Sekadar satu lagi entri yang masih kabut penulisannya
cerita tentang semalam...
seperti biasa, usrah pada kali ini berlangsung pada waktu dan hari yang sama. yang berbeza adalah tempat. setelah menghitung jumlah yang hadir, alhamdulillah, masih lekat 8 keping hati untuk berkorban meninggalkan urusan harian dan bertemu untuk pentarbiyyahan.
kami bermula dengan sedikit muhasabah. soalannya:
'setelah mengikuti usrah ni, apa yang adik-adik rasakan? sama ada dari segi hati ataupun perubahan diri...'
rata-rata mengatakan, hidup semakin terisi dengan sesuatu yang bermanfaat, dan sendiri merasakan diri ini memacu ke arah yang lebih baik.
aku? aku rasa bahagia. cukup.
seterusnya kami menonton video bertajuk 'New Arrival'.
pastinya kami dihidangkan dengan kejutan demi kejutan.
pastinya juga, aku tidak mahu mengulas lanjut mengenai video ini.
ada satu perkara yang lebih utama.
setelah tamat 5 episod, akak bagi sedikit kesimpulan awal. segala-galanya berbalik kepada tarbiyyah individu muslim.
untuk membina sebuah empayar islam, atau yang lebih tinggi dari itu, langkah pertama perlulah di'setel'kan terlebih dahulu. dan perkara ini tidak mustahil, kerana ini telah dibuktikan melalui sejarah Islam.
bagaimana hanya bermula dengan seorang, iaitu Muhammad saw. lalu baginda mengumpulkan keluarga dan sahabat-sahabatnya. bagaimana boleh dikumpulkan mereka-mereka ini melainkan melalui dakwah dan pentarbiyyahan. sehingga akhirnya, terkumpullah pasukan tentera islam di medan Badar sejumlah 313. dan mereka inilah yang dijanjikan syurga oleh Allah. subhanallah...
aku angguk kepala. betul, dakwah itu bermula dari seorang. sambung lagi kak...
kemudian, mereka membina pula masyarakat islam, sehinggalah terbentuknya daulah islamiyyah. di mana lagi kalau bukan Madinah al-Munawwarah. perlembagaan-perlembagaan islam diasaskan dan terbukti perlembagaan ini menjamin kehidupan yang sejahtera. daulah demi daulah dibangunkan lalu terbentuklah empayar islam. empayar demi empayar lalu terbentuklah satu era dimana islam sebagai rujukan.
tapi sekarang?
kita sendiri dapat lihat di mana barat menjadi kayu ukur atas segala-galanya, bermula dari segi politiknya, ekonomi, sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti fesyen dan sebagaimana.
mana perginya islam yang dahulunya terkenal seantero dunia?
ahh...sakitnya batin ini, ya Allah...
kerana itu tarbiyyah diri penting. hati kena mampan, kena kuat. biar di cucuk dari luar dan dalam, iman itu masih utuh.
akak cerita lagi tentang kekecewaan tentera salib. mereka frust apabila seringkali kalah ditangan umat islam. peperangan demi peperangan, memakan masa sehingga beratus-ratus tahun, tapi apa yang mereka dapat?
kekalahan semata-mata...
'umat islam, kalau ditentang melalui kekuatan fizikan, pastinya kami dapat dikalahkan dengan mudah. kita kena ubah cara kita. kita perang melalui urat saraf damn pemikiran mereka'
dan mereka berjaya.
kita lihat saja sekarang, bagaimana islam tidak lagi dipandang sebagai cara hidup setiap muslim, malah dipisahkan pula antara dunia dan agama.
sah-sah, virus mereka sudah menyerang ke sana ke mari
jadi apa lagi yang harus kita lakukan?
sekali lagi, tarbiyyah itu penting....

ideologi
mind setting
cara hidup
dan mereka berjaya.
kita lihat saja sekarang, bagaimana islam tidak lagi dipandang sebagai cara hidup setiap muslim, malah dipisahkan pula antara dunia dan agama.
sah-sah, virus mereka sudah menyerang ke sana ke mari
jadi apa lagi yang harus kita lakukan?
sekali lagi, tarbiyyah itu penting....
'ada apa lagi nak tambah?'
'sebagai seorang muslim, tarbiyah dan dakwah itu seiring, yang penting jangan rasa diri kita tak mampu atau tak layak...'
8 sebok mengomen:
pentg buat masa ni tambah nilai diri dengan value yg beguna
nanti boley naik kan martabat islam
ya..betol2..
same2 kite topup iman...
akk kene sllu tgk board yg kak ila conteng tue..........huhuhu..seb bek aya uat kt post..sng kott tuk saat2 yg genting,tgk blog aya...insyaAllah xsmpat nk menyimpang...ameen2..ngeeee.(*_*)
itulah objektif utama blog ni
'mengingatkan yang terlupa'
----> nasihat kat diri juga
=)
ngeee...same2la kite slg mengingtkan...igt new arrival uat akk rse 'brt' lg...hihi,mule ngn adik2ku jela..sbb 2 je yg mmpu stkt nehh..doa2la akk lebeh mmpu pd mse akn dtg..(pemantapan tarbiyah diri sendiri is in progress)...(*_*)
yup, sentiasa mendoakan sahabat2 seperjuangan..
moga tabah, sentiasa dambakan keredhaanNya...
yang penting, istiqamah, biarpun sedikit
sebab
Allah x pandang sebanyak mane amaln, tapi sebaik2 amalan..
insya Allah, kak ain pasti boleh!!
masyaAllah..anak2! lama sudah akak ngak berkesempatan untuk membuka blog2 apatah lagi mengupdate blog lantaran keadaan laptop yg masih uzur di cc fakulti..
ngak bisa akak bicarakan betapa bagusnya merenung ke hati-hati kamu..
ngak bisa juga akak bicarakan betapa kamu,anak-anak menyentuh jiwa akak dengan lantunan ayat2 yg diulas dr fikrah dan iman yg mapan..
masyaAllah! keep blogging n sharing..
n dalam masa yg sama jd pencatit usrah..ngee
ps:kenapa gambar akak menconteng..ada disitu???ngee..
masya allah akak, kapan pulang dr indon ni? hehe...
insya allah akak, berkat curahan ilmu yg insya allah ikhlas dr akak, kami pun turut sama dpt tempiasnya...
terima kasih banyak~
Post a Comment