''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

apabila demam...

Sudah masuk hari raya ke 2, bermakna sudah 2 hari aku demam. Pelik demam kali ini. Lengkap semua pakej
badan panas
sakit kepala
selsema(ni yang paling tak tahan)
batuk
Mengikut perancangan, kami akan bertolak ke kelantan setelah berlama-lamaan di Jengka, Pahang. Kenapa kelantan? Sebab itu kampung abah. Memang kami akan pulang ke sana walaupun tok ayah dan wan dah lama tiada. Pulang sekadar berziarah ke kubur mereka. al-fatihah

Perjalanan dari Pahang ke Kelantan mengambil masa kira-kira 7 hingga 8 jam. Abah ikut jalan manual, means kena merentasi Terengganu dulu. Dan itu adalah satu perjalanan yang amat memeritkan bagi seorang yang tengah demam macam aku ini. Dalam kereta, aku sengaja biarkan kepalaku terhantuk-hantuk pada cermin dengan harapan moga-moga sakit kepala itu berkurangan, tapi kesannya lain pula. nasib baik tak benjol je...

Kami tiba di Kelantan, atau lebih tepat di rumah cik long kira-kira pukul 1 pagi. Selepas bersalam-salaman dengan mereka-mereka yang belum tidur lagi, aku terus ke bilik yang disediakan untuk meletakkan kepala. wahh..nyaman terasa.
Tapi tak lama

Menjelang tengah malam, badan mula kebas-kebas, selsema pula makin teruk terasa. Ditambah pula dengan batuk yang tidak berhenti. Aku tahu aku tak boleh terus pura-pura baring. Lalu aku letakkan matlamat untuk ke dapur dan buat air milo panas dengan tujuan mengurangkan kesejukan.

lega...

Esoknya, aku diberitahu abah akan ke bandar. Cepat-cepat kakteh ku gamit

'tolong cakap kat abah, belikan kak de panadol boleh?'
'pegi klinik la, lagi senang'
'tak nak..tak nak..'

Kemudian kakteh keluar. Dan seperti yang ku jangkakan, abah pula yang masuk ke bilik, mengajak ku ke klinik.

'makan panadol pun bukannya boleh baik demam. jumpa doktor terus. boleh die cakap sakit kat mana'

Abah memang seorang yang apabila bercakap akan bertegas. Aku senyap, menolak dalam diam. Dan sudah pasti ada air mata yang mengiringi. Apabila melihat aku hanya diam dan menggeleng, at last abah pun keluar. Dalam hati, aku terima kalau abah tidak mahu belikan panadol. Memang aku yang mencari penyakit.

Petang itu, abah pulang dengan membawa sebiji kek. Aku baru teringat, hari itu bertarikh 6 November 2005. Hari jadi kak teh yang ke 14. Aku kuatkan diri keluar dari bilik setelah ditegur berkali-kali oleh umi dan kak long.

'macam mana nak baik demam kalau asyik baring je...'

Keluar sahaja dari bilik, menjadi-jadi pula selsema aku. Sampai satu ketika, hidung aku berdarah. Aku cuak, tapi diamkan saja. Bimbang dimarahi abah lagi.

Pulang ke rumah setelah 3 malam di Kelantan, adalah saat yang aku nanti-nantikan. Sakit di rumah lebih baik. Tidak menyusahkan sesiapa.

Pagi itu, seperti biasa rutin di rumah, aku turun ke dapur untuk minum air. Baru sahaja air dituang, pandangan mula berbinar-binar. Rasa mual dan loya. Cepat-cepat aku duduk atas lantai bersandarkan kabinet.

Gelap

Aku seakan baru terjaga dari mimpi apabila disergah abang ngah

'kenapa tidur kat sini??'

Soalan itu tidak terjawab kerana aku sendiri sudah lupa apa yang aku mahu lakukan sebelum itu.

Baru aku sedar, aku pitam rupanya.

Untuk seharian, keadaan aku makin teruk. Sekarang, sudah tambah lagi satu pakej penyakit yang bertandang apabila aku tidak dapat tidur malam disebabkan sesak nafas.

Esoknya, dalam keadaan menahan tangis, aku mengadu pada kakteh supaya memberitahu abah untuk bawaku ke klinik. Akhirnya, aku terpaksa juga ke klinik...

Dan aku pulang membawa ubat yang banyak! Lebih mengejutkan apabila doktor memberitahu aku mengalami simptom awal lelah atau asma, dan ini bukan lah penyakit warisan keluargaku. Cuma aku bernasib baik kerana kondisi ku tidak memerlukan aku bergantung kepada inhaler.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

itu kisah 4 tahun yang lalu.

