''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

berlari untuk palestin

salam sumer....

ntok post kali ni diri ini nak share sket pengalaman dalam progrm yg jarang2 dpt diri ini join dalam organization nye... mungkin bole bg korg sket sbyk info atau disebalik tabir program ini dijalankan. alhamdulillah, hasil nye bole la dikatekan memberangsangkan, mungkin disebabkan isu dunia atau mungkin juga hasil kerja keras xco-xco nye...
ayat x bole bla btol...hehe~


larian amal palestin...

merupakan salah satu subprogram bagi program 'untuk mu palestin'. antare program2 lain ialah futsal, painball, forum, konsert dan lain lain ag la... penat la aku nak list kat sini byk2... tu la korang, sape soh x dtg...

objektif...

“Larian Amal Palestin” merupakan salah satu subprogram bagi program “Untukmu Palestin” yang julung-julung kali dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej Tun Syed Nasir. Tarikh 21 Ogos setiap tahun telah didedikasikan oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai Hari Memperingati Al-Quds. Pada tarikh ini, hampir seluruh umat Islam dan bukan Islam yang peka terhadap isu kemanusiaan yang masih berlaku di Palestin mengadakan sambutan sebagai tanda peringatan dan sokongan kepada penderitaan penduduk di Palestin.

Sehubungan itu, atas keprihatinan yang sama, JAKSA KTSN berminat untuk menganjurkan subprogram “Larian Amal Palestin” sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan-perjuangan rakyat Palestin selain mengutip dana bagi meringankan beban rakyat Palestin yang mengalami pelbagai sekatan dan tindakan kejam di tanah air mereka sendiri. Tahun 2008 merupakan tahun di mana genap 60 tahun peristiwa pengusiran beramai-ramai warga Palestin dari tanah air mereka sendiri yang lebih dikenali sebagai “Nakbah” dan ini mengukuhkan lagi keinginan JAKSA KTSN untuk mengadakan program ini. “Nakbah” dalam bahasa Arab yang bermaksud malapetaka ini melambangkan malapetaka yang melanda penduduk Palestin apabila Zionis dengan sewenang-wenangnya menubuhkan negara Israel di atas tanah Palestin selepas penduduk.

Palestin diusir secara kejam tanpa diberi sebarang peluang untuk mempertahankan diri dan hak mereka. Kini, penduduk Palestin yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang agama berada dalam cengkaman dan tekanan bangsa Yahudi yang telah menegakkan sebuah Negara Israel Kubra (Israel Kubra).

Bagi umat Islam, isu ini adalah isu yang sangat sensitif di mana Palestin merupakan tempat yang disucikan dalam Islam di mana pernah berlaku peristiwa besar seperti Isra’ dan Mi’raj. Ketika itu, Nabi Muhammad S.A.W mengimamkan solat bersama para Anbiya semasa peristiwa tersebut. Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitul Maqdis merupakan kiblat pertama terbina dalam sejarah Islam meletakkannya sebagai bukti sejarah penting di kalangan umat Islam.

Walaubagaimanapun, isu Palestin ini bukanlah merupakan isu yang eksklusif untuk umat Islam sahaja bahkan melibatkan agama lain juga seperti agama Kristian di mana penduduk Palestin juga terdiri daripada penduduk yang beragama Kristian dan lain-lain. Oleh itu, isu ini adalah berkaitan dengan pencabulan secara kejam hak-hak asasi manusia yang sepatutnya diambil berat oleh segenap golongan masyarakat tanpa mengenal kaum, bangsa dan agama.

Menyedari hakikat ini, pihak JAKSA KTSN merasa terpanggil untuk menganjurkan program ini bagi memberi pendedahan, kefahaman serta memberi peluang kepada pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya dan warga Kuala Lumpur amnya untuk menunjukkan sokongan mereka tentang isu ini selain berpeluang memberi sumbangan secara langsung kepada penduduk Palestin melalui kerjasama AMAN PALESTIN.

ni aku copy dari paperwork pemasaran larian amal... diam2 sudeee~

penglibatan diri ini...

diri ini memang terlibat secare langsung untok larian amal ni. asalnye, ingt da mls nak tambah merit,

ye la involve bgai nak rak pon, yg pastinye kitorg tetap x kan dok sini lagi... huhu~

tp memandang kan mungkin ade sedikit tenage yg bole disumbgkan, selain doa dan harte, ape salahnye tenage yg sikit tu kite korban kan, moge2 yg sedikit tu dpt membantu yang amat memerlukan... n at least kite ade jawapan andai tibe mase nnt dipersoalkan oleh Dia yang maha besar.. wallahu'alam..

alkisahnye, diri ini di propose oleh dila, one of my coursemate. dila tanye, nak jd xco pemasaran x? time tu, diri ini memang x de ilmu langsung pasal pemasaran ni, tak taw la nape ter 'accept' lak...diri ini trus ajak sorg lagi member untok jd partner...

nak mention name k?? tu kene minx permission die kowt, huhu..

n start la tugas kami sbg seorg xco pemasaran. setelah abes first meeting, ape yg terlekat dalam otak adelah, cari sponsor...cari sponsor...
nak mintak sponsor memg senang, juz cr contact number, tepon, fax or email paperwork, then follow up...full-stop...

mungkin ujian Tuhan, nak tengok sejauh mane tahap kesabaran kitorg, kebetulan time tu adelah musim exam final sem. n salah satu cabaran bg pemasaran ialah kitorg mesti dpt kan seberape byk conformation dari pihak penaja b4 cuti... adeishhhh…

meting demi meting, pencapaian kitorang masih x memuaskan. Mcm mane ni? Exm da nak dekat, nk stadi lg, nk call lagi…dengan pintu bilik jaksa yg langsung x memberikan kerjasame…

x taw la knp, bile time kitorg nak bukak pintu tu, mesti akan amek mase smpai setengah jam ke satu jam… arap kalo ade pihak jaksa yg bace bole la tengok2 kan pintu tu… huhu~

mujur la kitorg ade ajk2 yg berwibawa dan memahami, at least kurg la sket beban terase. Wat zu, kak shima,lin, mai n nashrah, we lap u so much laa…kuikuikui~ (aku ikhlas nih..)


pemasaran yang KACAU!!!

alamak, cmne ni..!! da stat cti…means da nak akhir tahun sgt. Diri ini mule rase bimbang yg amt sngt. Da muak ngan kate2 pihak yang kitorg da try mintak. Kebanyakannye minx sory cz company diorg da x de peruntukan untok thn 2008 nie..

ya Allah, rase btol2 bengang, btol2 x taw nak wat pe..rase cam nak give up pon ade… stakat ni, hampir satu bulan kitorg berhempas pulas, satu sponsor pon kami x dpt kompom kan LANGSUNG!!

Wawaawawa~ aku nanges ni…

cuti pon menjelang. Bila da dok umah, mcm segale connection antre kitorg mcm da x de.. masing2 x taw pe citer. Kalo ade pon, call2 drpd company2 yang menyatekan ke’sori’an mereka x dpt nak bg sponsor..T _ T

setelah puas berlepak sakan di rumah, cti pon da nak abes. Adoii la.., sponsor byk ag x dpt. Aku ngan member memg da rancang ntok korban sikEt waktu cti kitorg dengn bercdg pulang awl ke kolej. Supaye kitorg dpt setelkan pape yang patot…

dengan semangat yg berkobar2, kitorg mulekan kerje ngan penoh harapan. Strategi kne tukar. Kali ni btol2 kene all out la kirenye. Da x de kias2, men redah je..nak bg, bg cpt, x nak bg, suda…

x de la smpai mcm tu, dlm ati je…mkn dalaaammm….

Alhamdulillah, satu demi satu kitorg dpt. Mende2 yg pntg da kompom, mcm lori air ngan roti, x perlu disebutkan brand ape, bimbang mende len plak jadinye..huhu~ mase dpt tu, Alhamdulillah sgt2, rase cm rezeki jatuh dari langit..

btol la janji Allah, kalo Dia nak bg rezeki, mcm2 care Dia bole bg, tinggal kite je yg kene byk berdoa n usaha…x tinggal tawakal skali…insaf..insaf..

1 week to go, pressure smkin terase, still ade yg x kompom. X bole jd ni, by this Friday gak kena setel sume. Memang kene kerahan tenage, termasuk MT, mekaceh kepade mereke2 itu, hehhhe..

Alhamdulillah skali lagi, sumer berjln lancar.. ari jumaat tu gak setel. Puas ati tu memang x bley ckp la..syukur sgt2…ALHAMDULILLAH..

Hurmm… bile tringat balik rindu plak nk wat kerje2 pemasaran ni, tp bile ade org offer, ckopla, ak da x sanggup…..!!! hehe…


sekalung penghargaan...

Trime kaseh kepade sumer yg terlibat, maap byk2 kat kak tasnim, kak aya, n dilla,… byk sgt menyusahkan korang. Thanks gak kat exco induk sbb bg sikit sebyk ajaran yang x diajar dlm kelas ni…huhu~ x lupe gak pengarah yg sanggup same2 trun padang tolon kami..

thanks a lot guys~


0 sebok mengomen: