''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

mari baca ini~

-bertemukembali-

Dah agak lama blog ini sunyi. Aku sekadar menjadi silent reader di blog sendiri. Mahu update, idea seakan merajuk.

rajuk la labu~

Mungkin merajuk dengan aku. Setiap kali buka laptop, hajatnya mahu mencoret sesuatu. Tapi, gara-gara mengutamakan yang lebih utama [ye ke??], aku singgah dulu di blog mereka. Dan idea itu hilang begitu sahaja~

Okey, tak nak cakap banyak.

Aku sedikit ter'influence' dengan satu cerita yang aku pernah baca. Actually, cerita ini aku baca semasa alam sekolah rendah [darjah 5/6 mungkin~]. Cerita yang berbentuk komik. Bagi siapa-siapa yang masih ingat, buku itu tajuknya siri pengembaraan...

aisey, tak ingat...

Aku cerita dulu. Siapa-siapa ingat, boleh bagitahu ye. Terima kasih~

psst...
aku guna ayat pasar malam ye =)


Komik tu pasal 2 orang sahabat. Seorang alim [mantap dalam hal agama] dan seorang lagi hanyalah seorang pemuda yang dibebaskan dari hukuman mencuri, dan diberi ehsan untuk ikut pengembaraan sang alim tadi.

Sepanjang perjalanan, banyaklah kisah yang sang alim tadi tu cerita pada pemuda tu. Salah satunya berkaitan dengan aqidah.

Cerita sang alim tersebut:

Ada satu tempat. Penduduknya hidup aman harmoni dalam sebuah negara Islam. Setiap hari, penduduk akan diberi peringatan dan pengajaran tentang Islam oleh ulama-ulama di tempat tersebut. Tetapi, lama kelamaan keharmonian mereka terganggu gugat dengan kedatangan seorang lelaki yang berkefahaman atheis. Di setiap ceramah. lelaki tadi akan hadir dan menyanggah setiap kata-kata ulama yang berucap.

Keadaan ini berlarutan hingga menyebabkan penduduk terkeliru dan mula mempercayai fahaman lelaki tadi yang kononnya logik dan masuk akal. Pihak pentadbiran negara mula bimbang. Ulama-ulama juga sudah takut untuk memberi ceramah-ceramah.

Di negara tersebut terdapat seorang lelaki tua alim yang berpengaruh. Sepanjang kontroversi yang diadakan oleh lelaki atheis tadi, lelaki tua itu hanya diam, tidak bertindak selagi tidak diberi arahan. Sehinggalah pihak pentadbiran meminta lelaki tadi berdialog dengan lelaki atheis itu.

Pada hari yang dijanjikan, lelaki atheis sudah sampai terlebih dahulu. Kawasan perdebatan semakin ramai dengan manusia. Ramai yang mahu melihat perdebatan yang bakal hebat ini.

Matahari makin lama makin tinggi. Kelibat lelaki tua tadi tidak kelihatan lagi. Anak-anak murid lelaki tua itu sudah bimbang. Adakah lelaki tua itu sudah berputus asa dan gentar untuk berhujah? Pada masa yang sama, sang atheis semakin bongkak dan mewar-warkan kedayusan lelaki tua itu, takut untuk berhadapan dengannya kerana tahu dia bakal kalah.

Ketika majlis bakal bersurai, akibat terlalu lama menunggu, tiba-tiba muncul sosok lelaki tua itu. Terbongkok-bongkok memegang tongkat. Lalu dengan angkuh, lelaki atheis bertanya:

'Hai orang tua, atas alasan apa kamu lewat menghadiri majlis ini? Adakah kamu takut hujah-hujah kamu bakal di sangkal?'

Lelaki tua menjawab:

'Wahai pemuda dan sekalian penduduk. Aku tiada niat untuk membuat kalian ternanti-nanti, apalagi tidak menepati janji itu adalah satu perkara yang sangat di benci Allah dan RasulNya. Sekiranya diizinkan, aku ingin menceritakan apakah yang menyebabkan aku terlewat.'

Lelaki atheis bersetuju. Masing-masing bersedia mendengar cerita lelaki tua itu.

Cerita lelaki tua itu:

'Aku tinggal jauh dari sini. Untuk ke mari, aku perlu menyeberangi sungai. Lalu, pagi-pagi lagi aku sudah keluar ntuk menanti perahu. Lama aku menanti, namun aku tidak melihat satu pun perahu yang belayar. Ketika aku sedang berkeluh kesah kerana tidak dapat datang pada waktu yang dijanjikan, berlaku sesuatu yang ajaib.

Tiba-tiba sahaja, pohon tamar tempat aku bersandar bergegar. Gegarannya sangat kuat sehingga batang pohon tersebut tercabut dari tanah dan menampakkan akar-akarnya yang berselirat. Lebih memeranjatkan, pohon itu terbelah dengan sendiri. Membentuk badan perahu, siap dengan ukiran yang cantik. Dan ada juga pendayung yang bagus ukirannya.

Dan dengan perahu itulah aku berhasil sampai ke sini.'

Suasana senyap seketika, tetapi kemudian riuh dengan gelak ketawa manusia. Lelaki atheis tadi tertawa terbahak-terbahak, memperlekehkan cerita lelaki tua yang alim itu.

'Cerita apa yang kau kisah kan ini wahai lelaki tua? Apa kamu ingin memperbodoh-bodohkan kami? Mana mungkin ada satu perkara yang terjadi sendiri tanpa ada yang menciptanya. hahaha...'

Lelaki tua itu tersenyum dan bertanya sebelum berlalu,

'Mengapa kamu ketawakan diri sendiri?'



abes...

Dulu aku tak faham apa yang mahu disampaikan dalam cerita ini. Tapi, setelah baca dua tiga kali, baru aku nampak mesejnya.

Menarikkan...

Share ur opinion =)


gambar saje2
abang ngah yang lukis...

10 sebok mengomen:

joegrimjow at: May 10, 2009 at 6:54 PM said...

cite yg akan buat kite kenang
nese la tu

ayaharith at: May 10, 2009 at 7:39 PM said...

stuju ngan encik joe

kirana at: May 10, 2009 at 8:46 PM said...

Errrr.... Kirana dah baca sampai lebih dari 2 3 kali, tapi nampak gaya nyer Kirana tak paham2 lagi. Biol tol!!!

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) at: May 10, 2009 at 10:54 PM said...

best la citer ni.. ada msg tersendiri. buatkan pembaca terfikir..
emmmm..dari buku ape aya? akak tak penah dgr citer ni sblm ni?

Ben Sedqi at: May 11, 2009 at 8:06 AM said...

huhu....tapi herannya, golongan terpelajarpun boleh terpengaruh dengan teori atheis tu! benarlah ulama' kata...."apa yg kita lihat bergantung kepada siapa kita"

ayaharith at: May 11, 2009 at 9:44 PM said...

kak kirana
cerita ni sebenarnye nak menyanggah org yang berkefahaman tak ada tuhan yang menciptakan. lelaki tua tu cerita yg semuanya berlaku dengan sendiri kan? tapi org atheis tu gelak plak kat dia. padahal org atheis tu sendiri yg percaye semua ni terjadi dengan sendirinya.

saye dulu pun x paham gak.
huhu~

ayaharith at: May 11, 2009 at 9:46 PM said...

kak nur

buku ni dalam bentuk cite kartun. akkak penah bace majalah ujang? pelukis dia slah sorg kartunis ujang. tapi tu la , tak ingat plak ape name buku tu.

siri pengembaraan abang salim dan...

huhu

tak ingat..

ayaharith at: May 11, 2009 at 9:47 PM said...

bro mie..

betul2

sebab tu la, makin kita pandai, jgn lupa berdoa dikurnia hidayah. kadng2 yang lebih pandai adalah yang paling tak tahu...

sape setuju angkat kaki

=)

Ben Sedqi at: May 12, 2009 at 7:53 AM said...

huhu....sudah kucuba, kerusiku terlentang ke belakang, itupun x tjadi dgn sendiri sbb plakunya adalah aku yg dah biol2 itik nih!

ayaharith at: May 12, 2009 at 7:51 PM said...

terima kasih atas komitmen bro mie

takziah kerana insiden itu

uhu~