''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

jangan TeGur !!

* sebelum post ini ditulis dengan panjang dan lebarnya, suka untuk ku nyatakan ini bukanlah post untuk menghurai filem 'Jangan Tegur' yang baru ditayangkan itu. sekiranya anda mencari yang demikian, boleh lah ke website yang lain...sekian~


bercakap mengenai TEGURAN, mungkin ramai yang akan menarik muka. pelbagai persepsi muncul dalam minda masing-masing. secara santai, aku suka untuk mengajak kalian berfikir secara professional. buka minda dan buka hati. ayuh terjun ke 'lembah' itu!!


'cakap orang, dia pun sama...'

biasa dengar kan ini ayat? selalunya akan terkeluar sama ada kita sedari atau tidak. lumrah manusia tidak dapat menerima perkara yang bercanggah dengan dirinya. aku ingin mengajak kalian merenung kembali. bagi kalian, mana yang lebih penting, kata-kata yang dituturkan atau orang yang berkata-kata? kalau aku, lebih suka melihat sang pengucapnya. lebih terkesan di hati. seandainya sang pengucapnya juga melakukan hal yang sama, bagaimana pula? ini lah yang aku ingin membawa kalian ke meja diskusi. pertamanya, ayuh semak tafsir. apakah pendirian Allah maha agung mengenai mereka-mereka yang hanya pandai bercakap lalu tidak mengamalkannya? rujuk surah as Saff ayat 2 dan 3. jelas bukan?

keduanya, perhatikan kata-kata teguran itu. adakah lebih menjurus ke arah kebaikan atau sebaliknya? kadang kala kita ditegur kerana berbuat baik. tetapi banyak lagi teguran kerana kesilapan yang dilakukan dalam sengaja atau tidak. lalu apa yang harus kita lakukan? berfikir lah secara rasional. kalau buruk, tinggalkan. kalau baik, jangan ditolak mentah-mentah. terus kepada yang ketiga.

ketiga, berlapang dada. usah cepat melatah. aku lihat ramai yang tidak dapat menerima teguran ini bukanlah kerana mereka tidak tahu itu salah, tapi lebih ingin mengutamakan diri sendiri. ya, sebab ada nya satu sifat dalam diri, ego. malah tak terlalu berat untukku katakan, bodoh sombong. salah satu penyakit yang ada pada iblis.

oh ya, sebelum itu, aku ingin nyatakan ini bukanlah tips untuk 'menerima' teguran, tapi lebih kepada flow yang berlaku apabila satu teguran disampaikan. harapnya tidak ada yang salah faham ye. tambahan pula, apa yang ditulis ini adalah melalui pengalaman sendiri.


kepada yang ditegur...


suka untuk aku ulang kembali, jangan cepat melatah. manusia tidak dapat berfikiran rasional apabila berada dalam situasi yang emosinya bergelombang. disebabkan itulah, konsep 'terima dahulu' perlu ada. kebiasaannya, sesuatu perhubungan itu akan mula retak disebabkan susahnya kita untuk menerima pandangan orang lain. kenapa ya? adakah bertolak ansur itu memerlukan sejumlah wang yang besar untuk membayarnya?

kita merasa kita betul. lalu apa? sabar, manusia tidak mengetahui segala-galanya. itulah namanya salah faham. mari kenang kembali sejarah Rasulullah, apabila Baginda dikatakan gila dan seorang ahli sihir, baginda hanya membiarkan kerana Baginda tahu risalah yang dibawanya adalah risalah yang benar dari Allah.

kita mengetahui kita salah. jangan malu untuk mengakui kesilapan. bukan kita sahaja yang melakukan kesilapan. manusia tidak sempurna. jangan kerana sifat ego kita, maka perasaan marah itu terbawa-bawa hingga membenarkan kesalahan itu. bahaya pada hati, kerana merasa biasa pada dosa.

aku melihat dua kategori manusia.

pertama: suka untuk ditegur
manusia ini membutuhkan teguran dari manusia. supaya dia menjadi lebih baik. supaya kesilapannya yang tidak disedari diperbetulkan. ku berikan kredit untuk mereka~

kedua: sukar untuk ditegur
ini agak problem. malahan mungkin ada yang sudah menyediakan das-das ayat untuk melawan semula semua teguran itu. itu bermakna mereka tahu itu salah, tapi masih belum tegar untuk membetulkannya. masih seronok dalam kesalahan itu. atau masih tercari-cari masa untuk membetulkan kesalahan tersebut.


kepada yang m
enegur...

takutlah dengan kebencian dari Allah. sememangnya setiap yang berupa teguran itu adalah baik, lebih-lebih lagi apabila menyeru kepada perubahan yang lebih baik. tapi jangan lupa untuk buat post mortem ke atas diri sendiri. jadikan kata-kata kita adalah motivasi ke atas diri sendiri juga.
apabila teguran tidak dilayan, berdoalah moga hatinya terbuka. sesungguhnya hidayah itu milik Allah. hanya Dia yang layak menganugerahkan hidayah itu kepada hamba-hambaNya. kemudian jangan putus asa. teruskan dan teruskan... apabila teguran mendapat tentangan, ketahuilah hati itu sukar untuk menerima. jangan mudah tewas kalau tahu kita adalah di pihak yang benar. yang penting, berikan masa dan peluang untuk dia berfikir dan merencana. sekali lagi, doa, sabar dan solat, itulah tawakkal kita...


aku di tegur...

sedikit kisah yang boleh ku ketengahkan disini. moga manfaatnya boleh dijadikan pedoman.
ada 2 kisah...

kisah 1

aku di sekolah dahulu sangat gemar menyanyi dan bernasyid. bagaikan microfon itu aku yang punya. manakan tidak, sifat itu diasah dari alam sekolah rendah, malah digalakkan lagi sehingga ke sekolah menengah. kalau di sekolah rendah, mungkin ini bukanlah satu masalah yang besar. menginjak ke tangga secondary school, minat ini masih terkawal dikalangan pelajar2 perempuan sahaja. ketika itu, sebarang event di sekolah akan diasing kan pelajar lelaki dan perempuan.

tetapi keadaan berubah apabila mula berpindah sekolah semasa di tingkatan 4. kesemua event akan menghimpunkan pelajar lelaki dan perempuan, termasuk nasyid dan tilawah. aku, yang ketika itu sebenarnya masih konfius dengan status suara dalam aurat, juga tidak teragak2 untuk ke pentas dan melontarkan suara. aku tahu, ada suara2 yang berbisik. tidak senang dengan kelakuan ku itu. di surau, akulah yang konon2nya seorang yang sangat suka memberi peringatan. bercerita itu ini tentang aurat dan sebagainya. mengimbau sirah nabi dan kisah alam akhirat. tup..tup...masih menyanyi di atas pentas.

sehingga pada suatu malam, seorang sahabat berhadapan permasalahan dalaman. lalu sebuah halaqah dibentuk. isu yang dibincangkan adalah 'couple'. sangat yakin aku menjawab apabila ditanyakan,
'kapel ni haram ke sebenarnya?'

habis aku berhujah, seorang sahabat ini bertanya kepadaku,
'sebenarnya boleh ke perempuan menyanyi depan lelaki?'
aku terkesima. jiwa jadi kacau. dalam hati mula mereka-reka ayat untuk menyejukkan hati. mula timbul su'uzon pada sahabat, menganggapnya sengaja mengubah topik perbincangan.
'aku hanya nasyid dan tilawah, salah ke?'

masih tidak memahami konsep 'matlamat tak menghalalkan cara'.

lama juga untuk ku membuang rasa bungkam dan terasa itu. akhirnya aku berkeputusan membiarkan sahaja kata2 sahabat itu, kerana aku merasakan aku tidak salah. ijtihad yang mengarut~~~

sehinggalah teguran kedua itu datang. terpinga2 apabila seorang sahabat itu mengajakku berbual2 kosong. sudah lama tak berbual denganku, katanya. di kelas itu, hanya kami berdua. dia mula menutur bicara. ku lihat, sangat berhati2 dia menuturkan kata2 itu. tidak mahu aku terluka, barangkali. aku, hanya diam seribu bahasa. senyum dan angguk.

pulang dari prep, usai solat isyak, aku muhasabah seketika. tak terasa ada air mata mengalir. astaghfirullah, sungguh aku alpa selama ini...

pulang ke dorm membawa hati yang seakan mahu pecah ketika itu juga. surface acting pun berlaku. bersiap untuk halaqah quran. malam itu surah yassin. setelah selesai membaca al-Fatihah dan ayatul kursi, lembaran Quran disingkap. jelas dipandangan ayatullah. makin lama makin kabur. lalu basah dengan air mata. kata2 sahabat itu kembali terngiang2.

'aku tegur ko sebab aku sayang kat ko, ye la..kita sama2 dari form 1, sedih jugak la bila tengok ko camni, lagi sedih sebab aku tak mampu nak tegur ko...'

teguran itu pedih, tapi demi Allah, aku bahagia...


kisah 2

maaf, belum ada kekuatan untuk dinukilkan di sini. mungkin setelah hati ini menjadi lebih kuat, insya Allah


kenapa perlu tegur...

hak masing2 untuk merasai hidup. sepatutnya dibiarkan sahaja. barulah kehidupan lebih adil.


lalu apa ertinya Allah mencipta syurga dan neraka? apa natijahnya Allah mengutuskan nabi2 dan rasul2 terdahulu? dan lebih tepat, mengapa pula Allah menciptakan agama ini?


sebabnya hanya satu. kerana kita adalah hamba. sentiasa lupa. tidak tahu. tetapi penuh keegoan dan kesombongan. Allah maha adil, mahu kita sentiasa memajukan diri. mengutus nabi dan rasul membawa risalah kebenaran. dan apabila utusan2 itu telah tiada, disampaikan pula kepada alim ulama, supaya manusia ini sentiasa berpesan2 dengan kebaikan dan kesabaran. (refer tafsir surah al 'asr)



di pojok ini...

'dosa aku tanggung, k...kubur lain2...'
'memang dosa kau tanggung sendiri, tapi sebab kubur lain2 la aku cakap sekarang, sebab nanti dah masuk kubur aku tak boleh nak jawabkan. ooo ye, kalau masa al mizan nanti amal kebaikan kau tak cukup jangan mintak kat aku ye..aku nak bagi skang ko tak nak~~~'


=) sama-sama nasihat menasihati dan tegur menegur...

0 sebok mengomen: