''AkU InI InSaN LeMaH, kErApKaLi MeMbUtuHkAn kErEDhAaNMu, mAnA MuNgKiN uNtUk kU BeRDiRi di AtAs MukA bUmI Ini, mElAiNkAn deNGaN RaHmAn dAn RaHiM Mu'' ~@y@

dengarkan, teman....

Salam buat jiwa yang tenang, sejernih dan sesuci mata air firdausi. Dengarkan teman, bicara seorang sahabat yang kini merindui teman-temannya. Moga rindu yang hadir kerana Allah semata, tiada kenikmatan bersahabat tanpa hadirnya redha dari yang Esa.


Kala ini, alunan lagu membuai aku terus mengimbau perkenalan kita. Mungkin tidak lama, tapi sudah cukup membuatku terlalu rindu untuk kembali ke masa lalu. Perkenalan yang bersahaja, tidak pernah terlintas di hati ini bahawa dirimu mungkin akan menjadi yang istimewa, malahan terlalu istimewa lalu mendapat tempat di hatiku. Ternyata masa mula berputar, tanpa sedar membawa kita terus melalui hari-hari penuh duga untuk diharungi bersama. Terkadang kita sama-sama terjatuh, lalu berpimpinan untuk bangkit kembali. Ada juga, tatkala aku tertinggal jauh di belakang, tanpa bosan kau menungguku bertatih.



Sahabat, indahnya masa lalu sering membuat aku sukar melepaskan kenangan bersamamu. Mungkin lebih indah andai aku menyedarinya lebih awal. Saat itu, aku terlalu jahil dalam menilai hati seorang sahabat. Atau aku kah yang membutakan mata, malah memekakkan telinga? Apakah aku yang sengaja menutup rapat pintu hati untuk menduga rasa bimbangmu?



Ingatkah engkau, bila mana kita sama-sama menangisi dosa? Aku rindu suasana itu, teman. Demi Tuhan yang maha mencipta, sudahku temui teman yang benar-benar bersahabat. Apabila terlihat wajahnya, tiada lain di hatiku melainkan cinta Allah dan seluruh kasih sayangNya. Tuturnya sahaja membuat aku hanya ingin membasahkan lidah dengan nama Tuhan yang maha penyayang.



Detik dan waktu ini mula terasa. Jasad mula berjauhan , namun ingatan ku tentang mu tidak ingin sekali aku lepaskan. Apakah aku akan temui lagi teman seperti ini? Aku bersyukur dengan takdirMu, ya Allah. Engkau maha mengetahui kekuatan dan kelemahanku, maka Engkau hadirkan dia disisiku sebagai pemandu arah, agar aku tidak lagi berpaling dari laluan yang lurus. Engkau izinkan aku mencipta kenangan bersama mereka supaya aku lebih mengenali erti persahabatan. Dan kini, Engkau pisahkan kami untuk memberi ruang merasai indahnya rindu seorang teman...



*khas buat teman teristimewa; aimie, erma, shida

0 sebok mengomen: