''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

solat VS jammed

hari itu hari selasa. seperti biasa, mengikut jadual, ada lab kimia dari jam 2 hingga 5.
pukul 5, bas sudah menanti untuk membawa kami pulang ke ktsn. hujan sudah mula turun renyai2, malahan semakin lebat...

lalu aktiviti biasa dilakukan dalam bas..ketiduran~

bila saja tersedar, terlihat di pandangan kiri kanan kereta berjela2, tambah pula dengan hujan yang masih belum berhenti..

menghampiri jam 7

adakah sejarah bakal berulang?


keadaan jalan pada jam 725 pm. hati sudah mula berdebar. sesal tidak menelaah dengan lebih lanjut. tidak mengambil pengajaran dari perkara silam. kekhuatiran ini diluahkan pada sahabat.

'so, macam mane?'
'nanti saya try cal mak saya'


tuttt..tuttt...

'umi, macam mane ni? terperangkap dalam jem. maghrib x solat lagi. x taw sempat ke tak sampai kolej sebelum isyak. baru separuh jalan'

lalu umi pun jawab sekadarnya

'lakukan solat. kalau ada sumber air, wudhu'lah. itu yg pentingnya sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'. kalau x ada, tayammum pon boleh. tapi kalau x yakin, solat juga sebagai menghormati waktu maghrib. nanti da sampai bilik, solat cepat2...'

maka, berbekalkan ilmu yang sedikit, aku mula berijtihad. harapnya diterima Ilahi.

'kalau 815 tak sampai lagi, baru saya solat'


perancangan Allah itu lebih baik, keadaan semakin teruk..

jam 0802 malam. tiada tanda2 traffic jammed berkurangan. lagu di radio pula makin rancak.
sahabat juga sudah risau.

aku teringat kembali, pada suatu waktu yang dulu, kami juga berada dalam situasi yang sama. lalu kami mengambil inisiatif untuk berniat solat sesudah sampai di kolej. apabila hal itu ku utarakan kepada keluarga

'ish, mana boleh mcm tu, selagi boleh lakukan solat, kena solat juga. abah pon selalu mcm tu, tgh drive pon boleh solat lagi. mende ni kena blaja. atau nnt kita juga yang akan ambil mudah, lagi2 dalam hal solat ni..'

ya, itulah yang membuatkan dudukku tidak lagi senang. debar di hati hanya Dia yang tahu. batas waktu solat maghrib juga sudah hampir ke penghujung. tanda2 untuk sampai ke kolej masih tiada kelihatan. bimbang di hati,

'bagaimana kalau ini adalah akhir saat ku?'
'aku tidak mahu pergi dalam keadaan melupakanNya'
'aku tidak mahu menghabisi hayatku tanpa tunduk padaNya'


lalu ku berwudhu' sekadarnya, cukup dengan keyakinan. moga ijtihadku tidak salah, ya Allah.
tapi bagaimana untuk ku teruskan dengan bersolat?
radio masih rancak. kawan2 sedang bercloteh.

mujur sahabat itu memahami.

sejurus keadaan sepi.

masya ALLAH, zuknya lain terasa. tidak seperti yang ku dapati dalam solat2 seharian yang lain. mengingatkan ku akan Rahman dan Rahim Nya. tiada suatu perintahNya yang menyusahkan, malahan segalanya adalah kurniaan, menjadikan kita sebagai hamba yang bersyukur

subhanallah~

usai solatku, kelihatan sahabat2 yang lain juga tunduk menunaikan ibadah mutlak ini, walau tidak kesemuanya...

'x mengapa, mungkin ada yang menjadi penghalang'

kami tiba di kolej hampir jam 1000. ini lah yang mungkin akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. pengalaman di atas bas...

'izni di corong radio'
hehe~


di bilik, aku teruskan pencarian. masih banyak persoalan yang membelenggu.

  • apakah kami tidak perlu qadha'?
  • bagaimana yang seharusnya dilakukan apabila terperangkap dalam situasi begini?
  • boleh kah kami hanya jamakkan sahaja setelah sampai di bilik?
  • atau solat itu dimestikan untuk dilakukan pada waktu itu juga?
  • bagaimana bagi yang tidak mendapatkan wudhu'?
  • juga arah kiblat kami?

aku temui sesuatu di sini

kalau di ikutkan artikel ini, kami tidak perlu untuk qadha'. memadai dengan solat yang telah dikerjakan.

lalu ku temui ini

percanggahan fakta. was2 sudah bertandang. bagaimana ini?
lalu ku memilih untuk bertanya kepada murabbi ku. katanya...

'for the time being, pe kate qada' je...'


dia juga x pasti. aku lalu qadha' saja. mungkin itu yang terbaik.

namun begitu aku masih mahukan penjelasan. apakah solusinya?

aku berkesempatan bertanya kepada senior yang lebih arif. alhamdulillah, mungkin itulah hikmahnya berada di samping mereka2 yang arif akan hal2 agama...

katanya, soal qiblat tak menjadi masalah. lalu dia membacakan riwayat di mana saat Nabi menerima wahyu bahawa bertukarnya qiblat ke kaabah, bukan lagi masjidil aqsa.

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” (Al-Baqarah: 144).

namun begitu, di saat kita tidak mampu menentukan arah qiblat itu, maka ayat ini adalah jawapannya:

“Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah maha luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui.” (QS.Al-Baqarah 2:115)

Jabir memaparkan latar belakang turunnya ayat ini, “Kami telah di utus Rasulullah saw. ke Syria. Saat di tengah perjalanan, kegelapan menyelimuti kami sehingga tidak tahu arah kiblat.” Segolongan di antara kami berkata, “Kami telah mengetahui arah kiblat yaitu di sana, arah utara!” Sebagian kami berkata:, “Arah kiblat di sana, arah selatan!” Dan mereka membuat garis di tanah. Tatkala matahari terbit, ternyata garis itu tidak mengarah ke kiblat. Maka ketika kembali dari perjalanan, kami tanyakan kepada Rasulullah saw. tentang peristiwa itu, Nabi saw diam hingga turunlah ayat ini (Al-Baqarah 2:115).”


*kesimpulannya telah ku cerna, keyakinan itu lah yang utama.

5 sebok mengomen:

Fatin Aimie at: March 9, 2009 at 7:11 PM said...

pkcik bas xleh brenti k aya?

Anonymous at: March 9, 2009 at 7:38 PM said...

Islam x menyusahkan...ORANG Islam yg suka menyusahkan diri...

Anonymous at: March 9, 2009 at 7:57 PM said...

good

Farah Najwa at: March 9, 2009 at 9:42 PM said...

subhanallah...mantap!

ayaharith at: March 10, 2009 at 3:03 AM said...

to aimie:
camne nak benti, aimi.. bas ade kat tengah2 jalan. x ley nak stop. kalo stop pon, semayang tengah jalan la nmpaknye..hehehe...

to eique @ my kak long:
btol2..kdg2 kak de rase i'm one of them..mujur sempat diselamatkan mereka yg lebih arif =)

to alfilfilani & najwa:
alhamdulillah n thnx a lot