''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

suke2!!

lagu ni best~
menari


kenapa best?

lirik die best
lagu pon

kesimpulannya, saya dah addicted ngan diz song

lapar



ungu - cahayaMu

Kau bawa cahaya di dalam hidupku
Disaat ku membutuhkan
Di jalanku yang tak terang

Hatiku bertanya benarkah ku telah berbakti
Atau ku saat ini hanya sekadar berjanji

Kau selalu ada saat jiwaku tiada
Kau beri cinta terindah
Saat hidupku terluka

Tak terbayangkan erti hidupku tanpa hadir Mu
Kau hembuskan harapan ketika ku kehilangan

Hanya pada Mu ku kembali
Hanya karna Mu ku berjanji
Arti hidup hanya untuk Mu, ya Allah

Atas izinMu ku terlahir
Atas kuasaMu ku berdiri
Iringilah setiap langkahku, ya Allah



video boleh tengok kat utube
siul


*saya rasa kan saya dah addicted dengan lagu2 ungu~

Sehari di bulan Ramadhan~



wah, dah macam diari pulak

tak kisa la..lalala~




Kisah 1#

Cik Lynet kepingin nak masak kan something untuk kami berbuka hari ini

Menunya adalah Spaghetti

Sila tengok gambau ===>


hulurkan tangan ringankan beban~


Ini lah hasil air tangan 'mama' Lynet sengihnampakgigi





Akibatnya, kami kekenyangan sebelum sempat makanan licin

Spaghetti ni saya anggap sangat special sebab:

  • Ni first time Cik Lynet cuba menu ni, tak pernah buat lagi b4 diz
  • Guna rice cooker jejelir
  • Ingredients yang terhad
  • On the spot punye plan

Tapi hasil nya

Cik Lynet boleh di buat menantusengihnampakgigi




Kisah 2#

Masa kecil2 dulu saya suka pergi masjid besar di Kuantan. Kalau tak silap, namanya Masjid Sultan Ahmad Shah.

Kawasan perempuan yang besar, menyebabkan saya sangat aktif berlari-lari dengan adik2

Kadang-kadang rasa macam masjid tu kami yang punya
hehe~

Satu hari saya turun ke bahagian bawah, terpaksa melintasi makcik2 yang tengah bersantai

Terdengar suara seorang makcik yang prihatin

"Adik, jangan main kat sini.."

Saya toleh dan pandang mak cik tu dengan kening terangkat2

"Tu tengok papan tanda.."

Saya tengok papan tanda..

Oh patut la...



Kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah tidak dibenarkan memasuki kawasan masjid


~Alah, saya sudah 8 tahun siul




Kisah 3#

Tadi saya berkesempatan solat terawikh di dua tempat yang berbeza

Oh ya, saya cuma lakukan 8 rakaat

4 rakaat di surau KBH, dan 4 lagi ditambah witir di masjid UKM

Semasa witir, saya berpeluang berdiri bersebelahan foreigner
oh ok, saya taw saya macam jakun nerd

Cuma yang saya mahu ceritakan,

Cantiknya Islam~

dibesarkan lain2
warna kulit lain2
kain sembahyang pun warna lain2

Tapi cara solat stil sama

Best2...

Awak Ego Taw!!




Pada suatu hari, saya dan Abang Ngah sibuk membelek-belek gambar. Time ni lah abang ngah pernah beritahu saya satu input yang saya tak pernah tahu pun.

mana abang ngah dapat sumber tu pun, gagal untuk saya kenal pasti nerd


Hayati perbualan ini ---->


Abang Ngah: Awak tahu tak?
Saya : Tak tahu
Abang Ngah: Ish, awak ni..
Saya : Ye lah, dah awak tak bagitahu lagi

Abang Ngah: Tahu tak, setiap manusia ni ada sifat ego dan pentingkan diri sendiri yang melampau
Saya : Iye?? Mana awak tahu?

Abang Ngah: Sebab kalau kita tengok gambar, orang pertama yang kita cari adalah kita
Saya : So??

