''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

sekadar contengan~~

hurm...

aku pandang sebelah kanan, ade dinding dan softboard. Atas softboard tu, ade jam dinding kaler blue yang aku beli sem lepas kat maidin dengan harga RM' tak ingat', huhu, yang pasti murah la..

it's 3.36 am already

ape yang aku buat ni? nape tak tido2 lagi?



mengimbas perjalanan hari semalam, 19 februari 2009



bukan satu tarikh yang penting pon,
sebab x penting la aku ingin menjadikan hari itu lebih bermakna~

malam semalam, bermulanya hari Khamis, 19 feb 2009, aku masih tetap di atas katil, memegang sebuah buku gemuk bernama 'marieb' dan nota2 kuliah fisioanatomy. wah, rajinnye...

sebenarnye pukol 11 pagi nanti ade exam..huhu~

penat membace, penat mengomel sorang2, dan penat mengingat facts, sekilas ku jeling ke laptop..

'emm, masih ramai yang online. mungkin serupe macam aku, membaca dan membaca..'
'nak kaco ke??'
'tak payah lah'

aku buka page friendster. owh, hari ni birthday ain

'selamat hari jadi ain, aku sayang ko'

tumpuan ku masih di sekitar chapter 'cardiovascular system-the heart'. masih banyak yang perlu di belek..aish...mule rase menyesal tak bace awal2, TT

menginjak ke jam 1 pagi, mas datang ke bilik. bersamanya toto, selimut dan bantal. untuk apa lagi kalau bukan untuk tidur di bilik aku. ingin stay up katanya. esok ade exam biochemistry...

'goodluck, mas'

lalu ku teruskan pembacaan ku. tamat chapter tersebut, aku beralih kepada 'cardiovascular system-blood vessels'.

'sabar aya, ko boleh buat nye...'

nak tak nak, terpaksa juga aku pujuk diri sendiri.

penat berada dalam posisi duduk, aku mula meniarap. aisshh, tanda2 awal la ni, hehehe...
lalu aku bingkas bangun semula, terus mencapai tuala muka dan ke toilet.

cuci muka
ambil wuduk

alhamdulillah, mate kembali membulat...

masuk semula ke bilik, ku lihat mas dah 'syahid'...

'ait, kate nak stay up?'
'tak pe la, esok die exam pagi'
'hope aku tak tergoda untuk turut serta'
'hehehe'

setelah menepek ape yang patot kat muke, aku kembali ke katil. termenung sekejap. ambik mood la katakan~

once mood dah datang, tak tunggu lama, aku terus capai pensil, buku gemuk dan lecture note. mula berimaginasi tentang blood vessel...

tamat sudah...

tiba2 semangatku menaik rapidly. mana tak nye, hanya tinggal satu chapter lagi yang perlu di cover. 'lymphatic system'.

'sempat ke ni?'
'dah pukul 3 lebih'

terpaksa aku sempatkan juga. untuk chapter ni, tiada hard copy untok lecture notes, so, terpaksa la aku buat lecture note aku sendiri. berbekalkan kertas kajang dan powerpoint presentation hari tu, ku gagahkan juga untuk menulis.

tangan ku capai bekas alat tulis.

ambil pen purple
ambil pen hijau
pen hitam sekali
eh, jangan lupe pensil...


pen kesayangan~


hmm... ada part yang aku tak faham. macam mane ni? siapa yang boleh terangkan kat aku?

ha..nasib baik karl online. tapi kalo die da tdo, camne?
x pe, buzz dulu...

alhamdulillah, ada pon geng aku untuk stay up malam ni...
terima kasih, karl
aku dah faham =)

uish, mate da makin pedih. di YM, aku masih bersembang dengan karl.

'x nak tdo ke mamat ni??'

jam dah menghampiri pukul 53o. notes aku pon da hampir siap. cume tinggal untuk revise semula.

