''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@
Showing posts with label ummi. Show all posts
Showing posts with label ummi. Show all posts

tarikh untuk siapa??

12 Jun 2009
CSI team berikan saya surprise!

Terkejut
Seronok
Speechless
Terharu

Macam-macam

Thanks gurls~
love u ols..


12 Jun 2008
Ummi tempahkan mee hun goreng dengan air oren untuk rakan-rakan cikgu sesi petang. Segan juga nak menjawab bila ada yang bertanya perihal makan-makan hari Khamis.

"Hari apa hari ni?"

Heh, nak mengaku saya segan, jadi orang lain yang tolong jawabkan. Mengikut kebiasaan, cikgu-cikgu sesi petang hanya akan mengadakan makan-makan atau masak yang best-best pada hari Jumaat saja, selain hari-hari special yang lain.

Terima kasih kat ummi [psst, saya tak nak, tapi ummi nak buat jugak senyum]


12 Jun 2007
Di matrik. Pertama kali saya dapat kejutan dari sahabat-sahabat tersayang : Erma, Aimie, dan Shida. Tepat jam 12 [atau mungkin lewat seminit duasiul], mereka terpa ke bilik saya bersama kek dan kad.

Tapi yang saya tak puas hati, mereka kata saya dah agak mereka akan datang.
Betul, saya sangat tak sangka! Surprise korang menjadi sengihnampakgigi


12 Jun 2006
Hari itu adalah hari Isnin. Semalam, hari Ahad, saya pulang ke sekolah setelah cuti hujung bulan di rumah selama 2 hari. Sangka saya semua orang dalam family saya lupa tarikh hari ini. Sedih tak payah cakap, tapi saya buat macam tak ada apa-apa.

Bila dah sampai kuantan, ummi yang bertanya,

"Esokkan?"

Saya segan, tak suka bila ada yang bertanya meminta kepastian. Seolah saya ini sangat desperatexpasti

Dan ummi minta abah belikan KFC sebagai ganti kek. Kebetulan semua adik beradik turut sama hantar ke Kuantan.

Di sekolah, malam Isnin, Ammar dan Tiqah panggil saya keluar ke satu tempat. Saya tahu apa rancangan diorang, cuma apa dia belum pasti. Sebab mereka kerap menunjuk-nunjuk ke satu tempat [atas public phone]. Saya pun sekilas menjeling, tapi tetap berpura-pura tak nampak.

Sengaja, tak ada mood untuk hari itu.

Maaf kawan-kawan, sekarang saya menyesal...nangih


12 Jun 2005
Baru sangat pindah sekolah, dan peperiksaan tengah tahun baru sangat berlalu. Sedih berpisah masih kuat tertinggal. Kali ini, tarikh itu jatuh pada hari Sabtu. Dan saya sangat pasti tiada yang tahu apa erti tarikh itu. Nak gembar gemburkan? Saya malu...

Tapi hari isnin berikutnya, saya rasa sayalah yang paling bahagia.

Waktu itu kelas Bahasa Inggeris, dan tiba-tiba seorang pengawas menengah rendah bertamu ke kelas kami, seperti biasa menyerahkan surat-surat yang diterima oleh pihak sekolah. Jangan jeles, sampul-sampul surat yang berwarna warni itu semua untuk saya.

Dari siapa? Tentu saja dari mereka yang saya sangat sayangi di TAHAP Terima kasih sahabatsenyumkenyit


12 Jun 2004
Saya kurang ingat apa yang berlaku. Rasanya macam tak ada apa kelainan untuk tahun ni. Atau mungkin sedang dalam cuti sekolah.

Tapi, kad dan hadiah itu sentiasa ada hehe~


12 Jun 2003
Di tingkatan 2. Tarikh itu jatuh pada musim exam.
umm...
Pasti lah tiada siapa yang nak ingat. Saya pun kurang ingat apa yang dah jadifikir


12 Jun 2002
Pertama kali berada jauh dengan family. Sedih. Agak sedih Sekadar wish dari teman, Alhamdulillah Terima kasih semua

Kemudian saya berlari ke public phone, telefon rumah sekadar saja-saja. Mahu beritahu bila mahu pulang ke rumah. Dan abah beriya-iya mahu datang ke TAHAP pada hari esoknya. Pelik.

Esok abah datang, bawa banyak barang yang saya tak pernah kirim pun. Ada coklat, makanan-makanan, dan kad yang sangat sweet...

Lagi sweet bila semua tandatangan ada dalam tu. Suke..suke!

Oh ya, saya yang pertama jauh dari keluarga, mungkin sebab itu saya dapat keistimewaan itu kot kenyit

hehe


12 Jun 2001
Tahun UPSR. Kali ini tarikh itu disambut dengan agak mewah.

Mewah?

Biasa je kot. Cuma ummi sediakan 2 biji kek. Satu di rumah dan satu di tuisyen. Sejak itu saya mula sukakan kek vanilla =)


12 Jun 1990 - 12 Jun 2000
Untuk tempoh 10 tahun ini, saya sangat lupa apa yang dah terjadi. Rasanya saya sendiri pun belum tahu apa makna tarikh tersebut.


12 Jun 1989

1.03 am

Saya sangat menyusahkan ummi. Pagi-pagi buta sudah kejutkan ummi, paksa ummi untuk ke hospital.

Tak cukup lagi agaknya saya susahkan ummi untuk 9 bulan itu. Dan itu lah yang paling klimaks.

Mengikut sumber yang tak tahu boleh atau tidak dipercayai [kaklong dan abang ngah], mereka diminta tinggal bersama penjaga, hanya aku yang dibawa sama.

Betul-betul menyusahkan!

**********************************

Saya insaf bila melihat rentetan yang saya tulis sendiri. Sangat kejam rupanya seorang anak itu. Hanya tahu berseronok-seronok setiap kali tibanya ulangtahun keperitan ibu melahirkan.

Maafkan kakde, ummi.
Terima kasih abah atas segalanya.
Sayang ummi sangat-sangat...
Sayang abah sangat-sangat...
cium
peluk

hari untuk semua - hari guru

Entri ini sempena Hari Guru. Jadi, saya khaskan untuk mereka-mereka yang pernah mengajar saya semasa:
  • Tadika KEMAS [1995]
  • Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad – 1 Khadijah / 1 Abu Bakar [1996], 2 Umar [1997], 3 Uthman [1998]
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Isap – 4 Cemerlang [1999], 5 Bestari [2000], 6 Bestari [2001]
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang – 1 Ibnu Khaldun [2002], 2 Ibnu Rusyd [2003], 3 Ibnu Hazim [2004]
  • SBP Integrasi Kuantan – 4&5 Ibnu Sina [2005-2006]
  • Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan – H3P6 [2007/2008]
  • Semua tenaga pengajar di UKM KL, UKM Bangi, terutama tutor-tutor dan lecturer-lecturer program Sains Forensik

Saya tahu, menjadi seorang pengajar sangat susah, lagi-lagi bila berhadapan dengan murid nakal seperti saya yang :

  • Selalu senyap dalam kelas
  • Kadang-kadang tak buat kerja sekolah [tak siap, bukan tak buat langsung =P]
  • Borak masa cikgu mengajar
  • Conteng buku tulis
  • Tido dalam kelas [tersengguk-sengguk selalu, heh…]
  • Tak masuk kelas [upps, yang ni bukanlah dengan tanpa sebab]
  • Tak bawak buku [kes salah tengok jadual]
  • Dan lain-lain…

Walaupun balasan yang saya dapat itu kadang-kadang membuatkan saya rasa geram yang amat pada kalian [terlalu jujur ke??], tapi at last kalian jugalah yang saya cari untuk pohon ampun dan restu.

Dan tak lupa juga saya ucapkan Selamat Hari Guru buat ummi, sahabat-sahabat yang bakal bergelar guru, kawan-kawan yang sudi mengajar saya, dan mereka-mereka yang banyak beri sikit input bermakna untuk saya.

Tak lupa buat sahabat blogger yang bergelar pengajar. Setakat yang saya dapat detect: bro Mie dan kak Nur

Arigato gozaimasu =)

GRADUASI SPM 2006



Out of topic:

Sejak saya membaca blog kak Nur, saya selalu terkenang pengalaman ketika saya bergelar seorang guru. Guru ganti pastinya. Jadi, saya akan manfaatkan pengalaman itu di sini, dan akan menulis mengikut kacamata dan hati saya. Harapnya, bakal menjadi panduan buat jiwa-jiwa yang mendidik. Walaupun saya bukanlah seorang yang layak memberi input tentang etika pengajaran, saya mohon agar entri yang ditulis masih terkandung ilmu dan ilham buat guru-guru di luar sana =)

family update!

its all about family...

abah

Buat masa ni, aku sendiri kurang mendapat update tentang abah. Mungkin makin busy, atau berputar-putar dalam kesibukan harian. Tetapi, yang pastinya, abah memang menjalani gaya kerja yang terikat dengan jadual waktu pejabat. Sama seperti warga kota lain, keluar ke pejabat seawal 630 pagi ( abah kata tu pun dah cukup lewat sebenarnya) dan pulang ke rumah menjelang senja. Abah lah yang ajar aku tentang solat semasa terperangkap dalam traffic jammed. Apabila malam, abah akan ke surau untuk solat maghrib dan isyak, dan hanya akan stay di rumah melainkan apabila menyertai program usrah atau lain-lain.

