''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@
Showing posts with label usrah. Show all posts
Showing posts with label usrah. Show all posts

nak Masin ke Pahit???

Entri kali ini tak agak berat. [adekah entri saye selama ini berat??]
Tambah dengan malasnya saya untuk berfikir dan kurangnya input-input ilmiah yang dikumpul. Lalu hanya sekadar ini yang mampu dihidangkan
xpasti

2002

Saya sudah 13 tahun, seangkatan dengan batch 1989. Lebih tepat lagi, saya sudah memasuki tingkatan 1 di TAHAP. Semasa di TAHAP, banyak aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk 'freshies'. Dan cerita air garam saya dengar di sini.

Begini, bagi pelajar tingkatan 1 dan 2, ada satu aktiviti khusus untuk kami, iaitu Karnival Usrah, di mana para fasilitatornya terdiri daripada senior tingkatan 3.

Aktiviti yang menarik, tetapi saya tidak tertarik. Kenapa? Malas pastinya. Aktiviti itu mengambil waktu cuti kami, iaitu hari Sabtu, dan dibuat pada waktu pagi yang panas. Sungguh, saya sangat malas pada masa itu.

Tapi, ada satu acara yang menarik perhatian saya.

Kami telah dibahagi-bahagikan kumpulan. Lebih kurang 10 orang satu kumpulan. Untuk acara ini, kami diberikan segelas air yang berwarna jernih untuk setiap kumpulan dalam cawan polisterine.

Syarat permainan?
  • Pemenang dikira berdasarkan kepantasan air dalam gelas dihabiskan
  • Semua ahli kumpulan kena minum
Itu saja. Bagi kami itu senang. Ya, minum air saja.

Dan rupa-rupanya air itu sangat masin! hah

Saya yang berada dikedudukan kedua akhir bimbang,

'janganlah air tu banyak lagi bila sampai kat aku'

Dan entah apa dosa saya pada hari itu, doa saya tidak dimakbulkan. Saya tak sanggup lagi untuk tegukan kedua.

Mujur akak dibelakang saya [senior form 2], sudi menghabiskan air 'laut' tersebut..

Terima kasih Kak Najihah...


2006

Kini saya sudah di tingkatan 5, di SBPIK.

Setiap Sabtu, kami [naqibah form 5] akan membawa adik-adik form 1 bermain-main. Mengisi waktu usrah di waktu pagi, menggantikan teori di surau dengan praktikal di Dataran Integrasi.

Sehinggalah kami hampir kebuntuan idea, apalagi yang boleh kami lakukan untuk adik-adik ini.

Lalu, terfikirlah kami untuk mengadakan games. Lebih kepada game berhalangan.

Syarat permainan:
  • Setiap group ada 5 atau 6 orang
  • Perlu ke stesen yang telah ditetapkan untuk group masing-masing
  • Habiskan semua stesen mengikut turutan
  • Siapa cepat, dia menang.
Kami cuba mencari game apa yang boleh kami sediakan. Yang penting, mestilah kami ada bahan-bahan tersebut, selamat dan murah.

Ketika kebuntuan lagi, saya teringat game yang pernah saya main dulu.

Cuma, dimana kami harus dapatkan garam??

Dan terima kasih pada kinah kerana sudi me'wakaf'kan kopi-kopinya ihikhik

2 botol 1.5 litre kopi siap!!

Diringkaskan cerita games untuk adik-adik tingkatan satu tamat. Sebelum berkumpul untuk sesi reflek dan bersurai, ada beberapa orang datang kepada kami. Sebetulnya, saya bertanya kepada sahabat, ada sesiapa yang sanggup habiskan air kopi tu?

Dan adik-adik itu datang menawarkan diri!

Terkejut betul saya bila mereka mengatakan kopi itu sedap, dan mereka habiskan sekelip mata~

Oh, adik-adikku...

Jadi, saya boleh faham kenapa mereka sangat cepat menghabiskan games ini gatai


Ibrah Dari Pengalaman

Disitu letaknya kemanisan bersahabat. Kenapa itu conclusion saya?

Saya terfikir, kenapa air kopi itu boleh jadi sedap? Padahal bukan sikit serbuk kopi yang kami bancuh. Pekatnya sehingga saya terfikir 2 kali, wajarkah stesen kopi ini diteruskan? Bimbang pula kalau ada yang 'diarrhea' gara-gara kopi kami.

Jangan tak tahu, kami sendiri tak sanggup mencuba sengihnampakgigi

Dan kenapa saya sudah tak sanggup teguk air garam itu untuk kali kedua, padahal saya tahu, akan ada yang perlu berkorban lebih?