Abang Ngah: Lah, tak paham lagi ke?
Saya : Ooo, maknanya kita ni ego dan selfish la sebab tak cari orang lain, tapi cari kita dulu. Camtu??

Abang Ngah: Haa..pandai pon.. [ni saya tambah2, lalala~]



haiyok2!! ter upload la
jelir





nota prihatin >>>


*bila saya tengok gambar, saya tak cari saya, tapi saya cari orang yang macam sayasiul
*abang ngah: abang kandung saya yang sama umi abah
*
hari ni dapat bubur lambuk free.. hoye2!!
sengihnampakgigi

pharmacoLYTIC "-_-

huh, kalau Dr Rohi n Dr Dayang tahu saya wujudkan perkataan ni, confirm saya akan di 'pok'

huhu~



malam sebelum exam...




bergolek bersama patty dan mashu~



hari kejadian...

pharmacolytic---->

sejenis agent jadian yang hanya bertukar bila dihadapkan dengan kertas soalan pharmacology
di trigger secara semula jadi oleh faktor persekitaran dan dalaman
tiada inhibitor yang dapat dikenal pasti
antagonist type



saya lah pharmacolytic itu!!
nerd

ampunkan daku wahai pharmaco sayang~

...[no tiltle]

Semalam 24 hb 8 tahun 2009
Semalam hari ke 3 berpuasa
Semalam saya dapat sesuatu dari Kakteh

Jam 843 malam, ada bunyi mesej masuk


Saya cek, cek..

>>Owh, dari Kakteh


Scroll sampai bawah

>>Panjang juga mesej ni

>>Tak pe lah, nanti baca


ade unsur jahat di situ
setan

Dan hari ini, saya teringat semula

Mahu baca balik


Nak tahu tentang apa??


********************



.:kak teh 2:.
24-aug-2009 8.43 pm


"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...


Kerana Allah teramat menyintainya ...


Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah untuk menjaga kita?

Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"


"Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya

Mengapa masih ragu2? "



"Kekuatan usah ditunggu, tapi harus dicari


Hargailah kesempatan yang Allah berikan..."


" Sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya "- Imam Ghazali




********************


termenung...

mesej yang betul2 kena pada masanya

susah ya menjadi yang terbaik?


kepada mereka,
maafkan atas segala kejengkelan kalian demi melihatku begini
aku butuh waktu untuk kembali...
xpasti


rindukan yang dulu~

ATTENTION!!

URL saya da bertukar kepada

http://ayot89.blogspot.com

hekhek~


sekian, timekaceh
sengihnampakgigi

syndrom

saya bukannya tiba2 mahu bertukar profesyen untuk menjadi ahli patologi dengan bercerita tentang syndrom.

tapi rupa-rupanya saya baru tahu bahawasanya syndrom itu adalah ----->


symptom + symptom + symptom + symptom[n]


= syndrom






syndrom exam

antara symptom yang dapat dikenal pasti

sakit kepala
malas amat yang tiba-tiba
tension yang tak tentu pasal
kadar pengambilan panadol yang meningkat
rajin update blog


seharusnya saya bersyukur kerana musim exam telah menolong saya memeriahkan semula blog yang dah bersawang ni

huhu



pemberitahuan...

kepada yang yang berhati mulia kerana menganugerahkan tag kepada saya, jangan risau, saya akan buat.

tapi bukan sekarang

nak kumpul dulu banyak-banyak siul

pssst.. syira, dont toreh2 muke i k....


urm, nak cari gambar sat...






cantik kan??

adios~
kenyit



saya sedang addicted ngan 2 lagu~

updated~

hari ini saya akan update blog
siul


berita terkini ====> exam midsem!!