'x pe, tu aku tinggal untuk esok'
'yang penting sekarang, aku btol2 kene tdo'
'atau aku akan tdo mase jawab exam esok'
'huhu, sadis..sadis~'


light-off


jam 615, azan berkumandang di KTSN. ah, rase macam baru tidur satu saat yang lalu. tak tunggu lame, terus aku capai towel dan mandi,dengan harapan 'lepas mandi da tak ngantuk...'

mas pon dah bangkit, lipat2 toto dan selimut, angkut bawak pulang ke biliknya.

siap mandi, solat subuh, wirid sekejap...tanpa disedari, mata aku terpejam tatkala berwirid...tak boleh jadi ni.. cepat2 aku berdoa dan selesai...

'mungkin boleh tido sekejap kot'
'nanti mintak mas kejutkan mase die nak pegi exam'

dan aku pon,

zzzzzzzzzz...

'Aya!!'
'aku nak pergi da ni'
'ko da bangun blom?'

dalam mamai2 aku mengiyakan. nanti lambat pulak mas pegi exam semata2 kejut aku yang susah nak bangun~

mas da pergi, aku ape lagi...

'1o minit ag la'

akhirnya aku tersedar pukul 9.

'adeish, sempat ke nak revise empat2 chapter ni?'

aku sempat kan jugak. bace dan bace. nasib baik perasaan mengantuk da hilang.

jam 1030, aku bersiap. pilihan aku untuk hari ini, baju kurung latar hitam bunga2 pink, dipadankan dengan tudung pink.

kemas barang2 yang nak dibawak...

alat tulis:
pen hitam,pen biru,pensel kayu,pensel picit,lead,eraser,pembaris,kalkulator
kad matrix
purse
handphone
kunci bilik
nota

semua aku sumbat dalam beg yang aku beli kat pasar malam masa balik kampung dulu2...

bismillahitawakkaltu 'alallah~

sampai kat DSG, aku nampak intan. then dila datang. pastu da ramai2 berkumpul..

'NX! NX!'

itu kod kursus kami, sains forensik

maka perjuangan pun bermula. masenye untuk aku uji, berbaloikah pengorbanan yang aku lakukan semalam (tak tdur semalam)?

tamatlah ujian yang berlangsung selama 1jam 40 minit itu...

seterusnya, makan time!
pilihan aku masih sama. seperti hari2 yang lepas, nasi ayam cafe jadi pilihan. turut sama ngan aku, tak lain dan tak bukan, shida, zu, dan kak shima...

pulang ke bilik. sudah masanya untuk ku balas dendam...
siap solat, aku bersiap2 untuk tido

'KRINGGGG!

telepon berbunyi...

oh, syikin rupanya..

'KRINGGG!' untuk kali ke 2

kaklong pulak telepon.
ingatkan ada urgent ape la, rupe2 nye nak tanye alamat rumah..ish3x

terdengar bising2 kat luar bilik. oh ye, aimi dan awin akan 'bertempur' sekejap lagi.

'goodluck, korang'

akhirnya aku tidur...



ALAMAK!!!!!!

da pukul 7???!!!!!
'tapi kenapa nampak cerah lagi kat luar???'
'adesh, asarku???'

maka, solat asar ku diwaktu kritikal~


adik2, perbuatan ini tidak elok untuk dicontohi, harap maklum


masa bersiap2..rutin harian setiap malam bermula

mandi
solat maghrib
baca quran (yasin)
solat isyak
makan

lepas makan ada agenda yang best

MAIN BOLA!!!

pilihan aku, badminton.
terasa bebasnya bergerak, ketawa je puas2, btol2 release tension, haha~
penat main badminton sampai stokin ku koyak
huhu~


amaran: sekiranya anda sayang akan stokin anda, elakkan bermain tanpa memakai kasut, sekian~


pass raket kat orang lain, aku main plak bola keraring
*(keranjang + jaring = keraring)

hehe...

habis main dan bergosip, sempat lagi tu, kitorang bergegas meninggalkan court.

da nak dekat pkol 12, bahaya anak dara dok kat luar, haha~

balik bilik, mandi lagi untuk kesekian kali nya, dan online...



sampai sekarang, 4.37 am..


bile aku nak tidur nie?

jawapan: lepas post ini di publish kan...

adios~~~

0 sebok mengomen: