''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

bila menulis...

ini entry di awal pagi. take note, it's 12.55 already :)

saya baru setel go through semua entry2 yang pernah saya tulis. pelik. rasa macam bukan saya yang tulis. tapi kalau ikutkan hakikatnya, ye, saya lah penulis tegar itu, dahulunya.

sekarang?
rasa susah dan sukar nak mencoret ayat yang serupa. mungkin lebih kurang sama tapi lain rasanya.

sebab acuannya tak sama.

ok, sudah mula melalut yang tak difahami nampaknya =.=



according to the title...

bila dia menulis, aku tertegun dengan hikayat hidupnya yang bagaikan satu dalam sejuta. cerita hidup yang tidak diungkap dalam mana2 riwayat hidup. aku jadi teringin menulis sepertinya. aku jadi terikut dengan penulisannya. aku mengaguminya kerana tulisannya. tapi, siapa pula yang akan mengagumi penulisan ku?

bila lelaki menulis, aku tertarik dengan humor nya. idea kreatifnya membuat ku tak kering gusi tertawa sendirian. kisah seramnya buat aku termimpi di dalam lena. aku jadi teruja mengikuti cerita coretannya yang seterusnya. aku jadi tidak lelah memetik tetikus untuk menggeledah isi perut 'rumah'nya. cerita yang menarik, aku juga tidak bosan. tapi aku jadi tercabar, mahu tulis yang sama juga. mahu buat orang tertarik juga. tapi, di mana originality entry ku? aku akan membuat cerita fake yang menarik, lalu apa impaknya? aku buat orang tersenyum atau menyampah?

bila perempuan mennulis, sering dilantun lantun kan kisah cinta seperti kisah cinta di alam fantasy. heroin yang serba serbi sempurna dan diidami semua putera. kisah nya membuatku terhanyut dengat ayat2 'magic' yang membuai. boleh jadi membuat aku ingin menikmati situasi yang sama. melihatnya bahagia buat aku iri. jadi, apakah aku perlu menaip yang sama? perlukah untukku membuat karangan yang indah2 tentang percintaan yang tidak pasti?

tetapi bila Dia 'menulis', kalamnya menusuk kalbu, panahan ilmu berombak2, berebut2 menuju ke lubuk hati. tafsirnya tercari2 ketenangan yang selalu diam di dalam hati. perlahan2 auranya mengelus tubir mata, mula menumpah sejernih air. itulah sebaik2 tulisan yang selalu ku dambakan. itulah selembar ayat yang sering membuat ku tertegun. itulah senaskhah kitab yang semakin ku peluk ku sedar getaran yang terhasil darinya.


kerja, kerja juga
study jangan lupa

dunia, dunia juga
akhirat lebih utama

=)