Kerana hilang perasaan berukhuwah. Sungguh, saya sedang marah ketika itu. Saya juga belum mengikat ukhuwah yang benar ketika itu. Siapa mereka juga saya tak kenal. Dan saya betul-betul tak peduli siapa mereka.

Lain halnya dengan adik-adik saya. Seingat saya, games itu adalah antara aktiviti-aktiviti hari Sabtu kami yang terakhir. Dan bermakna, sudah banyak kali mereka bersama dan bermain. Boleh jadi, masing-masing sudah sangat kenal dengan masing-masing.

Kerana itu kopi jadi sedap. Masing-masing rela berkongsi bersama.

Atau mungkin berkat air tangan kami yang membancuh dengan penuh kasih sayang? kenyit

bergambar setelah lelah 'mencari harta karun'

Terima kasih pada sahabat-sahabat itu.
Kinah, Aimie, Ainul, Saleha, Zarin, Afifah, Aishah,Pana, Ammar
cium

terpempan...

Dengan kadar emosi yang berubah-ubah, dengan degup jantung yang kurang stabil, aku teruskan juga untuk menulis buat kali ini.

Sekadar satu lagi entri yang masih kabut penulisannya

cerita tentang semalam...

seperti biasa, usrah pada kali ini berlangsung pada waktu dan hari yang sama. yang berbeza adalah tempat. setelah menghitung jumlah yang hadir, alhamdulillah, masih lekat 8
keping hati untuk berkorban meninggalkan urusan harian dan bertemu untuk pentarbiyyahan.

kami bermula dengan sedikit muhasabah. soalannya:


'setelah mengikuti usrah ni, apa yang adik-adik rasakan? sama ada dari segi hati ataupun perubahan diri...'

rata-rata mengatakan, hidup semakin terisi dengan sesuatu yang bermanfaat, dan sendiri merasakan diri ini memacu ke arah yang lebih baik.

aku? aku rasa bahagia. cukup.

seterusnya kami menonton video bertajuk 'New Arrival'.

pastinya kami dihidangkan dengan kejutan demi kejutan.

pastinya juga, aku tidak mahu mengulas lanjut mengenai video ini.

ada satu perkara yang lebih utama.

setelah tamat 5 episod, akak bagi sedikit kesimpulan awal. segala-galanya berbalik kepada tarbiyyah individu muslim.


untuk membina sebuah empayar islam, atau yang lebih tinggi dari itu, langkah pertama perlulah di'setel'kan terlebih dahulu. dan perkara ini tidak mustahil, kerana ini telah dibuktikan melalui sejarah Islam.

apabila kak ila menconteng...

bagaimana hanya bermula dengan seorang, iaitu Muhammad saw. lalu baginda mengumpulkan keluarga dan sahabat-sahabatnya. bagaimana boleh dikumpulkan mereka-mereka ini melainkan melalui dakwah dan pentarbiyyahan. sehingga akhirnya, terkumpullah pasukan tentera islam di medan Badar sejumlah 313. dan mereka inilah yang dijanjikan syurga oleh Allah. subhanallah...

aku angguk kepala. betul, dakwah itu bermula dari seorang. sambung lagi kak...

kemudian, mereka membina pula masyarakat islam, sehinggalah terbentuknya daulah islamiyyah. di mana lagi kalau bukan Madinah al-Munawwarah. perlembagaan-perlembagaan islam diasaskan dan terbukti perlembagaan ini menjamin kehidupan yang sejahtera. daulah demi daulah dibangunkan lalu terbentuklah empayar islam. empayar demi empayar lalu terbentuklah satu era dimana islam sebagai rujukan.

tapi sekarang?

kita sendiri dapat lihat di mana barat menjadi kayu ukur atas segala-galanya, bermula dari segi politiknya, ekonomi, sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti fesyen dan sebagaimana.

mana perginya islam yang dahulunya terkenal seantero dunia?

ahh...sakitnya batin ini, ya Allah...

kerana itu tarbiyyah diri penting. hati kena mampan, kena kuat. biar di cucuk dari luar dan dalam, iman itu masih utuh.

akak cerita lagi tentang kekecewaan tentera salib. mereka frust apabila seringkali kalah ditangan umat islam. peperangan demi peperangan, memakan masa sehingga beratus-ratus tahun, tapi apa yang mereka dapat?

kekalahan semata-mata...

