''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

Syahadat Cinta



Menjelang hari peperiksaan untuk kertas pertama -Fisioanatomy II- pada esok pagi, aku masih sempat 'membelek-belek' youtube di malamnya. Asalnya mahu mencari video klip 'edCoustic' setelah terpikat dengan 'Muhasabah Cinta'.

Sehinggalah aku bertemu dengan video klip 'Berubah' yang mana video klipnya di ambil dari sebuah filem -Syahadat Cinta-

Sebuah video klip yang sangat menarik bagiku, sehingg
a aku mencari pula filem berkenaan. Pada awalnya, hanya berhajat untuk di download sahaja ke sebelas siri tersebut. Tetapi memandangkan ada sedikit masalah dari sedikit 'coding' [aku pun x faham sangat TT], jadi aku putuskan untuk menonton secara online sahaja. Habis sahaja menonton, aku tiada reaksi lain selain terkebil-kebil...

Aku bukanlah seorang yang arif dalam kritik mengkritik, lebih-lebih lagi dalam hal-hal perfileman. Tapi, cukuplah untuk aku nyatakan, aku sangat KECEWA dengan jalan ceritanya, sama kecewa dengan filem Ayat-Ayat Cinta.

Syahadat Cinta adalah salah satu filem yang di adaptasi dari novel tempatan indonesia karya Taufiq Rahman Al-Azizy. Dan secara jujur, aku belum pernah membacanya, [nampaknya, kunjungan aku ke bookfair nanti akan ada matlamatnya] tetapi amat pasti membaca adalah lebih menyenangkan.

Menonton Syahadat Cinta, di plot permulaannya sangat jelas dan tidak bersimpang siur. Aku seperti dapat merasakan bagaimana jiwa seorang anak muda (Iqbal) yang kosong dengan ilmu dan agama, tiba-tiba terbuka pintu hatinya untuk mencari hidayah setelah insiden yang terjadi ke atas keluarganya, atau lebih tepat, ibunya.

Tetapi, semakin pengakhiran, tiba-tiba sahaja jalan ceritanya seolah-olah terkejar-kejar dan banyak sekali plot yang 'tidak semena-mena'. Beberapa kali juga aku mengangkat-angkat kening tanda tidak faham. Mungkin itu kesilapan teknikal. Tapi bagaimana pula halnya dengan motif dan objektif yang hendak disampaikan kepada penonton?

Banyak sekali adegannya berlatar belakangkan pesantren, dan sudah tentu skrip-skrip bagi setiap watak adalah berupa hikmah, nasihat, ayat Quran, hadith dan sebagainya [ini aku suka]. Tapi aku terkejut sekali apabila tiba satu adegan di mana Iqbal meminta Rahmat supaya diajarkannya solat [gara-gara dia tidak disuruh belajar di pesantren, tetapi di minta mengangkat air selama beberapa bulan]. Jawabnya Rahmat, Iqbal perlu meminta izin kepada pak kiyai mereka dahulu!

Anehkan?

Tapi akhirnya Rahmat ajarkan juga solat, tapi mengikut gaya mukanya, aku tengok macam terpaksa. Dan, melihat cara Iqbal solat apabila bersendirian juga aneh. Anda boleh lihat sendiri nanti.

Apa yang aku mahu katakan disini, bagaimana sebuah pesantren tidak mengajarkan solat dan alquran kepada pelajarnya, walaupun mereka tidak mengikuti secara formal? Untuk berbaik sangka dengan produksi filem ini, aku berpendapat mungkin kiyai tersebut mahu Iqbal sendiri yang menyatakan keinginannya untuk belajar, tapi kenapa sehingga pelajar lain tidak mahu mengajarkan?

Aku geleng kepala...

Masuk pertengahan hingga akhir filem ini, banyak sekali kaitan dengan cinta. Awalnya, Iqbal bertemu dengan Aisyah, anak pak kiyai, kemudian dengan Percilia, gadis kristian yang taat dan baik hati, dan akhirnya jatuh cinta dengan Zainab, juga salah seorang gadis yang belajar di pesantren yang sama.

Konflik terjadi apabila Iqbal tidak menjaga muamalat [ini konklusi aku sendiri] antara dia dan Aisya sehingga menimbulkan fitnah. Belum pun selesai konflik tersebut, Iqbal jatuh cinta pandang pertama dengan Zainab. Jatuh cinta itu tidak salah, tapi melihat cara masing-masing meluahkan cinta, secara jujur, betul-betul buatkan aku meluat. Mungkin agaknya mereka mahu menunjukkan inilah 'cinta dalam islam'?

Dalam hal ini aku semakin ingin berpihak kepada Rahmat dan rakan-rakannya. Tetapi, apabila tiba di akhir cerita, aku sudah hilang kejelasan untuk berpihak kepada siapa-siapa. Kenapa sampai begitu?

Aku hanya suka pada satu watak. Iaitu Esan. [tak berapa pasti apa nama sebenar, mungkin Ehsan?]
Bagi aku, dia seorang sahabat yang bagus. Tidak takut menyatakan kebenaran hatta kepada kawan baik sendiri. Tahu mengambil sikap bila mahu marah atau menasihati.

Akhir ceritanya agak tergantung. Sempat pula si kiyai berpesan untuk Iqbal 'pasang dua'. hihihi...

Kesimpulannya, apakata anda semua tonton sendiri?


Doakan aku esok...



di pojok ini...


'esok nak pergi kol berapa?'
'kol 73o, sempat tak?'

5 sebok mengomen:

joegrimjow at: April 20, 2009 at 6:23 AM said...

best jugak ni nonton

fatin aimie at: April 20, 2009 at 2:56 PM said...

2 la aya..sy pon xpuas ht ngan ayat2 cnta..

aya harith at: April 20, 2009 at 6:34 PM said...

silekan nontonnya =)

taw x pe aimie, pas ni nak bace novel je..huhu

farah najwa at: April 21, 2009 at 6:09 PM said...

o ye? nak tgk...

aya harith at: April 22, 2009 at 4:07 PM said...

najwa, ko bole mintak kat mas. die ade muvi tu =)