270808
farmakologi am

280809
patologi asas

020909
kimia fizik II

030909
kimia polimer I

060909
kimia kumpulan utama dan peralihan

090909
instrumentasi forensik

120909
kimia organik II


saye suke bulan 9..huhuhu~



oh, saye nak update lagi


tapi nanti la..
nak study
jelir




pesanan penaja:

mari menjadi rajin
nerd

lalalala~

aish, sekali lagi saya ter'miss' nak tulis entri.

dah 5 hari kot..



tengok je la kat bawah ni

sengihnampakgigi


ok, tata~



*esok kuiz kukup. ini yang betul2, bukan cubaan~

sabarlah sayang~

Dalam tempoh hampir 14 jam tidak berada di bilik, akhirnya saya dapat belajar satu lagi perkataan yang terdapat dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, iaitu



S.A.B.A.R





Saya belajar sabar bila

Terpaksa tahan mengantuk sepanjang 3 jam eksperimen
Semua eksperimen asyik tak menjadi
Tension sebab tak tahu jalan ke Dewan Gemilang
Cari booth yang susah nak jumpa
Ruang solat dan telekong yang terhad untuk solat Zohor
Tunggu selama 5 jam untuk duty jaga booth
Kaki melecet sebab pakai kasut sukan
Dah pukul 7 malam tapi bas tak ada nak balik kolej
Solat Maghrib Isyak di surau Kolej Rahim Kajai yang agak lain suraunya
Menaip entri dalam keadaan mengantuk

fuhhhh penat


Tapi saya yakin ada hikmah nya

Contohnya,

dapat solat Isyak berjemaah. Dah lama tak dapat berjemaah. Busy?? Ye lah tu...

Ada lagi, lab partner saya bermurah hati buatkan discussion untuk report eksperimen kali ini

hoye2!!


Booth Ku Sayang...


Agak berlainan dengan booth yang pernah saya kendalikan. Tapi, saya tak boleh nak bandingkan keduanya memandangkan ruang dan event adalah berbeza sangat3...


Demi menghabiskan masa selama 5 jam...

Sempat juga kami [Ayot, Shazot, dan Cik Izni] alter sikit2 ruang booth kami, supaya nampak ok.

Tampal-tampal apa yang perlu ditampal
Lukis-lukis, tulis-tulis
Angkat dan susun
Create semula 'crime scene'



Seterusnya... ...death cause a buzzzzzzzzzzz...


...tool kit: segalanya ada di sini...


...N senget...


...itu mangsa dera...



Itu saja, dah masa untuk rehat~


psst...
bawak la kain semayang walo ke mane saje kite pegi...

Lori Terbalik...

Oh, alamak2!!

Dah selang sehari tak de entri baru
Hari ni mesti post jugak

MESTI2!!



********************



Tazkirah Ringkas...


Isnin malam, pulang dari kelas Organik jam 8 malam, singgah di surau UO untuk solat Maghrib. Terpanggil untuk mendengar sedikit pengisian antara Maghrib-Isyak.Alhamdulillah, Allah bagi peluang...

Berkenaan hati, si pemberi tazkirah memberikan satu analogi simple dan mudah ditakrif.

Seperti dua buah lori yang masing-masing membawa buah epal dan oren, lalu berlanggar. Lori yang membawa buah epal pastinya akan menumpahkan epal-epal yang diangkut, demikian hal nya dengan lori yang membawa buah oren. Lori itu tidak akan menumpahkan buah selain dari buah-buahan yang diangkut oleh lori itu.

[Cube imagine, takkan lori yang bawak durian terbalik, buah nangka pulak yang bergolek2 atas jalan raya...]

Kaitkan dengan hati kita,

Sesuatu yang kita lakukan pastinya terbias dari apa yang terbuku dari dalam hati. Bagaimana hati, begitulah peribadi. Sepertimana sabda junjungan,

Dalam diri manusia itu ada seketul daging, kalau baik daging itu, maka baiklah seluruhnya. Ketahuilah, itulah hati...

Simple kan?? Sekadar perkongsian dari hamba Allah yang masih perlukan bimbingan dalam pendidikan hati senyum



Selamat Hari Tua...


