pasti ada air mata yang mengiringi. Apabila melihat aku hanya diam dan menggeleng, at last abah pun keluar. Dalam hati, aku terima kalau abah tidak mahu belikan panadol. Memang aku yang mencari penyakit.

Petang itu, abah pulang dengan membawa sebiji kek. Aku baru teringat, hari itu bertarikh 6 November 2005. Hari jadi kak teh yang ke 14. Aku kuatkan diri keluar dari bilik setelah ditegur berkali-kali oleh umi dan kak long.

'macam mana nak baik demam kalau asyik baring je...'

Keluar sahaja dari bilik, menjadi-jadi pula selsema aku. Sampai satu ketika, hidung aku berdarah. Aku cuak, tapi diamkan saja. Bimbang dimarahi abah lagi.

Pulang ke rumah setelah 3 malam di Kelantan, adalah saat yang aku nanti-nantikan. Sakit di rumah lebih baik. Tidak menyusahkan sesiapa.

Pagi itu, seperti biasa rutin di rumah, aku turun ke dapur untuk minum air. Baru sahaja air dituang, pandangan mula berbinar-binar. Rasa mual dan loya. Cepat-cepat aku duduk atas lantai bersandarkan kabinet.

Gelap

Aku seakan baru terjaga dari mimpi apabila disergah abang ngah

'kenapa tidur kat sini??'

Soalan itu tidak terjawab kerana aku sendiri sudah lupa apa yang aku mahu lakukan sebelum itu.

Baru aku sedar, aku pitam rupanya.

Untuk seharian, keadaan aku makin teruk. Sekarang, sudah tambah lagi satu pakej penyakit yang bertandang apabila aku tidak dapat tidur malam disebabkan sesak nafas.

Esoknya, dalam keadaan menahan tangis, aku mengadu pada kakteh supaya memberitahu abah untuk bawaku ke klinik. Akhirnya, aku terpaksa juga ke klinik...

Dan aku pulang membawa ubat yang banyak! Lebih mengejutkan apabila doktor memberitahu aku mengalami simptom awal lelah atau asma, dan ini bukan lah penyakit warisan keluargaku. Cuma aku bernasib baik kerana kondisi ku tidak memerlukan aku bergantung kepada inhaler.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

itu kisah 4 tahun yang lalu.

Tapi itu bukan lah kali terakhir aku berasa sakit demam, cuma antara situasi yang paling teruk pernah aku alami akibat demam.

Biasanya, aku akan ambil mudah apabila sakit. Perkara yang paling ingin aku elakkan adalah ubat dan ke klinik. Tapi ini tidak bermaksud aku takutkan doktor dan ubat, malahan hospital adalah antara tempat yang paling aku suka untuk berkunjung, ketika aku tidak sakit pastinya.

Kenapa?

Ada 2 sebab

Satu, ini sebab peribadi, yang mana kalau aku state kan disini, aku bakal dihentam oleh doktor-doktor dan bakal-bakal doktor

Dua, kerana aku tidak mahu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Aku percaya setiap kesakitan yang aku alami adalah berpunca dari psikologi. Kemungkinan besar aku mempunyai masalah dalaman yang tidak disedari sehingga membawa kepada masalah fizikal. Jadi, aku mahukan kekuatan yang lahir dari tubuhku sendiri untuk menjadi penawar sakit itu.

Itu yang aku yakini selama ini.

Tapi semakin aku membesar dan mula matang, aku tahu aku masih perlukan penawar sebagai alternatif untuk merawat. Atau dalam kata mudahnya, usaha untuk sembuh.

Mengambil ubat-ubatan bukanlah merupakan satu pergantungan, tapi lebih kepada usaha yang dilakukan untuk mendapatkan kesembuhan. Tetapi aku tak nafikan apabila masih ada diantara kita yang meletakkan penggantungan yang melampau terhadap objek-objek ini, sehingga terlupa ada kuasa lain yang berkuasa untuk menyembuhkan.


Itulah yang aku mahu elakkan sekarang.

Kerap kali terlintas di hati rasa kesal dan kecewa dengan ubat yang tidak memberi kesan positif ke atas tubuh. Lalu, mula membentak-bentak, marah kepada doktor yang mencadangkan ubat tersebut.

