''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

terakhir untuk kali ini...

Salam semua...

Firstly aku mohon maaf kepada semua, bimbang terlanjur kata, bikin ada hati yang merana dan terasa.

Lagi kemaafan kerana tidak dapat menyedi
akan entri yang membina. Aku cuba untuk mencari idea-idea bernas, tapi agaknya ter'block' dengan exam yang sedikit menggugah. Tambah lagi dengan refreshment diri yang sangatlah kurang. Jadi, hanya kehidupan seputar sahaja yang mampu aku coretkan di sini. Juga adalah salah satu faktor kenapa jarang sekali untuk ku mampir menulis.

Maaf juga buat sahabat-sahabat yang 'sudi' men'tagged' aku. Aku akan simpan semua tagged itu dan masukkan dalam satu entri khas, insya Allah.

Dan kepada yang menganugerahkan award padaku, masya Allah, rasanya hilang sudah kata-kata yang ingin diucap sebagai tanda terima kasih yang amat. Hanya Dia yang agung mampu membalas kebaikan kalian. Amin

Sedikit update tentang aku dan sekitar:
  • Esok adalah paper terakhir-Pengurusan Emosi. Moga dapat dijawab dengan jayanya, amin...
  • Pulang ke rumah 09 hb nanti, jadi aku declare ini adalah post aku yang terakhir di bumi KTSN
  • Aku teringin berkongsi suka duka hidup di sini, tambah pula tiada lagi hari-hari ku di sini melainkan untuk 3 hari yang masih berbaki.
  • Tapi memandangkan kesibukan itu sentiasa mengintai, nampaknya tiada post untuk slot itu. Lagi pun, sahabat seangkatan nampaknya sudah ramai yang telah sediakan entri yang berkaitan. Jadi, aku link kan saja entri tersebut : cambesje-sudah setahun rupanya


Sedikit untaian buat jiran-jiranku


*Aku sayang kamu semua- Mas, Awin, Aimi

*Maaf jika akhir-akhir ini aku kerap menyepi
*Maaf lagi andai ada yang belum langsai - berkenaan hati atau apa2

*Aku kenal kalian kerana ukhuwah, aku harap ukhuwah ini yang mengikat kita
*Jangan lupakan aku, aku tahu kata-kata ini tidak berhak untuk kalian, hak masing-masing siapa yang mahu diingati dan dilupai], sekadar harapan agar masih berserpih ingatan bahawa aku pernah menjadi teman kalian

Akhir kata,
kamu sahabat, kamu teman, kamu segalanya. Salah ku adalah silap ku, mohon di maafkan. Tiada kata lagi yang mampu aku zahir melainkan


uhibbukum fillah
Aku Cintakan Kalian Kerana Allah

...mas...

...awin...

...aimi...

7 sebok mengomen:

life at: May 7, 2009 at 12:22 PM said...

huhu..aya sk2 post kali ni
huaa..gmbr ak ade.hehe
ouh..ak pn mnta maaf sm
pape pn.aha,,ko mmg jiran yg bgs.heehe.bilik ko slalu jd tmpt singgah..
then,mst la ak ingt ko

Farah Najwa at: May 7, 2009 at 12:42 PM said...

huhu..sdh plakkkk...

ayaharith at: May 7, 2009 at 2:56 PM said...

aku jiran yg bagus? bole dpt award jiran ter bek ke? huhu

najwa, mestila kene sedih2. pasni da susah nak jumpe

wawawa [aku nangis]

joegrimjow at: May 7, 2009 at 11:30 PM said...

hnaye gud luk saja

ayaharith at: May 7, 2009 at 11:39 PM said...

gud lak too, encik joe

exm da abes

hoye~

kak ila at: May 8, 2009 at 12:57 AM said...

haha...comel!

ayaharith at: May 8, 2009 at 2:36 AM said...

uuu??

sape yg comel tu kak ila?

mekasih..

huhu~