110809 - Birthday salah seorang CSI team
3rd batch








Eppy Besday LINOT!!
huhu

hope ceria-ceria sokmo
sayang kamu bangat~
love








***penat berjalan + shopping
***mata semakin sembuh, terima kasih atas doanyasenyum
***esok kuiz kukup, doakan semua selamatdoa

OK, DAH UPDATE~~~~




Dah 2 minggu rupanya


Alhamdulillah, masih tergerak hati untuk saya imarahkan semula blog yang usangnya mengalahkan pondok terbiar

hu3

Apa yang saya lakukan dalam 2 minggu??



2 Minggu Ini...


Setiap hari adalah rutin yang sama. Dah macam robot. Tiada yang unusual.

Pagi, bersiap ke kelas.
Tengah hari, makan dan kelas sambung semula
Petang, balik dari kelas
Malam, keluar makan
Tengah malam, tidur

Dan esoknya sama
Dan sama

Dan masih sama

Hingga saya tidak tertarik hati mahu bercerita tentang hal yang sama

Tapi, alhamdulillah, hari itu tiba juga.
Hari dimana saya sudah keluar dari kebiasaan...



2 Minggu VS 2 Hari...


Dah lama saya tak rasa yang macam ni

Jantung yang berdegup kencang
Otak yang ligat bermuhasabah
Badan yang berpeluh dingin
Remang-remang bulu roma

Macam-macam lagi rasa yang sukar digambar

Yang mana saya hanya dapat merasainya bila berada disana.
Berkumpul dengan insan-insan yang begitu concern dengan pendidikan hati.

Alhamdulillah



Ini Inputnya...


Perjalanan yang agak mencabar untuk kami yang sudah lama tak tercabar. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk kami. Terima kasih Kak Ila kerana sedarkan kami tentang prioriti. Terima kasih Shidot sebab sanggup berlepas tangan dan berlapang dada.

Tanpa semuanya, saya mungkin masih robot!!

Malam itu, pengisiannya biasa-biasa saja, tapi bagi saya, sudah cukup untuk ubat kembali hati yang dah lama terlena untuk sebulan lebih.

Rancang, plan things - Keyword utama untuk pengisian kali ini. Banyak kali juga Kak Ila tekan kan, if we fail to plan, then we plan to fail.

Sebagai student, mana lagi untuk korek-korek masa buat assignment, kelas, study untuk exam..
tambah lagi dengan aktiviti kolej yang kadang-kadang memaksa kita membuat pilihan.

Nak tak nak, kita kena merancang. Wajibul ghunnahsengihnampakgigi

Berkisar tentang isu semasa, saya akui saya banyak terlepas atau sekadar ambil tak endah dengan fenomena negara, apatah lagi global.

Usai perbincangan, sekali lagi kami diingatkan untuk sentiasa mencari dan menggali demi memastikan kesahihan maklumat. Orang kata, jangan main tangkap muat je...

Ada lagi yang penting, be a good observer and listener, walau kat mana pun kita..


Kami sambung lagi dengan pengisian, tentang 7 golongan yang dinaungi arasyNya pada hari akhirat kelak.

saya cek-cek, kot2 ada yang terkena..
tapi, hehehe~

********

7 Golongan Yang Akan Mendapat Lindungan Arasy Nya Pada Hari Akhirat
  1. Pemimpin [imam] yang adil
  2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah
  3. Pemuda yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah
  4. Dua orang pemuda yang cinta mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah
  5. Pemuda yang apabila mengingati Allah ketika bersendirian, menitis air matanya
  6. Seorang pemuda yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: 'Tidak! Aku takutkan Allah [inni akhofullah]'
  7. Pemuda yang bersedekah dan tidak pula bermegah-megah
******

Rasanya entri kali ini tak berapa lengkap dan panjang. Maklumlah, lama tak menulis. Maaf atas segala ke'tak best'an anda yang membaca.. Adios


**saya pulang sendirian dari kl ke bangi dengan menaiki monorail, lrt dan komuter bersama-sama mata yang bengkak.. adoii

doakan mata saya sembuh
sedih