Sedangkan kita lupa untuk memohon doa kepada Dia yang di atas, supaya menyembuhkan kita seperti sediakala.

Padahal doa itulah tawakkal setelah berusaha.

Apabila ditakdirkan sakit itu sembuh, kita lupa lagi untuk bersyukur atas anugerahNya. Lalu mengatakan ubat itulah yang menyembuhkan. Alangkah naifnya kita...

Disini kita terlupa agaknya dengan firmanNya:

'Sesungguhnya firman Kami terhadap sesuatu apabila Kami mengkehendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya, ''Jadilah!'' Maka jadilah sesuatu itu' an Nahl : 40

'dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku,' asy-Syu'ara' : 80

Pohon ampun denganNya, kerana mungkin sakit itu peringatan dariNya atas khilaf yang pernah kita lakukan. Jangan pula ego dikala sakit, cukuplah dengan kesombongan kita dikala sihat...


wahai Pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dari Mu
ku pasrahkan semua pada Mu

Tuhan, baru ku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cintaMu

kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang ku rasa biar
jadi penawar dosaku

butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
ya Illahi
muhasabah cintaku

Tuhan, kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku dengan Mu

~muhasabah cinta edCoustic







di pojok ini...

'dah makan ubat blom?'
'kat bilik aku tak pernah ada ubat...'

terpempan...

Dengan kadar emosi yang berubah-ubah, dengan degup jantung yang kurang stabil, aku teruskan juga untuk menulis buat kali ini.

Sekadar satu lagi entri yang masih kabut penulisannya

cerita tentang semalam...

seperti biasa, usrah pada kali ini berlangsung pada waktu dan hari yang sama. yang berbeza adalah tempat. setelah menghitung jumlah yang hadir, alhamdulillah, masih lekat 8
keping hati untuk berkorban meninggalkan urusan harian dan bertemu untuk pentarbiyyahan.

kami bermula dengan sedikit muhasabah. soalannya:


'setelah mengikuti usrah ni, apa yang adik-adik rasakan? sama ada dari segi hati ataupun perubahan diri...'

rata-rata mengatakan, hidup semakin terisi dengan sesuatu yang bermanfaat, dan sendiri merasakan diri ini memacu ke arah yang lebih baik.

aku? aku rasa bahagia. cukup.

seterusnya kami menonton video bertajuk 'New Arrival'.

pastinya kami dihidangkan dengan kejutan demi kejutan.

pastinya juga, aku tidak mahu mengulas lanjut mengenai video ini.

ada satu perkara yang lebih utama.

setelah tamat 5 episod, akak bagi sedikit kesimpulan awal. segala-galanya berbalik kepada tarbiyyah individu muslim.


untuk membina sebuah empayar islam, atau yang lebih tinggi dari itu, langkah pertama perlulah di'setel'kan terlebih dahulu. dan perkara ini tidak mustahil, kerana ini telah dibuktikan melalui sejarah Islam.

apabila kak ila menconteng...

bagaimana hanya bermula dengan seorang, iaitu Muhammad saw. lalu baginda mengumpulkan keluarga dan sahabat-sahabatnya. bagaimana boleh dikumpulkan mereka-mereka ini melainkan melalui dakwah dan pentarbiyyahan. sehingga akhirnya, terkumpullah pasukan tentera islam di medan Badar sejumlah 313. dan mereka inilah yang dijanjikan syurga oleh Allah. subhanallah...

aku angguk kepala. betul, dakwah itu bermula dari seorang. sambung lagi kak...

kemudian, mereka membina pula masyarakat islam, sehinggalah terbentuknya daulah islamiyyah. di mana lagi kalau bukan Madinah al-Munawwarah. perlembagaan-perlembagaan islam diasaskan dan terbukti perlembagaan ini menjamin kehidupan yang sejahtera. daulah demi daulah dibangunkan lalu terbentuklah empayar islam. empayar demi empayar lalu terbentuklah satu era dimana islam sebagai rujukan.

tapi sekarang?

kita sendiri dapat lihat di mana barat menjadi kayu ukur atas segala-galanya, bermula dari segi politiknya, ekonomi, sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti fesyen dan sebagaimana.

mana perginya islam yang dahulunya terkenal seantero dunia?

ahh...sakitnya batin ini, ya Allah...

kerana itu tarbiyyah diri penting. hati kena mampan, kena kuat. biar di cucuk dari luar dan dalam, iman itu masih utuh.

akak cerita lagi tentang kekecewaan tentera salib. mereka frust apabila seringkali kalah ditangan umat islam. peperangan demi peperangan, memakan masa sehingga beratus-ratus tahun, tapi apa yang mereka dapat?

kekalahan semata-mata...