Tapi itu bukan lah kali terakhir aku berasa sakit demam, cuma antara situasi yang paling teruk pernah aku alami akibat demam.

Biasanya, aku akan ambil mudah apabila sakit. Perkara yang paling ingin aku elakkan adalah ubat dan ke klinik. Tapi ini tidak bermaksud aku takutkan doktor dan ubat, malahan hospital adalah antara tempat yang paling aku suka untuk berkunjung, ketika aku tidak sakit pastinya.

Kenapa?

Ada 2 sebab

Satu, ini sebab peribadi, yang mana kalau aku state kan disini, aku bakal dihentam oleh doktor-doktor dan bakal-bakal doktor

Dua, kerana aku tidak mahu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Aku percaya setiap kesakitan yang aku alami adalah berpunca dari psikologi. Kemungkinan besar aku mempunyai masalah dalaman yang tidak disedari sehingga membawa kepada masalah fizikal. Jadi, aku mahukan kekuatan yang lahir dari tubuhku sendiri untuk menjadi penawar sakit itu.

Itu yang aku yakini selama ini.

Tapi semakin aku membesar dan mula matang, aku tahu aku masih perlukan penawar sebagai alternatif untuk merawat. Atau dalam kata mudahnya, usaha untuk sembuh.

Mengambil ubat-ubatan bukanlah merupakan satu pergantungan, tapi lebih kepada usaha yang dilakukan untuk mendapatkan kesembuhan. Tetapi aku tak nafikan apabila masih ada diantara kita yang meletakkan penggantungan yang melampau terhadap objek-objek ini, sehingga terlupa ada kuasa lain yang berkuasa untuk menyembuhkan.


Itulah yang aku mahu elakkan sekarang.

Kerap kali terlintas di hati rasa kesal dan kecewa dengan ubat yang tidak memberi kesan positif ke atas tubuh. Lalu, mula membentak-bentak, marah kepada doktor yang mencadangkan ubat tersebut.

Sedangkan kita lupa untuk memohon doa kepada Dia yang di atas, supaya menyembuhkan kita seperti sediakala.

Padahal doa itulah tawakkal setelah berusaha.

Apabila ditakdirkan sakit itu sembuh, kita lupa lagi untuk bersyukur atas anugerahNya. Lalu mengatakan ubat itulah yang menyembuhkan. Alangkah naifnya kita...

Disini kita terlupa agaknya dengan firmanNya:

'Sesungguhnya firman Kami terhadap sesuatu apabila Kami mengkehendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya, ''Jadilah!'' Maka jadilah sesuatu itu' an Nahl : 40

'dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku,' asy-Syu'ara' : 80

Pohon ampun denganNya, kerana mungkin sakit itu peringatan dariNya atas khilaf yang pernah kita lakukan. Jangan pula ego dikala sakit, cukuplah dengan kesombongan kita dikala sihat...


wahai Pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dari Mu
ku pasrahkan semua pada Mu

Tuhan, baru ku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cintaMu

kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang ku rasa biar
jadi penawar dosaku

butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
ya Illahi
muhasabah cintaku

Tuhan, kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku dengan Mu

~muhasabah cinta edCoustic







di pojok ini...

'dah makan ubat blom?'
'kat bilik aku tak pernah ada ubat...'

9 sebok mengomen:

.: Cik Lynot :. at: April 14, 2009 at 3:51 AM said...

kena cpt2 sihat...
nnt sape nk bentng intro kepada kami...;)

ayaharith at: April 14, 2009 at 4:23 AM said...

da sihat da...

n intro punye short note da siap..

sape nak angkat seposen...(fotostat)

hihi~

joegrimjow at: April 14, 2009 at 8:06 AM said...

xsabo nak balik klantan

-demam sempat lagi berkarya, hebat-

ayaharith at: April 14, 2009 at 5:27 PM said...

ehehhe...
ilham tatkala sakit~

taiyooob at: April 14, 2009 at 5:47 PM said...

patot le sokmo saket...

mu x kabo ke kawe ek

ayaharith at: April 14, 2009 at 6:33 PM said...

erk?
kabo pe?

Anonymous at: April 14, 2009 at 8:17 PM said...

a'ah aya kebetulan la kte pye post~~

taiyooob at: April 14, 2009 at 8:22 PM said...

lorr~~

kabo yg mu benarnye de asma la...

bru skang kawe tau

ayaharith at: April 14, 2009 at 8:32 PM said...

asal plak gne anonymous ni, cik syira?
hehe~

x de la teruk pon asma tu. time tu je kot. tp kalo dengan habuk memg x bole tahan la...

semput eden di bueknye..