''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

kanak kanak DQ~

Kisah hari Sabtu lepas [2 Mei 09]

Bukan sebarang Sabtu, tapi Sabtu yang bermakna untuk mereka, kanak2 DQ~

DQ, atau penuhnya Darul Quran, adalah satu tempat yang aku paling ingin untuk pergi. Aku mula mengenali DQ semasa di TAHAP, terkesan dengan cerita2 senior yang berkesempatan belajar di sana, tentang suasana, pemandangan, biah solehah...

Seronoknya

Sehingga kanak2 DQ ini telah merealisasikan impian ku. Aku pulang juga untuk hantar mereka ke DQ pada hari Sabtu itu walaupun hari Isninnya aku akan menempuhi exam Genetik.

Berkorban apa saja~

Tertarik dengan program pendaftarannya, buat aku ingin berkongsi kelainan dengan anda.

------------------

Kami bertolak dari Rawang sekitar jam 0930. Rawang ke KKB tak jauh. Kurang sejam sudah sampai. Kanak2 DQ di hadapan bersama wan [nenek], kak long dan aku di belakang. Aqielah menyempit sahaja di mana ada ruang kosong. Di rumah, abang ngah dan kak chik ditinggalkan [bukan sebab tak muat]. Yang memandu, abah, dan ummi di sebelah.

kanak2 DQ di depan~

Setibanya di DQ, aku lihat hijau~

Walaupun terik mentari pagi agak memeritkan kulit muka, tapi mata tetap sejuk melihat 'jubah dan tudung labuh' di mana2. Cantiknya Islam~

Kami disambut oleh senior mereka. 2 orang, berjubah dan bertudung labuh. oh ye, di DQ sememangnya tiada fenomena berbaju kurung. Jadi aku juga memilih jubah untuk ke sana [huhu~] Lalu gambar kami sekeluarga di snap. Untuk pembikinan cd, kata mereka. oklah...

Bergerak ke dewan, sesi taklimat dan perasmian bakal dijalankan sebentar lagi. Nampaknya, pendaftaran mereka ditangguhkan selepas taklimat. Dan aku berjumpa seorang sahabat TAHAP, Aisyah Ibrahim.

Masuk ke dewan, pelajar diasingkan dengan ibubapa. Yang perempuan, berjubah biru tua dan bertudung labuh putih. Manakala lelaki, berbaju melayu putih dan berseluar slack hitam, tak lupa kopiah di kepala.

Sesi taklimat dimulakan dengan alunan ayat suci Al Quran mengikut bacaan Imam Warsh [kalau tak silap la]. Alunan surah Toha...

Teringat pula sesi pendaftaran tingkatan 1 di TAHAP. Kami juga di alunkan dengan bacaan qiraat oleh saudara arwah Farham. Belajar qiraat as-sab'ah, unik dan seronok :)

Seterusnya alunan nasyid dan taklimat. Satu yang menarik, pengacara majlis mengumumkan sesi penyerahan pelajar kepada pengetua DQ. Awalnya aku tertanya2, bagaimana sesi penyerahan ini berlangsung? Belum pernah ditemui di mana2 institusi...

Begitu rupanya, ibubapa membawa naik anak mereka ke pentas, berjabat dengan pengetua dan minta di didik anaknya itu. Barulah terzahir keikhlasan dan kesungguhan ibubapa dan pihak pentadbiran untuk melahirkan para huffaz.


Seterusnya sesi pendaftaran dan bergerak ke kolej penginapan masing2. Sebelum dapat menjenguk ke kamar kanak2 DQ, mereka perlu selesaikan beberapa borang.

isi borang

Dan sesi mengangkut barang. Ada 2 orang senior membantu.


angkut barang

Dan aku membantu membawa barang paling penting


Atau kanak2 DQ tidak tidur malam tanpanya... uhuhu~

Dan tiba ke kamar mereka

A209

B203

Sekarang sesi makan. Kanak2 DQ melangkah ke dewan makan.



Sempat lagi bertaaruf dengan senior mereka.



Melangkah ke masjid DQ. lihat pemandangan sekeliling. nyaman, kan?


Dan, lambaian terakhir kanak2 DQ.


---------------

Melihat kesungguhan mereka, buat aku terasa malu mengimbas kisah lalu. Ada juga ak
u ajukan pada kaklong,

'agak2 awak la, kalau kakde masuk DQ dulu, sekarang ni, ape yang kakde tengah buat ye?'

dan kaklong jawab,


'jangan berkalau2, masa dah lepas...'

Ya, aku punya harapan untuk ke sana. Tapi gara2 tidak mendapat borang semasa di sekolah, aku putus asa. Keinginan itu kuat, sehingga aku menelefon abah, ummi dan kak long untuk mendapatkan kepastian.

Dan mereka jawab, terserah pada ku. Aku yang berhak untuk memilih. Hingga aku pohon doa,


'kalau aku mulakan langkah pertama ini, mudahkanlah aku dan permudahkanlah hingga ke akhirnya, atau Kau susahkan di awalnya, agar aku tidak susah diakhirnya.'

Dan ketika keyakinan itu mantap, aku dikhabarkan borang terakhir baru sahaja di ambil mereka yang lain. Kekecewaan itu aku sambut dengan tangisan. Seperti sebahagian impian sudah hilang. Aku maklum dengan doaku. Aku tahu itu bukan jalanku. Aku tahu itu bukan rezekiku.

Dan untuk menoleh ke arah itu tidak sekali2, walaupun masih ada cara lain. Abah katakan, boleh saja untuk abah dapatkan borang itu. Itu pun, kalau aku benar berkehendakkannya. Tapi aku geleng, hati sudah tawar.


Padahal aku rindu untuk ke sana...



Salam mujahadah buat kanak2 DQ.
Jadi insan kamilah
Jadi kebanggaan keluarga
Jadi tonggak agama

kanak2 DQ : kak teh dan achik [mak sedara bongsu]

5 sebok mengomen:

Unknown at: May 5, 2009 at 5:19 PM said...

aya mcm seronok g cne..tidur smpai ketuk bilik pown x jga~~ hihihi

ayaharith at: May 5, 2009 at 5:33 PM said...

tu sbb penat sgt...

haha~ [wat malu diri jek]

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) at: May 5, 2009 at 6:17 PM said...

aya gi sana? akak berkesempatan ke sana tahun lepas.. skrg, my niece pelajar di sana. mungkin kanak2 DQ akan diorientasi oleh my niece..

ayaharith at: May 5, 2009 at 7:28 PM said...

pergi sekadar menghantar je
oh..
ape namenye?
mungkin boleh sambung ukhuwah di situ pulak...
=)

joegrimjow at: May 5, 2009 at 7:34 PM said...

time gini mmg best d kenang