'umat islam, kalau ditentang melalui kekuatan fizikan, pastinya kami dapat dikalahkan dengan mudah. kita kena ubah cara kita. kita perang melalui urat saraf damn pemikiran mereka'

ideologi
mind setting
cara hidup


dan mereka berjaya.

kita lihat saja sekarang, bagaimana islam tidak lagi dipandang sebagai cara hidup setiap muslim, malah dipisahkan pula antara dunia dan agama.

sah-sah, virus mereka sudah menyerang ke sana ke mari

jadi apa lagi yang harus kita lakukan?

sekali lagi, tarbiyyah itu penting....


di pojok ini...

'ada apa lagi nak tambah?'
'sebagai seorang muslim, tarbiyah dan dakwah itu seiring, yang penting jangan rasa diri kita tak mampu atau tak layak...'

menConTeng iTu keGemaRanKu

salah satu hobi yang susah untuk aku tinggalkan ialah

menconteng...

pantang bila nampak kertas (walaupun nota kuliah) dan pen atau pensel, tanpa lengah, hobi itu aku teruskan. orang kata itu kerja membuang masa, tapi itu salah satu cara untuk aku ekspresikan emosi selain daripada menulis.

tapi sejak kebelakangan ini, hobi aku yang satu itu sudah mula aku tinggalkan berdikit-dikit. mungkin sebab aku dah dapat luahkan isi hati secara normal agaknya.

tadi aku kemas bilik, memandangkan malam ini usrah di bilikku. pada softboard bilik aku, aku terperasan sesuatu. ada satu kertas. dalamnya dah diconteng macam-macam.

oh, ni kertas yang aku conteng masa 'pengurusan emosi' awal-awal semester tempoh hari.

kenapa aku simpan?

pertamanya, sebab aku memang seorang yang sayang nak buang sesuatu, lagi-lagi kalau sesuatu itu adalah sesuatu yang dapat membuatkan aku tersenyum

kedua, sebab ia menyimpan memori, antara kami berempat.



************************

# aya membaca buku








# zu bersantai di pokok rambutan









# shidah tido dlm kelas









# k. cmah membeli kasut












p/s: gambar itu tidak mewakili orang yang hidup. harap maklum...



di pojok ini...
'sape nak ketas ni?'
'...'

'tak nak sudah, aku simpan sendiri...'
'hehe...'

Aqielah???






nama dia Aqielah Harithuddin

eh, same la nama ayah kita~~

memang lah, sebab dia adik aku...

huhu...


apabila Aqielah mengeja


petang itu, abah menelefonku. aku, seperti biasa sedang dalam misi menyihatkan badan bersama teman-teman seperjuangan di atas jalan raya (gara2 court sudah dimonopoli student medic, TT). aku sangkakan abah mahu bertanya kalau2 aku mahu pulang lagi pada minggu ini atau tidak. tak pernah ada dalam rekod familyku, pulang ke rumah setiap minggu untuk 3 kali berturut-turut. aiiiihhh~~

abah ajak dinner diluar...

ok, set~

dan malamnya, setelah hampir sejam aku menunggu, barulah kereta Unser yang mampu memuatkan keseluruhan family aku itu muncul. dari luar, aku boleh dengar celoteh seorang budak ni, sape lagi kalau bukan Aqielah.

tengah 'exam' ejaan rupanya..
hihihi~~


yang menjadi pembuat soalan adalah abang dan kakak-kakaknya ini. soalan pertama apabila aku masuk ke dalam kereta ialah

cuba eja nama kakde

dan dia mengeja K.A.K.D.E


bukan..bukan. nama betul kak de ape?

hahaha~
tak perlu lah beritahu di sini sebab semua pun da taw name gue...


yang pastinya, ejaan manusia bernama Aqielah ini sedikit tercabar dek ejaan nama aku yang mencabar..hehehe.. aku berani cakap macam ni sebab masih ada kawan aku yang dah kenal dari kecik still tak boleh eja btol2 name aku yang best ini...aiisshhh~

kemudian, setelah dia tension dengan bahasa melayu, konon-konon nya mahu mengeja dalam english plak...

susahlah adik nak eja. adik nak eja '1' plak.


ok2, eja la...

W.A.N. = one

ahahahahahaha~

sungguh, adikku ini memang sangat lawak =D


kemudiannya lagi, atas permintaannya sendiri dia nak mengeja sesuatu

T.U.D.U.N.G = tudung

wah..mantop2!!

big applause for her... lalu kekembangan pun berlaku (^0_o^)

abah pun usik sikit

Aqielah
cuba eja ' Aqielah tak pakai tudung'

hahaha~


terus mencuka je manusia itu. sambil mulutnye tercebik-cebik...


di sini aku dapat sesuatu.

budak kecil pun, kalau di dedahkan dengan agama, boleh tahu malu apabila di soal tentang aurat. oh yee, adik ku berusia 6 tahun. rasa-rasanya sudah menghampiri tahap mumaiyyiz. lalu, aku reflek diri. rupa-rupanya masih ramai mereka-mereka yang bergelar 'kakak-kakak' atau 'makcik-makcik' yang masih mahu jadi lebih muda dari kanak-kanak yang berusia 6 tahun ini...

sampai sini je~




di pojok ini...

'kenapa adik tak pergi sekolah?'
'sebab kakde ada kat rumah'

'kenapa pulak kalau kakde ada kat rumah, adik tak pergi sekolah?' 'sebab nanti adik kena jaga kakde'

'aiyyark...'

sekolah = tadika

ini kah fasa hidup??

aku buka topik ini dengan sedikit muqaddimah berbaur nasyid. jom nasyid sama-sama~

Ku Mohon
Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com


di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan
namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan

saat badai menderaku
hinggah rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang

berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu

terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin duniawi

gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia

yang menyesatkan
selamanya...

saat hujan basahiku
penuh lumpur dan noda
dalam derai air mata
dengarlah permohonan ku


-@@@@@-



hanya istighfar jadi penawar hati. melihat diri da
n rakan2 yang masih dalam kabut ujian Tuhan maha pencipta. mohon dibukakan pintu hati dan hidayahMu. amin..


iman manusia ini turun dan naik. tidak seperti nabi dan rasul yang imannya sentiasa memuncak. tidak seperti malaikat yang imannya sekata. kalau boleh digrafkan, entah apa pattern iman kita agaknya? adakah naik dan turun sedikit2, atau naik rapidly, lalu turun sedikit demi sedikit, atau naiknya sedikit dan turunnya banyak, atau hanya naiknya ber'musim'?

adakah ini graf iman kita???

entahlah, kadang2 kita juga tidak perasan bila masanya iman ini naik dan bila pula iman ini lemah. maha suci Allah yang membolak balikkan hati hamba-hambaNya...


'sungguh, dia itu sedang diuji'...

itu hanyalah sekerat dari kata2 ku. mahu bercakap dengan lebih panjang, rasa2 nya mesej itu tidak akan sampai.'sangat fail kalau nak terang bil lisani'

mendengarnya sahaja buat aku mengimbau kisah silam. lalu terfikir, adakah ini memangnya satu kitaran hidup? adakah akan sentiasa dialami? atau hanya untuk sekali ini sahaja?

adakah akan dialami setiap dari manusia ini?

lemahnya diri apabila tidak dapat menahan diri dari melakukan dosa. bukan tidak tahu akan azab Allah, tapi perasaan suka itu sudah menutupi rasa takut.

kemudian muncul berdikit-dikit rasa 'kebiasaan'. menganggap semuanya tidak mengapa. apabila diburu rasa bersalah, tidak pernah mahu memulakan langkah pertama untuk bertaubat. sekali lagi terasa lemah, terasa diri hina, hingga tidak layak memohon keampunanNya. redha akan nasib diri yang sudah pasti akan menerima hukuman dariNya di akhirat kelak.

astaghfirullah, apakah kita mengira azab Allah itu ibarat seperit api nyalaan lilin cuma?

'Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ' an nisaa : 56

sungguh, azab Allah itu pedih amat...

kenapa begitu?

futhur. kecewa dengan hidup sehingga merasakan diri terlalu jauh dari rahmat Illahi. tidak mahu berbuat apa-apa kerana merasakan diri tidak mampu. lalu membiarkan hati diisi dengan kegembiraan duniawi yang terang-terangan hanya membawa kepada bahagia yang sementara.

kita seronok apabila dihidangkan dengan nyanyian dan irama dunia.

'ya, inilah duniaku. hanya ini yang membawa bahagia.'
'jangan kamu bimbang, aku masih tahu akan batas2 nya'
'aku hanya mahu merasai sekali sahaja, jadi tolong jangan halang aku'
'dulu aku tak dapat rasa macam ni, bagi chance la...'

rasa bahagia dengan angan2 dan janji kosong dunia.

^^^^^^^^^^^

'akak, kalau akak down, apa yang akak akan buat?'

satu pertanyaan yang baru kali itu dapat ku luahkan.

'rasa2nya akak buat apa?'

'em, entahlah. kalau macam saya, saya biar je, sampai rasa kuat tu datang sendiri. tapi, dalam tempoh tu, rasa tak bahagia dan resah sangat ketara. tak tahan bila hidup macam tu...'

akak jawab, kita kena buat something. tak boleh biarkan saja perasaan tu berlama-lamaan. akak cerita, Saidina Umar, apabila merasakan tiada lagi getaran dalam hatinya tatkala mendengar ayat2 Allah, dia akan memukul2 dirinya. begitu juga dengan akak.

~%%%%%%~

betul. getaran ajaib. kehilangannya membuatkan hidup berubah seratus peratus. tak tahu mana yang silap. kalu tak dikaji ke akar umbi, kita akan mecari penawar ke'takbahagiaan' itu ke saluran2 yang tak sepatutnya.

saluran2 yang tak sepatutnya???

membawa hati yang buntu ke dunia yang 'meriah'. padahal hati itu sedang kosong. sedia di isi dengan apa saja disekelilingnya.

kita mencari hiburan dunia. larut dalam muzik yang melalaikan.
kita bertemu dengan mereka yang asyik bersembang tanpa sebarang manfaat.
kita menonton cerita2 yang menonjolkan tema 'indahnya hidup selama-lamanya'
kita mengadu kepada yang tidak berhak, seronok apabila dipujuk-pujuk.

seronokkan. sekurang2nya terubat sedikit perasaan gelisah itu.

tapi mungkin hanya sesaat. kemudian sendu itu hadir sekali lagi.

'Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati". ' al Baqarah : 38

#######


''Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.'' ar Ruum : 54

sememangnya kitaran itu berlaku. sebagaimana asal penciptaan manusia yang begitu kuat di peringkat awal (semangatnya sperm nak bersenyawa ngan ovum). kemudian lemah apabila memerlukan jagaan manusia semasa bayi, kemudian kembali kuat apabila sudah pandai berdikari, sekali lagi lemah apabila tidak larat lagi menguruskan diri di waktu tua.

sama juga dengan iman. semasa kuat, semua ibadah mahu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. kalu boleh, mahu mengajak sama yang lain. tapi bila datang malas dan lemah, alahai, hanya hati yang mahu membenci, tapi masih teringin untuk maju bersama.

aku akhirnya mengangguk kepala atas persoalan ini, apabila membaca perihal iman yang turun dan naik macam esculator ni, atau mungkin macam lif.

katanya Prof Kamil dalam buku 'Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok',
[ni aku just tulis balik, sebab x ingat ayat yang Prof tulis exactly macam mana]

sebagai manusia, kita tak terlepas daripada berasa 'down'. bila kita merasakan sebegitu, pastinya timbul rasa lemah, kerdil dan hina. sepatutnya, perasaan inilah yang membuatkan kita kembali kepada Yang Kuasa, dengan bersungguh-sungguh memohon keampunanNya dan meletakkan diri dalam pengawasanNya. barulah ketenangan itu hadir. itu janji Allah maha Kuasa

'' (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. '' ar Ra'd : 28




di pojok ini...

'dia dah berubah sangat, susah nak terima...'
'dah tiba masa dia diuji. doakan moga terus dicekalkan iman. mungkin dia lupa kerana tiada yang mengingatkan. sape lagi yang boleh membantu kalau bukan kita, kawan2nya'