'umat islam, kalau ditentang melalui kekuatan fizikan, pastinya kami dapat dikalahkan dengan mudah. kita kena ubah cara kita. kita perang melalui urat saraf damn pemikiran mereka'

ideologi
mind setting
cara hidup


dan mereka berjaya.

kita lihat saja sekarang, bagaimana islam tidak lagi dipandang sebagai cara hidup setiap muslim, malah dipisahkan pula antara dunia dan agama.

sah-sah, virus mereka sudah menyerang ke sana ke mari

jadi apa lagi yang harus kita lakukan?

sekali lagi, tarbiyyah itu penting....


di pojok ini...

'ada apa lagi nak tambah?'
'sebagai seorang muslim, tarbiyah dan dakwah itu seiring, yang penting jangan rasa diri kita tak mampu atau tak layak...'

picnic yang best...

saturday 17 jan, 11 am, taman tasik perdana

haa...kali ni diri ni nak men'jeles'kan korang sume. ari tu, mengikot trikh kat ats tu, diri ini n sahabt2 seusrah yang lain ade wat picnic kat taman tasik perdana. best siott..!! hheheh, jeles la tu...

perjalanan bermule...

mengikot perancangan asal, akak usrah kami, kak ila da tetpkan kol 9 kat bustop ktsn. tp disebabkan pg tu diri ini ter'involve' ngan men congkak, padahal x main pon, tulis name saje je...huhu~, so nye, tepakse la anjakkan kan ke pkol 945. tp bese la pompuan, bedak la, perfume la, deodorant la, aku x termasok eaaa....~, last2 kol 10 lbey gak kitorg bertolak...

kitorg pergi ngan 2 kete, iswara n kancil. nak x nak, terpakse la kitorg mengecikkan badan kerana apabila dikire2, kitorg sumer skali berjumlah 11 org. mak aii, mane nak sumbat 'anak2 gajah ni'...?? jadinye, kitorg ber'decide' untok sumbt 5 org kat iswara, 4 org kat kancil, x termasuk driver...

oh yee, kitorg kat sini bermaksud kami2 yg join picnic ni, yg terdiri drpd :
  • kak ila selaku akak naqibah
  • kak ana selaku akak co-naqibah ade k perktaan nie??
  • amirah
  • aniza
  • hafsah
  • jue
  • izzati
  • mas
  • shida
  • aimi
  • aya
hmmm...ramai x kitorg??? actually ni pon x ckop ramai lagi. bia ramai2 lagi, br best picnic len kali...sape nak join, bole isi borang ek..huhu

diri ini merupakan salah sorg yg kn berhimpit dlm kete iswara, terpakse la, nk wat cmne... iswara ni di drive oleh kak ana. tgh2 drive tu smpat ag kak ana bertaaruf, da tu, bukan yg besenye taaruf, memg gune ayat skema la...hhehhe, lawak la kak ana nie..

nak dijadikan citer, disebbkan kete yg terlalu byk, kak ana da keilangan kete kak ila, tibe2 kak ila masuk jln len, kak ana plak trus je jln straight. ni gara2 ade kete lain yang potong kete kak ana la ni, ish sebok btul....

wah, cemas ni. make bermula la sesi tepon berdering2.. kecoh sat kete, mane nak jalan pon x taw memandangkan kitorg ni x de pon yg bermastautin kat kl ni...huhu~
seb bek kat depan sket lagi ade jln alternatif len, iaitu jln parlimen...kak ana pon msok la jln tu n tup tup....sampai kat taman tasik perdana... kak ana pon tepon la kak ila, rupe2nye kitorg ni tersmpai awl la plak...heheh..

pusing dan pusing dan pusing, at last jumpe la port yg seswai bangat. di bawah rimbunan pohon berbumbungkan langit berlantaikan rumput kehijauan, cewwah...


main games...

kitorang mule ngan sesi bertaaruf, walaupon ade yg da knal n da stat usrah beberape kali, tp memandang kan ade muke2 baru, make kena la taaruf skali lagi. x pe la, lagi taw lagi bagos kan...

abes taaruf, mule la sesi comot-comot...

1st game...

kami di bahagikn kepade 2 grup. ntok game pertame ni kene deal ngan tepong, adoi mak, diri ini da seriau, pakai serba itam la kate kan...memang balik ni kene mendobi la jawabnye... T_T

make terdengarla kak ila menjerit yg x berape nak jerit...
'ok adik2, care men die kena amek gule2 yg ade dlm tepung tu ngan mulut, x ley gune tgn... ade faham??? gule2 tu terpulang kat korang nak mkn or letak kat tepi'

semangat btol aku, da lame x men cam kanak2 ribena ni...huhu. stat je, trus pecut aku, lantak la baju n tudong tu, tp yg x thn nye abes mate aku masok tpong skali... wawawawawa~

time's up..!! waaa...kitorg kalah!! ish x ley jadi ni. game kedue nnt mesti kene menang...ALLAHUAKBAR!!!

