Tiba-tiba muncul 1 perasaan
Rindu amat~
Bukan Rindu Yang Biasa...
Ya, ini rindu yang luarbiasa. Kalau boleh, saya mahu berjumpa dengan saya yang dulu. Mahu bertanya khabar, bertukar-tukar cerita
Mahu saling diingatkan, mahu ditarbiyyah!!
Ada lagi yang saya rindu..
Entah bila lagi saya dapat berjumpa dengan sekeping naluri yang selalu terusik dan sensitif dengan dosa dan noda...
Tak tahu, adakah saya mampu bertemu dengan air mata yang kerap berair menatap kalam suci?
Agaknya, dapatkah saya bersua dengan sang pencinta kebenaran yang kerap mengingatkan dan sering menasihati?
Dan yang paling dibimbangi, adakah saya masih berpeluang menemui seceruk ruang di dalam hati yang cintanya sering dikosongkan, semata-mata untuk yang Satu?
Harapnya Bertemu...
Satu yang saya pinta, agar jalan itu dibukakan sekali lagi
Saya mahu sentiasa ke arah itu, jalan yang selalu menerangi tiap jejak yang terkadang sering terhenti dan tertatih-tatih
Jalan itu juga ada yang menunggu untuk saya memohon tolong, untuk saya bertanya arah agar tidak tersesat
Jalan itu yang tidak pernah sunyi, sentiasa meriah dengan ucapan salam dan ingatan-ingatan yang menyenangkan hati
Ahh, rindu lagi yang amat~
********************************************
Wahai Tuhan
Tiada cinta yang teragung melain cintaMu
HambaMu ini merintih untuk mengecap cinta duniawi
Namun Engkau maha penyayang
Tidak mahu hambamu terus hanyut dengan cinta yang tak pasti
Lalu Engkau hadirkan gelisah menanggung perasaan bersalah agar aku mengerti akan kesilapanku
Lalu Engkau lembarkan ayat demi ayat supaya aku tersungkur dan tersedar dari mimpi
Lalu Engkau gamit akalku untuk berperang dan berfikir supaya aku menjadi lebih rasional
Lalu Engkau hadirkan dia untuk aku muhasabah supaya aku lebih kuat
Dan yakin hanya dengan cintaMu, ya Rabb
Tuhan sekalian alam....
Sekali lagi ya ALLAH
Hati ini membentak ingin pada dunia
Walau dia tahu
Setinggi mana gunung di daki
Sejauh mana redah diharungi
Sedalam mana lautan diterokai
Takkan dapat mengatasi akhirat abadi
Sekali lagi ya ALLAH
Hati ini dihujani perasaan
Segala macam rasa mula membelenggu
Hingga sesak nafas terasa
Hingga kelu lidah berkata
Hingga lelah melewati masa
Aku dalam kerinduan lagi
Sudah kerap benar aku dilanda ribut ini
Seakan surutnya tidak
Bagai tiada ruang untuk aku hentikan gelora hati
Sekali lagi ya ALLAH
Aku bersyukur kerna dikurniakan rasa hati ini
Buat aku terus ke depan mencariMu
Untuk aku maju setapak menggapai cintaMu
Sungguh ia telah membuat aku sedar akan rahimMu
Betapa kasih sayangMu lebih berbaloi
Untuk aku lebih kuat melangkah
Sekali lagi ya ALLAH
Alhamdulillah...




