''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@
Showing posts with label abang ngah. Show all posts
Showing posts with label abang ngah. Show all posts

Awak Ego Taw!!




Pada suatu hari, saya dan Abang Ngah sibuk membelek-belek gambar. Time ni lah abang ngah pernah beritahu saya satu input yang saya tak pernah tahu pun.

mana abang ngah dapat sumber tu pun, gagal untuk saya kenal pasti nerd


Hayati perbualan ini ---->


Abang Ngah: Awak tahu tak?
Saya : Tak tahu
Abang Ngah: Ish, awak ni..
Saya : Ye lah, dah awak tak bagitahu lagi

Abang Ngah: Tahu tak, setiap manusia ni ada sifat ego dan pentingkan diri sendiri yang melampau
Saya : Iye?? Mana awak tahu?

Abang Ngah: Sebab kalau kita tengok gambar, orang pertama yang kita cari adalah kita
Saya : So??

Abang Ngah: Lah, tak paham lagi ke?
Saya : Ooo, maknanya kita ni ego dan selfish la sebab tak cari orang lain, tapi cari kita dulu. Camtu??

Abang Ngah: Haa..pandai pon.. [ni saya tambah2, lalala~]



haiyok2!! ter upload la
jelir





nota prihatin >>>


*bila saya tengok gambar, saya tak cari saya, tapi saya cari orang yang macam sayasiul
*abang ngah: abang kandung saya yang sama umi abah
*
hari ni dapat bubur lambuk free.. hoye2!!
sengihnampakgigi

apa dah jadi ni??



Entah. Saya sendiri pun tak tahu nak describe macam mana. Tapi saya tahu, ada yang tak kena.


Yang selalu ada dalam otak ni

cepatlah hari Isnin
cepatlah bukak sem baru
cepatlah kelas stat
cepatlah assignment bertimbun-timbun

Supaya saya boleh buka semula telinga yang saya tutup selama ni dengan senang

*Saya tak mengarut, cuma perlu berkias-kias~



Kak Long


Kak Long dah start busy. Dengan menyandang jawatan 'guru relief yang sementara', nampaknya saya akan sendirian menghadapi baki-baki cuti yang tinggal.

Sadis~

*kak long dah tidur sekarang, penat menjerit depan budak-budak la tu~



Abang Ngah


Tempat saya bersepak terajang.

ooopps, saya x ganas yee...

Tiap malam menyendeng dengan Abang Ngah dan Kak Long [sebelum Kak Long start busy].

Atas kerusi yang muat untuk tiga orang:

Saya kat tengah peluk Patrick. Abang Ngah kat sebelah kanan berselimut ngan toto sengihnampakgigi. Kak Long kat sebelah kiri pegang cawan berisi air Nescafe susu sambil peluk bantal [korang imagine la macam mana]

Tiap malam tengok muvi

Coming Soon
Angel and Demon
The Mentalist [sekarang baru episode 10 out of 23]

*Abang Ngah perasan kot saya bosan. Sebab tu setiap hari dia tak abes-abes paksa saya tengok 'Saw dari episod 1 sampai 5' sama-sama.

Tapi saya malas...
siul



Tag


Saya tak mampu nak perah otak menjawab tag yang 'mencabar tu.

'komenne'

Nanti, bila emosi dah stabil, bila saya boleh buka telinga dengan senang hati, bila saya dah mula sibuk,

saya janji saya buat!



Cepatlah Jumaat, Sabtu dan Ahad


Hari Jumaat, rumah ni akan bertambah meriah.

Kak Teh dan Achik pulang bercuti midsem
Kak Chik pulang bercuti 'setiap 2 minggu'

Saya mungkin tak bosan lagi~

Hari Sabtu, saya nak ke UKM Bangi
sambil berjalan-jalan lepaskan tension

Hari Ahad, saya ke UKM Bangi lagi
tapi kali ni dengan family



Ampunkan Saya


minta maaf
saya tak tahu nak tulis apa

sebetulnya
saya tak tahu apa dah jadi dengan saya!

ampun
sembah

family update!

its all about family...

abah

Buat masa ni, aku sendiri kurang mendapat update tentang abah. Mungkin makin busy, atau berputar-putar dalam kesibukan harian. Tetapi, yang pastinya, abah memang menjalani gaya kerja yang terikat dengan jadual waktu pejabat. Sama seperti warga kota lain, keluar ke pejabat seawal 630 pagi ( abah kata tu pun dah cukup lewat sebenarnya) dan pulang ke rumah menjelang senja. Abah lah yang ajar aku tentang solat semasa terperangkap dalam traffic jammed. Apabila malam, abah akan ke surau untuk solat maghrib dan isyak, dan hanya akan stay di rumah melainkan apabila menyertai program usrah atau lain-lain.