ummi

Ummi seorang guru. Jadi, sekarang mungkin agak sibuk dengan data-data peperiksaan yang lepas, dan persediaan untuk peperiksaan pertengahan tahun. Tambah pula ummi mengajar tahun 6, mestilah padat dengan kelas tambahan dan tuisyen yang perlu ummi kendalikan. Di rumah, hanya penuh dengan buku-buku pelajar sahaja. Kalau mengikut rutin harian ummi, setiap hari ummi akan hantar Aqielah ke taska dulu, barulah ummi ke sekolah. Sekarang, di rumah hanya ada abah, ummi, dan Aqielah. Jadi, kerja-kerja rumah tidak banyak yang perlu diambil kira (tunggu kami semua pulang baru setelkan semua kerja, huhu). Ummi mengajar pagi, dan pulang tengah hari. Petangnya, masa ummi terisi dengan kegiatan sekolah. Lewat petang, barulah ummi akan ambil Aqielah, dan pulang ke rumah. Malamnya pula, ummi akan sibuk untuk menghadiri kelas mengaji, usrah, selain mengajar tuisyen di sekolah.


kak long

Ini kakak sulung ku, (mungkin juga pembaca setia tulisan ku..??) hehehe... Apa yang aku tahu dari kak long, dia baru sahaja tamat exam untuk final year nya dalam bidang Accounting di UIA. Sekarang, sudah pun mula bercuti. Agak-agak berapa ye umur kaklong ni? 27 haribulan 4 ni, genaplah umur kak long 23 tahun. [tak sabar nak tunggu kaklong kerja, nanti boleh 'pau' gaji pertama, huhu~]




abang ngah

Ini satu-satunya kaum lelaki dalam adik beradikku. Abang ngah muda setahun dari kak long dan sekarang masih lagi dalam musim exam untuk final semester 2 bagi tahun pengajiannya yang ke 2. Abang ngah belajar di UIA sama macam kaklong, tapi dalam bidang Egineering major Bioteknologi. Bila habis examnya, tak sempat pula untuk aku bertanya. Tapi harapnya, balik rumah nanti akan ada banyak lagi movie2 yang abang ngah download untuk tatapan kami adik beradik =).




kak de

Ini aku. Sekarang musim exam. Tapi belum start lagi. Hanya akan pulang ke rumah selepas 7 Mei nanti =(











kak teh

Kak teh pula sekarang masih menjadi penganggur setia di rumah. Habis sahaja SPM dan PLKN, kak teh menjadi 'bibik' kami yang baru. Ada lagi, kak teh sempat belajar menjahit dengan ummi. Tapi, agak-agaknya, boleh di pakai kah baju yang kakteh jahit tu? =P. Baru sebentar tadi aku mendapat update dari kakteh. Katanya, dia sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Darul Quran! Katanya lagi, dia akan mula mendaftar masuk pada 2 mei ini (i wonder if i can go along...). Tercapai juga hasrat ummi untuk melihat seorang anaknya bergelar hafizah, insya allah. Nampaknya, rumah akan kembali kosong...


kak chik

kak chik masih di tingkatan 2 di SMK Sungai Pusu, Gombak. Jujur saja, aku tidak tahu banyak update tentang kak chik. Dia tinggal di asrama sekolah, jadi kami jarang bertemu di hujung minggu. Cuma, kali terakhir aku jumpa kak chik, dia demam sehingga terpaksa ambil cuti sakit setelah pitam. Mungkin dah sihat agaknya, sebab itu adalah hal 2 minggu lepas...






Aqielah

Aqielah hanya ada rutin harian yang sama setiap hari. Tapi, rutin itu akan berubah apabila ada antara kami yang bercuti. Katanya, dia mahu bercuti sama. Di rumah, dia adalah penonton setia televisyen. Aku rasa, semua rancangan di semua channel sudah di hafalnya. Cuma baru-baru ini aku dapat tahu, Aqielah dah pencen dari menonton channel ceria, dan bertukar kepada tv9. Tahu kenapa? semata-mata mahu menonton 'Dora the Explorer'. Jangan tak tahu, adik ku ini salah seorang 'kipas-susah-mati' Dora. Dari cadar, selimut, tuala, buku, cd, semuanya Dora dan pink! Sekarang Aqielah dah pandai mengeja dan mula membaca sikit-sikit. Mengira? Entah, setakat 1 + 1 mungkin lepas...



di pojok ini...
'kenapa tulis pasal ni?'
'tiba2 je dtg idea, lagipun bile lagi nak cerita pasal diorang, kan? satu lagi nak dedicate kat kakteh 'tahniah' atas tawaran tu..lepas ni kene rajin2 menghafal...'

usr@ti...

alhamdulillah..ade lagi mase nak menulis.

keluarga, usrati, family..ape lagi ek? walau ape pon namenye, ia tetap satu perkataan yang menunjukkan hubungan yang erat sesama manusia...





bahagia
seluruh semesta bermula dari keluarga
dari titisan susu ibu tercinta
mengalirlah sungai kasih abadi

tumbuh dari keringat
ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
derai air matanya mengalir
di darah kita membina cita-cita

rentaslah seluruh lautan
kembaralah ke seluruh alam
takkan kau temui
semurni cinta
keluarga...