2nd game

kali ni, main gigit2 sudu...heheh, x de lah..men ni lbih kurang same cm men sukaneka bdak2 tadika, bw bola pingpong dalam sudu, cume kitorg x gn bola pingpong, tp gune jeli 'yg bulat2 yang kalo rendam dlm air die jd besar' tu...fuhhh, sush tol nak meng'explain' nie.. sudu lak, gune sudu yg wat mkn tu, sudu besi... maka strategi mula dirancang, kitorg nye strategi ialah gigit sudu tu dlm keadaan horizontal, bukan vertical... alah, dalam keadaan melintang, senang citer...

punye la susah nak bwk... sbb jeli tu lembik sgt, mase nk dropkan atas pinggan tu, kompem pecah, ataupon kitorg kene tunduk melutut semaksimum mungkin, supaya jeli tu tak golek n x ilang entah kemane2...

prittt....!!! mase tamat, mule2 kak ila kire jeli yg berjaya di bawa dgn slamat kat group kak ana...30 biji... skang ni turn kitorg

'22,23, ...,29,30,31,32,33...korg menang!'

yeyy...Alhamdulillah syukur nikmat....huhu..

permainan semakin sengit, due2 group seri...!

3rd game (game penentuan)

kak ila: ok, korang pilih sape yg dalam group korang yg agak2 bole la melukis. da pilih, letakkan org tu kat sane...(sambil menunjukkan satu arah~)

group diri ini pilih ju, n group kak ana pilih niza..care men die senang je, stiap org dari kitorg kene tgok satu gambr dlm mase 15 saat, then lari kat pelukis group masing2, terangkan diorg ape yg perlu dilukis...tp x ley la lukiskan..nanti kene deduct markah...

first time tgok gmbr ni, mak aii, pe ni... doraemon ke?? cam bear pon ade, k kucing?? ntah la... malas nak pk lame2 diri ini suruh je ju lukis kepala yg bulat n ade telinga cam rabbit.(pulak??), pastu ade pakai kon ari jadi...hehe... sush gak rupenye nk explain mende yg kite sendiri x taw...

maka, setiap org pon berlari2 sambil melihat gambar dan...cot cet cot cet...
(berckp dlm nada yg amat perlhan, tp dgn gaya yang amat ganas, seperti tgn berpusing2 dan kepala terteleng2...)

ok, mase da abes.... sumer org, STOP!!

kak ila pon men'judge' lukisan tu... setelah di tambah tolak campur bahagi, sekali ngan square root, pai, constant pressure, boyle's law dan sebagainye, ape kene mengene plak ni..??
keputusan nye ialah... group yg menang ialah..
...


....


....


group aku
...


...



n group kak ana...

actually, markah sama so seri la mknenye..mule2 tu nak protes gak, siap rancang nak wat banner lagi, x stuju ngan keputusan, tp memandangkan ia bakal mengundang kontroversi, maka aku pon batalkan hasrat tersebut. nnt la aku simpan banner tu untok demonstrasi menentang kekejaman zionis lak, =p


makan time...

maknn x ckop?? alamak, sebenarnye x jd isu pon, cume salah kire org mase bli mknn.. spatotnye 11 org, tp ala... cilok siket sorg dpat la mkn semua org...
kitorg pon mkn la dgn bahgianya tanpa gangguan unggas apatah lagi nyamuk...

jom balik...

it's time to balik kolej..sbb ade org nak pinjam kete, katenye kak ila la... kitorg kemas la ape yg patot, yg kene buang, masuk tong sampah, kutip2 la mknn3 lbih2, epal tu amek sorg satu.. limau pon amek la, jgn membzir.. tikar jgn lupe gulung..beg, handset, botol air, bla..bla..bla...

saje nak bg korang nye mate aktif membace sket...

aku seronott....!!

kesimpulannye, diri ini betol2 seronot..mungkin len kali kak ila n kak ana bole bwk kitorg g picnic kat mekah ke ramai2...huahuahua...
hehe, kalo dpt kumpol ramai2 kat tasik ttwangse yg setiap ari tengok tu pon, da ok...huhu

pape pon, ak mungkin dapat men'jeles'kan korang....hihihhi.

da~~~