''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

raket + shuttle = ukhuwwah~

student forensik first year sekarang sangat mementingkan kesihatan. manakan tidak, setiap kali waktu senggang, ada saja yang mencadangkan agar kami beriadhah. tidak kira petang, malam pun boleh jalan. apalagi bila tiba hari minggu, sesi pagi dipenuhi dengan sesi ber'sihat-sihatan'...





momentum perubahan kendiri...

heh, kedengaran nya agak bombastik.

rutin harian yang membosankan membuatkan kami beralih ke medan ini. setiap hari, kisah hidup bermula dengan bangun pagi, bersiap ke kelas, tunggu bas di kolej, stay di Bangi hingga petang, menunggu bas pulang ke kolej, ber'bosan-bosan' dalam bas (terutama apabila jammed menyerang, huhu), pulang ke kolej, makan, berehat di bilik, tidur, dan esok menjelang. aish, bosannya hidup begitu...

pada mulanya kami berjinak-jinak dengan basketball. tapi, banyak pula kekangannya.
  • kena cepat, kalau tidak terpaksa berkongsi dengan basketballer.
  • agak jauh dari bilik, jadi mesti keluar awal dan balik awal.
  • bola susah nak didapati, kena pinjam dari student lain. dah segan asyik pinjam je..huhu~
  • hanya itu pilihan yang ada, terima seadanya. alhamdulillah...
mujur juga Hasnul sudi pinjamkan set raketnya pada kami. dahulu, cuma ada empat, sekarang dah tambah satu lagi. kami main secara berselang seli. kalau sudah letih, bertukar dengan teman yang lain. lebih seronok begitu. secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan antara kami.
mengikut pemerhatianku, pada peringkat awal masing-masing masih punya sifat mementingkan diri sendiri. paling ketara,apabila merebut raket yang sedikit itu, uhu~~ TT

tapi, lama kelamaan, masing-masing semakin memahami diri masing. raket yang sedikit itu tidak lagi jadi masalah, malahan menyediakan ruang dan peluang untuk kami-kami yang tidak bermain ini untuk berbual-bual dan bertaaruf dengan lebih lagi.

shuttle itu yang menjadi saksinya~~~

ada lagi yang penting. dengan hanya riadhah ini sahaja, kami pupuk sikap kerjasama dan berbagi-bagi. bagaimana itu? hehe...

disebabkan kesemua student forensik ini adalah pemain badminton yang handal2 dan hebat2 belaka, habis kesemua shuttle yang jumlahnya adalah 2 bekas botol shuttle itu kami kerjakan. ini lah hasilnya =)

adakah masih boleh bergelar 'shuttlecock'???

alhamdulillah, masing-masing sedar akan tanggungjawab masing-masing. sudah tahu main, mestilah tahu adab dan tatacara meminjam, kan?

kami berpakat untuk membeli satu lagi bekas shuttle yang mengandungi sedozen shuttle. seorang keluarkan sedikit amount. tak banyak, berkat kerjasama...

kalau kami hanya bermula dengan berkumpul untuk bermain badminton, kini sudah mula keluar makan bersama-sama. kemudian, main bersama-sama. indah kan suasana itu?


apabila bakal forensik bermain badminton...
hurm...terlalu indah untuk ditulis dengan perkataan.
  • port kami adalah belakang blok B. sebenarnya itu adalah court sepak takraw. tapi agaknya tiada pelajar KTSN yang berminat nak mengimarahkan permainan sepak takraw, lalu kami ubah gelanggang itu menjadi gelanggang badminton. huhuhu~
  • mesti pasang net. seronok walaupun benda tu adalah perkara simple. itu yang seronok nya berukhuwah, perkara kecil pun jadi bermakna apabila dibuat bersama-sama.
  • main secara perkongsian. macam mana tu? kami divide court itu kepada 2, jadi boleh la main 4 orang secara single. kadang-kadang, kami main secara beregu. kalau rajin, kira markah,tapi pengiraannya sangat mengarut lah..haha~
  • wajib pasang lagu. bukan calang-calang lagu pula tu. nasyid of course. biasanya handset merah brand sony ericson yang cameranya 5 megapixel itu yang jadi mangsa. hii..
  • haha, akibat terlalu kreatif, boleh pula kami main teka-teka lagu yang dimainkan. orang yang tidak memegang raket akan menjadi judges...
  • rasa-rasanya kami semua mungkin boleh dicalonkan sebagai penerima anugerah vokal terbaik agaknya. manakan tidak, kalau setiap kali pukulan disertai dengan jeritan yang berbagai2..huhu.. astaghfirullah~
  • kami main sehingga lewat malam. tak sah kalau tak nampak pak guard yang on duty malam itu buat checking di kawasan kolej. satu lagi yang tak patut dilakukan oleh mereka2 yang bergelar wanita, lebih2 lagi apabila menginjak ke tangga 20 ini..aish~~
dan banyak lagi yang tak tertulis. terlalu banyak. insya Allah, memori itu ku simpan baik2...

~sekadar catatan atas permintaan teman-teman...


di pojok ini...


'hujan la, camne nak main ni?'
'takpe, hujan ni sekejap je kot. nanti dah reda sikit kite main, k?'

[petang itu kami main dalam keadaan yang sangat berhati-hati, bimbang tergelincir dek lantai court yang digenangi air. yang penting, SEMANGAT!!]

8 sebok mengomen:

cambesje at: April 4, 2009 at 3:21 AM said...

ala~~ npe slipar ak x de...

aya harith at: April 4, 2009 at 10:59 AM said...

uhuhu~

xpe2..

nnt aku snap gmbr yg memuatkan 12 psg selipar plak

=)

~iceq~ at: April 4, 2009 at 11:32 AM said...

prof tu xleh tgak ekk??
=P

aya harith at: April 4, 2009 at 11:41 AM said...

mungkin kott...

sebab dah terlalu tua..

tengok dahi dia dah berkedut-kedut tu...

haha~

pelangi pagi at: April 4, 2009 at 4:12 PM said...

pabila teman2ku mula mgomen~~~
kui3~~~

aya harith at: April 4, 2009 at 4:29 PM said...

pabila pelangi pagi mengomen...??

hehe~~

akustatik at: April 11, 2009 at 11:27 PM said...

cantikla selipe pink tu, sape punye ek..???

huhuhu~

akustatik at: April 11, 2009 at 11:27 PM said...

cantikla selipe pink tu, sape punye ek..???

huhuhu~