''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

Dia Derita...

Kalau sebelum ini saya bawakan entri yang tidak difahami orang

Saya minta maaf sembahAlign Center



sengihnampakgigi




Bismillahirrahmanirrahim

Saya mohon dengan Allah, Tuhan semesta alam untuk sentiasa menaungi mereka yang selalu ikhlas dalam perjuangan mereka, tidak bermuka-muka apalagi hanya menyeru kepadaNya bila datangnya ujian.


Amin



Boleh saya bicara soal cinta?



Indah


Saya akui, rata-rata menangggapi maksud cinta dengan mengaitkan ia dengan keindahan hidup.

Hidup sepi tanpa cinta

Sering saya terbaca, malahan sering juga mengesaninya apabila cinta dikatakan anugerah. Bukan setiap insan berpeluang merasai mencintai dan dicintai. Sebagaimana yang sering diulang-ulang dalam syair jahili, cinta itu adalah kehendak, dan yang pertama tidak sama dengan yang kedua.

Anda pernah bercinta? Indah bukan?





Tetapi dia tidak..


Saya kenal dia sebagai seorang yang kuat. Kurang akur pada ketentuan cinta. Tapi, anggapan itu rupanya hanyalah diadakan oleh dia sahaja.

Ketika melihat dia yang tidak bermaya, ada pula lebam dibawah mata, sering juga saya risikkan perihal khabar berita.

Apa khabar kamu? Apa khabar imanmu?

Ternyata, soalan itu mengundang air matanya bercucuran. Pelik.
Melihat dia begitu, sakit pula hati saya yang melihat. Dia kesakitan dan saya yang sentiasa dengannya tidak dapat mengurangi deritanya.

Oh, rupanya dia bukan saja kesakitan, derita juga bertandang. Kurang tidur, makan juga tidak, lesu setiap hari

Ya, dia amat sakit


'Aku rindukan dia tapi aku tahu aku tak boleh begitu'


Siapa dia?

'Seorang yang tidak patut untuk ku rindui'

Aku faham, sahabat...



Cintanya derita

Melihatnya yang sering berjingkit ke bilik air, dan masuk semula ke bilik dengan kesan air yang membasahi anggota diwaktu dinihari membangkit rasa kagumku

Setiap malam


Kadang terdengar dia merintih, teresak di situ


'Aku tak kuat, dan aku tak mampu'

Rindunya membunuh. Dan dia sentiasa resah diburu rasa cinta.
Bimbang, andai lari tak keruan, kakinya akan terjerlus ke lubuk yang paling dalam dan tidak mampu di tolong lagi.


Tapi aku lihat kamu sangat kuat

'Kamu lihat aku begini, sungguh aku tidak bahagia. Aku sudah lama hilang, dan aku mahu menemui aku yang dulu. Kamu mungkin tak mengerti rasa ini.

Cinta yang indah bukan untuk semua, sahabat...
'



Ceritanya berbeza


Sakit apabila mencintai yang tidak sepatutnya. Aku jadi tambah sakit bila aku tidak mampu mencintai yang berhak seumpama itu.
Apabila aku diburu resah, itulah yang menjadi sebab hidupku serba tak menjadi.

Aku bimbang, aku takut murkaNya


Tambah lagi, aku ini tidak kuat. Mahu meminjam kekuatan dariNya. Kerana itu saban hari aku begitu.

Kamu lihat aku kuat, padahal aku tidak...


Air mata ini kering. Tapi kenapa aku tidak juga berhasil keluar dari lingkungan ini?

Aku sentiasa cari jalan keluar itu. Kadang aku merintih, kadang aku hanya tenggelam dengan tangisan bila tak mampu mengucap kata

Bila ku tak temui hikmahnya, aku jadi tambah bingung. Dan pada siapa lagi untuk ku mengadu?

Aku hanya mahu kasihNya, dan bukan dia..

Dan cinta ini menutup kasihku untukNya


Sahabat, doakan aku...

14 sebok mengomen:

fatin aimie at: July 7, 2009 at 9:33 AM said...

Allah itu hanya mnurunkan 1 dr 99 rhmatnya.1 itu ksih syg,cnta,n bahagia. jika 1 pun sdah sgt kta rskan nkmatnya.bgaimana dgn 99 itu?

slm mjhadah.

Bro_mie at: July 7, 2009 at 9:43 AM said...

kompom x paham.....hik3x...

aya harith at: July 7, 2009 at 10:40 AM said...

thanks aimie
ingtn yg sgt bergune


x phm pe bro?
huhu~

farah najwa at: July 7, 2009 at 2:34 PM said...

aku mengalami benda yg sme..doakan aku jg.huhu.

aya harith at: July 7, 2009 at 3:33 PM said...

najwa

pinjm kekuatan dariNya, pohon redha dan ampun denganNya dlm setiap doa.

moga kamu bahagia

~sama2 cr redhaNya
=)

mr. at: July 7, 2009 at 7:14 PM said...

aya..

aya harith at: July 7, 2009 at 7:38 PM said...

ko phm ke, mas?

huhu..

mr. at: July 7, 2009 at 11:19 PM said...

rasanya fhm..hehe
=)

aya harith at: July 7, 2009 at 11:23 PM said...

bgus la..

ade jugak yg phm
huhu~

iqbalsyarie at: July 7, 2009 at 11:52 PM said...

tak berapa paham la..kwn penulis sedang putus cinta ke?harap bersabar ea.jodoh pertemuan dahh ditentukan~

cambesje at: July 8, 2009 at 1:47 AM said...

aku pown agak kurang phm~~

aya harith at: July 8, 2009 at 5:49 PM said...

huhu..
nmpknye ramai yg kurang faham.

tak pe, ambil yg anda faham dan yg baik2 je..

moga Allah sentiasa ampunkan kite semua..

=)

Luqman at: July 12, 2009 at 1:38 AM said...

assalamualaikum,

harap sentiasa sihat ... forensik 2nd yer da pindah kat bangikan ... semoga kehidupan roqaiyah d bangi baik2 sahaja ... moga sentiasa sihat dan berada di bawah naungan rahmat Allah ...

komen hanya utk bertanya khabar ... tapi sebelum mengundur diri izin komen ttg cinta ... rasanya xda salahkan ...

cinta adalah sesuatu yg fitrah .. setiap manusia pasti akan menghendakinya .. termasuk diri ini ... namun jalan kena tepat ... yakni berlandaskan al-quran dan as-sunnah ... dalam usia kita perasaan tersebut mmg m'uji kita d tambah lagi dgn tiupan syaitan yg celaka ...

utk berhadapan dgn masalah ini saya menganggap bahawa mencintai seseorang melebihi Allah adalah satu perkara yg mencemarkan tauhid ... dalilnya :

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ

maksud : Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. (al-baqarah : 165)

daripada ayat d atas jelas tidak boleh mencintai seseorang melebihi Allah s.w.t ... bahkan jika d teliti mencintai sesuatu melebihi Allah adalah syirik ... kita x kata bercinta i2 salah ... tapi biar kena dgn caranya ... skrg org memuja gulfren @ boyfren melebihi Allah ...

wallahu'alam

aya harith at: July 13, 2009 at 10:35 PM said...

waalaikumussalam
a ah, skang ni kat bangi
insya allah, amin!

masya allah, time kasih byk2 sbb komen

sy amek sbg teladan n pengajaran

moga sentiasa dinaungi rahmatNya, amin~