ummi

Ummi seorang guru. Jadi, sekarang mungkin agak sibuk dengan data-data peperiksaan yang lepas, dan persediaan untuk peperiksaan pertengahan tahun. Tambah pula ummi mengajar tahun 6, mestilah padat dengan kelas tambahan dan tuisyen yang perlu ummi kendalikan. Di rumah, hanya penuh dengan buku-buku pelajar sahaja. Kalau mengikut rutin harian ummi, setiap hari ummi akan hantar Aqielah ke taska dulu, barulah ummi ke sekolah. Sekarang, di rumah hanya ada abah, ummi, dan Aqielah. Jadi, kerja-kerja rumah tidak banyak yang perlu diambil kira (tunggu kami semua pulang baru setelkan semua kerja, huhu). Ummi mengajar pagi, dan pulang tengah hari. Petangnya, masa ummi terisi dengan kegiatan sekolah. Lewat petang, barulah ummi akan ambil Aqielah, dan pulang ke rumah. Malamnya pula, ummi akan sibuk untuk menghadiri kelas mengaji, usrah, selain mengajar tuisyen di sekolah.


kak long

Ini kakak sulung ku, (mungkin juga pembaca setia tulisan ku..??) hehehe... Apa yang aku tahu dari kak long, dia baru sahaja tamat exam untuk final year nya dalam bidang Accounting di UIA. Sekarang, sudah pun mula bercuti. Agak-agak berapa ye umur kaklong ni? 27 haribulan 4 ni, genaplah umur kak long 23 tahun. [tak sabar nak tunggu kaklong kerja, nanti boleh 'pau' gaji pertama, huhu~]




abang ngah

Ini satu-satunya kaum lelaki dalam adik beradikku. Abang ngah muda setahun dari kak long dan sekarang masih lagi dalam musim exam untuk final semester 2 bagi tahun pengajiannya yang ke 2. Abang ngah belajar di UIA sama macam kaklong, tapi dalam bidang Egineering major Bioteknologi. Bila habis examnya, tak sempat pula untuk aku bertanya. Tapi harapnya, balik rumah nanti akan ada banyak lagi movie2 yang abang ngah download untuk tatapan kami adik beradik =).




kak de

Ini aku. Sekarang musim exam. Tapi belum start lagi. Hanya akan pulang ke rumah selepas 7 Mei nanti =(











kak teh

Kak teh pula sekarang masih menjadi penganggur setia di rumah. Habis sahaja SPM dan PLKN, kak teh menjadi 'bibik' kami yang baru. Ada lagi, kak teh sempat belajar menjahit dengan ummi. Tapi, agak-agaknya, boleh di pakai kah baju yang kakteh jahit tu? =P. Baru sebentar tadi aku mendapat update dari kakteh. Katanya, dia sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Darul Quran! Katanya lagi, dia akan mula mendaftar masuk pada 2 mei ini (i wonder if i can go along...). Tercapai juga hasrat ummi untuk melihat seorang anaknya bergelar hafizah, insya allah. Nampaknya, rumah akan kembali kosong...


kak chik

kak chik masih di tingkatan 2 di SMK Sungai Pusu, Gombak. Jujur saja, aku tidak tahu banyak update tentang kak chik. Dia tinggal di asrama sekolah, jadi kami jarang bertemu di hujung minggu. Cuma, kali terakhir aku jumpa kak chik, dia demam sehingga terpaksa ambil cuti sakit setelah pitam. Mungkin dah sihat agaknya, sebab itu adalah hal 2 minggu lepas...






Aqielah

Aqielah hanya ada rutin harian yang sama setiap hari. Tapi, rutin itu akan berubah apabila ada antara kami yang bercuti. Katanya, dia mahu bercuti sama. Di rumah, dia adalah penonton setia televisyen. Aku rasa, semua rancangan di semua channel sudah di hafalnya. Cuma baru-baru ini aku dapat tahu, Aqielah dah pencen dari menonton channel ceria, dan bertukar kepada tv9. Tahu kenapa? semata-mata mahu menonton 'Dora the Explorer'. Jangan tak tahu, adik ku ini salah seorang 'kipas-susah-mati' Dora. Dari cadar, selimut, tuala, buku, cd, semuanya Dora dan pink! Sekarang Aqielah dah pandai mengeja dan mula membaca sikit-sikit. Mengira? Entah, setakat 1 + 1 mungkin lepas...



di pojok ini...
'kenapa tulis pasal ni?'
'tiba2 je dtg idea, lagipun bile lagi nak cerita pasal diorang, kan? satu lagi nak dedicate kat kakteh 'tahniah' atas tawaran tu..lepas ni kene rajin2 menghafal...'

usr@ti...

alhamdulillah..ade lagi mase nak menulis.

keluarga, usrati, family..ape lagi ek? walau ape pon namenye, ia tetap satu perkataan yang menunjukkan hubungan yang erat sesama manusia...





bahagia
seluruh semesta bermula dari keluarga
dari titisan susu ibu tercinta
mengalirlah sungai kasih abadi

tumbuh dari keringat
ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
derai air matanya mengalir
di darah kita membina cita-cita

rentaslah seluruh lautan
kembaralah ke seluruh alam
takkan kau temui
semurni cinta
keluarga...