''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

4.00 am

susah nak tidur...
bukan sebab fikir masalah negara, tapi sekecil-kecil masalah, yang kalau tak dibendung, bakal merebakkan virus yang sangat berbahaya...apa lagi kalau bukan mengenai hati dan perasaan

jarang sangat sekarang ni aku explore jiwa manusia, means dah kurang mendengar dan memperdengarkan luahan hati. so, makin lama, dah hilang perasaan untuk ditarbiyah. alhamdulillah, mungkin malam ni adalah malam untuk kesekian kali hati aku kembali hidup dengan segala macam perasaan.

perempuan,
setegas mana pun dia,
selemah manapun...
tetap wanita
yang dianugerahkan Allah lebih berperasaan
lebih merasai kasih sayang
dan lebih mengharapkan kasih sayang

andai lihat dia ketawa, ketahuilah hatinya tidak serupa
tapi tangisnya juga bukanlah kerana hatinya yang sengsara

untaian katanya, setiap butir bukanlah tanpa buah
tiap satunya mempunyai cerita hati yang berlainan
luah bicaranya mengandung makna jiwa
raut mimiknya bukan jua lakonan
hanya hati berfirasat mampu mentafsir

lihatlah dia dengan pancaindera yang bersih
kemudian peliharalah dia
kerana asal kejadiannya yang unik
maka dialah insan istimewa
yang punya rasa dan naluri yang terlalu biasa
biasa untuk difahami
biasa untuk dimengerti
juga biasa untuk lindungi...


be strong, ukhti...

0 sebok mengomen: