''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

Di Jari Hantu...

Gara-gara kewujudannya, pernah juga menjadi persoalan di kalangan mereka-mereka yang perasan.

Ramai yang bertanya soal
Ramai yang mengagak ihikhik
Ramai yang, 'ada apa-apa ke??' sambil mengangkat-angkat kening angkatkening

Tak kurang yang bertanyakan asal usulnya fikir
Korek-korek rahsia sang pemberi senyumkenyit

Huhu

Saya jawab dengan senyuman
Lebih kurang macam ni senyum
Tak pun, macam ni sengihnampakgigi

Haha~

Okey, ada part yang saya tambah-tambah siul

Pada saya ia bukan apa yang perlu dikecohkan. Jadi biarkan mereka dengan andaian mereka. Saya izinkan. Cuma jangan disebar-sebarkan pula ya...


Ianya Sebentuk Cincin

Itulah yang sekian lama tersemat di jari hantu saya. Awalnya saya bukanlah seorang pemakai cincin tegar. Pakai bila tiba raya, atau bila rasa nak pakai. Tapi, sejak hari itu, saya tekad untuk pakai sentiasa.


Pernah juga ditegur abang ngah. Katanya, saya kelihatan macam orang yang sudah bertunang
ooppss...

Saya gelak saja. Malas ambil pusing.


Biar Saya Beritahu

Ramai yang suspicious. Dulu saya biarkan saja apa yang mereka fikirkan. Tapi, bila dengar komen abang ngah, tak mustahil bila mereka curiga.

Adakah saya telah 'create' situasi yang mendatangkan fitnah?

Oh,
Minta dijauhkan
Minta diampunkan Tuhan
Minta fitnah jauh dan menjauh lagi


Rasa Dimiliki


Terkadang saya lupa siapa saya.

Lupa asal usul
Lupa tujuan hidup
Lupa syukur nikmat
Lupa milik siapa

Saya harap cincin itu dihadiahkan dengan penuh kasih sayang.

Sebagaimana kasihnya Muhammad kepada ummat, ibu kepada anak, bapa kepada keluarga, guru kepada pelajar, teman kepada sahabat.

Saya harap saya sentiasa ingat bahawa ada Pemilik Cinta yang sedang mengasihi makhluknya.

Setiap kali saya usap cincin itu, saya cuba merasai kasih itu, saya cuba meresapi sayang itu.

Supaya saya tidak lupa lagi, bahawa masih ada yang perlukan saya di sini, dan masih ada yang sentiasa ingin disisi saya.

Ya,
Saya mahu merasai kehangatan cintaNya
Saya mahu rasa dimilikiNya

Terima kasih kak long~

4 sebok mengomen:

Anonymous at: June 20, 2009 at 8:24 AM said...

sy pon suka pkai cincin tp xsuka emas.sy suka pkai emas putih.
:)

ayaharith at: June 20, 2009 at 2:51 PM said...

eh, same la kite cik ayin
huhu

inniakhofullah at: June 20, 2009 at 3:40 PM said...

lawakla aya nih..
selalu wat gimik..

yang paling tak tahan biler aya kater..

biler saya cuba mengusap cincin itu..sedang merasai kehangatan cinta itu..

memang lawak la..adoilaaa..
letih berjiwang..tengok2..adoilaa

ayaharith at: June 20, 2009 at 3:47 PM said...

hehehe..

ema tertipu..

kikikiki~